Adliayob – Sebuah Catatan Teknologi

Mac 19, 2009

Perkara Yang Anda Sepatutnya Tahu Apabila Mengendalikan Telefon Symbian

Filed under: Tips Pengguna Symbian — adliayob @ 10:31 pm
Tags: , , ,

iklan-symbianku

Anda mungkin secara tidak sengaja ‘TERBELI’ sebuah telefon Symbian. Atau mungkin sahaja anda jenis manusia yang suka mengikut trend dan sentiasa mengunakan gajet terbaru untuk ‘memancarkan aura’ kesombongan dan status ‘golongan baik-baik’ anda. Atau mungkin juga anda memiliki sebuah telefon Symbian sebagai HADIAH atau memenangi cabutan bertuah. Walau apa pun alasan anda, ketahuilah telefon yang anda pegang itu sebenarnya SEBUAH KOMPUTER dan bukannya telefon biasa.

Masalahnya, berapa ramaikah ‘orang kita’ yang menyedari hakikat yang telefon bimbit mereka itu ialah TELEFON SYMBIAN dan berapa ramaikah yang benar-benar MEMAHAMI cara penggunaan dan pengawalannya?

Mengikut ‘survey’ yang telah dijalankan oleh Blog Symbian Malaysia, 6 daripada 10 responden TIDAK MAHU AMBIL TAHU atau PEDULI tentang telefon Symbian mereka. Akibatnya, setelah menggunakan telefon ini selama beberapa bulan – mereka akhirnya mengubah selera dan bertukar kepada telefon ‘biasa-biasa’ yang ‘tidak berapa canggih’. Alasannya mudah – kerana TIDAK MAHIR menggunakan telefon CANGGIH Symbian.

Berikut adalah PERKARA-PERKARA YANG PERLU ANDA KETAHUI DAN KUASAI apabila menggunakan sebuah telefon Symbian. Saya menerbitkan TIPS-TIPS dibawah ini supaya ANDA memahami dan benar-benar menghargai teknologi ‘cutting edge’ yang selama ini berada dalam genggaman anda!

______________________________________________________

1. Sebutan.
– Sebutan yang betul untuk perkataan SYMBIAN ialah – SIMBIYEN (bacaan Melayu, dimana huruf ‘E’ mengikut sebutan ‘kEntang’) atau SIM-BEE-EARN (bacaan English).

2. Symbian adalah OS dan bukannya milik ekslusif model-model Nokia sahaja.
– Ini bermaksud, Symbian adalah ‘SISTEM’ yang mengendalikan telefon yang anda pegang sekarang. Jika kerangka telefon itu di label sebagai HARDWARE, maka Symbian adalah SOFTWAREnya. Jika telefon yang anda pegang itu KOMPUTER, maka Symbian adalah WINDOWS-XPnya. Jadi, Symbian adalah OS (Operating System) yang berfungsi SERUPA dengan Windows XP. Jika pada Windows-XP anda boleh memasang perisian tambahan, maka TELEFON SYMBIAN juga boleh dipasang dengan pelbagai ‘software’, ‘games’, menambah FONTS, menukar wallpaper, membaca dokumen Word/Excel/Powerpoint dan sebagainya. Ini TERMASUKLAH masalah-masalah yang selalu berlaku pada komputer WindowsXP seperti ‘hang’, ‘glitch’, ‘bug’, ‘restart’ dan serangan virus JUGA akan berlaku pada telefon Symbian anda.
Dengan itu, BUKAN bermakna jenama NOKIA sahaja yang menggunakan Symbian selaku Operating System, ia juga digunapakai oleh pengeluar lain seperti Samsung, LG, Motorola dan Sony Ericsson.

3. Telefon Symbian kekurangan ciri FILE MANAGER.

– Bagi sebuah komputer Windows Xp, perisian yang paling penting adalah ‘Windows Explorer’ (atau ramai yang mengenalinya sebagai ‘My Computer’). ‘Windows Explorer’ adalah SEJENIS ‘File Manager’. Pada File Manager, seseorang itu mampu untuk menguruskan fail-fail pada komputernya termasuklah menggunakan arahan CUT, COPY, PASTE, RENAME, DELETE, ‘Make new folder’, ‘Delete folder’, ‘Create Shortcut’ dan ‘browsing’ (atau melihat-lihat kandungan ‘hard-disk’) ‘directory’ C, D, E, F sehingga Z.
– Pada telefon Symbian, aplikasi FILE MANAGER memang wujud, tetapi ciri-cirinya agak terhad. Maka dengan itu anda PERLU memasang perisian seperti Y-Browser atau Griffon atau X-Plore atau lain-lain perisian FILE MANAGER untuk mendapatkan semua fungsi-fungsi seperti yang telah disebutkan dan ditandakan BIRU tadi.

tips-01


4. Semua ‘file’ dan ‘sms’ yang dihantar ke telefon Symbian akan berada pada ‘INBOX – Messaging’ dan secara lalai (default), ‘INBOX’ berada pada drive ‘C:\’
– Ini bermakna SEMUA item yang dihantar oleh rakan anda termasuk melalui BLUETOOTH seperti lagu mp3, video dan foto, secara LANGSUNG akan ‘masuk’ ke ‘phone memory’ dan memenuhi ruang ‘phone memory’ anda dan akan menyebabkan amaran ‘memory FULL’ dipaparkan pada skrin. Ini kerana ‘phone memory’ adalah ‘DRIVE C:\’ dan ‘INBOX’ juga berada pada drive C ini. ‘Drive C:\’ pada telefon anda amatlah KECIL ruangnya berbanding ‘memory-card’ yang berkapasiti sehingga 8Gb. Jadi, apa yang perlu anda lakukan adalah MEMINDAH (move) item pada INBOX dengan cara ‘CUT & PASTE’ kepada ‘momory-card’ untuk mengosongkan kembali ruang ‘phone-momory’ anda. Untuk melakukan teknik ini, FILE MANAGER seperti Y-Browser amatlah diperlukan. Ini bermakna TIDAK PERLU anda menukar memory-card 1Gb anda kepada kapasiti yang lebih besar (contohnya kepada 2Gb, 4Gb atau 8Gb) kerana masalah ‘memory-full’ TIDAK ADA KENA-MENGENA dengan memory-card anda. Jika setelah anda memindahkan kesemuanya kepada memory-card dan masalah ‘memory full’ ini tidak juga selesai, maka BUANG semua yang ada pada LIFEBLOG. Untuk itu, anda masuk ke MENU-> Application -> Lifeblog dan kosongkan lifeblog itu. Lifeblog adalah ‘CACHE’ yang menyimpan semua SEJARAH penggunaan telefon Symbian anda.

tips-02

5. Windows XP dan Symbian adalah dari kumpulan yang sama, tetapi TIDAK SAMA dan TIDAK ADA KENA-MENGENA antara satu sama lain. Maka VIRUS yang diciptakan untuk Windows XP tidak akan berjaya merosakkan ‘SISTEM’ telefon Symbian.
– Sebuah fail bernama ‘Brontok’ telah dikenalpasti oleh Kaspersky Anti Virus pada komputer anda sebagai virus. Virus BRONTOK ini hanya menyerang komputer yang dikuasakan dengan Sistem Operasi Windows ME atau Windows XP sahaja. Ini bermakna jika file ‘brontok’ ini di pindahkan kepada komputer lain yang menggunakan OS Linux atau Mac OSX, maka ‘brontok’ ini TIDAK DAPAT MENYERANG komputer tersebut. Mengapa? ini kerana ‘brontok’ hanya diciptakan untuk menyerang komputer Windows sahaja. Begitu juga jika virus ‘brontok’ ini berpindah ke memory-card anda dan kemudiannya anda menyucuk memory-card itu kepada telefon Symbian anda, maka virus ini juga akan MANDUL atau TIDAK DAPAT MENYERANG telefon anda kerana Sistem Operasi Symbian bukanlah Windows. Jadi, jangan cepat menyalahkan sesiapa jika anda ‘scan virus’ memory-card pada komputer dan mendapati sebanyak 20 virus wujud di memory-card anda. Ketahuilah virus-virus itu HANYA bertindak pada komputer dan tidak akan merosakkan telefon Symbian anda.

6. Memory-card saya sudah rosak, buktinya apabila dibaca dengan komputer, ia memaparkan amaran ‘Memory Card Corrupted’.
– Kadang-kadang, perkara ini betul. Tetapi dalam kebanyakkan kes, perkara ini TIDAK BETUL sama-sekali. Ini kerana sebelum kad itu dibaca dengan komputer, terlebih dahulu pengguna telefon Symbian menciptakan ‘password’ untuk memory-card itu. Jika password telah diciptakan, maka ‘cipher-strength’ atau ‘security’ card itu tertakluk kepada ‘sistem’ Symbian. Oleh sebab ia diciptakan melalui OS Symbian, maka OS Windows XP MEMANG tidak boleh membacanya. Sama seperti kes virus tadi, ini sekali lagi membuktikan yang ‘sistem’ Symbian dan ‘sistem’ Windows XP adalah berlainan. Penyelesaiannya, JANGAN cuba-cuba ciptakan PASSWORD untuk memory-card telefon anda kecuali anda mempunyai daya ingatan yang luar biasa. Batalkan dahulu password (remove password) pada memory-card anda, kemudian barulah cucuk kembali kad itu kepada komputer. Pasti kali ini Windows berjaya membaca kad anda.

tips-03

7. Jika komputer anda ‘rosak’ – maka anda akan FORMAT semula komputer tersebut. Begitu juga dengan telefon Symbian – ia boleh di FORMAT jika ‘rosak’.

– Ya benar. Telefon Symbian juga adalah sebuah komputer. Buktinya, ia mempunyai HARDDISK, RAM, ROM, KERNEL, EXTERNAL DRIVE dan FIRMWARE. Berbeza dengan proses ‘format & installation’ komputer Windows XP yang memerlukan CD dan ‘driver’ – kesemua  ‘installation files’, libraries, driver, codec dan lain-lain yang diperlukan untuk proses FORMAT telefon Symbian telah tersedia di dalam ROM telefon (yang dikenali sebagai ‘Drive Z:\’).

tips-04
8. Telefon Nokia N96 saya lembab dan selalu ‘hang’, mengapa pula telefon kawan saya tidak begitu? Ia sangat cekap dan responsif, padahal dia juga menggunakan Nokia N96?

– Ini masalah FIRMWARE. Dalam istilah Windows XP – perkara ini dikenali sebagai ‘Service Pack’. Walaupun anda berdua menggunakan telefon yang sama, tetapi Nokia N96 rakan anda tadi telah di’upgrade’ FIRMWAREnya. Itu sebab ia lebih lancar dan cekap berbanding telefon anda. TETAPI anda perlu mengetahui yang SEMUA senarai buku telefon (contact-numbers), sms, calendar dan notes akan TERPADAM dan akan HILANG selama-lamanya jika anda LUPA untuk ‘backup’ semuanya sebelum proses UPGRADE FIRMWARE dilaksanakan

9. Setelah kawan saya memegang dan ‘bermain’ dengan telefon saya, BANYAK IKON pada MENU saya HILANG!
– Ini selalu terjadi apabila kawan anda ‘mengalihkan’ ikon CONTACTS atau GALLERY kepada satu FOLDER yang lain pada MENU anda. Sebenarnya ikon-ikon anda tidak hilang, cuma telah bertukar tempat kepada folder yang lain. Inilah kelebihan Symbian. Anda boleh menyusun ikon-ikon yang terdapat pada menu dengan menciptakan folder yang baru. Anda juga boleh menggunakan KEYPAD bernombor 1 hingga 9 sebagai ‘shorcut’ kepada akses ikon-ikon tersebut. Lihat gambarajah di bawah. Selain itu, anda dinasihatkan untuk meletakkan (atau GROUP) ikon perisian-perisian PENTING yang selalu anda gunakan pada FOLDER khas pada menu anda untuk memudahkan capaian anda.

tips-05

10. Fahami FUNGSI keypad dan butang-butang pada telefon Symbian.
– Butang HASH (#) jika ditekan lama-lama akan menyebabkan telefon MUTE (mod SENYAP). Butang MENU pada Symbian S60 jika ditekan lama-lama akan memaparkan perisian-perisian yang sedang ‘running’. Perkara ini dinamakan ‘MULTITASKING’. Jika menekan butang MENU lama-lama, akan mengaktifkan ‘TASK-MANAGER’. Task Manager juga terdapat pada telefon Symbian UIQ3. Untuk mengetahui IMEI – anda tekan BINTANG-HASH-SIFAR-ENAM-HASH (*#06#) dan untuk mengetahui status FIRMWARE, anda tekan BINTANG-HASH-SIFAR-SIFAR-SIFAR-SIFAR-HASH (*#0000#). Untuk FORMAT telefon S60 – anda perlu tekan BINTANG-HASH-TUJUH-TIGA-TUJUH-SIFAR-HASH (*#7370#). Keypad S60 adalah SERUPA tidak kira apa pun jenama telefon. Sebagai contoh, pada keypad Nokia N81 dan Nokia N95,  ‘spacebar’ terletak pada nombor SIFAR (kosong) begitu juga pada telefon Samsung i450 dan Samsung Innov8. Setiap nombor dari 1 hingga 9 boleh disetkan sebagai ‘speed-dial’ dan ‘shortcut’ kepada ikon-ikon di MENU telefon. Butang pintas KIRI dan KANAN (soft-button) dan juga DPAD boleh diprogramkan untuk kemudahan anda. Butang nombor 1 jika ditekan lama-lama akan mengaktifkan ‘voice-mail’. Butang ‘switch-off’ jika ditekan SEKALI akan mengaktifkan PROFILE. ‘Tekan-TENGAH’ pada DPAD (atau joystick) untuk ‘SELECT’ atau ‘OK’. Butang PENSEL berfungsi sebagai ‘SHIFT’ atau ‘MARK’. Manakala butang ‘C’ digunakan untuk ‘Backspace’, ‘Cancel’ atau ‘Uninstall (remove)’ perisian.

tips-06

11. WiFi pada telefon Symbian.
– Ciri WiFi (Wireless Fidelity) pada sesetengah model telefon Symbian boleh diaktifkan kerana terdapat ‘radio-chip’ WLAN (Wireless Local Area Network) yang telah disertakan pada kerangka telefon itu. Jika anda melayari internet dengan WiFi – ia TIDAK ADA KENA-MENGENA dengan BIL TELEFON atau masalah HABIS KREDIT bakal berlaku kepada ‘LINE’ telefon anda. Kebanyakkan restoran pada masa kini menyediakan khidmat ‘WiFi Access’ secara PERCUMA (gratis) dan anda PERLU MENCUBA perkara ini. Untuk memberanikan diri, KOSONGKAN kredit telefon anda – kemudian layari internet dengan WiFi (WLAN) pada telefon anda. Kepada pengguna Symbian S60-3rd, tekan MENU -> WEB -> masukkan URL (alamat web) -> pilih point WiFi dan nikmatilah internet secara percuma di telefon anda.

12. GAME pada telefon Symbian hanyalah untuk budak-budak!

– SALAH!. Bayangkan jika anda terperangkap selama 2 jam di lapangan terbang akibat ‘flight-delay’, apa yang bakal anda lakukan untuk ‘membunuh’ masa? Alangkah baiknya jika GAME seperti CHESS, dam haji, kereta lumba atau ‘strategy game’ berada di tangan anda? Dan percayalah GAME tidak akan menyebabkan anda bertambah MUDA pada umur – tetapi dalam masa yang sama mengapa ramai yang tidak mahu mengakui bahawa dia sudah tua?

13. Jangan cabut atau keluarkan memory-card tanpa mematikan telefon terlebih dahulu.
– Ini kerana pada memory-card anda terdapat ‘instruction’, ‘libraries’ dan ‘resources’ yang BERSAMBUNG terus dengan keseluruhan ‘boot-system’ pada Sistem Symbian telefon anda. Jika anda cabut juga – maka telefon akan mengalami masalah jangka panjang. Mungkin suatu hari nanti, telefon anda tidak akan ‘ON’ atau HALT. Tidak ada apa-apa berlaku ketika anda ‘switch-on’ dan skrin hanya memaparkan ‘warna hitam’ sahaja. Jika ini berlaku – maka sediakanlah RM 100 – RM 180 untuk di’sedekahkan’ kepada kedai telefon yang berdekatan.

14. Gunakan ‘Volume Rocker’ untuk mengawal kejelasan suara pemanggil sewaktu bercakap di telefon.
– Ia adalah bebutang ‘atas-bawah’ (up-down) yang berada disebelah kiri atau kanan ‘body’ telefon. Jika anda tidak dapat mendengar dengan jelas sewaktu bercakap, terus tekan butang-butang ini untuk menguatkan nada suara pemanggil.

15. Sentiasa format memory-card menggunakan telefon, bukannya dengan komputer Windows!
– Sekali lagi diingatkan, bahawa OS Windows dan OS Symbian adalah berlainan. Ini ada kaitan terus dengan ‘File Allocation Table’ (FAT) ataupun FILESYSTEM bagi sesuatu OS. Misalnya, untuk Windows Vista, sysem failnya adalah NTFS. Manakala Windows XP dan ME menggunakan FAT32. Jika anda format menggunakan Windows – maka memory-card tidak boleh dibaca dengan telefon. Ini kerana Symbian menggunakan system FAT sahaja. Sistem FAT ini adalah berlainan dengan FAT32, FAT16 dan NTFS. FAT boleh dibaca dengan Windows, tetapi NTFS tidak boleh dibaca oleh Symbian. Jadi, pastikan anda FORMAT memory-card dengan Symbian dahulu – kemudian barulah masukkan memory-card tersebut kepada komputer anda. Setiap OS mempunyai FILESYSEMnya yang tersendiri. Contohnya Vista – NTFS, MAC OSX – HFS dan LINUX – EXT* (EXT2/EXT3).

16. Fahami format fail dan codec – jangan salahkan telefon anda jika ia tidak boleh memainkan fail FLV yang anda download dari ‘youtube’.
– Setiap fail mempunyai FORMATnya tersendiri. Misalnya untuk FOTO terdapat format JPG, BMP, GIF, MBM dan sebagainya. Format MBM adalah ‘format foto’ khas untuk sistem Symbian. Begitu juga dengan format video. Secara automatik, Symbian boleh membaca format MP4, 3GP, WMV, RM dan AVI (DIVX, XVID). Tetapi Symbian tidak boleh membaca format MKV, MPG dan FLV. Untuk membolehkan Symbian membaca format-format ini, CODEC (compressor-decompressor) perlu di INSTALL kepada telefon Symbian. Contohnya untuk anda memainkan video FLV, anda perlu install EMTUBE atau MOBITUBIA kepada telefon anda kerana kedua-dua software ini memiliki CODEC FLV didalamnya. Hanya selepas itu barulah telefon anda boleh memainkan video FLV tadi.

17. Tolong ambil tahu (peduli) atau prihatin tentang telefon anda dan teknologinya.
– Ada orang benar-benar ‘appreciate’ teknologi telefon mereka manakala ada orang hanya menggunakan telefon untuk sms, panggilan dan kamera sahaja. Sepatutnya, anda perlu ‘explore’ segala yang ada pada telefon supaya anda tidak di tipu oleh orang lain – termasuklah anak anda!

18. Fahami resolusi skrin telefon anda, ini menjawab soalan mengapa game yang anda download tidak ‘fullscreen’.
– Apakah resolusi skrin bagi komputer? jawapannya 1024 x 768 pixels. Pada laptop pula – 1280 x 800 pixels. Resolusi telefon Sony Ericsson W960, Samsung Innov8 dan Nokia N96? Jawapannya 240 x 320 pixels. Tetapi resolusi untuk E71 pula adalah 320 x 240. Dan N80 pula 352 x 416. Perkara-perkara ini MESTI anda faham betul-betul sebelum anda kena tipu!

tips-07
19. Belajar menggunakan kamera dengan betul. Ambil tahu (peduli) apakah yang dimaksudkan dengan ‘Autofocus’, ‘Megapixels’, ‘Carl Zeiss’, ‘Macro Shot’, ‘Flashlight’ dan lain-lain.

– Ini ada kaitan dengan pengetahuan mengendalikan kamera dengan betul. Tahukah anda bahawa NOKIA merupakan penjual ‘digital camera’ terbesar di dunia walaupun tidak pernah mengeluarkan ‘digital camera’ berjenama NOKIA? Cuba mahirkan diri anda dengan kamera digital dahulu dan fahami selok-belok nya. Kemudian barulah anda dapati yang ‘kamera’ di telefon anda itu adalah sangat berharga!

20. Buatkan/Ciptakan SATU NOMBOR KECEMASAN pada ‘Contact Number’ atau ‘Phone Book’ anda.
– Ini sangat penting. Cuba letakkan nama ‘ISTERI’ dan bukannya ‘MAMA BOSAN’ atau ‘MY DARLING’. Ini kerana jika anda terlibat dalam kemalangan, maka orang lain mudah menghubungi keluarga anda. Bagi yang masih bujang, mungkin nama ‘ABANGKU’ atau ‘ABAH’ atau ‘BAPA’ boleh menggantikan ‘DADDY’ atau ‘BABAH’. Jika perlu, ciptakan WALLPAPER khas untuk telefon anda dan letakkan nombor-nombor ’emergency’ anda padanya.

21. Setkan PASSWORD untuk telefon anda. Tetapi jangan pula anda lupa password sendiri!

– Password penting kerana jika telefon anda hilang atau dicuri, maka pencuri itu tidak dapat menggunakan telefon anda. Gunakan juga perisian SEKURITY lain seperti ANTI-THIEF untuk ‘membosankan’ pencuri yang berkeliaran disekeliling anda.

22. Pasang perisian PERCUMA/GRATIS di telefon anda yang banyak terdapat di Internet. Download dan pindahkan ke telefon anda. Tetapi fahami FORMAT ‘installer’ iaitu JAR/UTZ/SIS dan SISX

– Sekali lagi, ini ada kaitannya dengan FORMAT FAIL. ‘Installer file’ untuk Symbian biasanya diakhiri dengan SIS atau SISX. Manakala JAR adalah format ‘java application’ yang juga boleh di ‘install’ pada telefon anda. UTZ pula adalah format THEME yang dikhususkan untuk Symbian UIQ3. Ini menjawab soalan mengapa VIRUS tidak boleh menyerang Symbian kerana VIRUS biasanya wujud dalam format EXE, MSI, COM dan DLL kerana semua format ini adalah untuk OS Windows!

23. Anda perlu berani mencuba (try) semua TEKNOLOGI yang wujud pada telefon anda seperti GPS, Bluetooth, WiFi, HSDPA, 3G, Accelerometer, VOIP (Skype), FM Transmitter, Modem dan lain-lain.

– Jangan takut untuk mencuba. Ia mungkin akan mengangkat anda menjadi wira. Cuba belajar bagaimana menggunakan FM Transmitter yang ada pada Nokia N79 atau Samsung i7110 anda. Selain itu, belajarlah menggunakan MODEM yang ada pada setiap telefon Symbian di Blog Symbian Malaysia.

Mungkin anda yang tergolong dalam kumpulan ‘OTAI’ Symbian ingin berkongsi tips-tips yang lebih maju dan memberangsangkan. Dengan ini saya mempersilakan anda untuk menokok-tambah apa-apa tips yang sesuai pada kiriman ini untuk kebaikan semua pembaca Bahasa Melayu di jagat dunia tanpa sempadan ini. Silakan… sila…

20 Komen »

  1. slam bang adli.kalau ada orang yang baca oabg punya penerangan ni.tapi masih tak dapat nak memahami apa maksudnya.saya syorkan pada org tu guna saja phone asas.x pun pakai public phone je.memang tepat dan berinformasi.

    Komen oleh mohd hashril — Mac 20, 2009 @ 9:27 am | Balas

  2. saya dpt ilmu yg amat berguna dari blog anda.

    Komen oleh Shamsul — Mac 20, 2009 @ 10:22 am | Balas

  3. Salam…

    Saya ingin tahu sebagai menambah ilmu pengetahuan saya.

    Dari pemahaman saya. Symbian OS dan S60 adalah dua pekara yang berbeza. Symbian OS adalah based OS Platform. dan S60 pula adalah User Interface (UI) platform. Perbandingannya seperti ini Symbian OS adalah DOS (terdapat pelbagai jenis DOS), manakala S60 atau UIQ adalah Windows 98, ME, XP, Vista, linux.

    Symbian OS dihasilkan oleh Symbian Ltd. Tetapi S60 dihasilkan oleh Nokia kemudian di lesenkan kepada beberapa company lain spt Lenovo, LG Electronics, Panasonic and Samsung.

    Jadi soalan saya apakah itu sepatut lagi tepat?

    Komen oleh khairul — Mac 20, 2009 @ 11:52 am | Balas

    • Kepada KHAIRUL untuk Symbian & S60

      Pandangan anda separuh tepat. Ada fakta salah di sini. So.. saya betulkan pemahaman anda.

      1. DOS (Diskette Operating System) merupakan satu OS yang asli. Walaubagaimanapun, disebabkan kesukaran untuk mengendalikannya (kerana penuh dengan STRINGS dan COMMAND prompt), maka syarikat MICROSOFT telah mengeluarkan satu perisian GUI (Graphical User Interface) yang MASIH memerlukan DOS untuk menjalankannya. GUI yang disebutkan tadi adalah WINDOWS 3.0 (kemudiannnya Windows 3.1 & Windows 3.11)

      2. Kemudian, satu BREAKTHROUGH telah dilakukan pada tahun 1995, dimana DOS 7.0 telah diintegrasikan ke dalam GUI Windows maka terciptalah WINDOWS 95. Windows 95 ini diciptakan untuk mengalahkan PESAING terdekat iaitu OS yang dikeluarkan oleh syarikat Apple iaitu MAC OS. MAC telah lama mengadaptasikan GUI dan menggunakan MOUSE sebagai ALAT capaian ikon dan arahan. Dengan itu Windows 95 ialah SATU OS BAHARU yang menggunakan DOS 7.0 sebagai ENJINnya. Kemudian, ia telah dipertingkatkan menjadi Windows 98 dan kemudiannya Windows ME. Pada tahun 2000, Windows XP telah muncul selaku OS yang termaju (kerana telah mengadaptasikan KERNEL baru dari Sistem Operasi yang lebih stabil iaitu WINDOWS 2000). Dengan wujudnya Windows XP – maka DOS tidak lagi kelihatan kerana keseluruhan ‘windows baru’ ini telah di PROGRAM dari asas (from scratch). Maka pemahaman anda yang mengatakan Windows ME, XP dan VISTA merupakan sebuah UI (User Interface) yang ‘run’ bawah OS DOS adalah tidak tepat sama sekali. Untuk membuktikannya, DOS tidak mampu menjalankan MULTITASKING dan sokongan FILESYSTEM NTFS (Network FileSystem) manakala Windows XP boleh mengendalikannya. Jesteru, Windows XP dan VISTA merupakan OS sejati dan bukannya UI atau platform seperti yang didakwa.

      3. SYMBIAN adalah ‘Operating System’ yang diciptakan sebagai BAREBONE (asas) yang telah siap sepenuhnya dengan KERNEL, INSTRUCTIONS, MODULES, LIBRARIES dan lain-lain teknologi. Walaubagaimanapun, sewaktu awal penciptaannya, OS Symbian sebenarnya diciptakan atas pembelian saham dan MERGING antara syarikat-syarikat pengeluar telefon bimbit dunia. Maka, selaku MODEL, satu OS yang matang dikenali sebagai EPOC (milik PSION) telah menjadi KORBAN. Pada waktu itu, PSION EPOC OS telah mencapai versi ke 5.0. Dengan itu, EPOC versi ke 6.0 dikenali sebagai SYMBIAN 6.0. Kemudian satu masalah telah dikenalpasti dimana ‘FLAVOUR’ telefon bimbit adalah berlainan sama-sekali. Ada yang mahukan KEYPAD, ada yang mahukan TOUCHSCREEN dan ada juga yang mahukan KEDUA-DUANYA. Maka 3 platform utama telah diciptakan untuk menangani masalah ini. Platform-platform tersebut dikenali sebagai SAPPHIRE, CRYSTAL dan QUARTZ. Nama-nama ini adalah amat janggal jika dikomersilkan, maka ia telah dinamakan semula menjadi S60 (Sapphire), S80 (Crystal) dan UIQ (Quartz). Contohnya, UIQ adalah platform yang mengadaptasi QUARTZ (UIQ – User Interface Quartz) untuk telefon TOUCHSCREEN. Kemudian, FUJITSU telah mengeluarkan satu lagi platform yang dikenali sebagai ‘FOMA-MOAP’ khusus untuk mengadaptasi KANJI (tulisan) jepun.

      4. Jadi, akhirnya SYMBIAN wujud sebagai OS, manakala PLATFORM telah diperkenalkan untuk menangani permasalahan FLAVOUR tadi. S60 misalnya telah di FINANCEKAN oleh Symbian Alliance kepada NOKIA untuk memajukannya. S60 dibangunkan untuk ‘platform’ telefon BUKAN TOUCHSCREEN yang hanya menggunakan KEYPAD. Oleh sebab S60 di FINANCEkan oleh ALLIANCE – maka pihak ALLIANCE ketika itu juga BEBAS menggunakan platform S60 ini. Maka terhasillah telefon-telefon seperti Simens SX1, Panasonic X800, Sendo X, Nokia 6600, LG KS10, Samsung D720 dan lain-lain. S60 memang dibangunkan oleh NOKIA tetapi ia adalah milik ALLIANCE – bermaksud kesemua syarikat pengeluar yang memilih SAPPHIRE pada peringkat awal BOLEH menggunakannya.

      5. Nama asal S60 adalah Series 60. Dan Series S60 yang MATANG pada hari ini sebenarnya telah mengadaptasi rekabentuk penggabungan 2 idea iaitu SAPPHIRE + PEARL. Ia berbeza dengan Series 40. Ini kerana Series 40 adalah ‘platform tertutup’ milik NOKIA sepenuhnya. Maka tidak boleh dilabel sebagai satu Operating System seperti Symbian.

      6. Pihak Alliance yang memilih QUARTZ telah membangunkan UIQ dibawah penguasaan Sony Ericsson. Sama kes macam SAPPHIRE pada NOKIA tadi. Itu sebab kita dapati telefon-telefon seperti Motorola A1000, Arima 308, BENQ P30, Sony Ericsson P800 dan lain-lain dikeluarkan secara komersial.

      7. Namun terdapat masalah pada KEM NOKIA kerana SAPPHIRE tidak boleh menyokong peranti TOUCHSCREEN. Maka dengan itu Nokia telah membeli model BENQ P31 (UIQ) dan menjenamakannya semula sebagai NOKIA 6708. Ini kerana Nokia sangat TENSION dan tertekan kerana tidak dapat membangunkan teknologi touchscreen.

      8. Pada akhir tahun 2007, S60 TOUCH telah dihasilkan dan serentak dengan itu, PLATFORM VIOLATION telah ‘dilanggar’. Ia tidak bertepatan dengan kehendak ALLIANCE yang telah menetapkan platform-platform Symbian pada peringkat awal. Dengan disokong penuh oleh pengeluar no 3 dunia iaitu Samsung, akhirnya NOKIA membeli keseluruhan SAHAM Symbian yang masih tinggal dan menjadikannya syarikat PALING BERKUASA atas pemilikan syarikat Symbian LTD. Setelah berkuasa penuh, Nokia telah bersekongkol dengan FOMA (yang mengendalikan platform MOAP ‘Symbian Jepun’) dan BERGABUNG tenaga untuk menciptakan platform ‘SUPER S60’. S60 yang baru ini (S60+MOAP) akhirnya telah bergabung teknologi sekali lagi dengan UIQ hingga memaksa syarikat UIQ TECHNOLOGIES di TUTUP untuk selama-lamanya. Kes ini telah berlaku pada pertengahan tahun 2008.

      9. Akhirnya PLATFORM BARU telah wujud menggantikan semua platform yang ada. Ia menggabungkan 3 platform utama Symbian sekaligus (S60+MOAP+UIQ). Buat masa sekarang ia dikenali sebagai S60 5th Edition. Maka hak untuk mengeluarkan telefon TOUCHSCREEN telah berjaya dicapai dan kedua-dua syarikat tulang-belakang idea ini serentak mengumumkan model baru mereka iaitu Nokia 5800 XM, Nokia N97 dan Samsung OMNIA-HD. Syarikat Symbian LTD juga akhirnya BUNGKUS dan kini dikenali sebagai SYMBIAN FOUNDATION.

      10. Symbian Foundation terpaksa diwujudkan kerana pegangan OS telefon dunia telah berpindah tangan kepada 2 kem yang besar iaitu RIM (Research In Motion) yang mengeluarkan BLACKBERRY dan APPLE yang mengeluarkan MAC-OSX IPHONE. Ini menyaksikan penyusutan ‘market share’ yang sangat teruk telah dihadapi oleh Symbian dalam sejarah telefon bimbit. Selain itu, HTC dan DOPOD telah mula mendominasi pasaran telefon bimbit setelah di’backup’ oleh Microsoft dengan Windows Mobile OS.

      11. Sebagai satu suntikan untuk memenangi ‘Phone OS World Race’ ini, Sony Ericsson telah mengeluarkan prototaip terbaru Symbian yang dikenali sebagai Sony Ericsson IDOU. Telefon ini adalah telefon paling berkuasa masa kini. Ia bakal dijual di pasaran pada Mei 2009. Sony Ericsson IDOU sebenarnya satu batu loncatan yang akan diikuti oleh lain-lain pengeluar seperti Nokia, Samsung dan LG. Walaubagaimanapun, adalah dipercayai Motorola telah meninggalkan kem Symbian buat selama-lamanya.

      Kesimpulannya, teori anda yang mengatakan S60 dan UIQ adalah serupa halnya dengan Windows ME, XP dan Vista adalah tidak tepat. Ini kerana pada awal penciptaan Symbian, EPOC selaku OS telah berjaya mengeluarkan ‘device’ yang lengkap dengan GUI, Resources, Libraries, ‘microkernel achitecture’ dan lain-lain yang diperlukan oleh sebuah OS untuk beroperasi. Dan pada awalnya juga (Symbian 6.0) Symbian telah membuktikan ianya ‘multitasking’ walaupun tanpa platform. Platform seperti S60 dan UIQ wujud disebabkan perbezaan KEHENDAK pasaran. Ada orang suka touchscreen dan ada yang tidak. Dengan itu wujudlah UIQ (untuk touchscreen) dan S60 (untuk keypad sahaja).

      Mengapa saya katakan yang tuan SEPARUH TEPAT? Ini kerana tekaan ‘Windows XP’ berjalan (run) di atas DOS ada signifikannya (pada falsafahnya betul) dengan tuduhan S60 adalah UI yang berjalan (run) atas Symbian OS. Ia memang boleh diandaikan sedemikian, namun S60 sebenarnya bukanlah sekadar UI. Ia adalah PLATFORM SEBENAR kerana wujudnya API (Application Programming Interface) dan SDK (Software Development Kit) manakala UI (User Interface) hanyalah elemen MEKAP (untuk kasi cantik sahaja) ke atas sesuatu OS.

      Kes ini adalah SAMA ERTINYA dengan platform JAVA yang berjalan (run) di atas Windows XP. Kini platform JAVA (micro JAVA – atau J2ME) boleh brjalan (run) di atas OS Symbian. J2ME popular pada telefon Symbian kerana menghasilkan banyak ‘JAVA GAMES’. Java Games ini juga boleh dimainkan dalam OS Windows XP jika dibantu dengan EMULATOR.

      Komen oleh adliayob — Mac 20, 2009 @ 3:55 pm | Balas

  4. Sambungan…

    Sebab itu lah kenapa berlaku kekeliruan antara S60 dan S40 yang kedua-duanya di keluarkan oleh Nokia. Tetapi hanya S60 yang beroperasi(that runs on) atas Symbian OS.

    Komen oleh Khairul — Mac 20, 2009 @ 12:03 pm | Balas

  5. tahniah n tq en adli….stuju dgn cdgn mr hasril….. semoga input ini menyedarkan “rakyat malaysia” yang menilai hphone dari luaran dan ongkosnyer saje….

    Komen oleh cikgu ahmad (banting) — Mac 20, 2009 @ 5:30 pm | Balas

    • Kepada CIKGU AHMAD BANTING untuk ‘Setuju Dengan Mr Hasril’.

      Saya terpaksa jawab pujian ini dalam 2 dialek: Cakap melayu SABAH dan loghat N. Sembilan. Kalau tak berapa faham, sabar-sabarlah yer…

      MR HASRIL.
      Ekau memang handa. Memulo den jumpo kau nampak sengkek yo, tapi tetibo kau kuar-an tepon maha… N82! Tegamang den pado waktu tu. Ekau dongan muko tak malu selambo sadin yo mintak den ajar-an kau pasal WiFi. Ingat laie den.. kau salah sobut.. WEEFEE. Sodap kau yo menyobot macam namo awek sebolah ghumah kau yo bunyik-eh. Tapi kau dah bejayo buek kengkawan kau tensyen teghutamo sahabat kau yang pakai N81-8Gb tu. Dan den banggo bona kau kono-an cino kodai tu waktu ko pasang-an memory-card 8Gb kek tepon ko. Betapo konfiden-eh kau maso tu sodangkan cino tu menyobot yang tepon N82 kau tu takleh masuk lobeh daghi 2Gb.
      Sampai nijam kau masih kontek den laie. Susah nak caghik oghang cam kau ni.

      CIKGU AHMAD
      Ketahuilah, tuan sebenarnya ORANG YANG PERTAMA yang membeli CD-ROM dari Blog ini. Saya ingat lagi – anda membeli CD-ROM UIQ3 POWER USER berharga RM70. Saya sangat berterima kasih kepada tuan kerana sekarang ini setiap minggu ada sahaja pembeli-pembeli CD saya. Terima kasih. Sesungguhnya pelaburan tuan apabila membeli Sony Ericsson P1i dan Sony Ericsson G900 dulu telah membuahkan hasil lumayan kepada tuan dengan bantuan CD yang tuan beli dari blog ini. Saya sangat menghargai saudara.

      KEPADA SEMUA YANG LAIN TERMASUKLAH NAXE (Sandakan) dan AFFENDI (Tamparuli)

      Trima kasih bosssss. Kamurang memang best. Kalau ada masa mau jugak aku ka Sandakan untuk jumpa kau NAXE. Kenapa? ko indak percaya ka? Betul BAH! Mau jugak aku BERSALAM denganmu kerana kau telah banyak menulung dalam mengasi jawapan masalah-masalah Symbian walaupun aku indak suruh. Juga kepada Affendi. Kau di KK ka? Jauh bah kalau aku mau pigi Tamparuli. Aku di Semporna bah ini. Kamurang telah membuktikan yang walaupun kita di Sabah, KITA BOLEH BAH! apa bilang RTM tuh… BAGUS BAH! Trima kasih bos skali lagik.

      Kepada KAK MUNAWARAH dari KEDAH
      Walaupun puan agak senior, tetapi saya ‘SALUTE’ (tabik hormat) kepada anda kerana tak putus-putus SMS saya untuk BELAJAR bagaimana cara install software pada telefon Nokia E90 puan. Saya faham yang teknologi Symbian memang agak baru buat puan. Namun puan telah membuktikan yang puan juga BOLEH INSTALL walaupun asas pengetahuan komputer puan sangat limited. Buktinya software AZAN itu. Jangan pula puan rasa SEGAN lagi kalau puan mahu SMS saya pada masa akan datang.

      Kepada YUSMAN, KUANTAN

      Tahniah kerana memiliki INNOV8 yang saya sendiri pun idam-idamkan. Anda memang berani kerana bukan sahaja telefon tu mahal, tapi dengan selamba dan tak takut dengan STRANGER – terus menelefon saya walaupun kita tidak pernah berkenalan sewaktu mula-mula ingin membeli telefon tersebut. Dan terima kasih juga kerana membantu saya dalam review penuh INNOV8. Sabar… nanti saya uploadkan juga dalam blog ini.

      TERIMA KASIH SEMUA!

      Komen oleh adliayob — Mac 20, 2009 @ 6:10 pm | Balas

  6. Terima kasih di atas maklumat yg diberi. Ia amat berguna. Segala pemahaman saya sebelum ini adalah berdasarkan laman web berikut. http://www.s60.com dan wikipedia tentang s60 dan symbian.

    Perbandingan saya buat nampaknya tidak tepat. Di sini saya hanya ingin mengetahui adakah S60 dan Symbian OS komponen yang berbeza. Seperti yang dimaklumkan laman web di atas.

    Komen oleh khairul — Mac 20, 2009 @ 7:39 pm | Balas

  7. Yup, mmg hp symbian ni computer. Sy lbh byk guna hp ni dpd pc sy. Suma keja blh dikatakan dibuat guna hp. Dlm seminggu, mungkin 2-3 kali sy akan connect hp ke pc utk buat apa yg perlu yg xdpt dibuat di hp. Tp 2lah xramai yg sedar ttg perkara ni..ttg benda2 yg blh dibuat pd hp ni. Beli mahal2 tp xguna sepenuhnya. Yg lbh menyedihkan bl xnk ambil tau ttg apa yg blh dibuat walaupun ada org yg nk mengajar! Buatpe bl kalo mcm 2? Baik pg bl hp SE CYBERSHOT je..
    Sy cdgkan pd sapa2 nk ambil ‘crash course’ ttg symbian, just bkk youtube. Kemudian search topik2 spt ‘symbian’, ‘s60v3’, ‘n-gage’, ‘symbian games’, ‘quake on symbian’, ‘quake 3 on symbian’, ‘quickoffice on symbian’, apape jelah berkaitan symbian. Pasti klr somethg n blh tgk sdri apa yg blh dibuat dgn hp2 ni. Pd saudara Khairul, cuba allaboutsymbian.com..2 antara website trbaik ttg symbian.

    Komen oleh Lan — Mac 22, 2009 @ 9:12 am | Balas

  8. Terima kasih saudara Lan.
    Tidak dinafikan masih ramai yang tidak sedar bahawa hp symbian yang mereka miliki selama ini adalah sebuah komputer bergerak. Ada juga yang sedar bahawa hp symbian mereka adalah sebuah hp yang canggih. Tetapi mereka tidak mengoptimumkan penggunaannya.
    Saya memiliki N82 awal 2008. Saya menjadikan hp sebagai workstation bergerak saya. Saya menghantar dan menerima email terus dari hp sy. Membuat artikel dan beberapa propasal ringkas mengunakan Quickoffice. Begitu juga menbuat data analisis ringkas. Apabila di outstation. Saya dapat ke tempat yang di tuju dgn lebih cepat tanpa masalah berbantukan Garmin mobile XT yang saya instal dalam hp. Lebih tepat dari google map dan nokia map yang mencekik kredit pengguna. Saya pernah mengagumkan kawan saya bahawa hp sy mampu merakamkan kelajuan dan ketinggian kapal terbang yang sedang kami naiki (amaran:jgn buat depan pramugari, kena tegur dapat malu aje. Walaupun anda telah setting profile kepada flight mode. Pramugari kadang2 tak faham apa itu flight mode).

    Komen oleh Khairul — Mac 22, 2009 @ 2:18 pm | Balas

  9. Actually khairul google maps yg latest agak baik. Sy guna kedua2 google maps n garmin. Google maps sgt baik utk cari tempat, lbh baik dari garmin n nokia maps..biasanya apa saja alamat yg kt masukkan dlm kotak search akan membuahkan hasil. Cthnya kt mskkan alamat rmh kt umpamanya ‘no 1, jalan a, taman b, kuala lumpur’..pasti dpt, jika xtepat pun sgt2 hampir, cubala..sy biasa guna google maps utk cari kedudukan kasar mana2 alamat yg perlu ditujui, save koordinat nya n exit. Kemudian trs launch garmin n mskkan koordinat td..wallaa..mmglah penggunaan data nya agak besar tp bg hp2 yg ada wifi, biasanya kt blh bht dimana2 hotspot sebentar n guna google maps utk seminit dua bg tujuan mencari..then trs guna garmin utk navigate..ok just a tip utk sesiapa yg xtau..:-)

    Komen oleh Lan — Mac 22, 2009 @ 2:47 pm | Balas

  10. Satu tips yang berguna. Terima kasih Lan.

    Komen oleh Khairul — Mac 22, 2009 @ 3:26 pm | Balas

  11. he2.biasa lah bang.sebab abg lah saya dapat memahami serba sedikit duni telefon symbian ni.dari seorang yang tak tahu apa2.saya dapat ilmu paling berguna dari blog abg.thanks abg adli.saya akan terus mempelajari pasal telefon symbian ni.terima kasih banyak2 bang.yo are the best.🙂

    Komen oleh mohd hashril — Mac 23, 2009 @ 10:32 am | Balas

  12. hahahahah…terima kasih encik adiayob atas penghargaan encik adiayob,sebenarnya saya pun masih belajar juga tentang symbian ni dan tempat blog ni juga saya belajar lebih dalam tentang symbian ni…heheheheh….

    lagipun benda yang kita tau seharusnya kita sebarkan….

    jika bukan kita nak bantu orang senriri,siapa lagi kan…..
    lagipun saya rasa kasihan dengan orang yang belum mengetahui tentang symbian ni,apatah lagi yang ingin tau dan inginkan jawapan dengan segera…saya tengok encik adiayob pun kadang-kadang tidak dapat untuk melayan semua pertanyaan,seharusnya saya pun ingin membantu encik adiayob dan orang yang memang memerlukan jawapan…….hehehehe…

    Komen oleh naxe88 — Mac 24, 2009 @ 2:08 pm | Balas

  13. Yup..Sy stuju,hp symbian mmg sebuah k0m brgerak..Mcm2 kta b0le bwt klw kta expl0re bnda ni..Bnda ni sngt brgna smpai sy bc n k0men ni pn pkai hp ja.Huhu

    Komen oleh Nuaq — Mac 27, 2009 @ 2:02 pm | Balas

  14. kpd en adli ,lan n khairul leh tak detailkan tentang garmin mobile tuh …cam best jer…..lom penah guna daaa… dengar yer free…tul ker

    Komen oleh ahmad — Mac 31, 2009 @ 12:59 pm | Balas

  15. very nice website..
    check this kostenlose Kreditkarten

    check die baseline

    Komen oleh FloodyAdoca — April 5, 2009 @ 12:46 am | Balas

  16. assalamualaikum smua. Sy amat brminat dgn talifon platform symbian ini. Sy mrupakn seorang pngguna symbian yg mnggunankn nokia n82. Pd ssiapa yg brminat utk meminta sbarang aplikasi symbian dgn prcuma, seperti aplikasi gps, office, camera, internet browsing atau sbgainya, silakn email di amier_streetrunner@yahoo.com.my. Sy juga brsdia utk menunjukkn cara memaanfaatkn hnp0n symbian anda.

    Komen oleh amier — Oktober 28, 2009 @ 2:45 am | Balas

  17. sy telah cuba merekemankn talifon brplatfom symbian kpd rakan2 sy. 2org rakan sy telah mmbeli n95 dn seorang mmbli n82. Mreka amat brpuas hti mnggunaknnya. Utk sbarang prtnyaan dn prmntaan perisian seperti garmin, kaspersky antivirus, dn sbgainya, hntrkn email kpd sy amier_streetrunner@yahoo.com.my
    Sy akn memberi perisian yg anda inginkn mlalui email bserta cara utk menginstall/menggunaknnya

    Komen oleh amier — Oktober 28, 2009 @ 2:51 am | Balas

  18. saya sebagai salah seorang yang agak mahir dalam sistem symbian (walaupn tidak semahir en.adli)ingin menawarkan khidmat bantuan kepada sebarang pertanyaan,kemusykilan atau persoalan mengenai symbian. insya-allah, saya akn manfaatkan pengetahuan saya untuk membantu anda smua tentang msalah berkaitan sebarang aplikasi seperti gps, antivirus, themes, phone hack, games dan sbgainya.sebarang pertanyaan boleh dhantar melalui email sy- amier_streetrunner@yahoo.com.my

    Komen oleh amier — Oktober 29, 2009 @ 11:40 am | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: