Apa yang paling berharga buat anda pada sebuah telefon bimbit yang anda miliki? Adakah ‘memory-card’? video-video peribadi? foto? mp3? sms? notes? atau phonebook?
Seperti biasa, phonebook merupakan jawapan lazim dan jika diberi pilihan, rata-rata tidak peduli jika memory-card hilang berbanding dengan ‘contact-numbers’. Ada banyak cara untuk ‘backup’ nombor-nombor kenalan, antaranya ialah-
- Tulis secara manual satu-per-satu no. telefon ke dalam sebuah buku.
- Gunakan perisian ‘sync’ atau ‘backup’ pada CD-Rom yang dibekalkan dalam kotak telefon. Biasanya semua no. telefon akan di ‘backup’ pada komputer.
- ‘Backup’ semua no. telefon kepada SIMCARD.
- ‘Backup’ semua no. telefon kepada memory-card.
- Simpan semua ‘contacts’ kepada telefon ke-dua atau telefon lama
- Atau mendapatkan perisian KHAS untuk ‘backup’ semua ‘phonebook’ anda!
Apa pula jika semua penyelesaian di atas TIDAK SEMPAT anda lakukan? Atau anda terlepas pandang atau peluang untuk berbuat demikian? Jangan risau! Kini semuanya akan diselamatkan.
Backup ‘Phonebook’ Melalui Akaun Email GMAIL Anda.
Sebelum anda melaksanakan arahan di bawah, anda PERLU memiliki akaun GMAIL anda sendiri. Selain itu, anda juga perlu mengetahui status ‘contacts’ yang ada pada telefon anda. Sila lihat gambarajah di atas untuk maksud lanjut.
Ok. Mari kita teruskan dengan ‘upacara’ backup kita!. Sila ikuti langkah-langkah di bawah ini:-
Bagaimana? mudah kan!. Jika anda mempunyai telefon Symbian WiFi, ini bermakna anda tidak perlu berbelanja untuk tujuan ini walau se-sen pun. Tetapi, jika anda menggunakan ‘line telefon’ (Gprs/ Edge atau 3G) ia akan memakan belanja lebihkurang RM1.00 ke RM 2.00 sahaja.
Tips ini sangat berguna jika anda menukar telefon baharu atau membeli telefon baharu. Ia juga sangat baik kerana data yang tersimpan di internet tidak akan rosak atau ‘tamat tempoh’. Apabila anda perlukan ‘contact-numbers’ anda semula – anda hanya ‘setting’ semula seperti langkah-langkah yang ditunjukkan dan ‘SYNC’ kepada akaun GMAIL anda. Dan semua ‘contacts’ akan dipindahkan kembali kepada telefon baharu tadi. Menarik kan?
(Nota: Google SYNC untuk UIQ3 akan menyusul kemudian. Harap anda bersabar…)
Salam…
Maaf.. Saya ingin bertanya adakah CD-CD yang saudara keluarkan itu hanya koleksi perisian symbian yang sedia ada?
Bila saudara ingin mengeluarkan CD tutorial membina perisian symbian dalam terbitan bahasa Melayu.
Jika CD ini dikeluarkan. InsyAllah… bangsa kita yang selama ini buta IT (buta kerana kurang pendedahan dalam bahsa ibunda sendiri) dapat kita atasi.
Komen oleh Khairul — Mac 7, 2009 @ 11:36 am |
Kepada KHAIRUL untuk CD Symbian.
Terima kasih kerana memberikan komen yang sangat baik ini. Memang di masa hadapan saya akan mengeluarkan CD Tutorial Pengaturcaraan Symbian dalam bahasa melayu khas untuk orang ramai. Buat masa ini, tuan boleh ‘browse’ pada link ‘Tutorial Symbian’ yang ada di sebelah KANAN blog ini. Semuanya dalam Bahasa Melayu dan ianya dalam peringkat pengenalan.
CD yang kami keluarkan setakat ini merupakan compilation peribadi software/games/themes untuk symbian. Didalam cd ini juga terkandung nota dan tutorial ringkas pengenalan dan info mengenai Symbian. Perkara ini dilakukan untuk memecahkan ‘thinking barrier’ umat melayu Malaysia yang rata-rata masih tidak memahami Symbian. Jika saya terlalu ADVANCED dan bercerita tentang pengaturcaraan C++, Carbide, Phyton, compiler, GUI, engine, libraries dan lain-lain – maka semakin susahlah untuk umat melayu ini memahaminya sedangkan yang BASIC pun masih ramai lagi yang belum paham.
Saya letakkan taraf saudara dalam golongan ‘Advanced User’ dan saya minta maaf kerana nampaknya tuan terpaksa menunggu lama lagi untuk CD-ROM pengaturcaraan Symbian ini saya keluarkan. Sementara itu, sokonglah blog atau laman web ‘technology’ yang berbahasa melayu.
Sebagai satu ‘indicator’ untuk tuan, buat masa ini topik-topik ASAS tentang symbian yang ada di blog ini telah di kunjungi lebih dari 2000 hits manakala artikel pengaturcaraan Symbian (setakat ini ada 2 = Pengenalan pengaturcaraan & Carbide C++ Theme) cuma di kunjungi dengan 23 hits sahaja. Itulah reality ‘betapa kebelakangnya’ umat melayu dalam bidang pengaturcaraan (programming).
Untuk tujuan ekonomi, mungkin saudara membantah atau tidak bersetuju kerana kami menjual ‘compilation’ dan bukannya yang ‘di produce’ oleh kami, namun jika tumbang ekonomi sesuatu ‘usaha’, maka terkuburlah ‘usaha’ ini buat selama-lamanya. Sesungguhnya tiada satu syarikat gergasi pun di belakang kami dan kami ‘finance’ sendiri segala ‘effort’ untuk menerbitkan blog symbian berbahasa Melayu ini.
Dengan ini, harap tuan dapat ‘consider’ segala kelemahan yang ada dalam blog ini. Kami hargai komen tuan. Terima kasih.
Komen oleh adliayob — Mac 7, 2009 @ 4:09 pm |
salam, bgaimana sya nk push email ke yahoo @ gmail….skrg sya ada email yahoo. Adakah perlu sya buke email gmail….phne sya model e71…..tq
Komen oleh fahmi — Disember 9, 2009 @ 9:54 pm |