Ramai orang bertanyakan tentang Samsung i450 dan penghijrahan daripada NOKIA kepada SAMSUNG! Persoalan yang selalu bermain di kepala mereka adalah: ‘Jika bertukar kepada Samsung, maka susahlah untuk mengendalikannya’. Memang benar, sudah saya terbitkan prapandang Samsung i450 ini dahulu, tetapi masih ramai yang sangsi dengan kebolehan telefon ini. Masih lagi rakyat Malaysia belum sanggup bertukar kepada model ini hanya kerana ‘struktur menu’ nya yang berbeza (konon)! Mari kita saksikan perbezaan (atau lebih tepat lagi KESAMAAN / SEIRASNYA) antara Samsung i450 dan Nokia N95 (yang selalunya orang akan bercakap ‘Pakai Nokia je senang… tak susah mengendalikannya’ atau ‘I sudah familiar dengan Nokia’).
Many people afraid to switch from NOKIA to SAMSUNG! What they have in mind is ‘If I want to switch to Samsung, then it will spell me disaster! Samsung phones are so different from Nokia in term of user-interface!) YES! before this I’ve already posted this Samsung i450 review but many people still not aware or skeptical about this phone. There are still lots of Malaysian refuse to switch mainly because of it’s ‘menu structure’ (what a psycho!). So let us dig deep inside it’s User-interface and find some differences (or maybe the perfect word here is ‘some SIMILARITIES/ LOOK-ALIKE’) between Samsung i450 & Nokia N95 head-to-head!.
Sebelah kiri anda ialah Nokia N95 yang hebat itu manakala disebelah kanan pula ialah Samsung i450. Dan inilah sebenarnya yag dikatakan Symbian! Mula-mula rupabentuk ‘Standby Menu’. Nampak SAMA kan? Perbezaannya hanyalah pada ‘theme’ yang digunakan oleh kedua-dua telefon. Kemudian kita beralih kepada struktur MENU telefon-telefon ini. Apa yang anda lihat adalah… SAMA! bagaimana pula keadaannya dalam skrin mendatar? tengok lah sendiri…. (kesemua imej adalah diambil dari Nokia N95 dan i450 yang SEBENAR!).
On your left is the Noble N95 and the contender on your right is the Rookie i450. Ting! Ting! Guys, this IS the Symbian is ALL ABOUT!. First, the Standby Menu. As you can see, they look identical (with active standby menu). Any differences? YES! the THEME used by both phones. Then come to the famous ‘Menu Structure’. Please observe carefully and you will notice that… THEY ARE THE SAME! How about in ‘landscape mode’? Well…. see for your self! (all images are from both REAL Nokia N95 and Samsung i450).
Pusingan ke-2. Versi telefon dan Menu Mesej. Kedua-duanya menggunakan kod rahsia yang sama (tekan *#0000#) untuk semakan versi telefon (ini yang membezakan Nokia tiruan dan Nokia asli sebenarnya!). Keadaan antaramuka untuk lain-lain menu (Messaging, Now Playing Screen dan Setting Menu) semuanya nampak sama. Anda mungkin tertanya… mengapa? MENGAPA SAMSUNG TIRU NOKIA?? Sebenarnya ini kerana kedua-dua telefon menggunakan Sistem Operasi Symbian dan platform S60 edisi ke-3 FP1 (S60 3.1) yang sama! Perasan tak anda tentang sedikit perbezaan ‘Now Playing Screen’? Nokia N95 menggunakan versi terbaru (tapi tak sama dalam keadaan mendatar… sabar!)
Round 2. The Phone Version Info and Messaging Menu. Both use the same secret key (*#0000#) to activate the information. The user interface on other menu (Messaging, Now Playing Screen and Setting Menu) are identical. You may ask… why? It is because of the SAME Symbian OS and run on the SAME S60 3rd FP1 platform. Notice the slightly twisted Now Playing Screen? YES! The Nokia N95 use the latest one (but wait until you see the screen on landscape mode… Surprise!)
Disebabkan Samsung i450 adalah telefon yang fokus kepada muzik, pihak Samsung telah mengubah dengan jayanya antaramuka muzik (dalam mod mendatar) untuk menyesuaikannya dengan ‘roda-separa sensitif‘ yang hebat dan unik. Bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan antaramuka kawalan kamera kerana N95 lebih baik dalam bidang kamera.
Now come the best part! YES! you may say ‘COOL!’. Since the i450 are music-focus phone, Samsung engineered the music interface to complement the ‘Touch Wheel Navigation’ button. However, the camera interface is different though! (notice the FOCUS bracket?) – N95 equipped with Autofocus feature while i450 is not!
Nilai jualan i450 terletak kepada keunikan teknologi audio/ muzik dan gayanya. Roda separa sensitifnya diperbuat dari getah dan sebenarnya ia TIDAK BERGERAK apabila disentuh. Yang bergerak sebenarnya ialah jari anda (sama macam fungsi kawalan IPOD). Bunyi yang dikeluarkan daripada pembesar suaranya agak LANTANG tetapi tidaklah sekuat bunyi yang dihasilkan oleh N73. Untuk menikmati kualiti bunyi dari teknologi ‘B&O ICE Power Amplifier’nya – anda perlu mengunakan ‘headphone’ dari jenama SONY, Phillips atau Seinnheisser dan menyambungkannya pada lubang ‘jack’ 3.5mm yang berada dibawah pembesar suara.
The main selling point of i450 is the audio interface and technology. The half-wheel navigation touch sensitive thingy works just like your IPOD! It is not rotating – it’s still there, the only thing in-motion is just your finger! The speaker produce a NICE output but NOT SO LOUD! – compared to N73, you may ask. The B&O technology only to be heard via external source like good earphone or stereo speakers. There is a 3.5mm jack just beneath the speaker. With good stereo headphones like SONY, Phillips or Seinnheisser you will be amazed with great quality acoustics from this phone!
Butang rahsia kawalan kamera boleh diaktifkan dengan menekan butang STAR (*). Lain-lain kemudahan untuk menggambaran foto/ video adalah seperti yang ditunjukkan diatas. Begitu juga dengan keunikan menu kawalan muzik – rakan anda pasti teruja dan cemburu jika anda tunjukkan kesemua ini kepadanya! Kualiti buatan telefon ini adalah sangat baik (sepanjang saya menggunakannya sejak bulan Mac 2008 hingga kini sudah 4 kali jatuh ke bawah tanpa rosak) dan ergonomik. Keypadnya pula adalah yang terbaik dalam kategori Symbian S60 sehingga kini! Cuma yang menjadi masalah ialah kualiti kamera (2megapixel, tiada autofokus, lampu LED sahaja) yang tidaklah sebaik kualiti N95.
There is a ‘secret’ camera shortcut on i450 – but once you get use to it, you will be happy. Also with the touch-interface wheel thingy (with the cool music interface)- I bet your friend will feel jealous. The phone built with great ergonomics and visual (everything – from the touch interface, music, steady grip in hand, camera button, 3.5mm jack and the BEST keypad on S60 3rd so far). The only minus is the camera megapixel counts (2mpix, no autofocus, LED lights only).
Seperti lain-lain Symbian, telefon ini dilengkapkan dengan menu Galeri, Real Player, Flash Lite Player (ver 2 – tapi bukan versi terbaru), Arcsoft Mobile Video Editor, QuickOffice 3.8, Adobe Reader LE 1.5, VoiceSignal software yang berfungsi pada pelantar S60 3rd Edition Feature Pack 1 (FP1) dibawah kuasa Sistem Operasi Symbian. Perisian lain termasuklah Speed Dial, Rotating Screen Option, Bluetooth, PIM & Calender dan Dual Mode Network. Walaubagaimanapun untuk menggunakan kemudahan GPS yang terdapat pada telefon ini, anda perlu menyambungkannya dengan lain-lain peranti GPS dengan bluetooth. Anda juga boleh menetapkan ‘Profile’ seperti mana-mana Nokia N-Series dan menetapkan MP3 selaku ringtone atau message-tone. Untuk model jualan di Malaysia, telefon ini juga lengkap dengan pilihan Bahasa Melayu pada ‘setting’nya.
The phone equipped with (the outdated) Gallery Menu, Real Player, Flash Lite Player (ver 2 – not the latest version), Arcsoft Mobile Video Editor, QuickOffice 3.8, Adobe Reader LE 1.5, VoiceSignal software on top of S60 3rd Edition Feature Pack 1 (FP1) platform running on Symbian Operating System. Other option includes Speed Dial, Rotating Screen Option, Bluetooth, PIM & Calender and Dual Mode Network. However, the GPS needs to be paired with compatible GPS bluetooth device in order to work. You can set profiles just like other Nokias and choose MP3 as your tones. For Malaysians, the phone also support your native language too (The Bahasa Melayu).
Kesemua model telefon Symbian yang ditunjukkan diatas beroperasi pada platform S60 dibawah kuasa Sistem Operasi Symbian. Diharapkan anda akan memahami apakah sebenarnya yang dikatakan Symbian dan tidak teragak-agak untuk membeli mana-mana model Symbian SAMSUNG pada masa hadapan. Bermula dengan model i400 hingga L870 – Samsung menggunakan Symbian versi 9.1 keatas dan keadaan antaramukanya adalah serupa dengan Samsung i450 seperti yang ditunjukkan.
All Samsung Symbian models are shown here (at the top). And all of them operates on Symbian OS with S60 platform. Hope that you’ll enjoy reading this review and not hesitate to purchase any Samsung Symbian near future. Symbian version 9.1 (and above) with S60 3rd Edition are embedded on models from i400 to L870. The user interface are similar to the Samsung i450 reviewed here.
[…] Teruskan MEMBACA, / Read On. […]
Ping balik oleh Samsung SGH-i450 Review / Prapandang = PART 2 « Adliayob - The Malaysian Symbian Opinion — Julai 24, 2008 @ 3:05 pm |
best giler komen ko pasal edge. siap menjerit kat semporna pasal line edge.
yang penting ko bawakan aku makanan dari semenanjung.
Komen oleh An@TurboRun — September 25, 2008 @ 3:07 pm |
Tuan Blog,
Saya dah buat sedikit homework tentang spec dan harga semua HP Symbian yang ada. Nampaknya jenama SAMSUNG jauh lebih murah daripada segi harga. Nampaknya G810 memenuhi citarasa dari segi harga dan specnya. Tapi Nokia 5800XM pun ok jugak walaupun hanya gunakan kamera 3.2mp. Hargapun lebih kurang dengan G810. Tapi kan, kalau bajet mencukupi saya memang angkat SAMSUNG INNOV8. Apa komen cadangan tuan untuk saya? SAMSUNG INNOV8 ke atau NOKIA N96? He..he..he..dah pening kepala kena penangan HP Symbian ni.
Norseman
Komen oleh norseman — Januari 23, 2009 @ 5:21 pm |
Kepada NORSEMAN, nikmatilah review penuh N96 yang baru diupload sebentar tadi. Mana-mana yang tuan pilih pun, semuanya OK janji SYMBIAN. Tapi, dari segi pembuatan, SAMSUNG lebih baik dari NOKIA. Dari segi accessories pula, NOKIA memang senang nak cari alat ganti lebih-lebih lagi charger – kalau tertinggal pun, buleh pinjam kat member. Kalau sudi, belilah CD-ROM S60-3rd POWER USER seperti diiklankan kat KEDAI SYMBIAN (sebelah kanan). Selamat datang ke alam symbian!
Komen oleh adliayob — Januari 23, 2009 @ 8:08 pm |
Tuan Blog,
Terima kasih atas balasan tuan. Dah servei Samsungi450 ptg tadi di Bandar Sri Aman.Cuma ada sebijik je Model Samsung Symbian ni. Alamak model betul2 macam N85! Harga pun ok RM1180. Mungkin di Kuching boleh dapat lebih murah.5800XM boleh dapat RM1300 lebih sikit di sini.Tawar hati dengan N96 selepas baca artikel tuan. N85 boleh dapat RM1600 lebih. G810 pun ada dalam senarai. Ya, selepas TBC ni saya pasti dapatkan sebiji HP Symbian ni dan akan terus melayari laman blog tuan ini. Terima kasih.
Norseman
Komen oleh norseman — Januari 24, 2009 @ 7:45 pm |
Tuan Blog,
Insyaallah… saya akan order CD-ROM S60-3rd POWER USER Syarikat Tuan nanti.
Norseman.
Komen oleh norseman — Januari 24, 2009 @ 7:55 pm |
Terima kasih NORSEMAN kerana sudi memberikan sokongan pada saya, saya amat rasa terharu. Kebetulan saya juga mencari kawan baru di Sarawak, mungkin tuan boleh jadi sahabat saya. Kalau di Sarawak, saya hanya pernah menjejakkan kaki di Limbang sahaja. Tempat lain seperti Kuching, Sri Aman, Bintulu dan Miri memang saya nak pergi sangat-sangat. Tapi… takder kawan. Saya sangat berharap satu hari nanti saya dapat ke Kuching dan bertemu dengan tuan.
Komen oleh adliayob — Januari 24, 2009 @ 8:21 pm |
Tuan Blog,
Saya sangat berbesar hati menerima SALAM PERSAHABATAN daripada tuan. Saya berasal dari Kuching tapi bekerja di Sri Aman. Kuching & Sri Aman mempunyai potensi yang besar untuk Usahawan Melayu dalam bidang IT seperti Tuan.Sebagai makluman tuan setahu saya belum ada kedai Symbian dan Kedai HP orang MELAYU di Kuching dan Sri Aman ini.Jemputlah datang ke Kuching atau Sri Aman. Kami, orang Sarawak mengalu-alukan kedatangan tuan. Maklumkan saya jika berhasrat nak datang. Nanti saya SMS kan no. HP saya.Terima kasih.
Noseman
Komen oleh norseman — Januari 24, 2009 @ 9:06 pm |
symbian sux..better beralih kpd windows mobile,android,webOs atau iphone osx..lebih open kepada developer..
Komen oleh winmo_rulez — Jun 22, 2009 @ 11:51 pm |