Adliayob – Sebuah Catatan Teknologi

Ogos 21, 2008

TOPIK #006 Menyambung Ke Internet dengan Symbian (DiGi Broadband)

Hari ini, tiba-tiba seorang rakan baik menelefon dan bertanyakan “Li! aku baru jer register data line DiGi broadband ni. Boleh ko datang jap ke rumah aku utk setting internet kat laptop ni?”. Satu tugasan yang menarik! Tanpa berlengah lagi, saya terus ke rumahnya dengan harapan selepas setting internet, dapatlah habuan serba-sedikit, heheheh.

Asas pemahaman talian broadband.

Berikut merupakan maklumat tentang perbezaan NarrowBand dan BroadBand. Saya percaya ramai yang keliru dan seringkali juga iklan-iklan di televisyen merosakkan lagi pemahaman kita. Saya ingat lagi pada tahun 2005 seorang rakan bertanya “Iklan dalam TV tu real ker? Memang boleh sangat ker kita 3G sekarang?”. ‘3G’ yang dimaksudkan oleh rakan saya ini sebenarnya VIDEOCALL. Dan tak lama kemudian SEMUA kedai telefon di negara kita – mempromosi telefon yang berkamera di bahagian hadapan dengan ayat: ‘Telefon ni ada 3G’ Saya pun bingung juga!

Saya katakan pada rakan saya “Yang ko maksudkan itu ialah Videocall, bukan 3G. Aku rasa, di kawasan kita ni (Semporna, Sabah) perkhidmatan 3G hanya akan berlaku pada tahun 2008 nanti. Kalau ko beli telefon 3G awal-awal ni, tiada gunanya juga”. Mengapa saya menjawab sedemikian? Kerana untuk memberitahu yang kemudahan 3G sebenarnya bukan hanya untuk videocall. 3G merupakan talian ‘Broadband’ yang berkelajuan 384Kbps.

Nampak? Jadi sebenarnya 3G merupakan satu jenis TALIAN INTERNET LAJU yang membawakan aplikasi dan kemudahan yang lebih dari sekadar videocall. Berikut merupakan kesemua kemudahan yang boleh didapati melalui 3G (dan semua ini hanya boleh dicapai dengan telefon Symbian):

  • Videocall
  • Capaian Data Internet Laju (Samada di telefon atau komputer)
  • VOIP (Voice Over IP Network)
  • IM (Internet Messenger)
  • Video Streaming (via Realplayer / media player)
  • Mobile TV (Subscription based)
  • P2P (dengan Symtorrent)
  • Data downloading (dengan OPERA atau Download Manager)
  • Maps (dengan Google Maps / Nokia Maps)
  • WiFi Access Point (dengan telefon WiFi dan JOIKUSPOT)
  • Youtube (dengan Mobitubia/ Core Player 1.2.4)
  • Flickr
  • Online Game / Massive Multiplayer Online Games (MMOG)
  • Fring …. dan banyak lagi!

Nota tambahan: Sebelum membeli telefon Symbian, PASTIKAN telefon tersebut menyokong SEMUA fungsi DATA sekurang-kurangnya 3G (384Kbps). Jika telefon tersebut menyokong HSDPA dan WIFI – itu adalah bonus untuk anda 🙂

Modem Untuk Menyambungkan Laptop Ke Internet.

Anda sepatutnya berasa bertuah jika memiliki salah satu daripada model telefon Symbian (S60 atau UIQ) ditangan anda! Ini kerana setiap telefon symbian dilengkapi dengan kemudahan MODEM. Jadi, tidak perlu sebenarnya anda membeli modem USB yang terdapat dipasaran.

Jika anda mendaftar akaun PREPAID beserta dengan talian data tanpa had, anda lebih bertuah berbanding dengan saya. Ini kerana saya mempunyai 2 talian, satu talian PREPAID untuk panggilan/sms/mms dan satu lagi talian POSTPAID khas untuk data (data card). Tapi, bagaimana jika anda hanya mempunyai satu telefon sahaja? susah juga kan? setiap kali ingin menyambung ke internet, maka terpaksalah anda tukar sim-card. Apabila mendapat kesusahan sebegini, adalah lebih baik membeli modem USB seperti disarankan.

NAMUN, jika anda berfikir kembali, modem USB yang ditawarkan berharga antara RM450 ke RM800 – mungkin lebih berbaloi jika membeli sebuah lagi telefon Symbian (Nokia 6120) yang berharga antara RM660 ke RM800 kerana sekurang-kurangnya anda mendapat satu lagi telefon!

Setting Telefon S60 Untuk Menjadi Modem (DiGi)

Setting Telefon UIQ3 Untuk Menjadi Modem (DiGi)

Setting Untuk Komputer OS Windows XP.

Untuk pengguna Windows XP berikut merupakan setting yang perlu dibuat pada komputer anda. Sebelum itu, pastikan komputer anda mempunyai modul BLUETOOTH untuk meneruskan setting ini. Jika tidak ada bluetooth anda boleh menggunakan kabel USB dan perisian Nokia PC Suite / Samsung PC Suite / Sony Ericsson PC Suite / Panasonic PC Suite / LG PC Suite / Motorola PC Suite.

  • Setting A:
  1. Buka CONTROL PANEL
  2. Klik NETWORK CONNECTION
  3. Create New Connection – Connect to Internet
  4. Pilih SETUP MY CONNECTION MANUALLY
  5. Pilih Connect using a dialup modem – BLUETOOTH DUN MODEM
  6. ISP Name: Diginet
  7. Phone Number: *99# (bintang 99 hash)
  8. KOSONGKAN username dan password.
  • Setting B:
  1. Buka CONTROL PANEL
  2. Klik PHONE & MODEM
  3. My Location: 60 (Malaysia)
  4. Klik tab MODEM – Pilih Bluetooth DUN Modem
  5. Klik PROPERTIES – klik tab ADVANCE
  6. Pada ‘Extra Initialization Commands’ taip: +cgdcont=1,”ip”,”Diginet” (penting! jangan salah taip!)
  7. Tekan OK dan APPLY

Semua settings untuk telefon dan komputer kini siap! Restart komputer kemudian ‘double klik’ pada ikon DIGINET seperti dibawah ini. Jika menggunakan perisian IVT BlueSoleil – mulakan bluesoleil kemudian search device – pilih device – double klik BULATAN OREN – dan klik pada ikon MODEM. Pastikan nombor yang didail ialah *99# (Jika tidak – betulkan sendiri).

TIPS: Sila gunakan IVT BlueSoleil 1.6 supaya tiada gangguan data. Kadang-kadang versi 1.5 menghadkan pemindahan data sebanyak 5Mb sahaja.

Advertisements

Ogos 14, 2008

Cakap-Cakap: Sepetang Bersama Motorola RIZR Z8 Ferrari

Filed under: Cakap-Cakap Symbian — adliayob @ 4:29 pm
Tags: ,

Pada hari Jumaat 8 Ogos yang lalu, saya ke DIGI centre Tawau untuk membayar bill Data Card (DiGi broadband) saya. Tiba-tiba saya terpandang sesuatu yang menarik dan sesuatu itu adalah MOTOROLA RIZR Z8 FERRARI Limited Edition.

Perrghh! memang happy lah saya pada waktu itu. Sebab memang sudah lama sangat ingin pegang Z8 nih. Kebetulan yang ada kat DiGi Store masa tu yang limited edition pulak. Apa lagi.. terus saya sambar dan install segala macam software kat dalam Z8 tanpa pandang kiri-kanan.

Motorola Z8 adalah telefon Symbian UIQ 3.1 yang jarang-jarang boleh didapati di Malaysia. Yang saya cuba ini pun, kalau nak beli, terpaksalah ‘register’ satu akaun DiGi Postpaid kemudian barulah boleh membuat pembelian. Senang kata – kira promotion lah ni. (tapi ada satu orang jual telefon ini RM799 di lelong.com.my – baru dan masih dalam kotak lagi).

Berlainan daripada UIQ3 Sony Ericsson, Moto Z8 bukanlah dari jenis ‘touchscreen’. Jadi untuk mengawal antaramuka Z8 agak sukar untuk kali pertama kerana kekurangan ini. Tujuan utama Z8 dikeluarkan adalah untuk mengisi ruang (gap) antara S60 dan UIQ. Syarikat Motorola telah membeli (kepakaran) Syarikat SENDO (pemilik lesen S60) pada tahun 2005 dan hasilnya adalah telefon ini. Motorola telah berjaya memudahkan penggunaan UIQ melalui kawalan keypad seterusnya menghasilkan Motorola Z10 yang lebih baik berbanding Z8.

Kelebihan Moto Z8 terletak pada rekabentuk yang unik dimana jika di’slide’, ia akan berubah kepada ‘curve’ (bentuk pisang). Ia selesa dalam pegangan dan bentuk pisang ini sebenarnya membantu dalam komunikasi (lebih dekat dengan bibir). Jika diletakkan Z8 diatas meja, nescaya ramai mata yang memburu dan ramai juga yang menegur tentang ‘kecantikan’ telefon ini. Telefon ini juga dicipta untuk memberikan pengalaman multimedia yang sangat baik dimana ia dilengkapkan dengan headset stereo bluetooh dan microSD 2Gb. Filem ‘Bourne Identity’ juga diisi ke dalam microSD tersebut dan bermain dalam mode 30fps (paling tinggi untuk Symbian).

Memang saya agak bertuah kerana dapat mengendalikan Moto Z8 Ferrari walaupun dalam keadaan 1 jam sahaja. Cuma sekarang, saya kena berbaik-baik dengan pegawai DiGi yang bertugas di DiGi Centre Tawau untuk mendapatkan telefon ini tanpa perlu mendaftar postpaid yang baru!

Ogos 7, 2008

Cakap-cakap: Samsung Yang Samseng!

Filed under: Cakap-Cakap Symbian — adliayob @ 10:17 pm
Tags: , ,

Hai, bersua kita kembali setelah lebih 2 minggu saya tidak menulis dalam blog ini. Pada bulan ini, saya akan fokuskan ‘opini’ (pandangan) saya tentang satu lagi platform Symbian iaitu UIQ. Seperti yang kita maklum, UIQ dipelopori oleh Motorola dan Sony Ericsson.

Namun, sebelum saya menutup perbincangan mengenai Samsung i450 yang mendapat sambutan hangat, disini saya ingin bercerita sedikit-sebanyak tentang pengalaman saya dengan Samsung, salah satu pengeluar S60 yang aktif, yang kebelakangan ini semakin SAMSENG! hehehehe.

Pada sekitar bulan November 2005, saya pergi ke Low Yat Plaza Kuala Lumpur untuk mencari telefon Panasonic X800 untuk hadiah ‘birthday’ isteri saya. Disebabkan minat isteri terhadap telefon clamshell dan S60 – maka Panasonic X800 menjadi pilihan hatinya sedangkan saya lebih suka kepada Samsung D720. Pencarian X800 akhirnya berlaku serentak dengan D720 (dan ini merupakan Samsung Symbian yang pertama dijual di Malaysia!) menyebabkan saya benar-benar ‘kompius’ mana satu yang ingin saya beli. Akhirnya saya beli juga X800 sebab itulah pilihan sebenar dalam perjanjian awal kami.

Lama saya mencuba D720 di Low Yat, install SIS files, tukar themes dan sebagainya sehinggakan penjual telefon tersebut panik dan terus bertanya ‘Bos, lu ada kirja sama itu Samsung atau Nokia ka?’ akibat dari aktiviti saya dengan D720 itu. Saya menjawab ‘Tidak, saya tidak kerja dengan mana-mana pengeluar telefon, tapi ini hobi saya – itu pasal saya banyak tau pasal telefon’. Kemudian, setelah membayar harga X800, saya format kembali Samsung D720 kepada konfigurasi asal. Dan sebenarnya sampai ke hari ini pun, perasaan saya terhadap D720 tidak berubah. Akhirnya pada bulan Mac yang lepas, dapat juga saya membeli sebuah Samsung i450 yang kini tersimpan rapi dalam jagaan isteri saya dan dia menyukainya!. Cuma katanya baru-baru ini ‘Kalaulah ada warna PINK untuk model i450 ni – mesti telefon ni lebih perfect’ saya pun diam, sebab saya rasa: kalau isteri saya jadi ‘DEWA penjaga gajet’ di mukabumi ini, maka susahlah kita untuk melihat warna lain pada telefon bimbit dan kemungkinan besar pelangi yang kita kenal pun – ada satu warna sahaja iaitu PINK. Alhamdulillah, ‘universe’ masih sayang pada isteri saya dan kita dapat lihat macam-macam warna untuk telefon – hingga hari ini!

Samsung SGH-D720 merupakan Symbian S60 keluaran Samsung yang pertama masuk ke Malaysia. Akibat promosinya yang tidak berapa kuat dan kepopularitian Nokia, maka penjualan D720 tidak begitu baik dan akibat dari itu – Samsung SGH-D730 (clamshell) tidak dijual di Malaysia. Begitu juga dengan i400 dan i520 yang hanya dijual di Eropah seakan-akan memberi mesej yang Samsung agak keberatan untuk menjual Symbiannya ke lain-lain pasaran di dunia.

Namun pada bulan Mac tahun ini, arah pasaran Samsung berubah dan SGH-i450 dan SGH-i550 serentak dilancarkan di Malaysia. Kemudian kita lihat SGH-G810 dijual bermula JULAI 2008 (dan mendapat sambutan yang sangat baik di Plaza Low Yat sekarang kerana harga permulaannya RM1899 sedangkan harga permulaan untuk Nokia N95 adalah RM2499 dan N82 RM2399 walaupun mempunyai spesifikasi yang sama!) dan menyusul selepas ini ialah SGH-L870 pula.

Samsung G810 memang patut dipuji. Ini kerana semua orang maklum yang kualiti buatan Samsung jauh lebih baik dari Nokia. Samsung juga pengeluar kamera digital dan kelebihan ini dipasangkan pada G810 menyebabkan kualiti fotonya amat baik dibantu dengan XENON flash seolah-olah anda memang memegang sebuah ‘digital camera’ tahap tinggi. Jika anda bertanyakan ‘Jika telefon ini rosak bagaimana? Mana kedai yang boleh ‘repair’?‘ saya menjawab: ‘Kebanyakkan telefon yang rosak adalah NOKIA – itu pasal mana-mana kedai di Malaysia akan ‘standby’ semua peralatan membaikinya sedangkan jenama lain (terutama Motorola dan Samsung) teramat jarang rosak’. Inilah yang saya maksudkan dengan ‘kualiti buatan’ Samsung.

Selama ini Samsung kurang membangunkan S60 kerana penerimaan masyarakat dunia pada Nokia. Di Malaysia, alhamdulillah – sejak saya buat prapandang i450 barulah ramai yang menelefon, SMS dan email saya – mengucapkan terima kasih dan mereka tidak takut lagi untuk membeli Samsung Symbian (cuma mereka masih takut untuk membeli software dan games Samsung Symbian daripada saya… saya pun hairan juga 🙂 ) Jadi, Samsung semakin berani, semakin menggasak dan mengisi ruang yang ada untuk mencuri pasaran ‘terbiar’ yang terbuka luas untuk S60 miliknya. Senario ini tidak ubah seperti gejala AH-LONG yang semakin kreatif untuk mencari mangsa hingga bertindak SAMSENG menekan mangsanya!

Nokia berjaya menerusi 2 model iaitu N95 dan E90. Untuk ‘upgrade’ N95 – Nokia akan melancarkan Nokia N96 yang mempunyai spesifikasi POWER seperti memori 16Gb, DVB-H, sokongan microSD sehingga 32Gb, skrin 2.8 inci, GPS (dan A-GPS), WiFi, NaviWheel, N-GAGE (dan N-Gage button), lensa Carl Zeiss 5 Mpix, Toshiba Audio Chip, accelerometer dan sokongan YOUTUBE dalam ‘browser’ S60 terbaru. Penjualan N96 dijangka bermula pada hujung tahun ini.

TETAPI, tak sempat Nokia untuk menjual N96nya – SAMSUNG dengan SAMSENGnya akan mula menjual Samsung INNOV8 (i8510) pada bulan SEPTEMBER ini! Pada saya – INNOV8 (disebut Innovate) adalah telefon S60 paling POWER setakat ini hingga mengalahkan N96! dan tiba-tiba pada hari ini (6 Ogos 2008 ) Samsung mengeluarkan SGH-i7110 yang mungkin akan dijual serentak dengan INNOV8! Langkah ini sekaligus membunuh penguasaan Nokia yang belum sempat mengeluarkan apa-apa model N-Series sejak N95-8Gb, E71 & E66 baru-baru ini.

Anda lihat sendiri spesifikasi membunuh dan gambar-gambar Samsung Symbian terbaru yang akan dijual di pasaran tidak lama lagi dan percayalah… Nokia sedang menghadapi persaingan yang paling hebat dalam sejarahnya!

Spesifikasi Samsung INNOV8 (i8510)

  • Kamera: 8 Mpix Autofocus/ image-stabiliser/ geo-tagging/ auto-panorama/ face, smile & blink detection/ Video shooting upto 120fps with DIVX support.
  • OS: Symbian 9.3 / S60 3.2
  • Data: WiFi 802.11 b/g, DLNA/ Bluetooth 2.0 A2DP/ microUSB (USB 2.0) / EDGE/ 3G/ HSDPA 7.2Mbps/ GPS/ A-GPS
  • Memory: 128Mb RAM/ 8 @ 16Gb internal/ up to 16Gb microSD
  • Screen: 240×320 pixels, 2.8″ (inch) / TFT 16M colours
  • Games: Asphalt4 & FIFA 08 (macam versi N-GAGE N95-8Gb)
  • Lain-lain: Sokongan WMV, AVI dan DIVX / TV-Out/ FM Radio with RDS/ Accelerometer/ Optical Mouse

Rujukan:

Blog di WordPress.com.