Adliayob – Sebuah Catatan Teknologi

Februari 17, 2009

Berita MWC 2009 – LG KT770 Dikuasakan Dengan S60-3rd Edition

Filed under: Uncategorized — adliayob @ 7:08 pm
Tags: ,

mwc-kt770

Selasa, 17 Feb 2009 – Setelah lama tidak mengeluarkan model Symbian, akhirnya syarikat pengeluar telefon ke-5 terbesar di dunia – LG, telah memperkenalkan model KT770 yang dikuasakan dengan platform S60-3rd Edition (FP2).

LG KT770 merupakan telefon Symbian ke-3 yang dikeluarkan oleh syarikat ini. Dua model terdahulu adalah KT610 dan KS10.

Telefon KT770 berbentuk ‘slider’ dengan skrin 2.8 inci. Model ini dilengkapkan dengan kamera 5 Megapixel dan WiFi. Selain itu, ciri-ciri lain seperti GPS, HSDPA, microSD (sehingga 16Gb) dan bateri yang tahan lama berkapasiti 950 mAh.

Sesuatu yang agak ganjil bagi model ini ialah ia menggunakan resolusi skrin 240 x 400 pixels, berbeza dengan lain-lain model keluaran Samsung dan Nokia (240 x 320 pixels).

Blog Symbian Malaysia benar-benar berharap agar model ini dikeluarkan sekaligus merancakkan persaingan sihat antara syarikat pengeluar telefon Symbian.

Oktober 22, 2008

Prapandang – LG KT610: Pencabar E-Series

Filed under: Prapandang (Reviews) — adliayob @ 4:33 pm
Tags: , ,

Pada 20/10/2008 yang lalu saya telah ke Plaza Low Yat Kuala Lumpur untuk ‘memburu’ model-model Symbian baru. Saya berkata dalam hati, jika nasib saya baik, mungkin saya terserempak dengan Nokia N85, N79, Motorola Z10, Sony Ericsson G700, G702 (Beibei) atau LG KT610. Tujuan pencarian ini adalah untuk ‘review’ dan dengan itu saya perlu mendapatkan kedai atau gerai yang boleh memberikan kerjasama terhadap Blog Symbian Malaysia.

Saya akhirnya singgah di City Mobile Communication, Tingkat 2 Plaza Low Yat dan Mr. Lee (jurujual bertugas gerai LG Mobile) memberikan kerjasama penuh untuk proses prapandang telefon LG KT610 yang merupakan model pertama LG-Symbian yang dijual di Malaysia setelah model KS10 (Joy) tidak diperkenalkan di pasaran tempatan. Seperti yang telah saya nyatakan dahulu, pasaran Symbian di Malaysia agak sederhana dan ini menyebabkan LG Mobile mengambil keputusan untuk tidak memperkenalkan model KS10 disini (tetapi kepada sesiapa yang mempunyai model ini, minta hubungi saya untuk proses prapandang).

Persepsi pertama terhadap telefon ini – ia seakan-akan model ‘communicator’ milik Nokia, namun mempunyai saiz yang lebih kecil dan spesifikasinya tidak sebanding dengan Nokia E90. Tetapi keunikan ini menjadi tarikan kepada saya untuk mendekatinya.

Dimensi LG KT610 adalah lebih-kurang sama dengan Sony Ericsson W960 saya. Jika dilihat dalam keadaan normal, tiada yang luar biasa pada telefon ini. Tetapi apabila bertukar kepada ‘Flip Open Mode’ aura telefon ini terpancar dan platform S60-3rd Edition jelas kelihatan pada ‘standby-screen’nya. Ini meletakkan ianya sekelas dengan Nokia E-Series (seperti E61/E62/E71) kerana mempunyai resolusi skrin yang sama (320 x 240 pixels). Saiz skrin dalaman LG KT610 adalah sebesar 2.4 inci.

Kekunci QWERTY unit ini adalah selesa sekali apabila digunakan. Begitu juga dengan butang ‘MENU’ S60 yang lazim (familiar) dan D-Pad 5 arah yang mudah dikendalikan. LG KT610 dikuasakan dengan OS Symbian 9.2 dengan ciri-ciri (fitur-fitur) Navigasi GPS, Push Email & Fax, QWERTY Keypad, Aplikasi Google, Kamera 2 MPix, HSDPA 3.6 Mbps dan mempunyai 2 skrin.

Pada harga tawaran RM1799, telefon ini mampu menjadi alternatif kepada Siri Communicator. Seperti yang diduga, semua ‘software & games’ Symbian S60-3rd Edition berjaya dipasang dan dijalankan. Namun kerana hanya sedikit promosi terhadap model ini berbanding Viewty, Secret & Shine menyebabkan ia kurang mendapat sambutan. Pada saya, sepatutnya LG Mobile perlu memfokuskan kekuatan SYMBIAN sebagai satu poin jualan dan langkah ini juga akan mengurangkan rasa ‘phobia’ terhadap pemilikan model ini.

Memang pasaran Symbian di Malaysia agak sederhana, tetapi jika ada usaha mendidik masyarakat (terutamanya dari TELCO) terhadap kesedaran Symbian, saya yakin model ini dan model akan datang bakal dijual dengan baik.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada sahabat saya En. Izham Fariz kerana membantu saya dalam pengambaran fotografi (Nikon DSLR) untuk prapandang kali ini.

Kepada mereka yang menggunakan model ini sila setkan GPRS/3G/MMS anda mengikut model Nokia E61/ E61i/ E62 atau E71.

Blog di WordPress.com.