Adliayob – Sebuah Catatan Teknologi

Mac 19, 2009

Perkara Yang Anda Sepatutnya Tahu Apabila Mengendalikan Telefon Symbian

Filed under: Tips Pengguna Symbian — adliayob @ 10:31 pm
Tags: , , ,

iklan-symbianku

Anda mungkin secara tidak sengaja ‘TERBELI’ sebuah telefon Symbian. Atau mungkin sahaja anda jenis manusia yang suka mengikut trend dan sentiasa mengunakan gajet terbaru untuk ‘memancarkan aura’ kesombongan dan status ‘golongan baik-baik’ anda. Atau mungkin juga anda memiliki sebuah telefon Symbian sebagai HADIAH atau memenangi cabutan bertuah. Walau apa pun alasan anda, ketahuilah telefon yang anda pegang itu sebenarnya SEBUAH KOMPUTER dan bukannya telefon biasa.

Masalahnya, berapa ramaikah ‘orang kita’ yang menyedari hakikat yang telefon bimbit mereka itu ialah TELEFON SYMBIAN dan berapa ramaikah yang benar-benar MEMAHAMI cara penggunaan dan pengawalannya?

Mengikut ‘survey’ yang telah dijalankan oleh Blog Symbian Malaysia, 6 daripada 10 responden TIDAK MAHU AMBIL TAHU atau PEDULI tentang telefon Symbian mereka. Akibatnya, setelah menggunakan telefon ini selama beberapa bulan – mereka akhirnya mengubah selera dan bertukar kepada telefon ‘biasa-biasa’ yang ‘tidak berapa canggih’. Alasannya mudah – kerana TIDAK MAHIR menggunakan telefon CANGGIH Symbian.

Berikut adalah PERKARA-PERKARA YANG PERLU ANDA KETAHUI DAN KUASAI apabila menggunakan sebuah telefon Symbian. Saya menerbitkan TIPS-TIPS dibawah ini supaya ANDA memahami dan benar-benar menghargai teknologi ‘cutting edge’ yang selama ini berada dalam genggaman anda!

______________________________________________________

1. Sebutan.
– Sebutan yang betul untuk perkataan SYMBIAN ialah – SIMBIYEN (bacaan Melayu, dimana huruf ‘E’ mengikut sebutan ‘kEntang’) atau SIM-BEE-EARN (bacaan English).

2. Symbian adalah OS dan bukannya milik ekslusif model-model Nokia sahaja.
– Ini bermaksud, Symbian adalah ‘SISTEM’ yang mengendalikan telefon yang anda pegang sekarang. Jika kerangka telefon itu di label sebagai HARDWARE, maka Symbian adalah SOFTWAREnya. Jika telefon yang anda pegang itu KOMPUTER, maka Symbian adalah WINDOWS-XPnya. Jadi, Symbian adalah OS (Operating System) yang berfungsi SERUPA dengan Windows XP. Jika pada Windows-XP anda boleh memasang perisian tambahan, maka TELEFON SYMBIAN juga boleh dipasang dengan pelbagai ‘software’, ‘games’, menambah FONTS, menukar wallpaper, membaca dokumen Word/Excel/Powerpoint dan sebagainya. Ini TERMASUKLAH masalah-masalah yang selalu berlaku pada komputer WindowsXP seperti ‘hang’, ‘glitch’, ‘bug’, ‘restart’ dan serangan virus JUGA akan berlaku pada telefon Symbian anda.
Dengan itu, BUKAN bermakna jenama NOKIA sahaja yang menggunakan Symbian selaku Operating System, ia juga digunapakai oleh pengeluar lain seperti Samsung, LG, Motorola dan Sony Ericsson.

3. Telefon Symbian kekurangan ciri FILE MANAGER.

– Bagi sebuah komputer Windows Xp, perisian yang paling penting adalah ‘Windows Explorer’ (atau ramai yang mengenalinya sebagai ‘My Computer’). ‘Windows Explorer’ adalah SEJENIS ‘File Manager’. Pada File Manager, seseorang itu mampu untuk menguruskan fail-fail pada komputernya termasuklah menggunakan arahan CUT, COPY, PASTE, RENAME, DELETE, ‘Make new folder’, ‘Delete folder’, ‘Create Shortcut’ dan ‘browsing’ (atau melihat-lihat kandungan ‘hard-disk’) ‘directory’ C, D, E, F sehingga Z.
– Pada telefon Symbian, aplikasi FILE MANAGER memang wujud, tetapi ciri-cirinya agak terhad. Maka dengan itu anda PERLU memasang perisian seperti Y-Browser atau Griffon atau X-Plore atau lain-lain perisian FILE MANAGER untuk mendapatkan semua fungsi-fungsi seperti yang telah disebutkan dan ditandakan BIRU tadi.

tips-01


4. Semua ‘file’ dan ‘sms’ yang dihantar ke telefon Symbian akan berada pada ‘INBOX – Messaging’ dan secara lalai (default), ‘INBOX’ berada pada drive ‘C:\’
– Ini bermakna SEMUA item yang dihantar oleh rakan anda termasuk melalui BLUETOOTH seperti lagu mp3, video dan foto, secara LANGSUNG akan ‘masuk’ ke ‘phone memory’ dan memenuhi ruang ‘phone memory’ anda dan akan menyebabkan amaran ‘memory FULL’ dipaparkan pada skrin. Ini kerana ‘phone memory’ adalah ‘DRIVE C:\’ dan ‘INBOX’ juga berada pada drive C ini. ‘Drive C:\’ pada telefon anda amatlah KECIL ruangnya berbanding ‘memory-card’ yang berkapasiti sehingga 8Gb. Jadi, apa yang perlu anda lakukan adalah MEMINDAH (move) item pada INBOX dengan cara ‘CUT & PASTE’ kepada ‘momory-card’ untuk mengosongkan kembali ruang ‘phone-momory’ anda. Untuk melakukan teknik ini, FILE MANAGER seperti Y-Browser amatlah diperlukan. Ini bermakna TIDAK PERLU anda menukar memory-card 1Gb anda kepada kapasiti yang lebih besar (contohnya kepada 2Gb, 4Gb atau 8Gb) kerana masalah ‘memory-full’ TIDAK ADA KENA-MENGENA dengan memory-card anda. Jika setelah anda memindahkan kesemuanya kepada memory-card dan masalah ‘memory full’ ini tidak juga selesai, maka BUANG semua yang ada pada LIFEBLOG. Untuk itu, anda masuk ke MENU-> Application -> Lifeblog dan kosongkan lifeblog itu. Lifeblog adalah ‘CACHE’ yang menyimpan semua SEJARAH penggunaan telefon Symbian anda.

tips-02

5. Windows XP dan Symbian adalah dari kumpulan yang sama, tetapi TIDAK SAMA dan TIDAK ADA KENA-MENGENA antara satu sama lain. Maka VIRUS yang diciptakan untuk Windows XP tidak akan berjaya merosakkan ‘SISTEM’ telefon Symbian.
– Sebuah fail bernama ‘Brontok’ telah dikenalpasti oleh Kaspersky Anti Virus pada komputer anda sebagai virus. Virus BRONTOK ini hanya menyerang komputer yang dikuasakan dengan Sistem Operasi Windows ME atau Windows XP sahaja. Ini bermakna jika file ‘brontok’ ini di pindahkan kepada komputer lain yang menggunakan OS Linux atau Mac OSX, maka ‘brontok’ ini TIDAK DAPAT MENYERANG komputer tersebut. Mengapa? ini kerana ‘brontok’ hanya diciptakan untuk menyerang komputer Windows sahaja. Begitu juga jika virus ‘brontok’ ini berpindah ke memory-card anda dan kemudiannya anda menyucuk memory-card itu kepada telefon Symbian anda, maka virus ini juga akan MANDUL atau TIDAK DAPAT MENYERANG telefon anda kerana Sistem Operasi Symbian bukanlah Windows. Jadi, jangan cepat menyalahkan sesiapa jika anda ‘scan virus’ memory-card pada komputer dan mendapati sebanyak 20 virus wujud di memory-card anda. Ketahuilah virus-virus itu HANYA bertindak pada komputer dan tidak akan merosakkan telefon Symbian anda.

6. Memory-card saya sudah rosak, buktinya apabila dibaca dengan komputer, ia memaparkan amaran ‘Memory Card Corrupted’.
– Kadang-kadang, perkara ini betul. Tetapi dalam kebanyakkan kes, perkara ini TIDAK BETUL sama-sekali. Ini kerana sebelum kad itu dibaca dengan komputer, terlebih dahulu pengguna telefon Symbian menciptakan ‘password’ untuk memory-card itu. Jika password telah diciptakan, maka ‘cipher-strength’ atau ‘security’ card itu tertakluk kepada ‘sistem’ Symbian. Oleh sebab ia diciptakan melalui OS Symbian, maka OS Windows XP MEMANG tidak boleh membacanya. Sama seperti kes virus tadi, ini sekali lagi membuktikan yang ‘sistem’ Symbian dan ‘sistem’ Windows XP adalah berlainan. Penyelesaiannya, JANGAN cuba-cuba ciptakan PASSWORD untuk memory-card telefon anda kecuali anda mempunyai daya ingatan yang luar biasa. Batalkan dahulu password (remove password) pada memory-card anda, kemudian barulah cucuk kembali kad itu kepada komputer. Pasti kali ini Windows berjaya membaca kad anda.

tips-03

7. Jika komputer anda ‘rosak’ – maka anda akan FORMAT semula komputer tersebut. Begitu juga dengan telefon Symbian – ia boleh di FORMAT jika ‘rosak’.

– Ya benar. Telefon Symbian juga adalah sebuah komputer. Buktinya, ia mempunyai HARDDISK, RAM, ROM, KERNEL, EXTERNAL DRIVE dan FIRMWARE. Berbeza dengan proses ‘format & installation’ komputer Windows XP yang memerlukan CD dan ‘driver’ – kesemua  ‘installation files’, libraries, driver, codec dan lain-lain yang diperlukan untuk proses FORMAT telefon Symbian telah tersedia di dalam ROM telefon (yang dikenali sebagai ‘Drive Z:\’).

tips-04
8. Telefon Nokia N96 saya lembab dan selalu ‘hang’, mengapa pula telefon kawan saya tidak begitu? Ia sangat cekap dan responsif, padahal dia juga menggunakan Nokia N96?

– Ini masalah FIRMWARE. Dalam istilah Windows XP – perkara ini dikenali sebagai ‘Service Pack’. Walaupun anda berdua menggunakan telefon yang sama, tetapi Nokia N96 rakan anda tadi telah di’upgrade’ FIRMWAREnya. Itu sebab ia lebih lancar dan cekap berbanding telefon anda. TETAPI anda perlu mengetahui yang SEMUA senarai buku telefon (contact-numbers), sms, calendar dan notes akan TERPADAM dan akan HILANG selama-lamanya jika anda LUPA untuk ‘backup’ semuanya sebelum proses UPGRADE FIRMWARE dilaksanakan

9. Setelah kawan saya memegang dan ‘bermain’ dengan telefon saya, BANYAK IKON pada MENU saya HILANG!
– Ini selalu terjadi apabila kawan anda ‘mengalihkan’ ikon CONTACTS atau GALLERY kepada satu FOLDER yang lain pada MENU anda. Sebenarnya ikon-ikon anda tidak hilang, cuma telah bertukar tempat kepada folder yang lain. Inilah kelebihan Symbian. Anda boleh menyusun ikon-ikon yang terdapat pada menu dengan menciptakan folder yang baru. Anda juga boleh menggunakan KEYPAD bernombor 1 hingga 9 sebagai ‘shorcut’ kepada akses ikon-ikon tersebut. Lihat gambarajah di bawah. Selain itu, anda dinasihatkan untuk meletakkan (atau GROUP) ikon perisian-perisian PENTING yang selalu anda gunakan pada FOLDER khas pada menu anda untuk memudahkan capaian anda.

tips-05

10. Fahami FUNGSI keypad dan butang-butang pada telefon Symbian.
– Butang HASH (#) jika ditekan lama-lama akan menyebabkan telefon MUTE (mod SENYAP). Butang MENU pada Symbian S60 jika ditekan lama-lama akan memaparkan perisian-perisian yang sedang ‘running’. Perkara ini dinamakan ‘MULTITASKING’. Jika menekan butang MENU lama-lama, akan mengaktifkan ‘TASK-MANAGER’. Task Manager juga terdapat pada telefon Symbian UIQ3. Untuk mengetahui IMEI – anda tekan BINTANG-HASH-SIFAR-ENAM-HASH (*#06#) dan untuk mengetahui status FIRMWARE, anda tekan BINTANG-HASH-SIFAR-SIFAR-SIFAR-SIFAR-HASH (*#0000#). Untuk FORMAT telefon S60 – anda perlu tekan BINTANG-HASH-TUJUH-TIGA-TUJUH-SIFAR-HASH (*#7370#). Keypad S60 adalah SERUPA tidak kira apa pun jenama telefon. Sebagai contoh, pada keypad Nokia N81 dan Nokia N95,  ‘spacebar’ terletak pada nombor SIFAR (kosong) begitu juga pada telefon Samsung i450 dan Samsung Innov8. Setiap nombor dari 1 hingga 9 boleh disetkan sebagai ‘speed-dial’ dan ‘shortcut’ kepada ikon-ikon di MENU telefon. Butang pintas KIRI dan KANAN (soft-button) dan juga DPAD boleh diprogramkan untuk kemudahan anda. Butang nombor 1 jika ditekan lama-lama akan mengaktifkan ‘voice-mail’. Butang ‘switch-off’ jika ditekan SEKALI akan mengaktifkan PROFILE. ‘Tekan-TENGAH’ pada DPAD (atau joystick) untuk ‘SELECT’ atau ‘OK’. Butang PENSEL berfungsi sebagai ‘SHIFT’ atau ‘MARK’. Manakala butang ‘C’ digunakan untuk ‘Backspace’, ‘Cancel’ atau ‘Uninstall (remove)’ perisian.

tips-06

11. WiFi pada telefon Symbian.
– Ciri WiFi (Wireless Fidelity) pada sesetengah model telefon Symbian boleh diaktifkan kerana terdapat ‘radio-chip’ WLAN (Wireless Local Area Network) yang telah disertakan pada kerangka telefon itu. Jika anda melayari internet dengan WiFi – ia TIDAK ADA KENA-MENGENA dengan BIL TELEFON atau masalah HABIS KREDIT bakal berlaku kepada ‘LINE’ telefon anda. Kebanyakkan restoran pada masa kini menyediakan khidmat ‘WiFi Access’ secara PERCUMA (gratis) dan anda PERLU MENCUBA perkara ini. Untuk memberanikan diri, KOSONGKAN kredit telefon anda – kemudian layari internet dengan WiFi (WLAN) pada telefon anda. Kepada pengguna Symbian S60-3rd, tekan MENU -> WEB -> masukkan URL (alamat web) -> pilih point WiFi dan nikmatilah internet secara percuma di telefon anda.

12. GAME pada telefon Symbian hanyalah untuk budak-budak!

– SALAH!. Bayangkan jika anda terperangkap selama 2 jam di lapangan terbang akibat ‘flight-delay’, apa yang bakal anda lakukan untuk ‘membunuh’ masa? Alangkah baiknya jika GAME seperti CHESS, dam haji, kereta lumba atau ‘strategy game’ berada di tangan anda? Dan percayalah GAME tidak akan menyebabkan anda bertambah MUDA pada umur – tetapi dalam masa yang sama mengapa ramai yang tidak mahu mengakui bahawa dia sudah tua?

13. Jangan cabut atau keluarkan memory-card tanpa mematikan telefon terlebih dahulu.
– Ini kerana pada memory-card anda terdapat ‘instruction’, ‘libraries’ dan ‘resources’ yang BERSAMBUNG terus dengan keseluruhan ‘boot-system’ pada Sistem Symbian telefon anda. Jika anda cabut juga – maka telefon akan mengalami masalah jangka panjang. Mungkin suatu hari nanti, telefon anda tidak akan ‘ON’ atau HALT. Tidak ada apa-apa berlaku ketika anda ‘switch-on’ dan skrin hanya memaparkan ‘warna hitam’ sahaja. Jika ini berlaku – maka sediakanlah RM 100 – RM 180 untuk di’sedekahkan’ kepada kedai telefon yang berdekatan.

14. Gunakan ‘Volume Rocker’ untuk mengawal kejelasan suara pemanggil sewaktu bercakap di telefon.
– Ia adalah bebutang ‘atas-bawah’ (up-down) yang berada disebelah kiri atau kanan ‘body’ telefon. Jika anda tidak dapat mendengar dengan jelas sewaktu bercakap, terus tekan butang-butang ini untuk menguatkan nada suara pemanggil.

15. Sentiasa format memory-card menggunakan telefon, bukannya dengan komputer Windows!
– Sekali lagi diingatkan, bahawa OS Windows dan OS Symbian adalah berlainan. Ini ada kaitan terus dengan ‘File Allocation Table’ (FAT) ataupun FILESYSTEM bagi sesuatu OS. Misalnya, untuk Windows Vista, sysem failnya adalah NTFS. Manakala Windows XP dan ME menggunakan FAT32. Jika anda format menggunakan Windows – maka memory-card tidak boleh dibaca dengan telefon. Ini kerana Symbian menggunakan system FAT sahaja. Sistem FAT ini adalah berlainan dengan FAT32, FAT16 dan NTFS. FAT boleh dibaca dengan Windows, tetapi NTFS tidak boleh dibaca oleh Symbian. Jadi, pastikan anda FORMAT memory-card dengan Symbian dahulu – kemudian barulah masukkan memory-card tersebut kepada komputer anda. Setiap OS mempunyai FILESYSEMnya yang tersendiri. Contohnya Vista – NTFS, MAC OSX – HFS dan LINUX – EXT* (EXT2/EXT3).

16. Fahami format fail dan codec – jangan salahkan telefon anda jika ia tidak boleh memainkan fail FLV yang anda download dari ‘youtube’.
– Setiap fail mempunyai FORMATnya tersendiri. Misalnya untuk FOTO terdapat format JPG, BMP, GIF, MBM dan sebagainya. Format MBM adalah ‘format foto’ khas untuk sistem Symbian. Begitu juga dengan format video. Secara automatik, Symbian boleh membaca format MP4, 3GP, WMV, RM dan AVI (DIVX, XVID). Tetapi Symbian tidak boleh membaca format MKV, MPG dan FLV. Untuk membolehkan Symbian membaca format-format ini, CODEC (compressor-decompressor) perlu di INSTALL kepada telefon Symbian. Contohnya untuk anda memainkan video FLV, anda perlu install EMTUBE atau MOBITUBIA kepada telefon anda kerana kedua-dua software ini memiliki CODEC FLV didalamnya. Hanya selepas itu barulah telefon anda boleh memainkan video FLV tadi.

17. Tolong ambil tahu (peduli) atau prihatin tentang telefon anda dan teknologinya.
– Ada orang benar-benar ‘appreciate’ teknologi telefon mereka manakala ada orang hanya menggunakan telefon untuk sms, panggilan dan kamera sahaja. Sepatutnya, anda perlu ‘explore’ segala yang ada pada telefon supaya anda tidak di tipu oleh orang lain – termasuklah anak anda!

18. Fahami resolusi skrin telefon anda, ini menjawab soalan mengapa game yang anda download tidak ‘fullscreen’.
– Apakah resolusi skrin bagi komputer? jawapannya 1024 x 768 pixels. Pada laptop pula – 1280 x 800 pixels. Resolusi telefon Sony Ericsson W960, Samsung Innov8 dan Nokia N96? Jawapannya 240 x 320 pixels. Tetapi resolusi untuk E71 pula adalah 320 x 240. Dan N80 pula 352 x 416. Perkara-perkara ini MESTI anda faham betul-betul sebelum anda kena tipu!

tips-07
19. Belajar menggunakan kamera dengan betul. Ambil tahu (peduli) apakah yang dimaksudkan dengan ‘Autofocus’, ‘Megapixels’, ‘Carl Zeiss’, ‘Macro Shot’, ‘Flashlight’ dan lain-lain.

– Ini ada kaitan dengan pengetahuan mengendalikan kamera dengan betul. Tahukah anda bahawa NOKIA merupakan penjual ‘digital camera’ terbesar di dunia walaupun tidak pernah mengeluarkan ‘digital camera’ berjenama NOKIA? Cuba mahirkan diri anda dengan kamera digital dahulu dan fahami selok-belok nya. Kemudian barulah anda dapati yang ‘kamera’ di telefon anda itu adalah sangat berharga!

20. Buatkan/Ciptakan SATU NOMBOR KECEMASAN pada ‘Contact Number’ atau ‘Phone Book’ anda.
– Ini sangat penting. Cuba letakkan nama ‘ISTERI’ dan bukannya ‘MAMA BOSAN’ atau ‘MY DARLING’. Ini kerana jika anda terlibat dalam kemalangan, maka orang lain mudah menghubungi keluarga anda. Bagi yang masih bujang, mungkin nama ‘ABANGKU’ atau ‘ABAH’ atau ‘BAPA’ boleh menggantikan ‘DADDY’ atau ‘BABAH’. Jika perlu, ciptakan WALLPAPER khas untuk telefon anda dan letakkan nombor-nombor ’emergency’ anda padanya.

21. Setkan PASSWORD untuk telefon anda. Tetapi jangan pula anda lupa password sendiri!

– Password penting kerana jika telefon anda hilang atau dicuri, maka pencuri itu tidak dapat menggunakan telefon anda. Gunakan juga perisian SEKURITY lain seperti ANTI-THIEF untuk ‘membosankan’ pencuri yang berkeliaran disekeliling anda.

22. Pasang perisian PERCUMA/GRATIS di telefon anda yang banyak terdapat di Internet. Download dan pindahkan ke telefon anda. Tetapi fahami FORMAT ‘installer’ iaitu JAR/UTZ/SIS dan SISX

– Sekali lagi, ini ada kaitannya dengan FORMAT FAIL. ‘Installer file’ untuk Symbian biasanya diakhiri dengan SIS atau SISX. Manakala JAR adalah format ‘java application’ yang juga boleh di ‘install’ pada telefon anda. UTZ pula adalah format THEME yang dikhususkan untuk Symbian UIQ3. Ini menjawab soalan mengapa VIRUS tidak boleh menyerang Symbian kerana VIRUS biasanya wujud dalam format EXE, MSI, COM dan DLL kerana semua format ini adalah untuk OS Windows!

23. Anda perlu berani mencuba (try) semua TEKNOLOGI yang wujud pada telefon anda seperti GPS, Bluetooth, WiFi, HSDPA, 3G, Accelerometer, VOIP (Skype), FM Transmitter, Modem dan lain-lain.

– Jangan takut untuk mencuba. Ia mungkin akan mengangkat anda menjadi wira. Cuba belajar bagaimana menggunakan FM Transmitter yang ada pada Nokia N79 atau Samsung i7110 anda. Selain itu, belajarlah menggunakan MODEM yang ada pada setiap telefon Symbian di Blog Symbian Malaysia.

Mungkin anda yang tergolong dalam kumpulan ‘OTAI’ Symbian ingin berkongsi tips-tips yang lebih maju dan memberangsangkan. Dengan ini saya mempersilakan anda untuk menokok-tambah apa-apa tips yang sesuai pada kiriman ini untuk kebaikan semua pembaca Bahasa Melayu di jagat dunia tanpa sempadan ini. Silakan… sila…

Advertisements

Disember 20, 2008

Cakap-Cakap: Symbian Dan PowerPoint

Filed under: Cakap-Cakap Symbian,Review: Software — adliayob @ 3:36 pm
Tags: , , ,

bluetooth-remote-control

Pada hari selasa baru-baru ini, YB Datuk Sukarti Wakiman, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah telah merasmikan Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Semporna di bilik mesyuarat utama, bangunan urusetia daerah, Semporna, Sabah. Apa yang menarik di sini ialah, gimik perasmian majlis tersebut –  di mana beliau dikehendaki menekan butang handphone untuk melancarkan ‘multimedia-presentation’ yang disediakan khas pada layar (skrin) besar di bilik mesyuarat itu.

Sebaik sahaja telefon Samsung i450 (S60-3rd) diserahkan, beliau terus menekan butang tengah d-pad untuk melancarkan klip video walau tampak semacam ada perasaan ragu pada riak mukanya. Majlis diteruskan dengan sessi taklimat ‘Powerpoint’ juga dikawal dengan telefon yang sama!

Sebenarnya sesiapa sahaja boleh ‘confuse’ dalam situasi sebegitu, maklum sajalah bila memikirkan bagaimana sebuah ‘handset’ mampu mengawal skrin ‘powerpoint’, ia bagaikan tidak logik dan berunsur penipuan. Tetapi itulah Symbian, satu OS yang sangat berkuasa hingga mampu mengawal OS yang lebih kompleks seperti windows xp.

Memperkenalkan ‘Bluetooth Remote Control’ satu perisian yang boleh mengawal mouse pada komputer anda. BRC boleh dipindah-turun dari www.blueshareware.com. Terdapat 2 perisian dalam pakej iaitu ‘installation files’ untuk Windows XP dan Symbian. Berikut merupakan keperluan asas untuk perisian ini berfungsi dengan lancar:

  1. Komputer OS Windows XP/Vista/2000
  2. Bluetooth module pada komputer – samada ‘built-in’ atau ‘usb-dongle’
  3. Microsoft .NET Framework version 2.0 ke atas. Dapatkan diSINI
  4. Telefon Symbian 7/8/9.x pada platform S60 (UIQ3: Hanya Motorola Z8/Z10, Sony Ericsson G900/G700 sahaja. Model-model lain tidak sesuai)
  5. Kedua-dua telefon & komputer mestilah di ‘pair’kan terlebih dahulu sebelum memulakan BRC di telefon.
  6. Penting! – Aktifkan bluetooth dahulu sebelum memulakan BRC pada telefon anda untuk mengelak dari ‘crash’ atau ‘hang’.

Selain mengawal mouse, BRC juga mampu mengawal perisian lain seperti Mediaplayer, Winamp, Powerpoint, ITune dan lain-lain.

Ia sangat disyorkan kepada anda yang sering memberi taklimat dengan powerpoint. Dengan BRC anda bebas untuk bergerak ke mana-mana sahaja dalam lingkungan radius 20 meter. Maka anda akan dikagumi, tangan anda di salam dan berasa lebih bertamadun berbanding lain-lain ‘speaker’ atau pembentang.

Perisian ‘shareware’ BRC boleh di ‘download’ di SINI. Jika anda betul-betul memerlukan perisian ini, belilah yang original. Jadilah seorang rakyat Malaysia yang menghargai komuniti pembangun perisian. Symbian masih baru, jika dalam masa 3 tahun lagi, Malaysia dapat melahirkan 2,000 ‘programmer’ maka dalam masa yang sama jugalah anda akan ‘membunuh’ kesemua 2,000 programmer ini jika semua perisian didunia anda mahukan secara percuma! Fikir-fikirkanlah.

September 23, 2008

Masalah Broadband: DiGi

Filed under: Masalah-Masalah Symbian — adliayob @ 6:57 am
Tags: , , , , , ,

atau klik di sini untuk DiGi EDGE Coverage: http://www.digi.com.my/data_services/gprs/datagprs_coverage.do?id=ns

Antara 3 telco yang ada di Malaysia, DiGi merupakan syarikat terakhir yang melancarkan perkhidmatan 3G (kemungkinan pada awal tahun 2009 kelak). Buat masa sekarang, pengguna broadband DiGi hanya berupaya mendapatkan kelajuan GPRS atau EDGE sahaja. DiGi GPRS berkelajuan maksima 56Kbps manakala EDGE pula sehingga 384Kbps (menurut laman DiGi). Perlu dinyatakan disini, kedua-dua kelajuan yang dinyatakan merupakan kelajuan download pada tahap capaian data maksima dengan faktor ‘FULLBAR’. Ia tidak menyatakan kelajuan upload dan kelajuan purata internet.

Sewaktu saya menggunakan DiGi Broadband di kediaman saya di Semporna, Sabah – saya juga mendapat kelajuan yang sama seperti saudara

1. Medium Penyambungan Data

Apabila kita mendaftar talian mobile broadband biasanya kita dikehendaki membeli/membayar sebuah USB MODEM dan SIMcard yang didaftarkan akan disisipkan ke dalam usb-modem tersebut sebagai cara untuk menyambung ke internet. Modem ini sebenarnya sangat bagus kerana ia menyediakan 4 spektrum iaitu GPRS, EDGE, 3G dan 3.5G (HSDPA). Contohnya jika anda berada di bandar besar, anda dapat kelajuan 3.6 – 7.2Mbps (MEGAbit-per-second) manakala bila berada diluar kawasan liputan, ia akan menyesuaikan dirinya dengan kelajuan 3G, EDGE atau GPRS. Ini menjelaskan mengapa apabila saya berada di Semporna, Sabah – kelajuan yang saya capai hanyalah GPRS sahaja (56Kbps). Tetapi setakat ini yang saya dapat hanyalah 8Kbps sahaja.

Selain dari usb-modem ini, anda juga boleh menggunakan telefon Symbian (seperti Nokia N70) untuk capaian data. Perlu diingatkan disini, pemilihan telefon amatlah PENTING sekali jika tidak ia akan menyebabkan anda rugi dalam pembayaran bulanan anda. Pengguna perlu mengambilkira spesifikasi DATA pada telefon dan membandingkannya dengan telefon yang lain. Lihat contoh dibawah ini:

Dengan ini, adalah lebih bijak jika memilih telefon Nokia 6120 Classic (atau setaraf) kerana ia menyediakan 4 spektrum sekaligus. Buat masa sekarang, selain dari fungsi WIFI, fungsi data juga penting dalam pembelian sesebuah telefon.

2. Lokasi Pengguna dan Kawasan Liputan

Antara 3 telco di Malaysia, sila semak isyarat penuh talian (FULLBAR signal) dengan liputan EDGE/3G/HSDPA di kawasan kediaman anda sebelum anda bertindak untuk menggunakan mobile-broadband. Ini penting supaya pelaburan yang anda buat pada setiap bulan berbaloi dengan keperluan anda. Cuba lihat penilaian kelajuan EDGE dari lokasi saya sekarang (Senawang, Seremban):

3. Penggunaan Kabel atau Bluetooth.

Sebenarnya, penggunaan kabel telefon atau bluetooth tidak sama sekali menjejaskan kelajuan capaian data. Biasanya indikasi bluetooth menyatakan kelajuan data hanya pada 115.2Kbps sahaja. Namun jika menggunakan bluetooth, bateri anda boleh bertahan selama lebih-kurang 4 jam sahaja berbanding penggunaan kabel. Lihat keadaan sebenar pada grafik di bawah ini:

Memang kelihatan ganjil sedangkan kelajuan sebenar saya buat masa ini adalah 172Kbps (berbanding indikasi bluetooth 115.2Kbps).

4. Setting Telefon

Sila set capaian data telefon anda dengan betul. Sila rujuk pada TOPIK #007 Menyambung Ke Internet dengan Symbian (Celcom Broadband) untuk mendapatkan panduan. Ini adalah penting kerana jika anda tersilap, anda mungkin mendapat kelajuan capaian data yang kurang dari sepatutnya.

5. Lokasi NODE Server Download

Ini juga penting. Jika anda mendapatkan sumber pindahan data dari server yang berjauhan (misalnya download dari Los Angeles, US) memang berbeza kelajuannya berbanding dari server Technology Park, Kuala Lumpur. Setiap pencawang internet (atau lebih dikenali sebagai NODE) mempunyai jarak, bandwidth, fizikal dan spektrum yang berbeza-beza.

6. Faktor Cuaca dan Kepadatan Pengguna (Bandwidth)

Jika cuaca baik (tidak hujan atau kurang berawan) dan pengguna yang kurang dalam satu-masa (low user bandwidth) anda mungkin mendapat kelajuan yang lebih baik.

Itulah serba-sedikit tips tentang capaian internet menggunakan DiGi Broadband. Selebihnya sila semak dengan DiGi Centre yang berdekatan. Diharapkan agar saudara

September 14, 2008

Cakap-cakap: Antara Nokia Series 40 dan Symbian S60

Filed under: Cakap-Cakap Symbian — adliayob @ 8:12 pm
Tags: , , ,

Ramai yg bertanya apakah bezanya antara Nokia 6500 Slide  (series 40) dan Nokia 6110 Navigator (Symbian S60) atau lebih tepat lagi mengapa games yang hebat-hebat dalam 6110 tidak boleh di’install’ pada 6500?

Perbezaan ketara antara kedua-duanya ialah 6110 Navigator merupakan sebuah komputer multimedia kecil yang mempunyai CPU (processor), RAM, ROM dan beroperasi pada Operating System yang tersendiri iaitu Symbian versi 9.2 pada ‘user-interface’ platform S60 manakala 6500 merupakan ‘feature-phone’ yang dikuasakan dengan platform Series 40 yang tertutup milik Nokia.

Maka dengan itu 6110 boleh menjalankan operasi ‘multitasking‘, dipasangkan perisian luar, games, menyokong perisian JAVA, boleh di’format’, mampu menjadi modem, berinteraksi terus dengan komputer dan lain-lain keistimewaan berbanding 6500 yang hanya mampu menyokong perisian JAVA sahaja.

Melihat kepada keadaan ini, sudah tentu pengguna IT dan pakar komputer memilih Nokia 6110 Navigator sebagai telefon utama mereka. Selain itu mereka juga akan berasa selesa kerana telefon ini mampu membaca dokumen pejabat seperti doc, xls, ppt, pdf, zip dan rar malahan email pun boleh terus di’setting’ pada telefon tersebut.

Seorang pengguna telefon yang cuma perlukan kemudahan asas seperti sms, mms, jam loceng, kamera, mendengar lagu dan menonton video 3gp sahaja adalah digalakkan untuk menggunakan Nokia 6500 Slide tadi. Selain menjimatkan poket anda, anda juga tidak perlu bimbang tentang masalah virus dan gangguan sistem telefon.

Tetapi, jangan pula jadi seperti seorang kawan saya ini kerana semalam hampir 2 jam dia berdebat tentang telefon 6500nya dengan saya hanya kerana saya menyatakan yang permainan ‘Creatures Of The Deep’ tidak dapat dipasang kerana ia adalah dalam format symbian.

“Kenapa tak boleh sedangkan ia sama-sama buatan Nokia? Macam tu jugak dengan ‘Fs-Caller’, ‘Azan’ dan ‘Fe-Explorer’ semua kau cakap tak boleh masuk!”

“Adli cubalah ko install dulu, jangan ko terus cakap tak boleh. Aku bukan takder duit, aku boleh bayar apa! Macam tu jugak pasal wifi ni. Benda ni software jer, macam laptop jugak, boleh masukkan software bluetooth”

Jadi macamana saya perlu terangkan lagi? Akhirnya dia mengalah juga bila kawan saya, Mr ‘Fay’ Lim datang secara kebetulan dengan Nokia 6210 Navigator yang baru meminta saya ‘upgrade’ dan menghulurkan Rm100 kepada saya.

Kata Mr. Fay, “Itu telefon memang tak best punya. Lagi dia pun takder system maa. Bagus lu trade-in angkat Nokia N78 baru boleh lu kasi masuk semua software. Kalau tak cukup minggu-minggu pun lu boleh jumpa Adli kasi duit sama dia suruh dia install”

Ya, sesungguhnya saya rasa lega atas penjelasan Mr Fay dan berjaya buat kawan saya tadi cool-down. Symbian masih lagi baru dan atas sebab itu ramai yang masih keliru.

Klik di bawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci:

September 10, 2008

Masalah Symbian S60: Lambat / Lembab

Filed under: Masalah-Masalah Symbian — adliayob @ 4:38 am
Tags: , , , , , ,

Baru-baru ini saya terima satu sms seperti diatas ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengirim sms/email dan komen kepada saya sekaligus menampakkan hasil positif sejak saya mula menulis blog ini. Saya minta maaf kerana tidak dapat menjawab kesemua persoalan yang diajukan memandangkan saya tengah sibuk membuat persiapan pulang hari raya ke Seremban pada 20 September ini.

Sms dari saudara Affendi (Tamparuli – Sabah) ini saya anggap penting untuk semua pengguna Symbian. Kadang-kadang kita tidak dapat faham mengapa telefon yang kita gunakan selama lebih tiga bulan tidak secekap (atau efisyen) atau ‘lambat’ berbanding pada hari pertama kita menggunakannya. Saya akan mengupas serba-sedikit mengenai masalah ini dan jika ada yang sudi ingin melontarkan pandangan, sila berbuat demikian – sila berikan komen dan saya dengan lapang dada menerimanya untuk kebaikan kita bersama.

1.) Memahami Sistem Operasi Symbian Dan Spesifikasi Telefon (Hardware).

Walaupun kita tidak faham atau tidak suka kepada komputer, namun kita perlu belajar pada saat kita mula membeli sebuah telefon Symbian yang baru. Dalam kes ini Nokia N73 beroperasi pada Symbian 9.1 platform S60 3rd Edition (S60 Edisi ke-3). Seperti sebuah komputer juga, semakin lama kita menggunakannya, maka semakin ‘lembab’ proses akibat dari kemasukan data yang pelbagai dan juga harddisk yang semakin penuh. Namun tidak seperti komputer yang boleh ditambah RAM (jika proses semakin ‘lembab’), telefon Symbian tidak dapat kita menambah RAM yang sediada. Berikut merupakan spesifikasi teknikal mengenai keadaan CPU (Processor), Phone Memory (User Memory) dan RAM pada Nokia N73 (dan juga N73ME) berbanding Nokia N95:

Jika diperhatikan, keadaan CPU, RAM dan OS yang dimiliki oleh N73 adalah kurang berbanding N95. Selain itu N95 mempunyai ‘3D Graphics HW Accelerator’ yang membantu dalam pemprosesan grafik (terutama GAMES). Sebenarnya CPU memainkan peranan penting dalam setiap sistem komputer. Ternyata kekurangan sebanyak 112Mhz (Megahertz) yang dimiliki oleh N73 (220Mhz berbanding 332Mhz) mengganggu kelancaran keseluruhan sistemnya. Ini berbeza dengan komputer dimana kita boleh menukar CPU dan menambah RAM jika keadaan memerlukan. Sistem Operasi Symbian 9.2 yang terdapat pada N95 juga lebih cekap berbanding 9.1 pada N73. Kesimpulannya – Capaian maklumat pada N73 tidak sepantas N95. Ini menyebabkan N73 selalu berkeadaan ‘lambat’. Apa kata jika kita bandingkan N73 dengan Nokia 6120 Classic yang biasanya digelar ‘telefon murahan’ ?

2.) Memori – Ruang Dalaman Telefon dan Kad Memori.

Seperti sebuah komputer, ruang C:\ (C drive pada harddisk) tidak boleh dipenuhkan dengan maksima. Mesti ada ruang kosong (yang masih longgar) sekurang-kurangnya 10-15% daripada kapasiti asal. Jika kesemua ruang C:\ dipenuhkan – maka OSnya (Windows XP) akan gagal berfungsi dengan betul hingga menyebabkan kegagalan untuk mencetak dokumen atau lebih teruk lagi langsung tidak dapat dihidupkan.

Begitu juga dengan N73. Ruang memori telefon hanyalah sebanyak 42Mb sahaja. Ruang ini diperlukan untuk menyimpan nombor-nombor telefon, sms/mms, nota-nota, cache (daripada internet), temporary files, system stack dan lain-lain keperluan OS. Jika ruang ini dipenuhkan juga, maka kegagalan sistem akan berlaku – atau lebih teruk lagi telefon tidak akan dapat dihidupkan (kernel system tidak dapat log-on ke UI akibat tiada ruang untuk kerja-kerja OS-stack). Perkara ini biasa terjadi apabila pengguna menerima pindahan masuk data melalui bluetooth (bluetooth data transfer) dan kemudiannya membiarkan sahaja data tersebut berada pada message-INBOX. Sebenarnya INBOX memakan ruang pada user-memory (phone memory) – sepatutnya apa sahaja yang diterima masuk ke INBOX (terutama fail MP3 dan video 3GP) hendaklah disalin atau dipindahkan kepada kad memori. Begitu juga halnya dengan kad memory, pengguna tidak boleh memenuhkan ruang kad hingga tahap maksima. Dalam kes ini N73 boleh berfungsi dengan baik jika kad 2Gb dimasukkan kepadanya. Namun pengguna hanya boleh menggunakan sebanyak 1.8Gb sahaja mengambilkira baki 200Mb untuk kegunaan sistem. Jadi – Jangan penuhkan ruang memori telefon dan kad anda hingga tahap maksima!. Grafik dibawah menunjukkan keadaan keseluruhan ruang memori pada telefon Panasonic X800 saya (screenshot diambil dari perisian FE-EXPLORER – dapatkannya di www.gosymbian.com):

3.) Serangan VIRUS.

Setakat ini virus hanya menyerang sistem Symbian 6.1/7.0/8.0 dan 8.1 sahaja. Jadi ini bukanlah isu kepada Nokia N73 kerana menggunakan Symbian 9.1. Juga perlu diingatkan disini – VIRUS WINDOWS TIDAK AKAN MENGGUGAT SISTEM SYMBIAN kerana ia diaturcarakan pada OS yang berbeza. Ini bermakna jika anda ‘scan’ kad memori anda pada komputer Windows, kemudiannya anda tidak menjumpai satu virus pun – ini tidak bermakna telefon anda selamat!. Ini kerana file-installation-format pada Symbian adalah *.SIS (atau *.SISX) berbanding windows – *.EXE. Jadi antivirus windows tidak dapat memahami fail *.SIS/*.SISX kerana ia tidak terkandung dalam architecture perisian OS Windows. Ketahuilah yang SYMBIAN dan WINDOWS adalah amat-amat berbeza. Setiap perisian untuk kegunaan Symbian MESTI di-compile kepada *.SIS/*SISX tidak terkecuali VIRUS manakala perisian Windows pula selalunya di-compile dalam format *.EXE/*.COM/*.CAB dan *.MSI. Ini juga bermakna virus Windows tidak dapat mengapa-apakan telefon anda sebab ianya ditulis dalam ‘system environtment’ yang berbeza. Untuk keselamatan telefon Symbian anda – saya cadangkan antivirus khas Symbian seperti NETQIN/ Kaspersky Mobile atau F-Secure Mobile. Setakat ini virus yang paling merbahaya untuk Symbian adalah BASELO A dan COMWARRIOR C. Sehingga kini belum wujud lagi virus untuk Symbian 9.1/9.2 dan 9.3.

4.) Pemasangan (Installation) Perisian Luar (dan GAMES) Pada Symbian.

Telefon anda boleh lambat dan kurang efisyen jika anda tersalah masuk perisian (atau games) yang tidak diciptakan khas secara spesifik pada model-model Symbian. Hal ini tidak ada kena-mengena dengan perisian (atau games) JAVA yang berformat *.JAR kerana ia bukan bersifat ‘native’ pada Symbian. Biasanya perisian JAVA tidak akan dapat dipasang dengan betul pada telefon Symbian jika ia tidak tercipta untuknya. Yang menjadi masalah adalah perisian ‘native’ *.SIS/*.SISX yang kadang-kadang dipaksa pasang (force-installation) sedangkan ia sudahpun memberikan ralat (atau peringatan) semasa pemasangan dilaksanakan. Sila AMBIL PEDULI tentang kes ini. Jika perisian itu hanya diciptakan untuk Nokia N95 atau E90 Communicator – Jangan cuba pasang perisian tersebut pada Nokia N73 (kerana berlainan versi OS) walaupun kita ketahui ianya adalah fail Symbian. Untuk tujuan ini sila pastikan yang perisian yang bakal dipasang pada N73 adalah diciptakan untuk telefon N73 atau diciptakan untuk berfungsi pada Symbian OS 9.1 S60 3rd Edition pasa resolusi 240×320 piksel sahaja tanpa mengambilkira faktor GPS, WIFI atau Accelerometer. Maksudnya begini – perisian JOIKUSPOT tidak boleh dipasang pada N73 kerana ia memerlukan modul WIFI untuk berfungsi sedangkan N73 tidak mempunyai modul tersebut walaupun Joikuspot boleh dipasangkan kepadanya. Pengguna perlu berhati-hati dan hanya memasang jika benar-benar yakin kepada perisian tersebut selain mendapatkan bantuan pakar.

Apabila berlaku kesilapan pemasangan perisian – maka proses ‘boot’ (boot-loading process) akan terganggu – dan OS akan cuba menjalankan perisian tersebut pada ketika ini. Kegagalan sistem akan berlaku dan menyebabkan salah satu perkara dibawah akan terjadi:

  • Telefon tidak dapat dihidupkan dengan baik atau
  • Telefon akan ‘restart’ semula  dan kejadian ini berlaku berulang-ulang tanpa dapat ‘boot’ ke skrin permulaan atau
  • Telefon akan hang (beku/kaku) atau
  • ‘Trademark’ tangan bersalam NOKIA dimainkan – sejurus kemudian AMARAN dipaparkan di skrin mengarahkan pengguna segera pergi ke ‘Nokia Service Centre’ yang berhampiran (Phone start-up failed. Contact the retailer) atau
  • Telefon anda tidak dapat digunakan sama-sekali.

PENYELESAIAN

Berikut merupakan cara-cara untuk menangani masalah ini:

1. Cuba buang (unistall / remove) perisian atau games yang tidak boleh dimainkan pada N73 anda.

2. Pindahkan atau buang (delete) fail-fail yang tidak diperlukan pada INBOX supaya memori kembali longgar (kosongkan phone memory).

3. Format Memory-Card anda pada komputer Windows (dan back-up data-data penting pada komputer) kemudian format semula kad tersebut pada telefon Symbian anda.

4. Format telefon Symbian anda dengan cara 3 butang atau kod (sila rujuk diSINI) atau format kedua-dua kad memori dan telefon anda. Selepas format – N73 anda akan berkeadaan seperti pada hari pertama anda menggunakannya.

5. Jika anda dapati N73 ‘kurang power’ – jika ada duit sila beli telefon Symbian yang lebih baik dari N73 dengan mengambilkira versi OS/RAM/ROM dan User Memory (Phone Memory).

Adalah diharapkan agar saudara Affendi dari Tamparuli berpuas hati dengan jawapan dan penerangan saya ini.

banner-anim0

TOPIK #007 Menyambung Ke Internet dengan Symbian (Celcom Broadband)

Selamat Berpuasa diucapkan kepada semua yang berpuasa di bulan Ramadhan Al-Mubaraq ini. Kepada yang tidak berpuasa, bila hari raya nanti, macam biasa – buat-buat sahaja seperti orang lain dan jangan malu-malu menjamah juadah yang disediakan hehehe.

Sejak buat topik DiGi Broadband pada bulan lepas, ramai juga yang bertanya tentang setting broadband yang lain. Kali ini saya dedahkan pula setting CELCOM brodband untuk kedua-dua S60 dan UIQ3. Kalau ada rezeki, saya akan paparkan pula setting MAXIS broadband. Tapi masalahnya, setakat ni, saya baru dapat mencuba 2 telco sahaja. Mungkin dalam masa terdekat ini saya pinjam sekejap MAXIS DATA SIMCARD kawan baik saya untuk tujuan yang sama.

Baik, kepada sesiapa yang masih keliru tentang setting GPRS, MMS dan 3GWAP disini saya berikan sedikit tips untuk setting telefon symbian anda.

Untuk Symbian 9.1/9.2/9.3 platform S60 3rd Edition:

MAXIS: Taip (buatkan sms) 3GWAP jarak JENAMA jarak MODEL dan hantar ke 22333. Setelah itu simpan Setting. Untuk 3GMMS pula taip 3GMMS jarak JENAMA jarak MODEL dan hantar kepada 22333. Pasword lalai (default) adalah 0123. Contohnya: Taip 3GMMS NOKIA N73 dan hantar ke 22333. Untuk jenama SAMSUNG dan LG, sila gunakan model Nokia N95. Contohnya jika telefon anda SAMSUNG i550w – Taip 3GMMS NOKIA N95 dan hantar kepada 22333. Ini kerana semua model Symbian jenama Samsung dan LG menggunapakai OS yang sama dengan Nokia N95 (Symbian 9.2). Untuk bantuan taip GPRS Nokia N73 dan hantar ke 22333. Anda akan dapat mesej ralat (kesilapan) dan MAXIS akan membantu anda.

DIGI: Taip *128# (bintang 128 hash) dan tekan butang CALL (Hijau). Pilih Menu 6 (Khidmat Mudah Alih) – Pilih Menu 1 (GPRS) – Pilih Menu 2 (Persediaan Telefon) – Masukkan MODEL telefon (Contohnya N73) dan sejurus kemudian anda akan mendapat setting telefon anda. Untuk telefon Symbian jenama SAMSUNG dan LG lakukan perkara yang sama cuma masukkan model N95 dan kemudiannya simpan setting. Contohnya jika menggunakan telefon SAMSUNG G810 – masukkan model N95 (kerana N95 dan G810 menggunakan OS yang sama iaitu Symbian 9.2).

CELCOM: Taip gprspre (untuk prepaid) dan hantar ke 95000. Taip gprspost (untuk postpaid) dan hantar ke 95000. Cara lain – dail nombor 1111 untuk mendapatkan setting 3G. Untuk telefon jenama Samsung dan LG sila gunakan setting Nokia N95. Ini kerana semua model Symbian jenama Samsung dan LG menggunapakai OS yang sama dengan Nokia N95 (Symbian 9.2).

Untuk Symbian 6.1/7.0/8.0/8.1 platform S60 1st dan 2nd Edition:

Semuanya adalah sama seperti diatas cuma kepada yang mengunakan telefon Symbian jenama PANASONIC/ SIEMENS/ SAMSUNG/ SENDO/ LENOVO sila gunakan setting NOKIA 3660 (untuk Symbian 6.1), NOKIA 6600 (untuk Symbian 7.0/7.0s) atau NOKIA 6630 (untuk Symbian 8.0/8.1). Kalau ikut pengalaman saya untuk model Panasonic X800 anda boleh juga menggunapakai setting Panasonic X700 untuk setting GPRS dan MMS.

Untuk Symbian UIQ/ UIQ3

Semua setting adalah sama seperti diatas cuma gunakan MODEL Sony Ericsson P910 (Symbian 7.0 UIQ 2 – juga untuk jenama ARIMA/MOTOROLA/FOMA M1000/NOKIA 6708) dan MODEL Sony Ericsson P1i (Symbian 9.1 UIQ3 – juga untuk model-model MOTOROLA Z8/Z10, Sony Ericsson P990/M600/w950/w960/G900/G700)

Untuk mendapatkan kesemua setting syarikat telekomunikasi Malaysia (MAXIS/DIGI/CELCOM) sila download PDF dibawah INI:

https://adliayob.files.wordpress.com/2008/09/malaysian-telco-internet-setting.pdf

Baik, berikut merupakan setting INTERNET Celcom Broadband pada Komputer OS Windows XP:

Untuk pengguna Windows XP berikut merupakan setting yang perlu dibuat pada komputer anda. Sebelum itu, pastikan komputer anda mempunyai modul BLUETOOTH untuk meneruskan setting ini. Jika tidak ada bluetooth anda boleh menggunakan kabel USB dan perisian Nokia PC Suite / Samsung PC Suite / Sony Ericsson PC Suite / Panasonic PC Suite / LG PC Suite / Motorola PC Suite.

  • Setting A:
  1. Buka CONTROL PANEL
  2. Klik NETWORK CONNECTION
  3. Create New Connection – Connect to Internet
  4. Pilih SETUP MY CONNECTION MANUALLY
  5. Pilih Connect using a dialup modem – BLUETOOTH DUN MODEM
  6. ISP Name: CelcomInternet
  7. Phone Number: *99# (bintang 99 hash)
  8. KOSONGKAN Username dan Password
  • Setting B:
  1. Buka CONTROL PANEL
  2. Klik PHONE & MODEM
  3. My Location: 60 (Malaysia)
  4. Klik tab MODEM – Pilih Bluetooth DUN Modem
  5. Klik PROPERTIES – klik tab ADVANCE
  6. Pada ‘Extra Initialization Commands’ taip: +cgdcont=1,”ip”,”celcom.net.my” (penting! jangan salah taip!)
  7. Tekan OK dan APPLY

OK. Ini gambarajah setting untuk S60 3rd Edition:

Ini pula gambarajah setting untuk UIQ3 (termasuk Motorola Z8/Z10, SonyEricsson G700/G900):

Dan yang terakhir, gambarajah panduan untuk setting Windows XP:

iklan-symbianku

banner-anim0

Ogos 21, 2008

TOPIK #006 Menyambung Ke Internet dengan Symbian (DiGi Broadband)

Hari ini, tiba-tiba seorang rakan baik menelefon dan bertanyakan “Li! aku baru jer register data line DiGi broadband ni. Boleh ko datang jap ke rumah aku utk setting internet kat laptop ni?”. Satu tugasan yang menarik! Tanpa berlengah lagi, saya terus ke rumahnya dengan harapan selepas setting internet, dapatlah habuan serba-sedikit, heheheh.

Asas pemahaman talian broadband.

Berikut merupakan maklumat tentang perbezaan NarrowBand dan BroadBand. Saya percaya ramai yang keliru dan seringkali juga iklan-iklan di televisyen merosakkan lagi pemahaman kita. Saya ingat lagi pada tahun 2005 seorang rakan bertanya “Iklan dalam TV tu real ker? Memang boleh sangat ker kita 3G sekarang?”. ‘3G’ yang dimaksudkan oleh rakan saya ini sebenarnya VIDEOCALL. Dan tak lama kemudian SEMUA kedai telefon di negara kita – mempromosi telefon yang berkamera di bahagian hadapan dengan ayat: ‘Telefon ni ada 3G’ Saya pun bingung juga!

Saya katakan pada rakan saya “Yang ko maksudkan itu ialah Videocall, bukan 3G. Aku rasa, di kawasan kita ni (Semporna, Sabah) perkhidmatan 3G hanya akan berlaku pada tahun 2008 nanti. Kalau ko beli telefon 3G awal-awal ni, tiada gunanya juga”. Mengapa saya menjawab sedemikian? Kerana untuk memberitahu yang kemudahan 3G sebenarnya bukan hanya untuk videocall. 3G merupakan talian ‘Broadband’ yang berkelajuan 384Kbps.

Nampak? Jadi sebenarnya 3G merupakan satu jenis TALIAN INTERNET LAJU yang membawakan aplikasi dan kemudahan yang lebih dari sekadar videocall. Berikut merupakan kesemua kemudahan yang boleh didapati melalui 3G (dan semua ini hanya boleh dicapai dengan telefon Symbian):

  • Videocall
  • Capaian Data Internet Laju (Samada di telefon atau komputer)
  • VOIP (Voice Over IP Network)
  • IM (Internet Messenger)
  • Video Streaming (via Realplayer / media player)
  • Mobile TV (Subscription based)
  • P2P (dengan Symtorrent)
  • Data downloading (dengan OPERA atau Download Manager)
  • Maps (dengan Google Maps / Nokia Maps)
  • WiFi Access Point (dengan telefon WiFi dan JOIKUSPOT)
  • Youtube (dengan Mobitubia/ Core Player 1.2.4)
  • Flickr
  • Online Game / Massive Multiplayer Online Games (MMOG)
  • Fring …. dan banyak lagi!

Nota tambahan: Sebelum membeli telefon Symbian, PASTIKAN telefon tersebut menyokong SEMUA fungsi DATA sekurang-kurangnya 3G (384Kbps). Jika telefon tersebut menyokong HSDPA dan WIFI – itu adalah bonus untuk anda 🙂

Modem Untuk Menyambungkan Laptop Ke Internet.

Anda sepatutnya berasa bertuah jika memiliki salah satu daripada model telefon Symbian (S60 atau UIQ) ditangan anda! Ini kerana setiap telefon symbian dilengkapi dengan kemudahan MODEM. Jadi, tidak perlu sebenarnya anda membeli modem USB yang terdapat dipasaran.

Jika anda mendaftar akaun PREPAID beserta dengan talian data tanpa had, anda lebih bertuah berbanding dengan saya. Ini kerana saya mempunyai 2 talian, satu talian PREPAID untuk panggilan/sms/mms dan satu lagi talian POSTPAID khas untuk data (data card). Tapi, bagaimana jika anda hanya mempunyai satu telefon sahaja? susah juga kan? setiap kali ingin menyambung ke internet, maka terpaksalah anda tukar sim-card. Apabila mendapat kesusahan sebegini, adalah lebih baik membeli modem USB seperti disarankan.

NAMUN, jika anda berfikir kembali, modem USB yang ditawarkan berharga antara RM450 ke RM800 – mungkin lebih berbaloi jika membeli sebuah lagi telefon Symbian (Nokia 6120) yang berharga antara RM660 ke RM800 kerana sekurang-kurangnya anda mendapat satu lagi telefon!

Setting Telefon S60 Untuk Menjadi Modem (DiGi)

Setting Telefon UIQ3 Untuk Menjadi Modem (DiGi)

Setting Untuk Komputer OS Windows XP.

Untuk pengguna Windows XP berikut merupakan setting yang perlu dibuat pada komputer anda. Sebelum itu, pastikan komputer anda mempunyai modul BLUETOOTH untuk meneruskan setting ini. Jika tidak ada bluetooth anda boleh menggunakan kabel USB dan perisian Nokia PC Suite / Samsung PC Suite / Sony Ericsson PC Suite / Panasonic PC Suite / LG PC Suite / Motorola PC Suite.

  • Setting A:
  1. Buka CONTROL PANEL
  2. Klik NETWORK CONNECTION
  3. Create New Connection – Connect to Internet
  4. Pilih SETUP MY CONNECTION MANUALLY
  5. Pilih Connect using a dialup modem – BLUETOOTH DUN MODEM
  6. ISP Name: Diginet
  7. Phone Number: *99# (bintang 99 hash)
  8. KOSONGKAN username dan password.
  • Setting B:
  1. Buka CONTROL PANEL
  2. Klik PHONE & MODEM
  3. My Location: 60 (Malaysia)
  4. Klik tab MODEM – Pilih Bluetooth DUN Modem
  5. Klik PROPERTIES – klik tab ADVANCE
  6. Pada ‘Extra Initialization Commands’ taip: +cgdcont=1,”ip”,”Diginet” (penting! jangan salah taip!)
  7. Tekan OK dan APPLY

Semua settings untuk telefon dan komputer kini siap! Restart komputer kemudian ‘double klik’ pada ikon DIGINET seperti dibawah ini. Jika menggunakan perisian IVT BlueSoleil – mulakan bluesoleil kemudian search device – pilih device – double klik BULATAN OREN – dan klik pada ikon MODEM. Pastikan nombor yang didail ialah *99# (Jika tidak – betulkan sendiri).

TIPS: Sila gunakan IVT BlueSoleil 1.6 supaya tiada gangguan data. Kadang-kadang versi 1.5 menghadkan pemindahan data sebanyak 5Mb sahaja.

Julai 18, 2008

Cakap-Cakap: Antara Syarikat Symbian Ltd, Symbian Foundation dan Pengguna Malaysia.

Filed under: Cakap-Cakap Symbian — adliayob @ 7:02 pm
Tags: , ,

Banyak tempat saya pergi di Malaysia ini, Bandar Tawau, Sabah menunjukkan yang ianya diberikan keistimewaan oleh pengeluar-pengeluar telefon. Mengapa? ini disebabkan harga telefon yang teramat murah berbanding lain-lain bandar. Cuba lihat harga dibawah ini dimana sempat saya catitkan sebentar tadi (kini saya masih di Tawau!):

  • Nokia N77 (Symbian S60, Teknologi DVB-H untuk digital TV) = RM 810.00
  • Sony Ericsson G700 (Symbian UIQ terbaru!) = RM 1,120.00
  • Sony Ericsson G900 (Symbian UIQ, 5 Mpix digicam, WiFi) = RM 1,450.00
  • Nokia N82 (Symbian S60, 5 Mpix Carl Zeiss digicam, WiFi) = RM 1,390.00
  • Sony Ericsson W960 (Symbian UIQ, 8gb hdd, WiFi) = RM 1,500.00
  • Nokia 6220c (Symbian S60, Carl Zeiss 5mpix, GPS) = RM 1,230.00
  • Nokia 6110 Navigator (Symbian S60, GPS) = RM 990.00
  • Nokia 6120 classic (Symbian S60, kecil) = RM 660.00
  • Nokia N78 (Symbian S60 terbaru, FM Transmitter, WiFi) = RM 1,210.00
  • Nokia N76 (Symbian S60, clamshell tercantik dan tipis) = RM 880.00

P/S: Kepada sesiapa berminat untuk membeli model-model telefon yang saya sebutkan diatas, sila sms saya di 0168270972 atau email adliayob@yahoo.com

Wow! tidakkah anda teruja? Saya rasa macam mahu keluarkan sahaja duit saya sekarang untuk mendapatkan Nokia N77 tadi. Mengapa? sebab saya pengguna MAXIS. Ya! pengguna Maxis dapat menikmati siaran TV percuma dengan handset ini (Maxis akan melancarkan DVB-H akan datang, setakat ini Mobile TV boleh dinikmati oleh pengguna U-Mobile 018). Tapi apakan daya, sedangkan kalu ikut kata nafsu binasa, maka dengan itu tak jadilah saya mengeluarkan duit simpanan saya itu. Manalah tau ada jika ada perkara yang lebih penting daripada N77 tersebut, sekurang-kurangnya simpanan saya tidak mengalami defisit.

Mengenai sikap pengguna di Malaysia, rata-rata masih tidak dapat lagi memahami dunia Smartphone – terutama Symbian. Masih ramai lagi yang melihat ‘kecantikan’ rupa luaran telefon berbanding fungsinya. Memang betul, ramai penduduk negara ini susah untuk membelanjakan duit hanya untuk memiliki telefon yang berharga lebih RM 1,000.00 tetapi ada juga yang menyimpan duit sikit demi sedikit hanya untuk memiliki telefon idaman. Kebanyakkan ‘survey’ pada Majalah MOBILE WORLD (majalah yang paling saya minati – ada ruangan KHAS smartphone pada mukasurat belakang) mendapati rata-rata penduduk negara ini memiliki telefon idamannya sendiri. Cuba lihat situasi ini: ada ramai pengguna yang ingin bertukar kepada telefon yang mahal (melebihi RM1000) tetapi bukan kategori smartphone. Inilah yang saya maksudkan! bukankah ini satu kerugian? jika seseorang itu membelanjakan RM1000 kepada smartphone, dia akan lebih untung dari segi jangka panjang! Namun saya akur kepada kehendak pengguna, lagipun bukan duit saya yang keluar pun… hehehe.

Kekurangan ini sebenarnya telah dikenalpasti oleh NOKIA selaku peneraju Symbian. Antara kekurangan ini ialah tiada pengenalan lengkap atau logo ‘Symbian’ pada setiap telefon Symbian. Ini sebenarnya menimbulkan kekeliruan ramai. Sedangkan syarikat lawan iaitu Microsoft meletakkan syarat supaya setiap model Windows Mobile MESTI meletakkan logo Windows pada bahagian belakang setiap model tidak kira jenama apa pun! Begitu juga PALM dan Blackberry. Secara jelas, memang tidak terdapat satu simbol pengenalan pada badan telefon Symbian.

Bagi saya, sebenarnya kedudukkan Symbian selaku peneraju OS nombor satu didunia sudah mula tergugat atas faktor-faktor berikut;

  • WinMo sudah mula diterima oleh SonyEricsson, Samsung, Motorola dan LG
  • Apple Iphone telah berjaya mencipta telefon IDAMAN diseluruh dunia!
  • RIM Blackberry semakin mengecilkan saiz telefonnya supaya nampak lebih elegan
  • Wujudnya pakatan ANDROID yang mempunyai lebihkurang 30 ahli dalam bidang industri telekomunikasi (termasuk Google dan Intel) untuk menyaingi Symbian bermula hujung tahun ini
  • Yang paling penting, rupa bentuk telefon Symbian yang rata-rata tidak ‘cool’ dan futuristik.

Syarikat Symbian sudah mengesan kelemahan ini, tambahan lagi ‘survey’ menunjukkan ramai pengguna smartphone akan beralih kepada Iphone pada masa hadapan. Jadi apakah ini petanda buruk untuk Symbian?

Sebenarnya, Nokia pun pening kepala juga memikirkan hal ini, oleh sebab itu Nokia baru-baru ini (24 jun 2008 ) telahpun membeli KESELURUHAN saham Syarikat Symbian LTD yang dipunyai oleh lain-lain pemegang saham dan sekaligus Symbian telah menjadi milik Nokia sepenuhnya!

Langkah kedua Nokia: kemudiannya, 3 platform utama Symbian (S60, UIQ dan MOAP) DIGABUNGKAN untuk merekacipta 1 telefon Symbian tahap mahadewa. Ini sekaligus membenarkan NOKIA untuk mengeluarkan telefon ‘touchscreen’nya sendiri tidak lama lagi akibat penggabungan teknologi ini.

Langkah ketiga Nokia: Symbian, S60, UIQ dan MOAP telah dibebaskan dari pegangan NOKIA untuk membentuk SYMBIAN FOUNDATION (Yayasan Symbian) yang setakat ini mempunyai 31 ahli termasuk Broadcom, EA Mobile dan Texas Instrument! Untuk lebih lanjut sila perhatikan grafik dibawah ini atau layari http://www.symbianfoundation.org :

Persoalannya, mengapa langkah-langkah ini diambil oleh Nokia? Ini kerana Nokia sebenarnya sedang tertekan dengan syarat-syarat yang dikenakan oleh Sykt Symbian dimana ia mengepalai S60 dan tidak langsung dapat menghasilkan telefon touchscreen UIQ seperti SonyEricsson. Pada waktu sekarang, dunia sedang menunggu jawapan dari Nokia untuk mengeluarkan model yang setanding I-Phone. Percayalah cakap saya ini, sesungguhnya saya telah mencuba Apple I-Phone dan saya dapati ianya adalah telefon yang paling BEST setakat ini! Ia touchscreen tanpa stylus, anda cuma mengendalikannya dengan jari-jari anda sahaja! jika anda mencubanya – mungkin anda susah nak tidur kerana memikirkan kecanggihan telefon ini. Dan berita mutakhir – Apple telah melancarkan Apple I-Phone 3G (16 Gb Hdd) baru-baru ini dan dipasarkan kepada 22 negara serentak pada hari pelancarannya.

Perhatikan – IPhone 3G 16Gb? paling besar dalam kumpulan Symbian hanyalah 8Gb setakat ini (N96 belum lagi muncul – dengar cerita 16Gb, entahlah….). Selain itu, WinMo juga telah melancarkan Samsung OMNIA pada minggu lepas (touchscreen, 16Gb, 5Mpix, tipis: 12 inci) dan HTC Touch Diamond untuk menyaingi I-Phone. Blackberry juga taknak kalah – ia akan melancarkan model THUNDER juga untuk menyaingi I-Phone.

Apa peluang Malaysia dalam Symbian Foundation ini? Symbian Foundation telah membuka keahliannya kepada syarikat-syarikat teknologi di seluruh dunia dan yang paling penting: Symbian OS akan berubah kepada ‘Open Source’ dan ia memberi peluang kepada programmer di Malaysia untuk mengeluarkan TARINGNYA! Dalam banyak hal, peluang sebenarnya terbuka untuk MAXIS kerana hanya MAXIS mempunyai program ‘programmer’nya yang tersendiri yang dinamakan MAXIS MDP.

Antara kekurangan (loop hole) dalam perkembangan Symbian di Malaysia:

  • Belum ada pihak yang mengeluarkan KAMUS DEWAN atau KAMUS DWI BAHASA khas untuk Symbian setakat ini
  • Dukumentasi Panduan Haji Dan Umrah belum tersedia dalam format Symbian
  • Buku cerita kanak-kanak / hikayat / dongeng / lagenda dalam bentuk multimedia interaktif belum dibangunkan untuk Symbian.
  • Panduan pelancong (tourist guide) mengenai Malaysia tidak pernah wujud pada mana-mana platform Symbian.
  • Buku Fakta Malaysia dan Sejarah Malaysia belum pernah wujud untuk Symbian,
  • Games untuk telefon Symbian dalam pendekatan Malaysia belum lagi wujud.
  • Buku resepi masakan kegemaran Malaysia dan banyak lagi yang bersarang didalam kepala saya ini…. siapa nak jawab semua ni??

Sebenarnya, kita hanya berjaya melahirkan graduan cemerlang dalam disiplin IT setiap tahun hanya untuk 2 tujuan: (1) bekerja didalam sektor kerajaan atau swasta (2) menganggur. Sejak dari tahun 1997 lagi saya selalu berfantasi: alangkah bagusnya jika saya memiliki sebuah syarikat R&D saya sendiri khusus untuk membangunkan produk IT dan menjualkan produk ini keseluruh dunia, perkara pertama yang akan saya buat ialah mengutip/ memilih graduan-graduan IT yang menganggur dan memberikan mereka satu asignment untuk membangunkan produk ini. Seterusnya saya akan memasarkan produk ini dan royalti produk akan diberikan kepada mereka termasuk gaji, elaun, dan lain-lain….. tapi, apakan daya – nak membeli Nokia N77 tadi pun, saya masih belum cukup ‘budget’! hehehe. Kopak.. kopak.

Dan masa depan yang saya nampak hanya pada dunia telefon bimbit, khususnya Symbian. Kerana setakat ini lebih ramai membeli smartphone berbanding laptop. Nokia juga telah berjaya menjadi syarikat penjual KAMERA DIGITAL yang terbesar didunia! (ya… kerana ia berjaya menjual telefon berkamera).

Ahem… ada sesiapa investor yang berminat untuk melaburkan modal kepada saya? 🙂

P/S: Kepada sesiapa berminat untuk membeli model-model telefon yang saya sebutkan diatas, sila sms saya di 0168270972 atau email adliayob@yahoo.com

Julai 15, 2008

TOPIK #005 Model-Model Symbian S60.

Filed under: Tutorial Symbian — adliayob @ 3:55 pm
Tags: , ,

Semalam, sewaktu saya sedang melepak di WIFI Cafe saya di Bandar Semporna, seorang sahabat baik datang dan bertanyakan soalan “Apa beza besar antara telefon aku ni (Nokia 6500) dengan Symbian yang selalu sangat ko kecoh-kecohkan ini? Kalau diikutkan, setakat install game, telefon aku ni pun boleh masuk game baru juga”.

Macamana saya nak terangkan? Kalau saya menggunapakai bahasa teknologi tinggi, saya takut dia akan menambah soalan lagi. Lama saya berfikir, lama-lama terpaksa juga saya gunakan bahasa tahap tinggi itu. Ini sebenarnya cerita perbezaan khusus antara FEATURE phone dan SYMBIAN Smartphone. Berikut merupakan perinciannya:

Feature Phone seperti Nokia 6500 Slide, dipasang dengan NOS (Nokia OS) satu sistem tertutup yang dibangunkan oleh syarikat Nokia dan dikuatkan dengan platform Series-40 yang juga milik Nokia. Telefon ini dilengkapi dengan kamera digital CARL ZEISS 3.2 Megapixel, speaker yang baik, badan aluminium dan skrin 2.2 inci. Mempunyai teknologi Bluetooth dan Adobe Flash selain kebolehannya melayar web. Senang cerita hampir tiada kelemahan yang kita nampak pada telefon ini. Ya, setakat membuat panggilan, SMS, MMS dan WAP memang tiada masalah.

Sekarang kita bandingkan dengan Nokia N95 yang dikuasakan oleh Sistem Operasi Symbian. Kesemua kebolehan 6500 yang disebutkan diatas, ada terpasang pada Nokia N95. Jadi, dimana bezanya? Perbezaan ketara antara feature phone dan smartphone ialah – pemasangan perisian (native software) selepas waktu pembelian. Feature phone hanya boleh di’tempel’ perisian JAVA J2ME sedangkan Smartphone Symbian boleh dipasang perisian ‘Native C++’ symbian SIS/SISX, J2ME, Flash dan Phyton. TEMPEL bermaksud ‘tidak kekal dan tidak berintegrasi sepenuhnya dengan OS, RAM, dan CPU’. Dalam sebuah feature phone, J2ME (Java) hanya bertindak sebagai PLATFORM tambahan kepada sistem sediada. Kesemua perisian J2ME yang dipasangkan kepada telefon seperti ini, hanya berfungsi didalam persekitaran JAVA sahaja – tak faham? macam ni… seorang tetamu datang ke sebuah kampung untuk demonstrasi kungfu, kesemua rumah yang ada dikampung itu tidak mengizinkan beliau membuat aktivitinya kecuali sebuah rumah yang memang sudah di’gazetkan’ untuk sebarang pertunjukan bebas. Jadi, rumah yang satu ini ialah JAVA dan rumah yang lain-lain adalah NATIVE OS.

Setiap perisian dan games yang ditawarkan selepas waktu pembelian telefon Symbian memang berintegrasi terus dengan OS, wujudnya satu IKON khusus dan bila dimainkan memang lancar tanpa mengganggu kelancaran sistem. Telefon Symbian tidak pernah wujud sebagai pakej yang lengkap sama seperti sebuah komputer. Pengguna perlu memasang perisian luar untuk menambah fungsi sediada telefon tersebut. Ini sebenarnya membuka ruang ekonomi kepada peniaga kecil dan pembangun perisian. Namun disebabkan hal ini juga, ‘programmer’ yang jahat dengan mudah mencipta VIRUS untuk menyerang sistem Symbian (tetapi, ini juga satu ‘business’ yang menguntungkan pihak ANTI-VIRUS) hehehe.

Ok, kebelakangan ini ramai pelawat yang masuk ke laman web saya ini, saya dengan rendah hati mengucapkan terima kasih kepada anda semua dan sebar-sebarkanlah blog ini demi memajukan industri telefon di negara kita. Memang bahasa yang digunakan disini ialah Bahasa Melayu sebab saya sudah lama ingin mendidik dan memberikan pandangan agar ramai warga Malaysia senang memahaminya berbanding tulisan Bahasa Inggeris. Jesteru, pendekatan ini akan menyebabkan lebih ramai lagi orang Malaysia berkecimpung secara serius dalam Symbian.

Kita bertuah kerana memiliki MSC disini, namun tiada satu pun produk jenama kita dalam industri telefon sebesar syarikat I-MOBILE dari Thailand. Dahulu, telefon I-Mobile diketawakan, tetapi sekarang ianya sudahpun diterima masuk ke dalam persekutuan BLUETOOH SIG dan menggunapakai teknologi YAMAHA dalam sistem akustik telefonnya. Saya rasa, dalam tempoh 2 tahun lagi model-model telefon I-Mobile akan menggunakan Symbian selaku OSnya!

Berikut merupakan senarai model penuh TELEFON SYMBIAN S60 setakat ini bermula dari OS 6 hingga OS 9.3 yang diwujud dipasaran yang dikeluarkan oleh syarikat Nokia, Samsung, LG, Lenovo, Panasonic, Siemens dan Sendo. Jika diperhatikan memang banyak model yang tidak pernah dijual langsung di Malaysia atas sebab ‘Not a suitable Symbian Market’. Sedih juga kan?

Klik ‘thumbnail’ untuk melihat keseluruhan gambar.


Julai 13, 2008

TOPIK #004 Symbian S60.

Filed under: Tutorial Symbian — adliayob @ 6:41 pm
Tags: ,

Pada awal tahun 2007 yang lepas, seorang rakan meminta pandangan apakah telefon paling canggih yang patut dibelinya tanpa mengira berapa mahal harga telefon tersebut. Saya mencadangkan Nokia N95. Tidak lama kemudian dia membeli N95 tersebut dan dengan ini menaikkan martabat beliau sekitar rakan-rakan sepejabat. Terpancar riak sombong tatkala beliau mendemonstrasikan telefon baru itu kepada sesiapa yang bertanya. Senang cerita, orang lain pun iri-hati dengan gajet terbaru beliau. Sebelum itu dia menggunakan Nokia N73.

Kini, setelah setahun berlalu, pemilik Nokia N95 yang asli telah ‘hilang maruah’ berbanding dahulu. Manakan tidak – sesiapa yang memiliki N95 sekarang dipandang sinis dan ada bisikan-bisikan nakal yang mengatakan ‘alah…. Setakat N95 Made In China tu… 10 pun aku boleh beli’.

Baru-baru ini saya minum petang di restoran seorang sahabat saya. Saya kemudiannya mengeluarkan Sony Ericsson W960 dan menekan-nekan apa yang patut sementara boring menunggu pesanan yang lambat sampai. Isterinya menyapa ‘Telefon baru ker? Berapa beli telefon China tu?’ Demi Allah, terus saya berasa macam halilintar menyimbah jantung saya! Ada ke patut bini dia cakap telefon saya ni Made In China?? Belum sempat saya menjawab, isteri saya menyelamatkan keadaan dan mengatakan ‘Itu bukannya China kak, itu Sony Ericsson touch screen. Original tu’.

Nampakkan? Zaman sekarang ni tiada ruang lagi untuk seseorang itu berlagak ‘macho’ dan ‘jobo’ (jobo – perkataan Negeri Sembilan yang bermaksud ‘darjat tertinggi dalam berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk’) lagi. Sepatutnya KPDN & HEP patut mengambil tindakan supaya dihentikan serta-merta penjualan telefon tiruan yang jelas merugikan pengguna. Kementerian Komunikasi dan Multimedia pula harus mengeluarkan iklan di televisyen khusus mendidik masyarakat untuk mengenali telefon palsu ini. Jika dibiarkan 5 tahun lagi, saya rasa maka ramailah masyarakat kita diperbodohkan lagi dengan ‘business-trick’ macam ini.

Berbalik kepada Symbian S60. Sebelum ini saya telah menerangkan bagaimana untuk mengenali telefon-telefon ini. Sekarang kita belajar tentang ciri-ciri khas Symbian S60. Kita mulakan dengan keistimewaannya.

  1. Antara 3 platform utama Symbian, S60 merupakan platform yang paling popular dan paling mudah kepenggunaannya (user-friendly).
  2. S60 merupakan platform yang paling ramai pengguna di dunia. Statistik menunjukkan S60 digunakan lebih 50% pengguna Smartphone dunia. S60 diterima sedemikian rupa kerana wujud mesra-pengguna (user-friendly) dalam UI (user-interface) nya.
  3. Pengguna S60 tidak merasa canggung jika bertukar kepada jenama lain – asalkan model tersebut beroperasi pada platform S60. Ini menyebabkan kekerapan untuk bertukar model wujud dalam kebarangkalian setahun sekali (Malaysia) dan 6 bulan sekali (lain-lain tempat).
  4. S60 menyokong pelbagai teknologi baru antaranya Bluetooth, WiFi, GPS, Accelerometer, Geo-tagging, HSDPA dan sebagainya. Selain itu pengguna tidak berasa ‘ketinggalan zaman’ kerana S60 yang baru membenarkan ‘firmware-update’ terus menggunakan USB data cable dan komputer peribadi.
  5. Perisian dan Games untuk S60 terdapat lebih 2000+ tajuk di pasaran semasa. Ia juga menawarkan sistem pemasangan yang pelbagai pilihan iaitu melalui pemindahan data OTA (Over The Air), pemasangan dengan bluetooth, kabel data USB dan pemasangan terus dari kad memori.
  6. Kesemua model S60 terpasang MODEM (built-in). Sebagai contoh, saya ‘upload’ laman blog ini dan masuk ke internet menggunakan DIGI broadband data-card (data sim only) dan Nokia 3230. Saya sambungkan telefon ini dengan bluetooth kepada laptop saya kemudian dail DIGINET dan terus log-in ke internet. Tidak perlu USB-modem atau lain-lain wayar yang berselirat.
  7. S60 sangat ‘versatile’. Fungsinya boleh ditambah ke tahap yang lebih tinggi contohnya Infrared Remote Control untuk mengawal TV, Pendingin Hawa dan Astro, sebagai ‘mouse’ bluetooth untuk mengawal ‘Powerpoint Presentation’ pada komputer dan sebagai ‘webcam’ untuk chatting menggunakan Yahoo Messenger. Semua ini dapat dilakukan dengan memasang perisian ‘third-party’.
  8. S60 mudah diselenggarakan – ini bermaksud jika berlaku sebarang kerosakan pada perisian asal, telefon S60 mudah untuk DIFORMAT semula. Proses ini tidak memerlukan sambungan kepada komputer kerana ROMnya sudah tersedia pada ‘badan’ telefon (terdapat ROM chip pada telefon yang menyimpan OS asas).
  9. Kesemua telefon S60 dapat menjalankan perisian Java J2ME dengan baik kerana integrasi yang kuat diantara pengeluarnya iaitu Symbian Ltd dan pengeluar Java iaitu SUN Microsystem.
  10. S60 menyokong format-format multimedia (audio/video) dengan baik. Format seperti Mp3, Wav, Midi, Xmf, Aac, Ogg, Amr, Mp4, 3gp, Avi, Mpg, Flv, Divx, Xvid, dan banyak lagi boleh mainkan oleh S60. Perbezaan ini ketara apabila kebanyakkan video ‘Smartmovie’ hanya boleh dimainkan oleh S60 sahaja!
  11. Integrasi terbaik dengan penyedia talian untuk khidmat multimedia seperti gprs dan mms! Jika tidak terdapat model telefon anda pada operator telco, anda boleh download setting S60 yang lain untuk GPRS, WAP dan MMS telefon anda (contohnya Samsung i450 – boleh gunakan setting N73 @ N76 @ N95).
  12. Kebolehan utama S60 berbanding lain-lain platform tertutup (misalnya Nokia Series 40) adalah keupayaannya untuk ‘Multitasking’. Seperti sebuah komputer, anda boleh membuka lebih daripada satu perisian dalam satu masa!
  13. S60 mempunyai kebolehan ‘customization’ yang sangat baik. Anda boleh mengubah themes, mencipta folder baru, memasang dan membuang perisian (install / uninstall), mempunyai perisian ‘window manager / explorer’ yang banyak, kebolehan Cut, Copy dan Paste dan lain-lain.

Berikut merupakan laman rujukan untuk S60:

Laman Berikutnya »

Create a free website or blog at WordPress.com.