Adliayob – Sebuah Catatan Teknologi

Julai 15, 2012

RUMAH BARU UNTUK BLOG SYMBIAN MALAYSIA: SYMBIANKU.MY

Filed under: Uncategorized — adliayob @ 2:17 am

Blog Symbianku Malaysia telah berpindah ke rumah baru. Klik pautan ini http://www.symbianku.my untuk membacanya.

Selamat datang ke dunia baru Symbian… eh! Nokia Belle! WWW.SYMBIANKU.MY

September 27, 2011

ChurpChurp Lebih Baik Dari Nuffnang?

Filed under: Uncategorized — adliayob @ 5:45 am

Iklan dari Churp-Churp: Now you can earn rewards by sharing through facebook and twitter with CHURPCHURP!!!.

Malam tadi mata saya tak berapa mengantuk. Kadang-kadang, bila menjadi blogger seperti saya, ‘penyakit’ susah nak tidur memang datang. Adakalanya ‘penyakit’ ini menyebabkan saya rasa seperti Superhero! Maklum sahajalah, waktu siang saya tidur dan bermula jam 5.00 ptg hingga ke 5.00 pagi – Masa untuk berkarya di depan komputer!

Apa yang selalu saya buat di depan komputer pada waktu malam hingga ke pagi?

(1) Menyemak blog SymbianKu.com
(2) Buka FaceBook/Twitter dan melayan status-status kawan-kawan
(3) Menulis catatan artikel seterusnya di SymbianKu.com – Biasanya jarang siap dan kalau pun siap, ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk ‘berpuas-hati’ terhadap apa yang saya tulis.
(4) Masuk ke GSMARENA.com dan ALLABOUTSYMBIAN.com
(5) Mempersiapkan kerja-kerja tertangguh yang masih wujud pada software Pinnacle Studio dan Adobe ImageStyler/Photoshop.
(6) Membayar semua tanggungan di M2U.
(7) Membalas email-email dari pembaca SymbianKu.
(8) Bermain ‘Plants VS Zombies’ – betul beb.. game ni membuatkan saya tak boring!
(9) Masuk Wikipedia atau mencari data-data tentang sesuatu kajian yang saya minati… dan…
(10) MENYEMAK AKAUN NUFFNANG saya!

Pada malam ini, saya telah ‘cash-out’ RM51.50 lagi dari Nuffnang. Ini merupakan ‘cash-out’ kedua untuk saya dari blog SymbianKu.com (pada tahun ini). Walaupun tidak tinggi nilainya berbanding blog tuan-tuan sekelian, namun NuffNang telah menyebabkan saya berpuas hati dengan servisnya itu.

Ini sebenarnya menjawab persoalan rakan-rakan yang lain terhadap saya selama ini: “Adli, betul ker NuffNang bayar duit kepada blogger? Pernah ker kau dapat duit?”. Namun, pada malam ini tangan saya gatal nak menyentuh seekor BURUNG BIRU bernama CHURP-CHURP yang berada di atas status NuffNang saya.

Baiklah. Saya sebenarnya ingin bertanyakan kepada anda yang membaca karangan ini: Benarkah dakwaan sesetengah pihak tentang ChurpChurp membayar LEBIH dari NuffNang? Ada tak sesiapa yang pernah dapat duit dari ChurpChurp?

Memang saya ada juga membaca dari banyak blog tentang ChurpChurp ini. Tetapi, sebenarnya saya perlukan info dan feed dari anda, selaku pembaca blog ini. Persoalan yang bermain dalam fikiran saya ialah – Bagaimanakah mereka (ChurpChurp) membayar blogger? Kalau macam NuffNang saya faham. Sekurang-kurangnya anda perlu meletakkan satu iklan di blog anda dan menunggu orang KLIK iklan tersebut.

Walaubagaimanapun, oleh sebab saya dah TERJEBAK menekan dan mengisi data-data yang diperlukan oleh ChurpChurp, maka apa yang boleh saya buat ialah tunggu dan lihat. Anda bagaimana? Sudahkah anda mendapat pembayaran dari ChurpChurp?

Nak tahu lebih lanjut tentang ChurpChurp dan terjebak macam saya? KLIK SINI!

Entahlah… harap ada orang yang akan berikan komen (panduan) untuk saya terhadap entri ini.

Disember 18, 2009

KOMENTAR ANDA TIDAK DILAYAN DISINI

Filed under: Uncategorized — adliayob @ 3:00 pm

Ya! itulah hakikatnya! Kerana:

  • Blog Symbian Malaysia sudah beralih dan berpindah ke SERVER SENDIRI di www.symbianku.com
  • Laman blog ini telah berpindah sejak 1 MEI 2009 lagi
  • Saya telah meletakkan beberapa PENGUMUMAN dan IKLAN di sebelah KANAN blog ini.
  • Setiap komentar berkaitan SYMBIAN di blog peribadi saya ini TIDAK AKAN DILAYAN.

Saya amat berharap agar semua pembaca dapat mengunjungi Laman Rasmi Blog Symbian Malaysia yang baru.

– Adliayob

Mei 5, 2009

RUMAH BARU BLOG SYMBIAN MALAYSIA!

Filed under: Uncategorized — adliayob @ 6:18 pm

gah02

Pada hari ini, 5 Mei 2009 genaplah SATU TAHUN blog ini diterbitkan. Dan bermula dari hari ini, BLOG INI TIDAK AKAN DI’UPDATE’ LAGI kerana ia telahpun berpindah rumah di http://www.symbianku.com

Secara peribadi dari sudut hati yang paling jauh, saya mengucapkan TERIMA KASIH kepada semua pengunjung blog ini. Blog ini (blog LAMA ini) akan kekal selama SATU TAHUN lagi atau sehingga diberitahu kelak.

Mulai hari ini, Adliayob: Blog Symbian Malaysia akan dikenali sebagai SYMBIANKU.COM

gah01

Februari 25, 2009

Kedai Symbian: 2 Lagi Produk Baharu Dari BSM

Filed under: Uncategorized — adliayob @ 6:54 pm

iklan-kedai02

Blog Symbian Malaysia pada hari ini teleh melancarkan 2 lagi produk bermutu tinggi KHAS untuk pemilik telefon S60-3rd Edition dan UIQ ver 3.0/3.1. Produk-produk ini adalah CD-Penting-S603rd dan CD-Penting-UIQ3 (atau S60 Essentials & UIQ3 Essentials). Untuk mendapatkan produk ini, sila KLIK pada KEDAI SYMBIAN pada pautan disebelah KANAN skrin.

Produk-produk ini diterbitkan sempena permintaan pelanggan blog ini yang mahukan perisian/games & theme YANG PENTING-PENTING sahaja. Berbeza dengan CD-ROM POWER USER yang bersifat LENGKAP dan MERIAH, produk-produk baru ini menawarkan pilihan yang kurang tetapi spesifik kepada pelanggan-pelanggan bisnes, pelajar dan golongan yang baru berjinak-jinak dengan telefon Symbian.

– SHAH RUKH LAN

Februari 17, 2009

Berita MWC 2009 – LG KT770 Dikuasakan Dengan S60-3rd Edition

Filed under: Uncategorized — adliayob @ 7:08 pm
Tags: ,

mwc-kt770

Selasa, 17 Feb 2009 – Setelah lama tidak mengeluarkan model Symbian, akhirnya syarikat pengeluar telefon ke-5 terbesar di dunia – LG, telah memperkenalkan model KT770 yang dikuasakan dengan platform S60-3rd Edition (FP2).

LG KT770 merupakan telefon Symbian ke-3 yang dikeluarkan oleh syarikat ini. Dua model terdahulu adalah KT610 dan KS10.

Telefon KT770 berbentuk ‘slider’ dengan skrin 2.8 inci. Model ini dilengkapkan dengan kamera 5 Megapixel dan WiFi. Selain itu, ciri-ciri lain seperti GPS, HSDPA, microSD (sehingga 16Gb) dan bateri yang tahan lama berkapasiti 950 mAh.

Sesuatu yang agak ganjil bagi model ini ialah ia menggunakan resolusi skrin 240 x 400 pixels, berbeza dengan lain-lain model keluaran Samsung dan Nokia (240 x 320 pixels).

Blog Symbian Malaysia benar-benar berharap agar model ini dikeluarkan sekaligus merancakkan persaingan sihat antara syarikat pengeluar telefon Symbian.

Blog di WordPress.com.