Adliayob – Sebuah Catatan Teknologi

Mac 19, 2009

Perkara Yang Anda Sepatutnya Tahu Apabila Mengendalikan Telefon Symbian

Filed under: Tips Pengguna Symbian — adliayob @ 10:31 pm
Tags: , , ,

iklan-symbianku

Anda mungkin secara tidak sengaja ‘TERBELI’ sebuah telefon Symbian. Atau mungkin sahaja anda jenis manusia yang suka mengikut trend dan sentiasa mengunakan gajet terbaru untuk ‘memancarkan aura’ kesombongan dan status ‘golongan baik-baik’ anda. Atau mungkin juga anda memiliki sebuah telefon Symbian sebagai HADIAH atau memenangi cabutan bertuah. Walau apa pun alasan anda, ketahuilah telefon yang anda pegang itu sebenarnya SEBUAH KOMPUTER dan bukannya telefon biasa.

Masalahnya, berapa ramaikah ‘orang kita’ yang menyedari hakikat yang telefon bimbit mereka itu ialah TELEFON SYMBIAN dan berapa ramaikah yang benar-benar MEMAHAMI cara penggunaan dan pengawalannya?

Mengikut ‘survey’ yang telah dijalankan oleh Blog Symbian Malaysia, 6 daripada 10 responden TIDAK MAHU AMBIL TAHU atau PEDULI tentang telefon Symbian mereka. Akibatnya, setelah menggunakan telefon ini selama beberapa bulan – mereka akhirnya mengubah selera dan bertukar kepada telefon ‘biasa-biasa’ yang ‘tidak berapa canggih’. Alasannya mudah – kerana TIDAK MAHIR menggunakan telefon CANGGIH Symbian.

Berikut adalah PERKARA-PERKARA YANG PERLU ANDA KETAHUI DAN KUASAI apabila menggunakan sebuah telefon Symbian. Saya menerbitkan TIPS-TIPS dibawah ini supaya ANDA memahami dan benar-benar menghargai teknologi ‘cutting edge’ yang selama ini berada dalam genggaman anda!

______________________________________________________

1. Sebutan.
– Sebutan yang betul untuk perkataan SYMBIAN ialah – SIMBIYEN (bacaan Melayu, dimana huruf ‘E’ mengikut sebutan ‘kEntang’) atau SIM-BEE-EARN (bacaan English).

2. Symbian adalah OS dan bukannya milik ekslusif model-model Nokia sahaja.
– Ini bermaksud, Symbian adalah ‘SISTEM’ yang mengendalikan telefon yang anda pegang sekarang. Jika kerangka telefon itu di label sebagai HARDWARE, maka Symbian adalah SOFTWAREnya. Jika telefon yang anda pegang itu KOMPUTER, maka Symbian adalah WINDOWS-XPnya. Jadi, Symbian adalah OS (Operating System) yang berfungsi SERUPA dengan Windows XP. Jika pada Windows-XP anda boleh memasang perisian tambahan, maka TELEFON SYMBIAN juga boleh dipasang dengan pelbagai ‘software’, ‘games’, menambah FONTS, menukar wallpaper, membaca dokumen Word/Excel/Powerpoint dan sebagainya. Ini TERMASUKLAH masalah-masalah yang selalu berlaku pada komputer WindowsXP seperti ‘hang’, ‘glitch’, ‘bug’, ‘restart’ dan serangan virus JUGA akan berlaku pada telefon Symbian anda.
Dengan itu, BUKAN bermakna jenama NOKIA sahaja yang menggunakan Symbian selaku Operating System, ia juga digunapakai oleh pengeluar lain seperti Samsung, LG, Motorola dan Sony Ericsson.

3. Telefon Symbian kekurangan ciri FILE MANAGER.

– Bagi sebuah komputer Windows Xp, perisian yang paling penting adalah ‘Windows Explorer’ (atau ramai yang mengenalinya sebagai ‘My Computer’). ‘Windows Explorer’ adalah SEJENIS ‘File Manager’. Pada File Manager, seseorang itu mampu untuk menguruskan fail-fail pada komputernya termasuklah menggunakan arahan CUT, COPY, PASTE, RENAME, DELETE, ‘Make new folder’, ‘Delete folder’, ‘Create Shortcut’ dan ‘browsing’ (atau melihat-lihat kandungan ‘hard-disk’) ‘directory’ C, D, E, F sehingga Z.
– Pada telefon Symbian, aplikasi FILE MANAGER memang wujud, tetapi ciri-cirinya agak terhad. Maka dengan itu anda PERLU memasang perisian seperti Y-Browser atau Griffon atau X-Plore atau lain-lain perisian FILE MANAGER untuk mendapatkan semua fungsi-fungsi seperti yang telah disebutkan dan ditandakan BIRU tadi.

tips-01


4. Semua ‘file’ dan ‘sms’ yang dihantar ke telefon Symbian akan berada pada ‘INBOX – Messaging’ dan secara lalai (default), ‘INBOX’ berada pada drive ‘C:\’
– Ini bermakna SEMUA item yang dihantar oleh rakan anda termasuk melalui BLUETOOTH seperti lagu mp3, video dan foto, secara LANGSUNG akan ‘masuk’ ke ‘phone memory’ dan memenuhi ruang ‘phone memory’ anda dan akan menyebabkan amaran ‘memory FULL’ dipaparkan pada skrin. Ini kerana ‘phone memory’ adalah ‘DRIVE C:\’ dan ‘INBOX’ juga berada pada drive C ini. ‘Drive C:\’ pada telefon anda amatlah KECIL ruangnya berbanding ‘memory-card’ yang berkapasiti sehingga 8Gb. Jadi, apa yang perlu anda lakukan adalah MEMINDAH (move) item pada INBOX dengan cara ‘CUT & PASTE’ kepada ‘momory-card’ untuk mengosongkan kembali ruang ‘phone-momory’ anda. Untuk melakukan teknik ini, FILE MANAGER seperti Y-Browser amatlah diperlukan. Ini bermakna TIDAK PERLU anda menukar memory-card 1Gb anda kepada kapasiti yang lebih besar (contohnya kepada 2Gb, 4Gb atau 8Gb) kerana masalah ‘memory-full’ TIDAK ADA KENA-MENGENA dengan memory-card anda. Jika setelah anda memindahkan kesemuanya kepada memory-card dan masalah ‘memory full’ ini tidak juga selesai, maka BUANG semua yang ada pada LIFEBLOG. Untuk itu, anda masuk ke MENU-> Application -> Lifeblog dan kosongkan lifeblog itu. Lifeblog adalah ‘CACHE’ yang menyimpan semua SEJARAH penggunaan telefon Symbian anda.

tips-02

5. Windows XP dan Symbian adalah dari kumpulan yang sama, tetapi TIDAK SAMA dan TIDAK ADA KENA-MENGENA antara satu sama lain. Maka VIRUS yang diciptakan untuk Windows XP tidak akan berjaya merosakkan ‘SISTEM’ telefon Symbian.
– Sebuah fail bernama ‘Brontok’ telah dikenalpasti oleh Kaspersky Anti Virus pada komputer anda sebagai virus. Virus BRONTOK ini hanya menyerang komputer yang dikuasakan dengan Sistem Operasi Windows ME atau Windows XP sahaja. Ini bermakna jika file ‘brontok’ ini di pindahkan kepada komputer lain yang menggunakan OS Linux atau Mac OSX, maka ‘brontok’ ini TIDAK DAPAT MENYERANG komputer tersebut. Mengapa? ini kerana ‘brontok’ hanya diciptakan untuk menyerang komputer Windows sahaja. Begitu juga jika virus ‘brontok’ ini berpindah ke memory-card anda dan kemudiannya anda menyucuk memory-card itu kepada telefon Symbian anda, maka virus ini juga akan MANDUL atau TIDAK DAPAT MENYERANG telefon anda kerana Sistem Operasi Symbian bukanlah Windows. Jadi, jangan cepat menyalahkan sesiapa jika anda ‘scan virus’ memory-card pada komputer dan mendapati sebanyak 20 virus wujud di memory-card anda. Ketahuilah virus-virus itu HANYA bertindak pada komputer dan tidak akan merosakkan telefon Symbian anda.

6. Memory-card saya sudah rosak, buktinya apabila dibaca dengan komputer, ia memaparkan amaran ‘Memory Card Corrupted’.
– Kadang-kadang, perkara ini betul. Tetapi dalam kebanyakkan kes, perkara ini TIDAK BETUL sama-sekali. Ini kerana sebelum kad itu dibaca dengan komputer, terlebih dahulu pengguna telefon Symbian menciptakan ‘password’ untuk memory-card itu. Jika password telah diciptakan, maka ‘cipher-strength’ atau ‘security’ card itu tertakluk kepada ‘sistem’ Symbian. Oleh sebab ia diciptakan melalui OS Symbian, maka OS Windows XP MEMANG tidak boleh membacanya. Sama seperti kes virus tadi, ini sekali lagi membuktikan yang ‘sistem’ Symbian dan ‘sistem’ Windows XP adalah berlainan. Penyelesaiannya, JANGAN cuba-cuba ciptakan PASSWORD untuk memory-card telefon anda kecuali anda mempunyai daya ingatan yang luar biasa. Batalkan dahulu password (remove password) pada memory-card anda, kemudian barulah cucuk kembali kad itu kepada komputer. Pasti kali ini Windows berjaya membaca kad anda.

tips-03

7. Jika komputer anda ‘rosak’ – maka anda akan FORMAT semula komputer tersebut. Begitu juga dengan telefon Symbian – ia boleh di FORMAT jika ‘rosak’.

– Ya benar. Telefon Symbian juga adalah sebuah komputer. Buktinya, ia mempunyai HARDDISK, RAM, ROM, KERNEL, EXTERNAL DRIVE dan FIRMWARE. Berbeza dengan proses ‘format & installation’ komputer Windows XP yang memerlukan CD dan ‘driver’ – kesemua  ‘installation files’, libraries, driver, codec dan lain-lain yang diperlukan untuk proses FORMAT telefon Symbian telah tersedia di dalam ROM telefon (yang dikenali sebagai ‘Drive Z:\’).

tips-04
8. Telefon Nokia N96 saya lembab dan selalu ‘hang’, mengapa pula telefon kawan saya tidak begitu? Ia sangat cekap dan responsif, padahal dia juga menggunakan Nokia N96?

– Ini masalah FIRMWARE. Dalam istilah Windows XP – perkara ini dikenali sebagai ‘Service Pack’. Walaupun anda berdua menggunakan telefon yang sama, tetapi Nokia N96 rakan anda tadi telah di’upgrade’ FIRMWAREnya. Itu sebab ia lebih lancar dan cekap berbanding telefon anda. TETAPI anda perlu mengetahui yang SEMUA senarai buku telefon (contact-numbers), sms, calendar dan notes akan TERPADAM dan akan HILANG selama-lamanya jika anda LUPA untuk ‘backup’ semuanya sebelum proses UPGRADE FIRMWARE dilaksanakan

9. Setelah kawan saya memegang dan ‘bermain’ dengan telefon saya, BANYAK IKON pada MENU saya HILANG!
– Ini selalu terjadi apabila kawan anda ‘mengalihkan’ ikon CONTACTS atau GALLERY kepada satu FOLDER yang lain pada MENU anda. Sebenarnya ikon-ikon anda tidak hilang, cuma telah bertukar tempat kepada folder yang lain. Inilah kelebihan Symbian. Anda boleh menyusun ikon-ikon yang terdapat pada menu dengan menciptakan folder yang baru. Anda juga boleh menggunakan KEYPAD bernombor 1 hingga 9 sebagai ‘shorcut’ kepada akses ikon-ikon tersebut. Lihat gambarajah di bawah. Selain itu, anda dinasihatkan untuk meletakkan (atau GROUP) ikon perisian-perisian PENTING yang selalu anda gunakan pada FOLDER khas pada menu anda untuk memudahkan capaian anda.

tips-05

10. Fahami FUNGSI keypad dan butang-butang pada telefon Symbian.
– Butang HASH (#) jika ditekan lama-lama akan menyebabkan telefon MUTE (mod SENYAP). Butang MENU pada Symbian S60 jika ditekan lama-lama akan memaparkan perisian-perisian yang sedang ‘running’. Perkara ini dinamakan ‘MULTITASKING’. Jika menekan butang MENU lama-lama, akan mengaktifkan ‘TASK-MANAGER’. Task Manager juga terdapat pada telefon Symbian UIQ3. Untuk mengetahui IMEI – anda tekan BINTANG-HASH-SIFAR-ENAM-HASH (*#06#) dan untuk mengetahui status FIRMWARE, anda tekan BINTANG-HASH-SIFAR-SIFAR-SIFAR-SIFAR-HASH (*#0000#). Untuk FORMAT telefon S60 – anda perlu tekan BINTANG-HASH-TUJUH-TIGA-TUJUH-SIFAR-HASH (*#7370#). Keypad S60 adalah SERUPA tidak kira apa pun jenama telefon. Sebagai contoh, pada keypad Nokia N81 dan Nokia N95,  ‘spacebar’ terletak pada nombor SIFAR (kosong) begitu juga pada telefon Samsung i450 dan Samsung Innov8. Setiap nombor dari 1 hingga 9 boleh disetkan sebagai ‘speed-dial’ dan ‘shortcut’ kepada ikon-ikon di MENU telefon. Butang pintas KIRI dan KANAN (soft-button) dan juga DPAD boleh diprogramkan untuk kemudahan anda. Butang nombor 1 jika ditekan lama-lama akan mengaktifkan ‘voice-mail’. Butang ‘switch-off’ jika ditekan SEKALI akan mengaktifkan PROFILE. ‘Tekan-TENGAH’ pada DPAD (atau joystick) untuk ‘SELECT’ atau ‘OK’. Butang PENSEL berfungsi sebagai ‘SHIFT’ atau ‘MARK’. Manakala butang ‘C’ digunakan untuk ‘Backspace’, ‘Cancel’ atau ‘Uninstall (remove)’ perisian.

tips-06

11. WiFi pada telefon Symbian.
– Ciri WiFi (Wireless Fidelity) pada sesetengah model telefon Symbian boleh diaktifkan kerana terdapat ‘radio-chip’ WLAN (Wireless Local Area Network) yang telah disertakan pada kerangka telefon itu. Jika anda melayari internet dengan WiFi – ia TIDAK ADA KENA-MENGENA dengan BIL TELEFON atau masalah HABIS KREDIT bakal berlaku kepada ‘LINE’ telefon anda. Kebanyakkan restoran pada masa kini menyediakan khidmat ‘WiFi Access’ secara PERCUMA (gratis) dan anda PERLU MENCUBA perkara ini. Untuk memberanikan diri, KOSONGKAN kredit telefon anda – kemudian layari internet dengan WiFi (WLAN) pada telefon anda. Kepada pengguna Symbian S60-3rd, tekan MENU -> WEB -> masukkan URL (alamat web) -> pilih point WiFi dan nikmatilah internet secara percuma di telefon anda.

12. GAME pada telefon Symbian hanyalah untuk budak-budak!

– SALAH!. Bayangkan jika anda terperangkap selama 2 jam di lapangan terbang akibat ‘flight-delay’, apa yang bakal anda lakukan untuk ‘membunuh’ masa? Alangkah baiknya jika GAME seperti CHESS, dam haji, kereta lumba atau ‘strategy game’ berada di tangan anda? Dan percayalah GAME tidak akan menyebabkan anda bertambah MUDA pada umur – tetapi dalam masa yang sama mengapa ramai yang tidak mahu mengakui bahawa dia sudah tua?

13. Jangan cabut atau keluarkan memory-card tanpa mematikan telefon terlebih dahulu.
– Ini kerana pada memory-card anda terdapat ‘instruction’, ‘libraries’ dan ‘resources’ yang BERSAMBUNG terus dengan keseluruhan ‘boot-system’ pada Sistem Symbian telefon anda. Jika anda cabut juga – maka telefon akan mengalami masalah jangka panjang. Mungkin suatu hari nanti, telefon anda tidak akan ‘ON’ atau HALT. Tidak ada apa-apa berlaku ketika anda ‘switch-on’ dan skrin hanya memaparkan ‘warna hitam’ sahaja. Jika ini berlaku – maka sediakanlah RM 100 – RM 180 untuk di’sedekahkan’ kepada kedai telefon yang berdekatan.

14. Gunakan ‘Volume Rocker’ untuk mengawal kejelasan suara pemanggil sewaktu bercakap di telefon.
– Ia adalah bebutang ‘atas-bawah’ (up-down) yang berada disebelah kiri atau kanan ‘body’ telefon. Jika anda tidak dapat mendengar dengan jelas sewaktu bercakap, terus tekan butang-butang ini untuk menguatkan nada suara pemanggil.

15. Sentiasa format memory-card menggunakan telefon, bukannya dengan komputer Windows!
– Sekali lagi diingatkan, bahawa OS Windows dan OS Symbian adalah berlainan. Ini ada kaitan terus dengan ‘File Allocation Table’ (FAT) ataupun FILESYSTEM bagi sesuatu OS. Misalnya, untuk Windows Vista, sysem failnya adalah NTFS. Manakala Windows XP dan ME menggunakan FAT32. Jika anda format menggunakan Windows – maka memory-card tidak boleh dibaca dengan telefon. Ini kerana Symbian menggunakan system FAT sahaja. Sistem FAT ini adalah berlainan dengan FAT32, FAT16 dan NTFS. FAT boleh dibaca dengan Windows, tetapi NTFS tidak boleh dibaca oleh Symbian. Jadi, pastikan anda FORMAT memory-card dengan Symbian dahulu – kemudian barulah masukkan memory-card tersebut kepada komputer anda. Setiap OS mempunyai FILESYSEMnya yang tersendiri. Contohnya Vista – NTFS, MAC OSX – HFS dan LINUX – EXT* (EXT2/EXT3).

16. Fahami format fail dan codec – jangan salahkan telefon anda jika ia tidak boleh memainkan fail FLV yang anda download dari ‘youtube’.
– Setiap fail mempunyai FORMATnya tersendiri. Misalnya untuk FOTO terdapat format JPG, BMP, GIF, MBM dan sebagainya. Format MBM adalah ‘format foto’ khas untuk sistem Symbian. Begitu juga dengan format video. Secara automatik, Symbian boleh membaca format MP4, 3GP, WMV, RM dan AVI (DIVX, XVID). Tetapi Symbian tidak boleh membaca format MKV, MPG dan FLV. Untuk membolehkan Symbian membaca format-format ini, CODEC (compressor-decompressor) perlu di INSTALL kepada telefon Symbian. Contohnya untuk anda memainkan video FLV, anda perlu install EMTUBE atau MOBITUBIA kepada telefon anda kerana kedua-dua software ini memiliki CODEC FLV didalamnya. Hanya selepas itu barulah telefon anda boleh memainkan video FLV tadi.

17. Tolong ambil tahu (peduli) atau prihatin tentang telefon anda dan teknologinya.
– Ada orang benar-benar ‘appreciate’ teknologi telefon mereka manakala ada orang hanya menggunakan telefon untuk sms, panggilan dan kamera sahaja. Sepatutnya, anda perlu ‘explore’ segala yang ada pada telefon supaya anda tidak di tipu oleh orang lain – termasuklah anak anda!

18. Fahami resolusi skrin telefon anda, ini menjawab soalan mengapa game yang anda download tidak ‘fullscreen’.
– Apakah resolusi skrin bagi komputer? jawapannya 1024 x 768 pixels. Pada laptop pula – 1280 x 800 pixels. Resolusi telefon Sony Ericsson W960, Samsung Innov8 dan Nokia N96? Jawapannya 240 x 320 pixels. Tetapi resolusi untuk E71 pula adalah 320 x 240. Dan N80 pula 352 x 416. Perkara-perkara ini MESTI anda faham betul-betul sebelum anda kena tipu!

tips-07
19. Belajar menggunakan kamera dengan betul. Ambil tahu (peduli) apakah yang dimaksudkan dengan ‘Autofocus’, ‘Megapixels’, ‘Carl Zeiss’, ‘Macro Shot’, ‘Flashlight’ dan lain-lain.

– Ini ada kaitan dengan pengetahuan mengendalikan kamera dengan betul. Tahukah anda bahawa NOKIA merupakan penjual ‘digital camera’ terbesar di dunia walaupun tidak pernah mengeluarkan ‘digital camera’ berjenama NOKIA? Cuba mahirkan diri anda dengan kamera digital dahulu dan fahami selok-belok nya. Kemudian barulah anda dapati yang ‘kamera’ di telefon anda itu adalah sangat berharga!

20. Buatkan/Ciptakan SATU NOMBOR KECEMASAN pada ‘Contact Number’ atau ‘Phone Book’ anda.
– Ini sangat penting. Cuba letakkan nama ‘ISTERI’ dan bukannya ‘MAMA BOSAN’ atau ‘MY DARLING’. Ini kerana jika anda terlibat dalam kemalangan, maka orang lain mudah menghubungi keluarga anda. Bagi yang masih bujang, mungkin nama ‘ABANGKU’ atau ‘ABAH’ atau ‘BAPA’ boleh menggantikan ‘DADDY’ atau ‘BABAH’. Jika perlu, ciptakan WALLPAPER khas untuk telefon anda dan letakkan nombor-nombor ’emergency’ anda padanya.

21. Setkan PASSWORD untuk telefon anda. Tetapi jangan pula anda lupa password sendiri!

– Password penting kerana jika telefon anda hilang atau dicuri, maka pencuri itu tidak dapat menggunakan telefon anda. Gunakan juga perisian SEKURITY lain seperti ANTI-THIEF untuk ‘membosankan’ pencuri yang berkeliaran disekeliling anda.

22. Pasang perisian PERCUMA/GRATIS di telefon anda yang banyak terdapat di Internet. Download dan pindahkan ke telefon anda. Tetapi fahami FORMAT ‘installer’ iaitu JAR/UTZ/SIS dan SISX

– Sekali lagi, ini ada kaitannya dengan FORMAT FAIL. ‘Installer file’ untuk Symbian biasanya diakhiri dengan SIS atau SISX. Manakala JAR adalah format ‘java application’ yang juga boleh di ‘install’ pada telefon anda. UTZ pula adalah format THEME yang dikhususkan untuk Symbian UIQ3. Ini menjawab soalan mengapa VIRUS tidak boleh menyerang Symbian kerana VIRUS biasanya wujud dalam format EXE, MSI, COM dan DLL kerana semua format ini adalah untuk OS Windows!

23. Anda perlu berani mencuba (try) semua TEKNOLOGI yang wujud pada telefon anda seperti GPS, Bluetooth, WiFi, HSDPA, 3G, Accelerometer, VOIP (Skype), FM Transmitter, Modem dan lain-lain.

– Jangan takut untuk mencuba. Ia mungkin akan mengangkat anda menjadi wira. Cuba belajar bagaimana menggunakan FM Transmitter yang ada pada Nokia N79 atau Samsung i7110 anda. Selain itu, belajarlah menggunakan MODEM yang ada pada setiap telefon Symbian di Blog Symbian Malaysia.

Mungkin anda yang tergolong dalam kumpulan ‘OTAI’ Symbian ingin berkongsi tips-tips yang lebih maju dan memberangsangkan. Dengan ini saya mempersilakan anda untuk menokok-tambah apa-apa tips yang sesuai pada kiriman ini untuk kebaikan semua pembaca Bahasa Melayu di jagat dunia tanpa sempadan ini. Silakan… sila…

September 20, 2008

TOPIK #008 Symbian UIQ

Filed under: Tutorial Symbian — adliayob @ 6:22 am
Tags: , , ,

Sejak dari mula saya menulis di blog ini, saya selalu tekankan tentang kepenggunaan dan keistimewaan S60 sahaja. Dalam erti kata lain… ini tidak adil! Jadi, saya akan mulakan dengan memperkenalkan satu lagi platform Symbian iaitu UIQ.

UIQ (User Interface Quartz) merupakan salah satu antara 3 platform utama Symbian. Ia dibangunkan oleh Syarikat UIQ Technology yang berpangkalan di Ronneby, Sweden. Pada peringkat awal penubuhannya, ia hanyalah satu ‘facility’ (kemudahan makmal) R&D untuk kerja-kerja kajian telefon masa hadapan milik Syarikat Ericsson. Sebenarnya dari makmal inilah terhasilnya teknologi Bluetooth yang kita sedang nikmati pada hari ini.

Pada tahun 1998 sebuah makmal milik Ericsson Mobile Communications telah dibuka di Ronneby dan dinamakan ‘Mobile Applications Lab‘. Kemudian pada 1 April 1999 makmal ini menjadi sebahagian dari Symbian Ltd dan sejak itu ia memberikan fokus berkaitan ‘User Interface’ berasaskan pena (pen-based communicator) iaitu QUARTZ 6.0 yang kemudiannya dikenali sebagai UIQ. Kemudian pada tahun 2002 UIQ telah melancarkan telefon pertamanya iaitu Sony Ericsson P800.

Berikut merupakan gambarajah pengeluaran model-model UIQ (klik untuk lebih jelas):

Baik, mari kita perhatikan ciri-ciri khas dan keistimewaan Symbian UIQ:

  1. Keistimewaan utama UIQ berbanding S60 ialah- Platform UIQ menyokong teknologi TOUCHSCREEN dan keypad. Ini menyebabkan ia tampak canggih kerana setiap ikon dan pilihan menu dapat anda sentuh dengan jari atau menggunakan ‘stylus‘.
  2. Untuk proses input data, anda boleh memilih samada menggunakan hand writing recognition (tulisan tangan), on-screen keyboard atau keypad.
  3. Berbanding dengan S60, UIQ adalah lebih teknikal dan fleksibel. Seseorang yang telah lama menggunakan S60 akan berasa janggal dan kekok terhadap UIQ buat sementara waktu kerana persekitaran pengguna (user-interface) yang amat berlainan.
  4. UIQ merupakan perintis kepada pelbagai teknologi Symbian seperti: (a) Yang pertama menggunakan TOUCHSCREEN pada Symbian, (b) Pertama menyediakan kemudahan pelbagai INPUT-MASUK sama ada dengan touchscreen, keyboard atau keypad (atau dengan kesemuanya sekali), (c) Yang pertama menggunakan teknologi Bluetooth, telefon berkamera, pengecaman tulisan tangan dan dua GUI dalam satu (Sony Ericsson P800 – Buka flip untuk menukar kepada mod touchscreen, tutup flip untuk menggunakan keypad sahaja).
  5. UIQ pada Motorola A925 dan A1000 merupakan telefon yang pertama Symbian yang menggunakan 3G, GPS dan WiFi.
  6. Merupakan yang pertama menggunakan teknologi ‘Business Card Scanner’ (P990) dan ‘Push-Email’ (P910).
  7. Nokia 6708 merupakan telefon Nokia pertama menyediakan kemudahan dwi-input iaitu touchscreen dan keypad. Telefon ini dikuasakan dengan Symbian 7.0 platform UIQ 2.1
  8. Apabila mengunakan ‘Web Browser’ untuk melayari Internet, UIQ3 menyediakan kemudahan yang sangat baik dan mampu untuk setanding dengan komputer biasa. Namun pengguna perlu memasang dua perisian iaitu OPERA MINI dan OPERA 8.65 (biasanya sudah terpasang pada P1i dan W960) pada telefon UIQ3. Opera mini boleh di pindah-turun (download) secara PERCUMA/Gratis di sini -> http://www.operamini.com/download/pc/sonyericsson/sonyericsson_p1/ (sila pilih bahasa, (Bahasa Melayu pun ADA!) kemudian download fail opera-mini-advanced.jar). Fail ini sesuai untuk semua telefon Symbian UIQ3.
  9. Pengguna UIQ3 boleh terus menconteng segala nota dan idea terus ke skrin telefon. Ia boleh diibaratkan sebagai ‘whiteboard’ dan anda boleh simpan catatan anda dalam pelbagai format – contohnya *.bmp
  10. Sama seperti S60, telefon UIQ boleh dipertingkatkan fungsinya dengan memasang perisian dan games (terdapat lebih 500+ tajuk di pasaran) di internet (handango dan my-symbian). Selain itu pengguna tidak berasa ‘ketinggalan zaman’ kerana UIQ yang baru membenarkan ‘firmware-update’ terus menggunakan USB data cable dan komputer peribadi.
  11. Kesemua model UIQ terpasang MODEM (built-in). Sebagai contoh, saya ‘upload’ laman blog ini dan masuk ke internet menggunakan DIGI broadband (data sim only) dan Sony Ericsson W960i. Saya sambungkan telefon ini dengan bluetooth kepada laptop saya kemudian dail DIGINET dan terus log-in ke internet. Tidak perlu USB-modem atau lain-lain wayar yang berselirat.
  12. UIQ mudah diselenggarakan – ini bermaksud jika berlaku sebarang kerosakan pada perisian asal, telefon UIQ mudah untuk DIFORMAT semula. Proses ini tidak memerlukan sambungan kepada komputer kerana ROMnya sudah tersedia pada ‘badan’ telefon (terdapat ROM chip pada telefon yang menyimpan OS asas).
  13. Kesemua telefon UIQ dapat menjalankan perisian Java J2ME dengan baik kerana integrasi yang kuat diantara pengeluarnya iaitu Symbian Ltd dan pengeluar Java iaitu SUN Microsystem.
  14. Integrasi terbaik dengan penyedia talian untuk khidmat multimedia seperti gprs dan mms! Jika tidak terdapat model telefon anda pada operator telco, anda boleh download setting UIQ yang lain untuk GPRS, WAP dan MMS telefon anda (contohnya Motorola Z8 – boleh gunakan setting Sony Ericsson P1i/W960/M600 atau P990i).
  15. Mempunyai butang ‘Task-Manager’ yang unik (seperti butang Ctrl-Alt-Del pada komputer Windows) untuk kemudahan ‘Multitasking’ dan penyelenggaraan OS dan RAM.

Berikut merupakan laman rujukan untuk UIQ:

Berikut merupakan model-model telefon Symbian UIQ – sila klik untuk lebih jelas:

Setakat ini dahulu sebab sekejap lagi saya hendak ke airport untuk pulang berhari-raya ke Seremban, Negeri Sembilan. Saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca laman blog ini.

Julai 18, 2008

Cakap-Cakap: Antara Syarikat Symbian Ltd, Symbian Foundation dan Pengguna Malaysia.

Filed under: Cakap-Cakap Symbian — adliayob @ 7:02 pm
Tags: , ,

Banyak tempat saya pergi di Malaysia ini, Bandar Tawau, Sabah menunjukkan yang ianya diberikan keistimewaan oleh pengeluar-pengeluar telefon. Mengapa? ini disebabkan harga telefon yang teramat murah berbanding lain-lain bandar. Cuba lihat harga dibawah ini dimana sempat saya catitkan sebentar tadi (kini saya masih di Tawau!):

  • Nokia N77 (Symbian S60, Teknologi DVB-H untuk digital TV) = RM 810.00
  • Sony Ericsson G700 (Symbian UIQ terbaru!) = RM 1,120.00
  • Sony Ericsson G900 (Symbian UIQ, 5 Mpix digicam, WiFi) = RM 1,450.00
  • Nokia N82 (Symbian S60, 5 Mpix Carl Zeiss digicam, WiFi) = RM 1,390.00
  • Sony Ericsson W960 (Symbian UIQ, 8gb hdd, WiFi) = RM 1,500.00
  • Nokia 6220c (Symbian S60, Carl Zeiss 5mpix, GPS) = RM 1,230.00
  • Nokia 6110 Navigator (Symbian S60, GPS) = RM 990.00
  • Nokia 6120 classic (Symbian S60, kecil) = RM 660.00
  • Nokia N78 (Symbian S60 terbaru, FM Transmitter, WiFi) = RM 1,210.00
  • Nokia N76 (Symbian S60, clamshell tercantik dan tipis) = RM 880.00

P/S: Kepada sesiapa berminat untuk membeli model-model telefon yang saya sebutkan diatas, sila sms saya di 0168270972 atau email adliayob@yahoo.com

Wow! tidakkah anda teruja? Saya rasa macam mahu keluarkan sahaja duit saya sekarang untuk mendapatkan Nokia N77 tadi. Mengapa? sebab saya pengguna MAXIS. Ya! pengguna Maxis dapat menikmati siaran TV percuma dengan handset ini (Maxis akan melancarkan DVB-H akan datang, setakat ini Mobile TV boleh dinikmati oleh pengguna U-Mobile 018). Tapi apakan daya, sedangkan kalu ikut kata nafsu binasa, maka dengan itu tak jadilah saya mengeluarkan duit simpanan saya itu. Manalah tau ada jika ada perkara yang lebih penting daripada N77 tersebut, sekurang-kurangnya simpanan saya tidak mengalami defisit.

Mengenai sikap pengguna di Malaysia, rata-rata masih tidak dapat lagi memahami dunia Smartphone – terutama Symbian. Masih ramai lagi yang melihat ‘kecantikan’ rupa luaran telefon berbanding fungsinya. Memang betul, ramai penduduk negara ini susah untuk membelanjakan duit hanya untuk memiliki telefon yang berharga lebih RM 1,000.00 tetapi ada juga yang menyimpan duit sikit demi sedikit hanya untuk memiliki telefon idaman. Kebanyakkan ‘survey’ pada Majalah MOBILE WORLD (majalah yang paling saya minati – ada ruangan KHAS smartphone pada mukasurat belakang) mendapati rata-rata penduduk negara ini memiliki telefon idamannya sendiri. Cuba lihat situasi ini: ada ramai pengguna yang ingin bertukar kepada telefon yang mahal (melebihi RM1000) tetapi bukan kategori smartphone. Inilah yang saya maksudkan! bukankah ini satu kerugian? jika seseorang itu membelanjakan RM1000 kepada smartphone, dia akan lebih untung dari segi jangka panjang! Namun saya akur kepada kehendak pengguna, lagipun bukan duit saya yang keluar pun… hehehe.

Kekurangan ini sebenarnya telah dikenalpasti oleh NOKIA selaku peneraju Symbian. Antara kekurangan ini ialah tiada pengenalan lengkap atau logo ‘Symbian’ pada setiap telefon Symbian. Ini sebenarnya menimbulkan kekeliruan ramai. Sedangkan syarikat lawan iaitu Microsoft meletakkan syarat supaya setiap model Windows Mobile MESTI meletakkan logo Windows pada bahagian belakang setiap model tidak kira jenama apa pun! Begitu juga PALM dan Blackberry. Secara jelas, memang tidak terdapat satu simbol pengenalan pada badan telefon Symbian.

Bagi saya, sebenarnya kedudukkan Symbian selaku peneraju OS nombor satu didunia sudah mula tergugat atas faktor-faktor berikut;

  • WinMo sudah mula diterima oleh SonyEricsson, Samsung, Motorola dan LG
  • Apple Iphone telah berjaya mencipta telefon IDAMAN diseluruh dunia!
  • RIM Blackberry semakin mengecilkan saiz telefonnya supaya nampak lebih elegan
  • Wujudnya pakatan ANDROID yang mempunyai lebihkurang 30 ahli dalam bidang industri telekomunikasi (termasuk Google dan Intel) untuk menyaingi Symbian bermula hujung tahun ini
  • Yang paling penting, rupa bentuk telefon Symbian yang rata-rata tidak ‘cool’ dan futuristik.

Syarikat Symbian sudah mengesan kelemahan ini, tambahan lagi ‘survey’ menunjukkan ramai pengguna smartphone akan beralih kepada Iphone pada masa hadapan. Jadi apakah ini petanda buruk untuk Symbian?

Sebenarnya, Nokia pun pening kepala juga memikirkan hal ini, oleh sebab itu Nokia baru-baru ini (24 jun 2008 ) telahpun membeli KESELURUHAN saham Syarikat Symbian LTD yang dipunyai oleh lain-lain pemegang saham dan sekaligus Symbian telah menjadi milik Nokia sepenuhnya!

Langkah kedua Nokia: kemudiannya, 3 platform utama Symbian (S60, UIQ dan MOAP) DIGABUNGKAN untuk merekacipta 1 telefon Symbian tahap mahadewa. Ini sekaligus membenarkan NOKIA untuk mengeluarkan telefon ‘touchscreen’nya sendiri tidak lama lagi akibat penggabungan teknologi ini.

Langkah ketiga Nokia: Symbian, S60, UIQ dan MOAP telah dibebaskan dari pegangan NOKIA untuk membentuk SYMBIAN FOUNDATION (Yayasan Symbian) yang setakat ini mempunyai 31 ahli termasuk Broadcom, EA Mobile dan Texas Instrument! Untuk lebih lanjut sila perhatikan grafik dibawah ini atau layari http://www.symbianfoundation.org :

Persoalannya, mengapa langkah-langkah ini diambil oleh Nokia? Ini kerana Nokia sebenarnya sedang tertekan dengan syarat-syarat yang dikenakan oleh Sykt Symbian dimana ia mengepalai S60 dan tidak langsung dapat menghasilkan telefon touchscreen UIQ seperti SonyEricsson. Pada waktu sekarang, dunia sedang menunggu jawapan dari Nokia untuk mengeluarkan model yang setanding I-Phone. Percayalah cakap saya ini, sesungguhnya saya telah mencuba Apple I-Phone dan saya dapati ianya adalah telefon yang paling BEST setakat ini! Ia touchscreen tanpa stylus, anda cuma mengendalikannya dengan jari-jari anda sahaja! jika anda mencubanya – mungkin anda susah nak tidur kerana memikirkan kecanggihan telefon ini. Dan berita mutakhir – Apple telah melancarkan Apple I-Phone 3G (16 Gb Hdd) baru-baru ini dan dipasarkan kepada 22 negara serentak pada hari pelancarannya.

Perhatikan – IPhone 3G 16Gb? paling besar dalam kumpulan Symbian hanyalah 8Gb setakat ini (N96 belum lagi muncul – dengar cerita 16Gb, entahlah….). Selain itu, WinMo juga telah melancarkan Samsung OMNIA pada minggu lepas (touchscreen, 16Gb, 5Mpix, tipis: 12 inci) dan HTC Touch Diamond untuk menyaingi I-Phone. Blackberry juga taknak kalah – ia akan melancarkan model THUNDER juga untuk menyaingi I-Phone.

Apa peluang Malaysia dalam Symbian Foundation ini? Symbian Foundation telah membuka keahliannya kepada syarikat-syarikat teknologi di seluruh dunia dan yang paling penting: Symbian OS akan berubah kepada ‘Open Source’ dan ia memberi peluang kepada programmer di Malaysia untuk mengeluarkan TARINGNYA! Dalam banyak hal, peluang sebenarnya terbuka untuk MAXIS kerana hanya MAXIS mempunyai program ‘programmer’nya yang tersendiri yang dinamakan MAXIS MDP.

Antara kekurangan (loop hole) dalam perkembangan Symbian di Malaysia:

  • Belum ada pihak yang mengeluarkan KAMUS DEWAN atau KAMUS DWI BAHASA khas untuk Symbian setakat ini
  • Dukumentasi Panduan Haji Dan Umrah belum tersedia dalam format Symbian
  • Buku cerita kanak-kanak / hikayat / dongeng / lagenda dalam bentuk multimedia interaktif belum dibangunkan untuk Symbian.
  • Panduan pelancong (tourist guide) mengenai Malaysia tidak pernah wujud pada mana-mana platform Symbian.
  • Buku Fakta Malaysia dan Sejarah Malaysia belum pernah wujud untuk Symbian,
  • Games untuk telefon Symbian dalam pendekatan Malaysia belum lagi wujud.
  • Buku resepi masakan kegemaran Malaysia dan banyak lagi yang bersarang didalam kepala saya ini…. siapa nak jawab semua ni??

Sebenarnya, kita hanya berjaya melahirkan graduan cemerlang dalam disiplin IT setiap tahun hanya untuk 2 tujuan: (1) bekerja didalam sektor kerajaan atau swasta (2) menganggur. Sejak dari tahun 1997 lagi saya selalu berfantasi: alangkah bagusnya jika saya memiliki sebuah syarikat R&D saya sendiri khusus untuk membangunkan produk IT dan menjualkan produk ini keseluruh dunia, perkara pertama yang akan saya buat ialah mengutip/ memilih graduan-graduan IT yang menganggur dan memberikan mereka satu asignment untuk membangunkan produk ini. Seterusnya saya akan memasarkan produk ini dan royalti produk akan diberikan kepada mereka termasuk gaji, elaun, dan lain-lain….. tapi, apakan daya – nak membeli Nokia N77 tadi pun, saya masih belum cukup ‘budget’! hehehe. Kopak.. kopak.

Dan masa depan yang saya nampak hanya pada dunia telefon bimbit, khususnya Symbian. Kerana setakat ini lebih ramai membeli smartphone berbanding laptop. Nokia juga telah berjaya menjadi syarikat penjual KAMERA DIGITAL yang terbesar didunia! (ya… kerana ia berjaya menjual telefon berkamera).

Ahem… ada sesiapa investor yang berminat untuk melaburkan modal kepada saya? 🙂

P/S: Kepada sesiapa berminat untuk membeli model-model telefon yang saya sebutkan diatas, sila sms saya di 0168270972 atau email adliayob@yahoo.com

Julai 8, 2008

TOPIK #003 Mengenali S60 dan UIQ.

Filed under: Tutorial Symbian — adliayob @ 7:16 pm
Tags: , , , , ,

Selamat Datang ke Laman BLOG ‘The Malaysian Symbian Opinion’. Satu blog yang memaparkan pandangan dan pengetahuan khusus untuk Sistem Operasi (OS) Symbian – S60 dan UIQ. Disini anda akan dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang teknologi SYMBIAN yang dipasang ke telefon-telefon terpilih berjenama NOKIA, SONY ERICSSON, SAMSUNG, MOTOROLA dan LG.

Soal-Jawab Symbian.

Sebenarnya susah saya nak menerangkan secara ilmuan tentang Symbian ini. Jadi untuk memudahkan anda, saya karang mengikut stail soal-jawab – sebab, benda baru terlalu banyak pertanyaan. Pada saya, penjelasan stail soal-jawab lebih efektif.

1) Soalan: Apakah SYMBIAN dan mengapa ia berbeza dengan telefon lain?

Untuk menyebabkan sesebuah komputer berfungsi dengan baik, OS atau Operating System (seperti Windows XP) mestilah terlebih dahulu terpasang (installed) dan berjalan (run) dengan baik.
Jika tiada OS didalam sesebuah komputer, maka tidak bergunalah ia walaupun komputer tersebut telah lengkap dan bersambung dengan printer dan modem. Jika diperhatikan, OS adalah perkara terpenting
untuk sesebuah komputer itu berfungsi. Jika WINDOWS rosak, maka tergendala semua kerja.

SYMBIAN adalah sejenis OPERATING SYSTEM (OS) yang dipasangkan ke dalam model-model telefon terpilih dan telefon Symbian adalah sejenis komputer. Ini bermaksud bukan semua telefon adalah telefon Symbian DAN Symbian tidak dipasang pada jenama NOKIA sahaja!

Sama seperti sebuah komputer – telefon SYMBIAN mampu membaca Word / Excel / Powerpoint, boleh terkena VIRUS, boleh dimasukkan ‘games & software’ dan boleh di FORMAT jika rosak atau bermasalah.

2) Soalan: Bagaimana untuk mengenali telefon symbian?

Di Malaysia, kebanyakkan telefon Symbian adalah berjenama NOKIA.Tetapi bukan semua model NOKIA adalah Symbian. Terdapat 3 BUTANG pada ‘keypad’ telefon Symbian:

  • Butang MENU
  • Butang ‘C’ (Cancel)
  • Butang ‘PENSEL’ (Edit)

Ketiga-tiga tanda ini terdapat pada badan telefon Symbian S60 versi 6.0/7.0/8.0/8.1 sahaja. Mulai Symbian versi 9.1/9.2 kebanyakannya mengekalkan butang MENU dan C sahaja. Contohnya Nokia N81, N82, 5700, E90, 6120 dan Samsung i450, i550, i560 dan G810.

Selain itu, pada setiap telefon Symbian mempunyai menu ABOUT:-

(tekan MENU -> EXTRAS -> ABOUT)

Untuk telefon Symbian UIQ pula, pengeluarnya adalah Sony Ericsson dan Motorola sahaja (walaupun sebelum ini Arima dan BenQ pernah mengeluarkan UIQ, namun mulai Symbian 9.1, mereka tidak lagi mengkomersilkan apa-apa model – setakat ini).

UIQ3 dikenali dengan pena STYLUS, butang BACK, opsyen MORE dan TouchScreen (untuk Sony Ericsson). Motorola cuma mengeluarkan 2 model sahaja setakat ini iaitu RIZR Z8 dan Z10.

3) Apakah VIRUS dan bagaimana ia masuk ke telefon saya, jika terkena
virus apa yang perlu saya buat?

VIRUS adalah perisian (sofware) jahat yang boleh merosakkan OS pada sesebuah komputer. Pada telefon Symbian, virus tersebar melalui BLUETOOTH, MMS dan pemindahan data melalui internet dan MEMORY CARD.

Disebabkan SYMBIAN adalah sejenis OS, virus boleh tersebar dengan mudah. Sifat ini sama dengan komputer WINDOWS.

Virus tidak boleh berjangkit pada telefon biasa. Sebagai contoh, jika anda mempunyai telefon NOKIA 6280 atau SonyEricsson W800i, virus tidak boleh berjangkit kepada telefon anda. Ini kerana telefon anda BUKAN TELEFON SYMBIAN walaupun mempunyai bluetooth dan memory card.

Semasa ini terdapat lebih 10 jenis virus Symbian antaranya: Comwarrior, Caribe, Mabir, Skull dan lain-lain.

Virus menyebabkan telefon anda kehabisan bateri dan kredit, kerap restart, mms dihantar/ bluetooth di ‘on’ secara tiba-tiba dan yang paling teruk – telefon anda tidak berfungsi lagi.

Jika telefon terkena virus, ia perlu DI FORMAT. Adalah lebih baik memasang ANTIVIRUS pada telefon sebelum terkena jangkitan virus.

4) Bolehkah telefon symbian saya ditambah fungsinya, bolehkah ia
membunyikan azan, bolehkah ditambah SMARTMOVIE, ditambah kamus dan games?

Anda boleh meningkatkan (UPGRADE) fungsi telefon Symbian anda dengan pelbagai sofware
dan games
yang terdapat di internet. Ada 3 versi perisian yang boleh anda cuba iaitu:

  • Perisian percuma (royalty free – freeware) seperti terdapat pada www.symbian-freeware.com
  • Perisian percubaan (shareware, trial version) seperti terdapat pada http://my-symbian.com
  • Perisian tulen secara pembelian (online symbian softwares, full version, commercial) seperti
    terdapat pada www.handango.com

Jika anda bijak, anda boleh mendapatkan ‘crack-version’ perisian Symbian di internet. Bagaimanapun, adalah tidak digalakkan untuk berbuat demikian kerana akan menyebabkan kelesuan penulis perisian asal. Bayangkan jika satu hari nanti saya mengeluarkan perisian Symbian saya sendiri, kemudian anda ‘lelong’ dan ‘rompak’ perisian tersebut – maka pada waktu akan datang saya juga keberatan untuk mencipta lain-lain perisian.

5) Apakah ciri-ciri lain telefon Symbian?

Ciri-ciri tambahan telefon Symbian adalah:

  • Mempunyai RAM
  • Mempunyai CPU (Processor)
  • Mempunyai FLASH (C:\)
  • Mempunyai ROM
  • Ada WiFi (pada model tertentu telefon symbian sahaja!)
  • Ciri-ciri negatif telefon Symbian pula:
  • Boleh ‘HANG’
  • Boleh ‘Re-Start’
  • Boleh terkena Virus, SpyWare & Bugs
  • Kuat makan karan (bateri kena selalu di cas)
  • RAM kadang-kadang penuh (biasanya dipaparkan ‘Memory-Full’ pada skrin)
  • Tidak boleh ditambah RAM, format ROM atau menambah kapasiti phone-memory
  • Penyakit sawan (kadang-kadang kalau tak tekan button pun dia tekan sendiri!)

Namun gejala negatif ini boleh diubati bila anda benar-benar faham
operasi Symbian.

Ciri-ciri ini wujud disebabkan ianya tergolong dalam kumpulan komputer. Biasanya, di negara
maju seperti JEPUN, rakyatnya lebih gemar memilih telefon Symbian oleh sebab mereka memahami asas komputer dengan baik. Lebih 20 juta rakyat Jepun menggunakan Symbian!

Symbian merupakan OS NO. 1 dalam kelas telefon. OS yang lain adalah seperti:

  • Windows Mobile / PPC
  • PALM
  • LINUX
  • Blackberry
  • OS-X (Apple iPhone)
  • Android

6) Apakah keperluan untuk saya UPGRADE telefon saya?

Berikut merupakan keperluan untuk telefon anda di tambah fungsinya (upgrade):

  • Memory Card (minimum 128Mb)
  • Phone Memory (Flash C:\) sekurang-kurangnya 2Mb
  • Bluetooth
  • Telefon Symbian: S60 /UIQ / S80 atau S90

7) Jika saya membeli telefon Symbian
Second-Hand, apa yang perlu saya semak dan buat?

Anda tidak perlu takut langsung apabila membeli telefon Symbian Socond-Hand. Seperti komputer, symbian perlu diprogram semula sebelum ia menjadi milik anda. Lakukan perkara-perkara ini:

1- Periksa keadaan FIZIKAL telefon tersebut, pastikan kamera, charger port, USB port, data-cable port, bluetooth, slot memory-card, keypad dan skrin berada dalam keadaan baik.

2- Pastikan kesemua button berfungsi / touch-screen boleh disentuh dan digunakan.

3- Cuba ‘charge’ telefon anda sekejap – pastikan ia menerima kemasukan elektrik.

4- Pastikan bateri adalah original. Hati-hati dengan bateri palsu!

5- Tekan *#06# untuk mendapatkan IMEI (no siri), tulis diatas kertas dan pastikan nombor yang sama tertera pada badan telefon (dibawah bateri).

6- Cuba buat call dan pastikan anda mendengar dengan jelas dan percakapan anda boleh didengar dengan baik oleh pihak yang lagi satu.

7- Jangan bimbang mengenai waranty kerana jaminan untuk telefon second-hand hanya seminggu sahaja.

8- Cuba masukkan memory-card dan pastikan kandungan memory-card dapat dibaca oleh sistem.

9- Cuba tanya pekedai mengapa pengguna terdahulu menjual telefon tersebut, jika jawapannya untuk trade-in telefon yang baru dan telefon tersebut adalah model terbaru – anda tergolong dalam kumpulan yang bernasib baik. Di dunia lagi anda telah mengetahui nasib anda!.

10- Lakukan FORMAT pada telefon anda sebelum anda membayarnya. Untuk S60 Nokia, gunakan *#7370# dan masukkan LOCK-CODE 00000 (lima kali). Untuk Panasonic, gunakan **7370# – lock-code 00000 dan Samsung *#7370# – lock-code 00000000 (lapan kali). Jika lock-code salah, gunakan alternatif 12345. Masih tidak boleh? – hard-format boleh dilakukan dengan menekan 4 butang mengikut turutan – SEND (butang hijau, BINTANG (star button), 3 (butang nombor 3) – jangan lepaskan dan hidupkan telefon (switch-ON). Tekan keempat-empat butang dalam masa 5-10 saat dan anda akan dapat perkataan ‘formatting’ terpapar pada skrin. Tunggu hingga selesai kemudian masukkan memory-card yang baru (atau memory-card yang telah diformat). Sebelum melakukan hard-format keluarkan dahulu memory-card yang mungkin berada dalam badan telefon.

11- Untuk lain-lain model Symbian minta pekedai ‘set as factory default’ atau minta dia yang format
(atau flash).

12- Gunakan *#0000# untuk melihat tarikh keluaran telefon dan versi perisian.

13- Jika housing telefon buruk dan menjatuhkan maruah anda…. PERGILAH BELI BARU!

Lebih baik lagi jika anda membeli telefon second-hand daripada orang yang anda kenali. Membeli dengan cara ini anda mungkin mendapat pakej penuh telefon tersebut siap dengan headphone, av-cable, original CD, warranty card, original charger dan lain-lain yang terdapat didalam kotak telefon tersebut. Lakukan ‘trick’ anak buah saya – mereka selalu bertanya ‘bila uncle nak tukar telefon lagi? Kalau tukar nanti bagilah pada saya telefon ini’. Baru-baru ini saya telah memarahi seorang anak buah saya kerana bertanyakan soalan tersebut pada SonyEricsson W960 yang baru saya pakai 2 minggu!

8 ) Mengapa telefon saya tidak boleh ditukarkan OS-nya kepada Symbian? Bukankah seperti komputer juga? Format semulalah dan masukkan CD Symbian!

Tidak pernah ada telefon yang boleh disambung terus dengan pemacu CD. Tidak juga seperti komputer yang boleh ditukar OS sesuka hati, lagipun belum pernah dalam sejarah telefon seseorang dapat menukarkan OS sedia-ada kepada OS yang lain.

Dalam setiap Smartphone terdapat ROM yang menyimpan maklumat asal segala OS dan lain-lain perisian asal. ROM (Read Only Memory) adalah satu cip yang tidak boleh diubah dan diakses dengan apa cara sekalipun. Itu sebab CD untuk komputer dinamakan CD-ROM kerana setelah selesai anda mencipta CD ini,anda langsung tidak boleh mengubah kandungannya.

Perhatikan apabila anda mem’format’ sebuah telefon Symbian – selesai sahaja format, telefon kembali seperti keadaan asal umpama keluar dari kilang untuk pertama kali. Tidak pernah dilakukan installation OS pada Symbian kerana ‘installer’ telah berada pada ROM telefon. Ia cuma ‘call’ semula ROM untuk mem’format’ diri sendiri. Keadaan ini adalah unik berbanding komputer. Memang ada ‘back-up’ software pada badan telefon Symbian.

Tidak seperti komputer, sesebuah telefon telah dipasang OS sewaktu proses pengilangannya sebelum dijual kepada umum. Ini juga bermakna untuk menukar OS smartphone dari Windows Mobile kepada Symbian adalah mustahil. Apatah lagi untuk menukar OS pada telefon biasa kepada smartphone. Maaf kerana
menyiarkan berita buruk ini, tetapi itulah hakikatnya! Bertukarlah kepada telefon Symbian.

9) Jika saya ingin membeli telefon Symbian yang baru, apakah pandangan anda? Apa perlu saya timbang-timbangkan sebelum saya rugi?

LIMA faktor sebelum anda membeli sebuah telefon Symbian:

Pertama: Berapakah bajet anda? Telefon Symbian berada pada harga antara RM 800.00 – RM 3,000.00

Kedua: Apakah keperluan anda? Adakah anda perlu GPS? HSDPA? WiFi? Hard-Disk? Atau skrin besar? Mungkin juga siap dengan kamera digital megapixel tinggi? Saya cadangkan samada Nokia N93i/N95/ N95-8Gb / N81-8Gb / E90 Communicator, SonyEricsson P1i/ W960 atau Samsung G810.

Jika bajet anda dibawah RM1,500.00 dan hanya perlukan telefon Symbian fungsi asas – saya sarankan Nokia 5700, 6120, N73, N70, E65, SonyEricsson M600, P990i, LG KS10, Samsung i450 dan Samsung i550. Telefon
Symbian paling murah dalam pasaran (Symbian 9.2 S60 3rd Edition) ialah Nokia 6120 berharga dibawah RM850 sahaja. Biasanya telefon berbentuk ‘Candy-Bar’ adalah jauh lebih lasak berbanding bentuk ‘Slide’ atau
‘Clamp-shell’.

Ketiga: Bayar lebih dan beli dari ZITRON/FMG dan pengedar SAH. Pembelian dari AP-Set (banyak kedai yang mengimport telefon symbian tanpa melalui pengedar sah) bagus juga tetapi kurang tempoh jaminannya (saya sendiri memiliki Symbian AP-Set tanpa banyak masalah). Periksa pengenalan Symbian betul-betul supaya anda tidak tertipu dengan NOKIA TIRUAN yang made-in-china! Elakkan juga dari membeli secara terus dari
internet kerana banyak berlaku insiden negatif dan penipuan dalam transaksi.

Keempat: Jika memesan model Symbian dari luar negeri, pastikan ianya diUNLOCK (operator lock) dan ‘SIM-LOCK free’. Ini untuk mengelak dari tidak boleh digunakan langsung di Malaysia. Polisi ini dipakai pada
Symbian luar negeri kerana untuk mengelak seseorang dari berhijrah kepada operator talian yang lain. Contoh terdekat – Singapura.

Kelima: Pastikan no IMEI pada badan/bateri/warranty-card/kotak dan paparan skrin adalah sama untuk mengelak dari ditipu. Minta bantuan dari jurujual. Pastikan juga segala aksesori lengkap seperti tertera dalam ‘manual-book’.

Jika membeli model NOKIA, pastikan ketulenan telefon terjamin. Perhatikan tulisan NOKIA – dan bukan NOKLA. Tekan *#0000# dan *#7370# – ianya akan memberi respon. Juga pastikan menu ABOUT wujud dalam sistem.

Tidak digalakkan langsung untuk membeli telefon Symbian jika anda cuma menggunakan fungsi dail (call), jam loceng dan sms sahaja pada telefon tersebut. Belilah telefon biasa. Telefon Symbian bukan telefon
‘cap-ayam’.

10) Boleh senaraikan semua model-model telefon Symbian? Saya takut saya tersilap beli.

Anda boleh menyemak senarai model-model telefon Symbian pada 3 laman web ini:

Jika ingin membuat pembelian telefon Symbian, pastikan anda melihat kehadiran butang-butang istimewa (special button) pada badan (body) telefon untuk memastikan pelaburan anda terjamin!

Demikianlah tadi 10 soalan lazim yang selalu ditanyakan oleh rakan-rakan saya saban hari. Diharap anda dapat manafaat daripada blog ini. Sebarkan maklumat baik ini kepada kawan-kawan yang lain.

Mei 8, 2008

Sambungan Topik #002

Filed under: Tutorial Symbian — adliayob @ 9:47 am
Tags: , , , ,

Selamat Datang ke Laman BLOG ‘The Malaysian Symbian Opinion’. Satu blog yang memaparkan pandangan dan pengetahuan khusus untuk Sistem Operasi (OS) Symbian – S60 dan UIQ. Disini anda akan dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang teknologi SYMBIAN yang dipasang ke telefon-telefon terpilih berjenama NOKIA, SONY ERICSSON, SAMSUNG, MOTOROLA dan LG.

telefon symbian saya

Rabu – 7Mei 2008

Apakah Symbian? (Sambungan)

Seperti yang telah kita ketahui, Symbian tergolong dalam OS – ini bermakna ia berada dalam satu kelas dengan Windows XP, Windows Vista, Linux dan Mac OS.

(Mengikut pandangan saya), komputer terdiri daripada 3 kumpulan besar iaitu:

1) Mainframe / Server

2) PC dan Laptop (Personal Computer / Micro Computer)

3) PDA dan Smartphone

Setiap kumpulan ini beroperasi dengan Operating System yang berlainan. Grafik dibawah memperincikannya. Komputer dikategorikan mengikut saiz, keperluan mesin dan fungsi. Dengan itu adalah tidak logik sama sekali jika kita memasang perisian Windows XP pada mesin ATM bank atau memasang UNIX kepada PDA.

OS

PDA dan Smartphone.

PDA (Personal Digital Asistant) dahulunya dikenali sebagai Palmtop Computer. Ianya merupakan komputer terkecil semuat telapak tangan. PDA berfungsi sebagai diari harian, penyimpan fail dokumen (termasuk memapar dan meng’edit’), pemain fail media (muzik, audio, video) dan juga sebagai buku memo. PDA dilengkapi dengan teknologi ‘Touch-Screen’ agar kemasukkan input dilaksanakan dengan lancar oleh pengguna. Satu ketika dahulu PDA tidak mempunyai fungsi telofon.

Telefon bimbit adalah alat yang dimajukan hasil imaginasi manusia yang mahukan perkhidmatan telefon dimana-mana. Tidak perlu diceritakan mengenai handphone kerana ia sudah menjadi kebiasaan pada kita hari ini. Saya ingat lagi, pada awal tahun 90-an, betapa ‘sakai’nya saya memegang dan membuat ‘call’ menggunakan NEC PRIMERO BX abah saya dan dengan sombongnya menunjuk-nunjuk cara pengunaannya kepada rakan-rakan. Realitinya, pada hari ini telefon sebesar itu menjadi bahan gurauan dan layak untuk ‘membaling anjing’ sahaja. Kemudian, timbul pula kemahuan agar fungsi PDA disatukan dengan handphone. Maka lahirlah SMARTPHONE yang berfungsi lebih daripada sekadar telefon!

Berbalik kepada telefon bimbit, pada hari ini terdapat 3 kategori telefon bimbit:

  1. Handphone ASAS seperti Nokia 3310. Mempunyai fungsi SMS, jam loceng, skrin hitam-putih / hitam-hijau/ warna, tidak ada infrared atau bluetooth dan tidak menyokong kad memori.
  2. Handphone MULTIMEDIA seperti Nokia 6280, 6500 Slide, SonyEricsson K850i, LG Viewty, Samsung D900 dan lain-lain. Mampu menghantar MMS, melayari WAP/ internet, tersedia bluetooth dan infrared, Memainkan fail MP3 / muzik/ video, Fungsi radio, Perakam suara, Menukar ‘theme’, Membaca dokumen PDF/ word/ excel, Mempunyai kamera digital, Menyokong kad memori dan menyokong perisian JAVA.
  3. SMARTPHONE.

SMARTPHONE mempunyai semua fungsi telefon multimedia. Lebih dari itu, smartphone juga mempunyai fungsi PDA dan mampu menambah fungsi dengan memasukkan perisian ‘third-party’ yang mudah didapati seperti Kamus Inggeris-Melayu, Smartmovie, Anti-virus, Pocket Quran, Infrared Remote Control, Call Recorder dan lain-lain. Ini kerana smartphone mempunyai Operating System dan seperti sebuah komputer – ia boleh ditambah perisian, games, theme, file manager, tukar fonts, print menggunakan printer, mempunyai RAM dan ROM, drive C:\ dan lain-lain. Seperti komputer juga, ia terdedah kepada serangan VIRUS dan pengguna perlu install anti-virus sebaik membuat pembelian smartphone.

Mengikut urutan dan populariti, Symbian merupakan OS NOMBOR SATU smartphone dan diikuti rapat oleh Windows Mobile, Palm dan Linux.

Versi keluaran Symbian.

Symbian yang awal adalah Symbian 5.0 (Epoc Release 5), kemudian dipermajukan menjadi Symbian 6.0, Symbian 7.0/ 7.0s, Symbian 8.0/ 8.1. Versi terkini untuk pasaran telefon semasa Symbian adalah 9.1/ 9.2. Manakala versi 9.3 dan 9.5 bakal muncul pada pertengahan tahun ini atau awal tahun hadapan.

Platform Symbian.

Telefon Symbian 6.0/7.0/8.0 dan 8.1 menggunakan platform yang berbeza-beza. Platform ini wujud untuk menunjukkan kebolehan symbian yang mampu diadaptasi kepada pelbagai jenis saiz dan fungsi telefon. Platform tersebut adalah Series 60, Series 80, Series 90, UIQ dan MOAP.

Dengan kehadiran Symbian 9.1/9.2 – kini platform tersebut terbahagi kepada 3 sahaja iaitu S60, UIQ dan MOAP.

S60 (sebelum ini dikenali dengan Series 60) dipelopori oleh Nokia, Sendo, Siemens, Panasonic, Lenovo, Samsung dan LG. Sendo kemudiannya dibeli oleh Motorola, Siemens dibeli oleh BenQ, Panasonic tidak lagi berminat dengan S60 dan menumpukan MOAP manakala Lenovo masih lagi misteri. Ini menyebabkan, bermula tahun 2007, hanya Nokia, Samsung dan LG sahaja menggunapakai platform S60 hingga kini. S60 menggunakan keypad atau keyboard untuk proses kemasukan input.

UIQ dipelopori oleh SonyEricsson, Motorola, Arima dan BenQ. Nokia pernah mengeluarkan satu-satunya model UIQ iaitu Nokia 6708 (dengan menukar logo, jenama dan model telefon BenQ P31). UIQ3 dikomersialkan pada tahun 2007 dan sehingga kini, hanya 2 pengeluar memasarkan model-model mereka iaitu SonyEricsson dan Motorola. Ini kerana unit UIQ pada syarikat Symbian telah dibeli dan kemudiannya menjadi syarikat berasingan dan pemegang saham UIQ Technology adalah SonyEricsson dan Motorola. UIQ menggunakan touch-screen, keyboard atau keypad untuk proses kemasukan input.

MOAP (Mobile Oriented Application Platform) dipelopori oleh Fujitsu, Mitsubishi, Panasonic, Sharp, NTT Docomo dan SonyEricsson. Berbeza dengan platform yang lain, telefon Symbian-MOAP dikeluarkan ke pasaran dengan jenama FOMA dan hanya dijual di Jepun. Platform MOAP tidak membenarkan ‘third-party software’ dimasukkan oleh pengguna, sebaliknya pihak penyedia perhidmatan talian (telco) perlu bekerjasama dengan NTT Docomo untuk membangun dan melengkapkan perisian MOAP. Dengan itu, pengguna boleh terus berhubung dengan telco untuk ‘upgrade’ perisian MOAP. MOAP telah menjadi ‘test-bed’ kepada pembangunan Symbian sehingga hari ini dimana setiap aplikasi tertentu dicuba pada MOAP sebelum ia dipindahkan kepada S60 dan UIQ.

Symbian-platform

Di Malaysia, hanya telefon Symbian S60 dan UIQ sahaja yang dijual di pasaran. Model pertama Symbian iaitu Ericsson R380 pernah saya lihat disebuah pameran dan persidangan Multimedia Asia (dan komunikasi) di The Mines, Sungai Besi dalam tahun 2000. Kemudian pada awal tahun 2002 Nokia 7650 dan Nokia Communicator 9210 telah dijual di Malaysia. Tahun 2003 menyaksikan Nokia 3650, 3660 dan SonyEricsson P800 dijual dan pada April 2005 – Nokia 3230 telah menjadi telefon Symbian saya yang pertama!

Siemens SX1 dijual pada tahun 2004, Panasonic X700 dan Samsung D720 tahun 2005. Motorola A1000 pula pada akhir tahun 2005. Telefon sulong LG Symbian iaitu KS10 (atau LG JOY) tidak pernah dijual di Malaysia. Begitu juga dengan model Samsung D730, Nokia N92, Sendo X dan Motorola RIZR Z8. Selain itu banyak lagi model yang tidak pernah dijual di negara kita. Alasan pengeluar ialah – ‘Market’ Malaysia masih belum bersedia untuk menerima Symbian secara total. Sebenarnya bagi saya, ‘statement’ ini memalukan kita semua. Ini juga mencerminkan yang warga Malaysia tidak ambil peduli atau memahami teknologi telefon bimbit.

Saya ingat lagi pada tahun 2006, ada rakan yang memperli saya kerana membeli Panasonic X800. Telefon ini saya hadiahkan kepada isteri saya sempena harijadinya. Kata rakan – apa guna kau gempar-gempur pasal Symbian sedangkan kau tidakpun membelikan Nokia kepada isterimu! Kemudian, rakan tersebut membelek-belek juga Panasonic X800 tersebut. 10 minit berlalu, dia bertanya… macamana kau masukkan sistem Nokia dalam Panasonic ni?

Saya pernah cuba menerangkan mengenai Symbian kepada beliau. Dan pada hari itu, saya terpaksa ‘explain’ sekali lagi – dengan bukti! Rupa-rupanya beliau masih tidak faham sewaktu saya ‘explain’ kali pertama. Dulu tu, dia mengangguk juga. Biasalah, orang kita ni ‘sombong-bodoh’. Sepatutnya kalau tak faham, tanyalah. Jangan buat-buat faham sambil mengeluarkan perkataan ‘Oooo’ panjang-panjang sedangkan sebenarnya tak faham.

Saya demonstrasikan kedua-dua Nokia 3230 dan Panasonic X800, buka menu – buat message – ‘run’ permainan SkyForce dan software SmartMovie. Buka ‘about’ dan bacakan ‘This product includes software licensed from Symbian Ltd’ kepada beliau. Akhirnya… barulah beliau benar-benar faham mengenai Operating System! Itu tak masuk lagi saya ‘demo’kan dua laptop (Acer dan Compaq) yang sama-sama menggunakan Windows XP sebagai OS.

Setakat hari ini saya ada 4 telefon Symbian. Nokia 3230, Panasonic X800, Samsung i450 dan SonyEricsson W960. Saya menggunakan 2 iaitu 3230 dan W960 manakala isteri menggunakan i450 dan X800. Isteri saya ganjil sikit – dia suka Symbian tetapi tidak pernah suka Nokia! Telefon W960 ini mengubah sejarah hidup saya apabila saya berhijrah dari platform S60 kepada UIQ!

Saya menjadi ahli kepada Malaysian Symbian User Group (www.i-symbian.com) pada tahun 2005. Sehingga hari ini, semua rakan karib, saudara-mara, sepupu dan adik-beradik saya (dan isteri) bertukar menggunakan Symbian. Malahan jika diberikan sebuah telefon Multimedia canggih pun kepada mereka – mereka menolak dengan alasan tak boleh nak masukkan games dan software! Sombong betul….

Saya rasa kredit harus diberikan kepada sepupu (sebelah isteri) iaitu En. Azlan Hj. Asakil kerana menyebabkan saya berkecimpung penuh dalam Symbian OS atas dua sebab:

  1. Pada pertengahan tahun 2004 beliau menunjukkan kepada saya Nokia 6670 yang baru dihadiahkah oleh ibu mertua beliau sempena harijadinya (back-dated surprise!). Saya bergegas ke Cyber-café berhampiran bersama-samanya untuk mencari software dan game untuk telefon ini. Kemudian saya terus ‘addicted’ kepada Symbian dan menjadikan Nokia 6670 itu sebagai test-bed saya. Tidak lama kemudian, saya membeli Nokia 3230.
  2. Pada awal tahun ini ( 2008 ) harijadi beliau datang lagi. Kali ini dia menelefon saya bertanyakan tentang telefon Symbian apa yang patut dibelinya untuk dihadiahkan kepada dirinya sendiri (Azlan tidak pernah membeli telefon seumur hidup. Semua telefonnya adalah pemberian keluarga ataupun orang lain yang hadiahkan). Saya cadangkan SonyEricsson P1i kerana saya telah mencubanya pada Hari-Raya Aidilfitri yang lalu di Seremban. Telefon ini dilengkapi dengan WiFi. Beliau terus bersetuju dan setengah jam kemudian, dia membuat panggilan dari sebuah restoran di Tawau dan dengan sombongnya berkata “Li.. nampaknya aku jer yang pakai handphone untuk WiFi di restoran ni. Yang lain semua pakai laptop”. Sekali lagi saya menjadikan P1i kepunyaannya sebagai test-bed untuk UIQ3. Akhirnya pertengahan April lalu – akibat tak boleh tahan dengan sindirannya – saya membeli sendiri W960 ini!

Create a free website or blog at WordPress.com.