Selamat Datang ke Laman BLOG ‘The Malaysian Symbian Opinion’. Satu blog yang memaparkan pandangan dan pengetahuan khusus untuk Sistem Operasi (OS) Symbian – S60 dan UIQ. Disini anda akan dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang teknologi SYMBIAN yang dipasang ke telefon-telefon terpilih berjenama NOKIA, SONY ERICSSON, SAMSUNG, MOTOROLA dan LG.
Soal-Jawab Symbian.
Sebenarnya susah saya nak menerangkan secara ilmuan tentang Symbian ini. Jadi untuk memudahkan anda, saya karang mengikut stail soal-jawab – sebab, benda baru terlalu banyak pertanyaan. Pada saya, penjelasan stail soal-jawab lebih efektif.
1) Soalan: Apakah SYMBIAN dan mengapa ia berbeza dengan telefon lain?
Untuk menyebabkan sesebuah komputer berfungsi dengan baik, OS atau Operating System (seperti Windows XP) mestilah terlebih dahulu terpasang (installed) dan berjalan (run) dengan baik.
Jika tiada OS didalam sesebuah komputer, maka tidak bergunalah ia walaupun komputer tersebut telah lengkap dan bersambung dengan printer dan modem. Jika diperhatikan, OS adalah perkara terpenting
untuk sesebuah komputer itu berfungsi. Jika WINDOWS rosak, maka tergendala semua kerja.
SYMBIAN adalah sejenis OPERATING SYSTEM (OS) yang dipasangkan ke dalam model-model telefon terpilih dan telefon Symbian adalah sejenis komputer. Ini bermaksud bukan semua telefon adalah telefon Symbian DAN Symbian tidak dipasang pada jenama NOKIA sahaja!
Sama seperti sebuah komputer – telefon SYMBIAN mampu membaca Word / Excel / Powerpoint, boleh terkena VIRUS, boleh dimasukkan ‘games & software’ dan boleh di FORMAT jika rosak atau bermasalah.
2) Soalan: Bagaimana untuk mengenali telefon symbian?
Di Malaysia, kebanyakkan telefon Symbian adalah berjenama NOKIA.Tetapi bukan semua model NOKIA adalah Symbian. Terdapat 3 BUTANG pada ‘keypad’ telefon Symbian:
- Butang MENU
- Butang ‘C’ (Cancel)
- Butang ‘PENSEL’ (Edit)
Ketiga-tiga tanda ini terdapat pada badan telefon Symbian S60 versi 6.0/7.0/8.0/8.1 sahaja. Mulai Symbian versi 9.1/9.2 kebanyakannya mengekalkan butang MENU dan C sahaja. Contohnya Nokia N81, N82, 5700, E90, 6120 dan Samsung i450, i550, i560 dan G810.
Selain itu, pada setiap telefon Symbian mempunyai menu ABOUT:-
(tekan MENU -> EXTRAS -> ABOUT)
Untuk telefon Symbian UIQ pula, pengeluarnya adalah Sony Ericsson dan Motorola sahaja (walaupun sebelum ini Arima dan BenQ pernah mengeluarkan UIQ, namun mulai Symbian 9.1, mereka tidak lagi mengkomersilkan apa-apa model – setakat ini).
UIQ3 dikenali dengan pena STYLUS, butang BACK, opsyen MORE dan TouchScreen (untuk Sony Ericsson). Motorola cuma mengeluarkan 2 model sahaja setakat ini iaitu RIZR Z8 dan Z10.
3) Apakah VIRUS dan bagaimana ia masuk ke telefon saya, jika terkena
virus apa yang perlu saya buat?
VIRUS adalah perisian (sofware) jahat yang boleh merosakkan OS pada sesebuah komputer. Pada telefon Symbian, virus tersebar melalui BLUETOOTH, MMS dan pemindahan data melalui internet dan MEMORY CARD.
Disebabkan SYMBIAN adalah sejenis OS, virus boleh tersebar dengan mudah. Sifat ini sama dengan komputer WINDOWS.
Virus tidak boleh berjangkit pada telefon biasa. Sebagai contoh, jika anda mempunyai telefon NOKIA 6280 atau SonyEricsson W800i, virus tidak boleh berjangkit kepada telefon anda. Ini kerana telefon anda BUKAN TELEFON SYMBIAN walaupun mempunyai bluetooth dan memory card.
Semasa ini terdapat lebih 10 jenis virus Symbian antaranya: Comwarrior, Caribe, Mabir, Skull dan lain-lain.
Virus menyebabkan telefon anda kehabisan bateri dan kredit, kerap restart, mms dihantar/ bluetooth di ‘on’ secara tiba-tiba dan yang paling teruk – telefon anda tidak berfungsi lagi.
Jika telefon terkena virus, ia perlu DI FORMAT. Adalah lebih baik memasang ANTIVIRUS pada telefon sebelum terkena jangkitan virus.
4) Bolehkah telefon symbian saya ditambah fungsinya, bolehkah ia
membunyikan azan, bolehkah ditambah SMARTMOVIE, ditambah kamus dan games?
Anda boleh meningkatkan (UPGRADE) fungsi telefon Symbian anda dengan pelbagai sofware
dan games yang terdapat di internet. Ada 3 versi perisian yang boleh anda cuba iaitu:
- Perisian percuma (royalty free – freeware) seperti terdapat pada www.symbian-freeware.com
- Perisian percubaan (shareware, trial version) seperti terdapat pada http://my-symbian.com
- Perisian tulen secara pembelian (online symbian softwares, full version, commercial) seperti
terdapat pada www.handango.com
Jika anda bijak, anda boleh mendapatkan ‘crack-version’ perisian Symbian di internet. Bagaimanapun, adalah tidak digalakkan untuk berbuat demikian kerana akan menyebabkan kelesuan penulis perisian asal. Bayangkan jika satu hari nanti saya mengeluarkan perisian Symbian saya sendiri, kemudian anda ‘lelong’ dan ‘rompak’ perisian tersebut – maka pada waktu akan datang saya juga keberatan untuk mencipta lain-lain perisian.
5) Apakah ciri-ciri lain telefon Symbian?
Ciri-ciri tambahan telefon Symbian adalah:
- Mempunyai RAM
- Mempunyai CPU (Processor)
- Mempunyai FLASH (C:\)
- Mempunyai ROM
- Ada WiFi (pada model tertentu telefon symbian sahaja!)
- Ciri-ciri negatif telefon Symbian pula:
- Boleh ‘HANG’
- Boleh ‘Re-Start’
- Boleh terkena Virus, SpyWare & Bugs
- Kuat makan karan (bateri kena selalu di cas)
- RAM kadang-kadang penuh (biasanya dipaparkan ‘Memory-Full’ pada skrin)
- Tidak boleh ditambah RAM, format ROM atau menambah kapasiti phone-memory
- Penyakit sawan (kadang-kadang kalau tak tekan button pun dia tekan sendiri!)
Namun gejala negatif ini boleh diubati bila anda benar-benar faham
operasi Symbian.
Ciri-ciri ini wujud disebabkan ianya tergolong dalam kumpulan komputer. Biasanya, di negara
maju seperti JEPUN, rakyatnya lebih gemar memilih telefon Symbian oleh sebab mereka memahami asas komputer dengan baik. Lebih 20 juta rakyat Jepun menggunakan Symbian!
Symbian merupakan OS NO. 1 dalam kelas telefon. OS yang lain adalah seperti:
- Windows Mobile / PPC
- PALM
- LINUX
6) Apakah keperluan untuk saya UPGRADE telefon saya?
Berikut merupakan keperluan untuk telefon anda di tambah fungsinya (upgrade):
- Memory Card (minimum 128Mb)
- Phone Memory (Flash C:\) sekurang-kurangnya 2Mb
- Bluetooth
- Telefon Symbian: S60 /UIQ / S80 atau S90
7) Jika saya membeli telefon Symbian
Second-Hand, apa yang perlu saya semak dan buat?
Anda tidak perlu takut langsung apabila membeli telefon Symbian Socond-Hand. Seperti komputer, symbian perlu diprogram semula sebelum ia menjadi milik anda. Lakukan perkara-perkara ini:
1- Periksa keadaan FIZIKAL telefon tersebut, pastikan kamera, charger port, USB port, data-cable port, bluetooth, slot memory-card, keypad dan skrin berada dalam keadaan baik.
2- Pastikan kesemua button berfungsi / touch-screen boleh disentuh dan digunakan.
3- Cuba ‘charge’ telefon anda sekejap – pastikan ia menerima kemasukan elektrik.
4- Pastikan bateri adalah original. Hati-hati dengan bateri palsu!
5- Tekan *#06# untuk mendapatkan IMEI (no siri), tulis diatas kertas dan pastikan nombor yang sama tertera pada badan telefon (dibawah bateri).
6- Cuba buat call dan pastikan anda mendengar dengan jelas dan percakapan anda boleh didengar dengan baik oleh pihak yang lagi satu.
7- Jangan bimbang mengenai waranty kerana jaminan untuk telefon second-hand hanya seminggu sahaja.
8- Cuba masukkan memory-card dan pastikan kandungan memory-card dapat dibaca oleh sistem.
9- Cuba tanya pekedai mengapa pengguna terdahulu menjual telefon tersebut, jika jawapannya untuk trade-in telefon yang baru dan telefon tersebut adalah model terbaru – anda tergolong dalam kumpulan yang bernasib baik. Di dunia lagi anda telah mengetahui nasib anda!.
10- Lakukan FORMAT pada telefon anda sebelum anda membayarnya. Untuk S60 Nokia, gunakan *#7370# dan masukkan LOCK-CODE 00000 (lima kali). Untuk Panasonic, gunakan **7370# – lock-code 00000 dan Samsung *#7370# – lock-code 00000000 (lapan kali). Jika lock-code salah, gunakan alternatif 12345. Masih tidak boleh? – hard-format boleh dilakukan dengan menekan 4 butang mengikut turutan – SEND (butang hijau, BINTANG (star button), 3 (butang nombor 3) – jangan lepaskan dan hidupkan telefon (switch-ON). Tekan keempat-empat butang dalam masa 5-10 saat dan anda akan dapat perkataan ‘formatting’ terpapar pada skrin. Tunggu hingga selesai kemudian masukkan memory-card yang baru (atau memory-card yang telah diformat). Sebelum melakukan hard-format keluarkan dahulu memory-card yang mungkin berada dalam badan telefon.
11- Untuk lain-lain model Symbian minta pekedai ‘set as factory default’ atau minta dia yang format
(atau flash).
12- Gunakan *#0000# untuk melihat tarikh keluaran telefon dan versi perisian.
13- Jika housing telefon buruk dan menjatuhkan maruah anda…. PERGILAH BELI BARU!
Lebih baik lagi jika anda membeli telefon second-hand daripada orang yang anda kenali. Membeli dengan cara ini anda mungkin mendapat pakej penuh telefon tersebut siap dengan headphone, av-cable, original CD, warranty card, original charger dan lain-lain yang terdapat didalam kotak telefon tersebut. Lakukan ‘trick’ anak buah saya – mereka selalu bertanya ‘bila uncle nak tukar telefon lagi? Kalau tukar nanti bagilah pada saya telefon ini’. Baru-baru ini saya telah memarahi seorang anak buah saya kerana bertanyakan soalan tersebut pada SonyEricsson W960 yang baru saya pakai 2 minggu!
8 ) Mengapa telefon saya tidak boleh ditukarkan OS-nya kepada Symbian? Bukankah seperti komputer juga? Format semulalah dan masukkan CD Symbian!
Tidak pernah ada telefon yang boleh disambung terus dengan pemacu CD. Tidak juga seperti komputer yang boleh ditukar OS sesuka hati, lagipun belum pernah dalam sejarah telefon seseorang dapat menukarkan OS sedia-ada kepada OS yang lain.
Dalam setiap Smartphone terdapat ROM yang menyimpan maklumat asal segala OS dan lain-lain perisian asal. ROM (Read Only Memory) adalah satu cip yang tidak boleh diubah dan diakses dengan apa cara sekalipun. Itu sebab CD untuk komputer dinamakan CD-ROM kerana setelah selesai anda mencipta CD ini,anda langsung tidak boleh mengubah kandungannya.
Perhatikan apabila anda mem’format’ sebuah telefon Symbian – selesai sahaja format, telefon kembali seperti keadaan asal umpama keluar dari kilang untuk pertama kali. Tidak pernah dilakukan installation OS pada Symbian kerana ‘installer’ telah berada pada ROM telefon. Ia cuma ‘call’ semula ROM untuk mem’format’ diri sendiri. Keadaan ini adalah unik berbanding komputer. Memang ada ‘back-up’ software pada badan telefon Symbian.
Tidak seperti komputer, sesebuah telefon telah dipasang OS sewaktu proses pengilangannya sebelum dijual kepada umum. Ini juga bermakna untuk menukar OS smartphone dari Windows Mobile kepada Symbian adalah mustahil. Apatah lagi untuk menukar OS pada telefon biasa kepada smartphone. Maaf kerana
menyiarkan berita buruk ini, tetapi itulah hakikatnya! Bertukarlah kepada telefon Symbian.
9) Jika saya ingin membeli telefon Symbian yang baru, apakah pandangan anda? Apa perlu saya timbang-timbangkan sebelum saya rugi?
LIMA faktor sebelum anda membeli sebuah telefon Symbian:
Pertama: Berapakah bajet anda? Telefon Symbian berada pada harga antara RM 800.00 – RM 3,000.00
Kedua: Apakah keperluan anda? Adakah anda perlu GPS? HSDPA? WiFi? Hard-Disk? Atau skrin besar? Mungkin juga siap dengan kamera digital megapixel tinggi? Saya cadangkan samada Nokia N93i/N95/ N95-8Gb / N81-8Gb / E90 Communicator, SonyEricsson P1i/ W960 atau Samsung G810.
Jika bajet anda dibawah RM1,500.00 dan hanya perlukan telefon Symbian fungsi asas – saya sarankan Nokia 5700, 6120, N73, N70, E65, SonyEricsson M600, P990i, LG KS10, Samsung i450 dan Samsung i550. Telefon
Symbian paling murah dalam pasaran (Symbian 9.2 S60 3rd Edition) ialah Nokia 6120 berharga dibawah RM850 sahaja. Biasanya telefon berbentuk ‘Candy-Bar’ adalah jauh lebih lasak berbanding bentuk ‘Slide’ atau
‘Clamp-shell’.
Ketiga: Bayar lebih dan beli dari ZITRON/FMG dan pengedar SAH. Pembelian dari AP-Set (banyak kedai yang mengimport telefon symbian tanpa melalui pengedar sah) bagus juga tetapi kurang tempoh jaminannya (saya sendiri memiliki Symbian AP-Set tanpa banyak masalah). Periksa pengenalan Symbian betul-betul supaya anda tidak tertipu dengan NOKIA TIRUAN yang made-in-china! Elakkan juga dari membeli secara terus dari
internet kerana banyak berlaku insiden negatif dan penipuan dalam transaksi.
Keempat: Jika memesan model Symbian dari luar negeri, pastikan ianya diUNLOCK (operator lock) dan ‘SIM-LOCK free’. Ini untuk mengelak dari tidak boleh digunakan langsung di Malaysia. Polisi ini dipakai pada
Symbian luar negeri kerana untuk mengelak seseorang dari berhijrah kepada operator talian yang lain. Contoh terdekat – Singapura.
Kelima: Pastikan no IMEI pada badan/bateri/warranty-card/kotak dan paparan skrin adalah sama untuk mengelak dari ditipu. Minta bantuan dari jurujual. Pastikan juga segala aksesori lengkap seperti tertera dalam ‘manual-book’.
Jika membeli model NOKIA, pastikan ketulenan telefon terjamin. Perhatikan tulisan NOKIA – dan bukan NOKLA. Tekan *#0000# dan *#7370# – ianya akan memberi respon. Juga pastikan menu ABOUT wujud dalam sistem.
Tidak digalakkan langsung untuk membeli telefon Symbian jika anda cuma menggunakan fungsi dail (call), jam loceng dan sms sahaja pada telefon tersebut. Belilah telefon biasa. Telefon Symbian bukan telefon
‘cap-ayam’.
10) Boleh senaraikan semua model-model telefon Symbian? Saya takut saya tersilap beli.
Anda boleh menyemak senarai model-model telefon Symbian pada 3 laman web ini:
- Laman rasmi Symbian: www.symbian.com
- Laman rasmi S60: www.s60.com
- Laman rasmi UIQ Technology: www.uiq.com
Jika ingin membuat pembelian telefon Symbian, pastikan anda melihat kehadiran butang-butang istimewa (special button) pada badan (body) telefon untuk memastikan pelaburan anda terjamin!
Demikianlah tadi 10 soalan lazim yang selalu ditanyakan oleh rakan-rakan saya saban hari. Diharap anda dapat manafaat daripada blog ini. Sebarkan maklumat baik ini kepada kawan-kawan yang lain.
[…] Format telefon Symbian anda dengan cara 3 butang atau kod (sila rujuk diSINI) atau format kedua-dua kad memori dan telefon anda. Selepas format – N73 anda akan berkeadaan […]
Ping balik oleh Masalah Symbian S60: Lambat / Lembab « Adliayob - The Malaysian Symbian Opinion — September 10, 2008 @ 4:38 am |
Salam…Saya menghadapi masalah/delima dalam menentukan pembelian di antara hp(INNOVA8 dan N96 atau yang lebih sesuai daripada kedua jenama tersebut). Saya memerlukan kelajuan yang tinggi dalam capaian data internet. So, yang mana paling sesuai dan lebih menjimatkan dalam perbelanjaan samaada beli hp sebuah di tambah dengan sebuah modem internet yang di tawarkan oleh pihak Celcom atau cukup setakat pembelian sebuah hp sahaja. Saya peminat dengan Adliayob – Blog Symbian Malaysia. T. Kasih
Komen oleh yusman — Januari 2, 2009 @ 9:30 am |
Innov8 dan N96 – yang mana lebih baik? Kalau saya, saya pilih Samsung INNOV8. Mengapa?
1. Saya perlukan kamera yang baik supaya saya senang mengambil video dan gambar. Kamera Innov8 punya lensa 8.0 mpix dan kebolehan merakan video sehingga 120fps (frame per-second) dan di’encode’ dalam format DIVX (atau MP4 atau 3GP). Ini sangat memudahkan saya. Selain itu ia mempunyai menu tersendiri untuk ‘interface’ kameranya, jadi pengalaman menggunakan Innov8 adalah setanding memegang kamera digital biasa.
2. Innov8 dikuasakan dengan Symbian 9.3/ platform S60 3rd FP2 yang terkini (serupa dengan N96). Jadi kebanyakkan software, themes dan games yang diciptakan untuk N78, N79, N85 dan N96 boleh dipasang terus (install) kepada innov8 tanpa ragu-ragu.
3. Buatan SAMSUNG yang jauh lebih kukuh berbanding Nokia.
4. Kelajuan HSDPA 3.5G (sehingga 3.6Mbps (3.6 kali lebih laju daripada Streamyx 1meg) dan WiFi dengan sokongan FLASH pada browser – ini sangat penting untuk saya kerana saya boleh menggunakan telefon ini sebagai MODEM untuk MOBILE BROADBAND saya (tanpa mengharapkan modem USB).
5. Perangai NEGATIF saya – saya suka mengenakan orang lain yang terlalu taksub pada NOKIA – saya akan demokan INNOV8 dan N96 bersebelahan (side-by-side) dan seperti biasa mereka akan terpegun dan bertanyakan ‘Kenapa samsung ni sama macam nokia?’. Sebenarnya mereka masih tak faham apa itu OS (Operating System) dan platform.
6. Elegen dan ada kelas tersendiri dan MURAH berbanding N96.
7. Pemilik samsung biasanya mempunyai ‘taste’ yang berbeza dengan sekelilingnya. Bukan kata mahu merendahkan Nokia, tetapi orang yang suka kelainan adalah orang yang unik.
8. Walaupun berfungsi sama dan mempunyai OS/platform serupa dengan N96 – FIRMWARE innov8 lebih STABIL berbanding N96. Ini bermakna jarang ‘hang’ atau ‘restrart’.
9. Bateri yang lebih baik berbangding N96 (innov8 – 1200mAh berbanding N96 – 950mAh).
Mengapa pula bila saya diberikan N96 secara PERCUMA dan saya tidak menolaknya?
1. Kerana saya ada akaun mobile TV MAXIS – dan N96 dilengkapkan dengan teknologi DVB-H yang tiada pada Samsung INNOV8!
2. Aksesori dan alat ganti yang sangat mudah didapatkan dimana-mana. Termasuk jika tertinggal charger di rumah pun masih boleh mengharapkan orang lain. Kalau innov8 saya terpaksa beli lagi satu charger dan menyimpannya di ‘dashboard’ kereta saya (in case of emergency).
3. Software khusus NOKIA (sis atau sisx untuk ‘signature’ nokia symbian sahaja) yang menyebabkan adanya nilai tambah (added-value) berbanding samsung symbian. Walaupun begitu terdapat banyak perisian yang sama yang dibangunkan oleh komuniti. Ini sebenarnya bukanlah isu besar.
Itu sahajalah yang boleh saya ceritakan perbandingannya. Yang penting bagi saya harga. Samsung Innov8 (RM 2799) manakala Nokia N96 (RM 3339). Namun kalau AP set, boleh lah dapat murah sikit.
Komen oleh adliayob — Januari 2, 2009 @ 3:26 pm |
Salam.. saya memiliki N73 dan bercadang beralih kepada jenama Samsung pulak (Innov8). Saya nak kepasatian sekiranya saya guna Innov8 bg tujuan melayari internet adakah memadai dgn Innov8 tanpa perlu kepada USB Modem (Celcom) sedangkan USB Modem menyediakan 4 spektrum iaitu GPRS, EDGE, 3G dan 3.5G? Sekiranya memadai dengan Innov8 saya tidak bercadang untuk melanggani USB Modem dari pihak Celcom (adakah En. Adli bersetuju dengan pandangan saya ini). Terima kasih.
Komen oleh yusman — Januari 7, 2009 @ 12:08 pm |
Boleh syorkan hp yang sesuai (SYAMBIAN/Symbian UIQ)yang mempunyai kapasiti Internal Memory /Phone Memory (Flash C:\) sekurang-kurangnya 1Gb, Bluetooth, Kamera 5Megapixel ke atas (selain Innov8), Wifi,Mempunyai RAM ,Mempunyai CPU (Processor) , Mempunyai ROM, tahan lasak dan sesuai kepada penggunaan internet. ciri-ciri muzik tak penting. TQ
Komen oleh ahmad — Januari 7, 2009 @ 4:33 pm |
Berikut merupakan model-model yang disyorkan:
1) – Samsung Innov8
2) – Samsung i7110 (dan masukkan micro-SD 8Gb kedalamnya)
3) – Nokia N95 8Gb
4) – Nokia N96
5) – Nokia N82 (dan masukkan micro-SD 8Gb kedalamnya)
Itu sahaja yang ada setakat ini dan menepati spesifikasi yang anda nyatakan.
Komen oleh adliayob — Januari 7, 2009 @ 5:51 pm |
TQ En. Adli… (nampak gayanya memang Innov8 yang sesuai). Bagi saya lebih baik mendapatkan nasihat drpd orang yang selayaknya(Adliayob – Blog Symbian Malaysia) berbanding ngan pekedai
Komen oleh ahmad — Januari 8, 2009 @ 9:20 am |
Adakah semua software bg hp Nokia ( Nokia N95 8Gb,Nokia N96,Nokia N82 &seumpamanya)bole d instal kpd Innov8.Ada sesetengah pihak(pengedar Nokia)menyatakan bahawa akan wujud komplikasi terhadap hp selain Nokia kerana ia dicipta khusus utk hp Nokia sahaja.
Komen oleh shah — Januari 8, 2009 @ 2:12 pm |
Menjawab soalan SHAH: ‘Adakah semua software bg hp Nokia ( Nokia N95 8Gb,Nokia N96,Nokia N82 &seumpamanya)bole d instal kpd Innov8.Ada sesetengah pihak(pengedar Nokia)menyatakan bahawa akan wujud komplikasi terhadap hp selain Nokia kerana ia dicipta khusus utk hp Nokia sahaja.’
Minta maaf jika saya menggunakan bahasa yang agak kasar atau santai untuk menjawab soalan SHAH ini. Ini kerana saya terpaksa berbuat demikian untuk pemahaman yang lebih baik.
Setakat ni saya dah penat belajar tinggi-tinggi dan menjadi Symbian Ambassador untuk Malaysia. Saya sangat yakin yang jurujual yang ada di kedai-kedai telefon tu – perkataan SYMBIAN pun diaorang tak pernah dengar. Kalaupun diaorang pengedar NOKIA sekali pun, apa pasal pulak dalam masa satu minggu sampai berpuluh email diaorang tujukan kepada saya KHUSUS bertanyakan tentang kernel, firmware, compiler, signing dan segalanya mengenai SYMBIAN NOKIA?? kalau diaorang terer sangat, tak payahlah soal saya macam-macam.
Samsung INNOV8 dan Nokia N96 seperti yang saya nyatakan berjalan pada SISTEM OPERASI yang SAMA (Symbian 9.3) dan PLATFORM YANG SAMA (S60-3rd Edition FP2). Makanya – semua yang boleh anda install pada NOKIA N96 (Software, Games, Themes, Fonts, Signing Process, UI dan lain-lain) JUGA BOLEH DIINSTALL pada Samsung Innov8.
Setakat ini saya menggunakan Samsung i450 (juga symbian phone) saya tidak mendapat sebarang masalah tentang proses installasi sebarang software dan games. Tolong jangan keliru tentang perkataan NOKIA dan SAMSUNG kerana yang kita bicarakan disini adalah OS yang berkuasa ke atas telefon-telefon itu.
Tetapi – seperti biasa, orang kita LEBIH PERCAYA kepada jurujual telefon bimbit dan maka dengan itu SAYA SYORKAN SUPAYA TUAN TERUS MEMBELI apa yang tuan rasakan berkenan di hati. Beli sahajalah NOKIA tu.
Psst: Saya tidak anti NOKIA. Saya juga memiliki telefon nokia. Saya memiliki semua jenama symbian – SE, Nokia, Samsung, Panasonic, Siemens, LG dan Motorola.
Cuba renungkan – Laptop lama anda ACER (Win XP). Kemudian anda menukar laptop kepada SONY VAIO (juga Windows XP). Tiba-tiba jurujual tu mengatakan yang FIREFOX 3 dan ADOBE PHOTOSHOP CS3 tidak dapat diinstall kepada VAIO kerana ia dibuat khusus untuk ACER….. tidakkah anda bengang?? Adakah syarikat MICROSOFT (yang menciptakan WinXP) itu memilih bulu dan bersekongkol dengan ADOBE dan FIREFOX supaya BOIKOT Sony VAIO dan hanya meluluskan proses installasi pada ACER sahaja???
Maaf sekali lagi. Mungkin mood saya kurang baik pada hari ini kerana baru sahaja attend call daripada seorang jurujual (summit, USJ) yang konpius dan menelefon saya tentang LG KT610. Berbuih-buih mulut saya menerangkan proses installasi KT610 sedangkan ia SANGAT SAMA dengan Nokia E71 (dan menggunakan OS/platform yang SAMA juga). Dan baru sekejap tadi dia sms saya – ‘En. Adli – all installation DONE’.
Komen oleh adliayob — Januari 8, 2009 @ 5:10 pm |
Kerana saya ada akaun mobile TV MAXIS – dan N96 dilengkapkan dengan teknologi DVB-H yang tiada pada Samsung INNOV8!
Satu perkara yang En Adli tak maklumkan kpd peminat blog ni ( en adli terlupa kot)tentang kemampuan N96 utk menerima siaran tv secara percuma tanpa memerlukan TV Maxis. N96 boleh menerima siaran tv macam tv di rumah bcoz N96 mempunyai teknologi DVB-H yang memungkinkan penerimaan siaran secara langsung dari stesen tv (tv1,tv2,tv3,ntv7,tv8 & tv9).
Komen oleh shah — Januari 9, 2009 @ 9:45 am |
Menjawab soalan SHAH tentang N96 dan DVB-H
Hehehe… sebenarnya DVB-H ((Digital Video Broadcasting – Handheld) ) bukanlah FREE AIR-TV seperti teknologi UHF atau VHF (yang ada pada televisyen di rumah). Setakat ni hanya MAXIS dan UMOBILE sahaja yang membekalkan perkhidmatan ini. Tidak seperti kebanyakan telefon MADE IN CHINA atau I-MOBILE yang menggunakan antenna & analog TV technology (UHF/VHF) N96 TIDAK dilengkapkan dengan teknologi ini.
Untuk lebih menyebabkan anda berpuas hati, cuba baca betul-betul keratan ini:
“DVB-H offers high-speed streaming video that can be used either on its own or as a piggyback signal on existing mobile telecommunication networks. The signals are designed to account for the limited battery life of small handheld devices by employing a technique called time-slicing, in which bursts of data are sent periodically and then stored, avoiding the need for a constant battery drain. The signals are also designed to account for the varied environments in which DVB-H viewers watch those signals. A portable video viewer can be taken many places that cable-bound TVs can’t.”
Satu lagi keratan daripada wikipedia berkaitan DVB-H: “In Malaysia, U Mobile, the fourth telecom operator and the country’s newest 3G service provider announced commercial availability of a mobile broadcast TV service based on DVB-H technology before the end of 2007. The service will be called Mobile LiveTV.”
Jadi.. itulah sebab mengapa saya TIDAK MENYATAKAN N96 boleh menerima siaran TV seperti yang anda dakwa. Sekali lagi, N96 menggunakan teknologi DVB-H manakala telefon lain menggunakan analog TV (UHF/VHF). Dan DVB-H bergantung pada kelajuan capaian data broadband (3G/3.5G). Sekian.
Komen oleh adliayob — Januari 9, 2009 @ 4:16 pm |
En.Adli di antara sistem operasi yang wujud di pasaran (Syambian,Windows Mobile / PPC, PALM & LINUX )apa perbezaan yang sangat ketara membezakan OS Syambian dengan OS yang lain atau adakah setiap OS mempunyai keistemewaan tersendiri mengikut keperluan ia dibangunkan?
Komen oleh ahmad — Januari 9, 2009 @ 2:44 pm |
Soalan AHMAD: ‘En.Adli di antara sistem operasi yang wujud di pasaran (Syambian,Windows Mobile / PPC, PALM & LINUX )apa perbezaan yang sangat ketara membezakan OS Syambian dengan OS yang lain atau adakah setiap OS mempunyai keistemewaan tersendiri mengikut keperluan ia dibangunkan?’
Terima kasih AHMAD kerana menyatakan soalan yang baik ini.
Selaku penyokong dan pengguna Symbian dan berkebolehan (dan mempunyai ikhtisas) dalam pembangunan Laman Web/ WebLog dan Multimedia, maka sebelum saya mula menulis dan menerbitkan blog ini – awal-awal lagi saya sudah mencari (search) seluruh antero dunia maya (virtual internet world) tentang keberadaan (existance) SEBUAH BLOG YANG MEMBERIKAN PENGETAHUAN KHUSUS TENTANG SYMBIAN DALAM BAHASA MELAYU yang boleh dinikmati oleh jagat Nusantara secara langsung. Ini menjawab soalan tentang mengapa kadang-kadang bahasa yang digunapakai dalam blog ini bersifat ‘Bahasa Melayu Universal’ dan baku.
Soalan ini saya kira berani kerana walaupun saya sudah menyatakan mengapa saya menerbitkan blog ini pada awal tulisan saya, disini – pada MEI 2008 – namun tidak mengapa… saya nyatakanlah sekali lagi tentang OS dan SYMBIAN dan mengapa pula saya tidak mengangkat OS yang lain.
Sebab-sebab:
1. Setiap OS yang wujud dalam alam IT – ia merupakan satu ‘barang’ yang sangat tinggi mutunya. Ini kerana bukan senang untuk menciptakan software anda sendiri apatah lagi membangunkan kernel, ‘instruction’, libraries dan lain-lain untuk sebuah Operating System. Kalau cipta software pun susah, mencipta OS lagi lah susah.
2. Seperti OS pada Desktop – soalan anda ini juga mempersoalkan saya – Mengapa saya PRO terhadap WinXP dan apakah perbezaan ketara WinXp dengan OS lain seperti LINUX, FREE-BSD, MAC-OS dan DOS.
3. Saya sangat menghargai OS yang wujud di alam IT. Saya menggunakan DOS, Win95, Win98, WinXP, Vista, Mac OS-X (Tiger, Leopard), Palm, Symbian/Symbian UIQ, Win-Mo/PPC, Linux (Redhat, Caldera, SuSe, Ubuntu) dan BlackBerry.
4. Saya juga pernah menyatakan hasrat saya dalam blog ini yang saya AKAN MEMBANTU sesiapa sahaja yang ingin membangunkan BLOG WINDOWS MOBILE MALAYSIA dalam Bahasa Melayu – namun sehingga sekarang, masih belum ada lagi orang Melayu yang benar-benar mahir/pakar dalam WINMO yang berhasrat untuk berkongsi pengetahuannya dalam bidang tersebut.
5. Saya memilih Symbian kerana ia adalah masa depan dan peneraju OS untuk 5 syarikat gergasi telekomunikasi dunia – Nokia, Sony Ericsson, Motorola, Samsung dan LG. Maka sudah semestinya jika saya seorang businessman – saya akan memaut pada ‘dahan’ teknologi yang saya kira memberi keuntungan masa depan untuk saya dan syarikat saya.
6. Di Malaysia, perkembangan Symbian amat perlahan dan samar-samar sedangkan di luar negeri sudah ada fakulti (di universiti) yang menawarkan jurusan ‘Symbian Programming’. Kalau universiti pun sudah yakin terhadap OS ini, mengapa tidak saya? siapalah saya berbanding provos, professor, dean atau chancellor Fakulti (universiti) ini?
7. Saya lihat ramai pengguna Malaysia yang menggunakan NOKIA tanpa menyedari OS yang dilengkapkan dalam handset mereka itu adalah Symbian. Jadi kalau saya tidak bertanggungjawab membuka fikiran orang Melayu dalam Symbian – siapakah lagi yang akan menggalas tugas ini?
8. Kalaupun anda tidak sukakan Symbian atau anti-Nokia – maka beralihlah kepada WinMo, Mac-OSX (iphone), Rim BlackBerrry, Brew, Linux, PALM atau Android dan buatlah KAJIAN, MAHIRKAN DIRI ANDA BETUL-BETUL tentang OS yang anda gunakan dan seterusnya bukalah BLOG dan kongsikan bersama pengalaman dan ilmu anda. Sepuluh ilmu anda tentang WinMO jika anda serahkan kepada UMUM maka TUHAN akan menganugerahkan lagi setarus pengetahuan sebagai timbal-balik (Ini adalah harapan SEBENAR saya! dan saya tidak anti kepada lain-lain OS telefon).
9. Saya berpendapat dengan sedikit ilmu yang saya ada tentang C programming, saya rasa senang untuk membangunkan perisian Symbian saya sendiri. Kepada yang membaca tulisan ini – jangan risau, tidak lama lagi saya juga akan mengajarkan anda tentang ilmu programming Symbian ini supaya anda juga boleh (bisa) membangunkan GAMES Symbian anda sendiri. Mungkin AHMAD mahir dalam pembangunan perisian WinMO – jadi kongsikanlah kepakaran anda dengan kami.
10. Saya sayang Symbian – kerana melaluinya rezeki saya bertambah, WALAUPUN saya tidak pernah MENCIPTAKAN blog saya menjadi BLOG IKLAN JUALAN LANGSUNG atau berniaga di blog ini. Rezeki yang saya maksudkan ialah – melalui Symbian saya dapat ramai kenalan. Bukankah ramai kawan bererti banyak rezeki?
Itu sahaja yang dapat saya jawab AHMAD. Saya seorang fanatik Symbian.
Komen oleh adliayob — Januari 9, 2009 @ 5:01 pm |
Boleh saya tau harga market Innov8 & N96 buat masa ni dlm lingkungan berapa. Pada okt 2008 harga dalam RM2700.00(INNOV8)& RM3300.00(N96)tapi tahun 2009 mesti harga dah jatuh banyak kan?!! Agak2 bila harganya akan jatuh ? TQ
Komen oleh has — Januari 9, 2009 @ 3:54 pm |
En. Adli tak buat artikel/topik2 baru berkaitan dengan Blog ni….ape2 je la?!!
Komen oleh has — Januari 13, 2009 @ 1:13 pm |
Bertambah lagi pengetahuan saya tentang symbian dan dunia IT ni. Jadi sekarang kenallah saya telefon2 Symbian ni. InsyaAllah ada rezeki nak beli satulah mana2 model telefon symbian ni. Jenama taklah penting sangat asal sesuai dengan bajet. Bolehlah mula belajar OS Symbian ni. Terima kasih kerana menerbitkan BLOG yang sangat bermaklumat ini.
Komen oleh norseman — Januari 23, 2009 @ 10:19 am |
Salam… En. Adli baru ni hp(N73)saya mengalami masalah dalam phone memory menyebabkan sms tdk bole diterima masuk kerana memory full n must to delete some data, yang menjadi kemuskilan saya setelah sy check (inbox)semua data telah sy transfer ke memory card (my folder)tp masih lg sms x bole diterima(logo sampul berkelip2. Minta bantuan En. Adli jelaskan perkara ini?
Komen oleh yusman — Februari 10, 2009 @ 10:57 am |
Kepada YUSMAN: Masalah DELETE FILES:MEMORY LOW
Dalam dunia pengaturcaraan dan komputer, perkara ini disebut BUG. Contoh bug yang terkenal adalah ‘Y2K-Millennium Bug’. Tapi direct translation dalam BM menyebabkan kita lebih tidak paham apa yang dimaksudkan (Pepijat Alaf???). Selain Bug, penyakit lain pengaturcaraan adalah VIRUS, MALWARE, GLINTCH, FREEZE, ILLEGAL OPERATION dan lain-lain. Jika sesuatu perisian bermasalah BUG – Ia perlu di’DEBUG’ untuk memperbetulkannya. Sama macam jika kena virus – carilah Antivirus untuk menghapuskannya.
Dalam ekosistem Symbian, jika ada masalah BUG, sesuatu ‘device’ perlu di’upgrade’ FIRMWAREnya. Tidak ada cara lain kerana ia tidak seperti OS komputer yang membenarkan kita ‘mengubah’ hampir semua yang ada. Jadi saya menyarankan anda UPGRADE FIRMWARE Nokia N73 kepada versi yang lebih baru. Tetapi, upgrade memakan DUIT dan MASA. Kalau buat sendiri pula, takut ROSAK TERUS atau hilang warranti.
Ada 2 penyelesaian selain dari upgrade FIRMWARE:-
(1) Pastikan status PHONE MEMORY anda, kalau perlu – KOSONGKAN phone memory. Selain itu, pindahkan semua mesej kepada MEMORY-CARD dan setkan memory-card menjadi storan mesej. Jika phone-memory penuh, pindahkan semua yang patut (gambar, ringtone, mp3, video) kepada memory-card. Jika ada ter’install’ software atau game kedalam phone memory – BUANG (uninstall) atau pindahkan ke memory-card.
(2) Buat BACKUP pada MEMORY-CARD (notes, msg, contact number, callendar entries). Kemudian FORMAT TELEFON N73 ANDA! Gunakan trick ‘3 BUTTON FORMAT’ untuk menyelamatkan duit dari diambil oleh pihak pekedai yang rakus itu. Kalau tak tau format – CARI dan BACA segala ‘instructions’ pada kiriman MENGENALI PLATFORM S60 DAN UIQ pada sebelah kanan laman ini.
‘Lakukan FORMAT pada telefon anda sebelum anda membayarnya. Untuk S60 Nokia, gunakan *#7370# dan masukkan LOCK-CODE 00000 (lima kali). Untuk Panasonic, gunakan **7370# – lock-code 00000 dan Samsung *#7370# – lock-code 00000000 (lapan kali). Jika lock-code salah, gunakan alternatif 12345. Masih tidak boleh? – hard-format boleh dilakukan dengan menekan 4 butang mengikut turutan – SEND (butang hijau, BINTANG (star button), 3 (butang nombor 3) – jangan lepaskan dan hidupkan telefon (switch-ON). Tekan keempat-empat butang dalam masa 5-10 saat dan anda akan dapat perkataan ‘formatting’ terpapar pada skrin. Tunggu hingga selesai kemudian masukkan memory-card yang baru (atau memory-card yang telah diformat). Sebelum melakukan hard-format keluarkan dahulu memory-card yang mungkin berada dalam badan telefon.’
Anda juga boleh klik SINI – FORUM NOKIA EROPAH untuk masalah ini.
Komen oleh adliayob — Februari 10, 2009 @ 3:22 pm |
En. Adli saya ada terima email seperti berikut….SEBAB-SEBAB MENGAPA ANDA HARUS MEMILIKI NYA MENGAPA BAYAR PADA ASTRO APABILA ANDA BOLEH MEMILIKI 9000+ STESEN SATELIT TV DI INTERNET MENGAPA WANG YANG ANDA SUSAH PAYAH ANDA PEROLEH DI KALA EKONOMI BURUK DIBELANJAKAN PADA TV(ASTRO)TETAPI INI, TIDAK KURANG SEPERTI MENONTON ASTRO KERANA AUDIO DAN VIDEO YANG TERANG TIADA LAGS
APA YANG ANDA PERLUKAN IALAH “BROADBAND CONNECTION” YANG MANTAP
100% SAH. TIADA APA YANG PERLU DI FIKIRKAN LAGI SELAIN MENONTON TV DI PC ANDA
Nak tanya boleh ke perkara ini berlaku dlm hp(OS Syambian)n klu PC bole mesti ada alat yg perlu disambung/pasang kpd PC kan..? TQ En. Adli (Salam)
Komen oleh has — Februari 11, 2009 @ 12:36 pm |
Kepada YUSMAN: Masalah DELETE FILES:MEMORY LOW
N73 sy juga mengalami masalah ini.Sila ikut arahan yg diberikan oleh Sdr.Adli td utk penyelesaian.Setelah selesai,sila ikut langkah tambahan berikut,
sila ke MENU>APPLICATIONS>LIFEBLOG
klik pada OPTIONS>SETTINGS>ITEM TYPES.sila UNCHECK (kosongkan) kesemua kotak dari IMAGES hinggalah ke BLOG POST.
LIFEBLOG sngt bnyk memakan ruang pd memori phone wlupun kite jarang/x penah menggunakannye langsung T_T.InsyaALLAH,masalah td xkan berulang lg.
Komen oleh sham — Februari 11, 2009 @ 3:51 pm |
selain LIFEBLOG ada tempat lain lg ke yg guna ruang phone memory atau ada tempat lain lg yg sy perlu check…tq
Komen oleh yusman — Februari 12, 2009 @ 2:29 pm |
Salam…En.Adli mcmna nak tukar lock phone sy confius la bcoz Sy da tukar guna no 00000 dia terima(Innov8), guna no 12345 pun dia terima. Tp bila sy nak masuk no lock phone yg baru n sahkan dia tak nak terima plak!!! Apa pasal ? no x betul pelik plak ni…
Komen oleh yusman — Februari 20, 2009 @ 11:28 am |
Phone lock untuk kebanyakkan SAMSUNG SYMBIAN ialah ‘0’ lapan kali (00000000)
Klik sini untuk semua masalah Samsung i8510 http://www.allaboutsymbian.com/forum/archive/index.php/f-102.html
Komen oleh adliayob — Februari 20, 2009 @ 3:57 pm |
En.Adli sy da try Settings Broadband Celcom guna hp sebagai modem n telah berjaya berpandukan ngan Blog ni (tq 4 u) Nak pendapat bole ke PC yg telah di instal ngan PC Suit Nokia n kita instal lg guna PC Suit Samsung? tak timbul masalah ke…pengalaman sy PC sy x boleh terima kedua2 cuma bole 1 sahaja…Klu nak instal kedua2 PC Suit ke dlm 1 PC je mcmna…Tq
Komen oleh ahmad — Februari 20, 2009 @ 11:48 am |
Samsung PC Suite dan Nokia PC Suite adalah software yang sama. Memang tak boleh dipasang 2 PC Suite dalam 1 PC.
Komen oleh adliayob — Februari 20, 2009 @ 3:58 pm |
Salam…En. Adli buat masa ni sy mmg berpuasa hati ngan Innov8 compare N73. sy da try guna Innov8 sebagai USB Modem bg melayari Blog ini n dlm masa yg sama call in berfungsi serentak n sy menjawab call tersebut dgn lancar sekali. PERSTASINYA sungguh memberangsangkan!!! (wow Innov8). N73 tdk dpt berfungsi seperti Innov8 (entah la klu compare plak ngan N85/N96. Knowledge yg byk hasil dr Blog ini so….TQ En.Adli
Komen oleh yusman — Februari 22, 2009 @ 3:25 am |
kasihan jauga saya tengok encik adiyob ni menerangkan pasal symbian niterutamanya soalan-soalan dari pembaca….mungkin inilah akibatnya jika seseorang tidak suka menbaca ataupun kurang ambil tau tentang ilmu IT sekarang…terus terang terang saya katakan sebelum laman blog ni dicipta saya memang dah mengetahui sistem symbian ni…itu pun disebabkan saya memang suka menbaca artikle-artikel orang putih ni…sebab itulah saya mengetahui apa itu symbian,saya betul-betul terkejut apabila menjumpai laman blog encik adiyub ni sebab inilah pertama kali saya menbaca tentang symbian dalam bahsa melayu.kebanyakannya dalam bahsa inggeris ataupun indon,mungkin selaku seorang yang mengetahui serba sedikit tentang symbian ini,saya harus menyebarkan apa itu symbian walaupun saya bukannya seorang pereka seperti encik adiayub ataupun mempunyai kerja seperti encik adiayub,walaupun sekarang ni sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat ijazah dan mengurus laman wapsite yang khas untuk handhone….saya memang bertanggungjawab untuk menyebarkan ilmu symbian ini…
Komen oleh naxe88 — Mac 9, 2009 @ 3:15 pm |
Kepada NAXE88 untuk SYMBIAN
THANK YOU VERY MUCH deep from my heart. Memang susah nak cerita dengan orang melayu pasal teknologi. Bayangkan, setiap hari saya membalas lebih 30 sms dan lebih 20 email tentang SOAL-JAWAB SYMBIAN pada telefon dan email saya. Kadang-kadang, saya sertakan STEP-BY-STEP methode -> dan seperti biasa, mereka tidak membacanya! 🙂
Komen oleh adliayob — Mac 9, 2009 @ 10:18 pm |
Salam..En Adli blh explain ttg software Y-Browser. Sy x seberapa fhm fungsi n peranannya? TQ
Komen oleh yusman — Mac 9, 2009 @ 6:30 pm |
Kepada YUSMAN untuk Y-BROWSER
Y-Browser adalah FILE MANGER sama seperti ‘Windows Explorer’ atau MY COMPUTER pada komputer Windows XP. Kegunaannya:-
1) Arahan Cut, Copy Paste seperti Windows XP
2) Make folder/ Rename Folder/ Delete Folder
3) ‘Browse’ mialbox (INBOX pada messaging -> terutama bila ada orang hantar fail guna BLUETOOTH)
dan banyak lagi.
Komen oleh adliayob — Mac 9, 2009 @ 10:15 pm |
En.ADLI Y-Browser,griffon2 n File Manager mempunyai peranan n fungsi yg sama ke? Klu ya… ada ke komplikasi akan timbul sekiranya di instal dlm hp yg sama.
Komen oleh yusman — Mac 9, 2009 @ 10:45 pm |
betul itu encik adayob…walaupun di laman wapsite saya iaitu http://sandakanwap.mobile.web.tr yang kebanyakannya adalah golongan remaja tetapi mereka masih lagi lemah dalam It dan lagi mendukacitakan masih ada yang tidak tau apa itu symbian, yang lebih melucukan ada pula yang berlagak tau bahwa symbian itu hanya ada di handphone tertentu sahaja seperti handphone N series,dan hanya handphone begitu sahaja yang boleh mengunakannya…malah bila ditanya tentang symbian, mereka menyenaraikan jenis handphone…bukannya mendefinisikan apa maksud symbian tu…..sebenarnya symbian ni memang banyak kelebihan,mencipta virus melalui symbian ,hack sistam melaui symbian malah menggunakan internet free mengunakan sistem symbian…..walaupun kebanyakan adalah salah dan mungkin melanngar undang-undang namun itulah kelebihan symbian….betapa hebatnya sistem symbian ini……
Komen oleh naxe88 — Mac 9, 2009 @ 11:00 pm |
utk yusman…
ya,griffon2 dan file manager ini mempunyai peranan dan fungsi yang sama tapi lebih advanced dari file manager,ia seperti lebih kurang sama dengan Y-BROWSER,tiada komplikasi yang akan timbul jika kedua-duanya diinstall bersama….yang memberi kesann hanyalah ruang ram sahaja iantu ruang ram akan semakin berkurang….yang selebihnya tiada apa2 kesan…sekian terima kasih
Komen oleh naxe88 — Mac 9, 2009 @ 11:07 pm |
utk yusman…
satu lagi,griffon dan Y-BROWSER ini mampu membaca sistem file handphone yg tidak dapat dbuat oleh file manager ini…..malah griffon2 dan Y-BROWSER ini mampu memyembunyikan file folder di dalam handphone dan juga menukar format sesuatu data contohnya .wav kepada .mp3 dan sebagainya…sebenarnya banyak fungsi kedua-dua perisian ini
Komen oleh naxe88 — Mac 9, 2009 @ 11:13 pm |
Kini hp merupakan satu keperluan kpd semua org sehinggakan hp menjadi kemestian & seolah2 rakan karib( kemana je..x lengkap klu x bawa hp). HP gak telah dijadikan sebagai alat utk save data,no hp, gambar,video peribadi(sehinggakan data yg sngat sulit n penting) etc. Persoalannya sejauh mana hp blh menyelamatkan data2 di dlmnya sekiranya hilang /di akses org lain. Sebenarnya, melalui beberapa software yg wujud hp blh menerima cegah rintangan bg mengatasi prblm ini. Sbg cth sistem pertahanan udara sesebuah negara diaplikasikan dgn beberapa tahap/lapisan/peringkat (jarak jauh,sederhana n dekat).Software gak blh memainkan peranan yg sama dlm melindungi maklumat di dlm hp. Melalui pengalaman sy Besttorch,Screensnap,Azan,thiefAlam n beberapa lg software yg sesuai blh digunakan utk tujuan perlindungan n keselamatan pada tahap rendah(peringkat ini software bukan utk perlindungan data cuma diguna utk menggelirukan/melewat2kan pihak musuh utk mengakses maklumat dlm hp). Melalui penyusunan software pd bhgn2 tertentu akan menyukarkan org tertentu utk mengakses data2 dlm hp (ada sesetengah software yg blh mengenal pasti wajah seseorg yg cuba mencuri maklumat dlm hp). Tahukah anda bahawa dengan HP yg dioperasikan oleh OS Syambian n ciri2 pd hp blh memainkan peranan yg berkesan dlm hal ini. Baru ini rakan sepejabat sy terkejut kerana percubaannya utk mengakses beberapa data di dlm Innov8 milik sy telah gagal n perbuatannya telah dpt dikesan hanya dgn sistem pertahanan peringkat rendah. Kepada sesiapa yg biasa dgn aplikasi software Besttorch,Screensnap,Azan,thiefAlam akan dpt membayangkan betapa bercelarunya rakan sy dihadapan sy apabila software2 ini berfungsi….hanya kemaafan je yg dipinta olehnya( n sy tersenyum di dlm hati)
Komen oleh yusman — Mac 9, 2009 @ 11:43 pm |
TQ En ADLI 4 U INFO….
Komen oleh yusman — Mac 9, 2009 @ 11:46 pm |
assalammualaikum..En adl, ermm.. saya nak tanye, boleh ke saya install software widgets kat dalam hp samsung innov8 saya..adakah ia tidak mendatangkan masaalah kepada telefon saya dan dimana saya boleh dapatkan sofware tersebut. terima kasih
Komen oleh awin — Mac 10, 2009 @ 2:22 pm |
selain itu En adli, saya ingin install software ANTIVIRUS kat dalam telefon saye, so ATNTIVIRUS ape yang sesuai dan macam mane saye nak dapatkanya.. adakah ia ada dalam pakej CD-ROM S60-3rd POWER-USER yang En adli tawarkan itu.
Komen oleh awin — Mac 10, 2009 @ 3:34 pm |
saya sebenarnya sedang mencari-cari smartphone sony ericsson dengan ciri touch screen yang terbaharu dan tercanggih. tetapi tak tahu apa yang sesuai. Saya mempunyai Atom life dengan OS Windows mobile version 5.0. kelemahanan pada telefon tu ia mudah off ketika call in. jadi saya sering tak dapat dihubungi. Dan jangan lupa letakkan harganya sekali.
Komen oleh KAY — Mei 15, 2009 @ 12:26 am |
slm En.adli..
sya pkai hp biasa jer nokia 6600,,masalah hp sya ialah apabila on skrin keluar ( PHONE START-UP FAILED. CONTACT THE RETAILER).. harap en.hadi dpt tlg sya sbb semua no telifon kwn2 sya save dlm memory hp so susah untuk hubungi kwn2 slagi hp 2 xdpat di on kan…
Komen oleh edyboys — Julai 8, 2009 @ 3:40 pm |
Salam..En Adli blh tak upgrade FIRMWARE Innov8 yg blh install software call record coz sy nak software ni….klu tau Sammsung menghalang software ni utk di install ke Innov8 (mcm x masuk akal plak) dah tentu pilih jenama lain. Please explanation. tq
Komen oleh yusman — Ogos 14, 2009 @ 10:29 am |
akum..saya bangga dgn en. adli dan saya berterima ksh pd en. adli sbb dgn blog ini..sy telah blajar byk benda..saya ada mslh..saya mempunyai hp nokia(e65)..mslhnya hp saya off sendiri..saya dah format semuanya..tapi msh lg sama..off sendiri(x restart sendiri)saya yg kena on sendiri..sy pergi tny kedai..dieorg soh tukar bateri dulu..saya tak tukar lagi bateri..sebab hp ni baru ja repair(xbleh on/off)..adakah disebabkan repair atau ada mslh laen yg menyebabkn hp saya off sendiri??..saya kena slalu tgk hp..takot2 la ter-off..
Komen oleh muhammad asyraf — September 29, 2009 @ 1:42 pm |
salam…aku nak tanya ni?adakah nokia e65 mempunyai center board gantian jika ia rosak?
Komen oleh budakjahat — November 5, 2009 @ 2:37 pm |
salam, saya mahu tanya tentang, masalah hp nokia 6600 saya. Hp nokia saya selalu keluar app.screensaver! sudah format, tp…masih sama. Galeri dan bluetooth juga tak boleh buka. saya harap, adliayob boleh tolong masalah saya.
Komen oleh salman — Disember 15, 2009 @ 10:29 pm |
salam,macam mana nak setting pada pc jika menggunakan Hp sbgai moden melalui usb cable?
Komen oleh zulkif — Januari 30, 2010 @ 12:18 pm |
saya ada masalah,,baru2 nie saya ada membeli nokia n81,
kebisaanyer saya beli nokia yang lepas2 lock code dia defult 12345.
tapi nokia n81 saya beli second nie,, tak boleh nak format mengunakan *#7370# sebab code tuan yang asal telah tukar,, jadi saya pening bagaimane hendak format, lepas tue saya terfikir format secara menual ( call green,*,3 ) still tak boleh,,samapai sekarang saya tak dapat nak lakukan format,
dan saya cube untuk unlock code di web,, tapi malangnyer berbayar,, bagaimane iye,, haruskah saya perlu ke kedai atauuu saya ada penyelesaiyan sendiri, sekian,?
Komen oleh daniel — Mac 29, 2010 @ 1:02 am |
memory card n71 dia tulis corrupted tiba tiba dalam tu ada banyak data,bilam saya buka dia suruh format,kalau format habislah data tu siapa tahu macam mana nak dapatkan data tu balik
Komen oleh ishak — Ogos 16, 2010 @ 3:05 am |
salam 1 malaysia
sy ada sebiji telefon nokia 6120 classic..masalah telefon saya skrin sentasa gelap…pergi ke kedai pun xselesai…ada ker pakar dekat sini leh tlg selesaikan..
terima kasih
Komen oleh abe mat — September 12, 2010 @ 10:37 pm |
salam..saya mempunyai nokia E-71dan saya telah update software 510.21.009 menggunakan nokia software updater..selepas siap update,skrin keluar minta nombor lock code..saya masukkan no 12345 tetapi didapati salah..no apa yang sepatutnya saya kena isi di lock code itu?..tolonglah saya,saya buntu sangat2 sekarang ini..
Komen oleh shukri — Julai 1, 2011 @ 11:14 pm |
assalamualaikum….wr.wb.
saya fauzan dri acehmau bertanya
bagaimana cara mengakses skype pada mobile nokia 6210 clasic
terima kasih
Komen oleh cara mengakses skype pada mobile nokia 6210 clasic — Ogos 27, 2011 @ 6:59 pm |
macam mane nak delete game yang dah di download dalam telefon symbian?
perlu ke masuk kan Y-browser @ lain2 software untuk delete game tersebut?
Komen oleh khairul — Oktober 5, 2011 @ 3:48 pm |