Adliayob – Sebuah Catatan Teknologi

Januari 30, 2009

Tutorial: Mencipta THEME (S60-3rd) Sendiri

Filed under: Tutorial Symbian — adliayob @ 7:10 pm
Tags: , ,

carbide01

Tutorial kali ini sangat menarik DAN GRAFIKNYA BERAT: Bagaimana membuat THEME sendiri (untuk telefon Symbian S60 3rd Edition) dan saya pasti ramai juga yang tertanya-tanya tentang perkara ini. Berikut merupakan langkah-langkahnya:

Keperluan Asas Sebelum Mencipta Theme

  1. Sebuah komputer/laptop dengan kapasiti CPU 1.5Ghz ke atas / RAM 1Gb / Hdd (C:\) kosong (longgar) sekurang-kurangnya 10Gb
  2. Operating System pada komputer – Windows XP Home Edition SP2 ke atas (dengan sokongan .NET Framework 2.0 atau lebih baik – klik SINI untuk download – 22.4Mb)
  3. Perisian CARBIDE UI Theme Edition v3.4 yang dikeluarkan oleh SYMBIAN (klik SINI untuk download – 169Mb)
  4. PENTING!– Pendaftaran sebagai DEVELOPER di Nokia.com (http://www.forum.nokia.com) jika tidak, anda tidak dapat download perisian CARBIDE UI.
  5. Graphic Editor seperti Adobe Photoshop/ Adobe ImageStyler/ GIMP/ PaintShop Pro
  6. Kefahaman/ Kebolehan mengolah MEDIA (*.bmp/*.jpg/*.png/*.gif/*.psd/*.svg dan setaraf)
  7. Sebuah telefon Symbian Versi 9.x (platform S60 3rd Edition)

Keperluan Semasa Mencipta Theme

  1. Grafik (berformat BMP) pada saiz 240 x 320 pixel ATAU 320 x 320 pixel (widescreen format)
  2. Bersedia / berpengalaman dalam persekitaran OOB (Objct Oriented Programming)

Baik. Sekarang kita mulakan. Berikut merupakan langkah-langkah untuk memulakan tema (theme) anda sendiri dengan CARBIDE UI (Theme Edition).carbide-step01

Nota #1 – Berkaitan WORKSPACE. Adalah disarankan anda mencipta folder sendiri pada harddisk D (D:\) untuk keselamatan anda. Jika anda memilih ‘Default Workspace’, ia mungkin mendatangkan masalah dari segi mencapai fail dan jika OS Windows anda rosak, ia turut hilang.carbide-step02

Nota # 2 – Bukan tidak boleh anda memilih ‘S60 3rd Edition FP2 BaseGraphics’, tetapi theme tersebut akan HANYA boleh dipasangkan kepada telefon Symbian 9.2 sahaja. Apabila kita mencipta theme, kita mestilah ingat yang orang lain juga mahukan theme tersebut dan ia mestilah sesuai dengan SEMUA telefon S60 Symbian 9.x

carbide-step03

Nota # 3 – Ada 2 jenis grafik yang sesuai untuk mencipta theme, iaitu BMP (bitmap) dan SVG (vector). Sebenarnya pilihan terbaik adalah SVG. Namun untuk kemudahan bersama, pada tutorial ini kita akan belajar yang mudah dahulu iaitu BMP.

Nota # 4 – Kebanyakkan resolusi skrin pada Symbian 9.x adalah bersaiz 240 x 320 pixels. Namun ada juga model-model yang mempunyai resolusi yang ganjil seperti Nokia N80 (352 x 416), Nokia 3250 (176 x 208 ) dan Nokia E71 (320 x 240). Untuk menyebabkan theme anada ‘diterima’ oleh kebanyakkan skrin – pilihlah resolusi 320 x 320 pixels (widescreen).

carbide-step04

Nota # 5 – Sedikit mengenai BITMAP EDITOR – jangan pilih Photoshop jika anda tidak fasih (fluent) dalam penggunaannya. Sebagai alternatif, anda juga boleh mengunakan GIMP, PainShop Pro, Corel Draw, Ms Photo Editor, Paintbrush dan lain-lain. Yang penting, anda dapat mengolah (EDIT) background yang tersedia dan menggantikannya dengan background anda sendiri.

carbide-step05Nota # 6 – Saya menggunakan ADOBE IMAGESTYLER sebagai alternatif kepada Adobe Photoshop untuk mencipta grafik ‘idle background’ dan ‘background’. Begitu juga – untuk setiap grafik yang dipaparkan pada blog ini, saya menggunakan Adobe Imagestyler. Ia lebih mudah untuk dikuasai. Namun terpulang kepada anda untuk menggunakan apa sahaja program asalkan anda boleh mengendalikannya.

carbide-step06

Nota # 7 – Pemahaman anda tentang ‘graphic file format’ sangat diperlukan disini. Sekali lagi diingatkan supaya MENUKAR nama fail kepada ‘qsn_bg_screen_idle.png’ dan BUKANNYA format psd (photoshop).

carbide-step07Nota # 8 – Selain menukarkan ‘Navi Pane’ kepada ‘transparent’, anda juga boleh menukar warnanya mengikut pilihan anda. Tips rekacipta tema – Gunakan pertimbangan sewajarnya untuk mencipta ‘Active Background’. Sesuaikan latarbelakang dengan warna ‘font’.

carbide-step08

Kepada sesiapa yang biasa menggunakan Macromedia FLASH – rasanya step yang ditunjukkan tidaklah kelihatan janggal kepada anda.

carbide-step09

OK. Setakat ini anda telahpun mencipta satu tema buatan sendiri. Seterusnya kita akan mempelajari bagaimana untuk mendapatkan ‘DevCert – Developer Certificate’ dan ‘key’ anda sendiri. Kemudian kita akan ‘package’kan (atau compile) kepada *.SIS atau *.SISX dan terus memasang theme ini ke telefon Symbian S60 3-rd Edition anda.

carbide-step10

Seterusnya, menciptakan SIS PACKAGE untuk tema anda dan terus memasangnya di telefon Symbian anda!

carbide-step11

Itu sahajalah untuk kali ini. Semoga anda berjaya menjadi THEME-MASTER yang disegani!

carbide-step12

banner-anim0

Januari 23, 2009

Berita Baik Untuk Pengguna Samsung (Symbian)!

Filed under: Berita Symbian,Cakap-Cakap Symbian — adliayob @ 10:07 pm

promo-cds60pu02Setelah bertungkus-lumus mencuba & mengesahkan pemasangan software, games dan themes pada setiap model SAMSUNG, kini CD-ROM kedua dari Blog Symbian Malaysia telah dilancarkan!

Kepada pemilik i450/i550/G810 & Innov8 (i8510) yang seringkali TENSION untuk mendapatkan perisian yang ‘ngam’ dengan telefon ATAU pernah kena ‘kelepet’ (tipu) dengan JURUJUAL kedai telefon yang berkata “Sorry bang, telefon ni bukan macam Nokia, dia takleh masuk apa-apa software atau games” mampu bernafas LEGA kerana didalam CD ini terdapat lebih 30 software, 40 games dan 20 themes yang 100% boleh dipasang terus kepada telefon Symbian keluaran SAMSUNG dan LG.

Selain dari model-model Samsung, model-model Symbian 9.2/9.3 platform S60-3rd (FP1 & FP2) jenama NOKIA seperti 5700 / 6110 / 6120 / 6121 / 6124 / 6290 / 6650 / E51 / E66 / E90 / N76 / N81 / N82 / N95 / 5320 / 6210 / N78 / N79 / N85 / N96 / 6220 CLASSIC juga sesuai menggunakannya. Sila lihat KEDAI SYMBIAN untuk maklumat lanjut.

– SHAH RUKH LAN
*UPDATE* – Dapatkan CDROM S60-BASIC berharga RM20.00 sahaja di KEDAI SYMBIAN. Cd ini sesuai untuk SEMUA Symbian dari pengeluar NOKIA, LG dan SAMSUNG pada sistem operasi Symbian 9.1/ 9.2/ 9.3 platform S60-3rd Edition. Semua yang terkandung di dalam CDROM ini adalah FREEWARE dari internet.

Review – Nokia N96

Filed under: Prapandang (Reviews) — adliayob @ 9:17 pm
Tags:

n96-openingAda 3 telefon yang ditunggu-tunggu sepanjang tahun 2008 yang lalu, iaitu Nokia 5800 XpressMusic, Samsung i8510 INNOV8 dan Nokia N96. Ketiga-tiga model ini bakal mencorak haluan baru teknologi telefon pada tahun 2009 ini.
Akhirnya, sebuah Nokia N96 berada di tangan saya untuk di bikin prapandang (to review). Ini sebenarnya telefon N96 yang ke-4 yang pernah saya pegang. Cuma hanya kali ini saya benar-benar dapat menggunakannya dalam masa 2 hari. Jesteru ia melengkapkan prapandang yang semestinya ditunggu-tunggu oleh semua pembaca blog ini.

Sebelum saya meneruskan, saya mengingatkan yang TERDAPAT BANYAK KOMEN NEGATIF untuk prapandang kali ini. Dan ini bukanlah Nokia N96 yang pertama saya cuba. Dari 4 N96 yang dicuba, 3 darinya bermasalah. Namun, poin-poin negatif yang diutarakan adalah untuk anda membuat penilaian dan separuh darinya boleh anda elak dengan mempertingkatkan ‘firmware’ pada N96 anda. Maka suka diingatkan – sebelum anda menggunakan N96, PERTINGKATKANLAH DULU FIRMWARENYA jika tidak anda akan merasa rugi, bengang dan marah.

PRO DAN KONTRA

Kelebihan Nokia N96

  • Skrin yang besar (2.8 inci) dan terang
  • Kamera 5 Megapixel dengan lensa Carl Zeiss
  • Sistem Operasi Symbian 9.3 pada platform S60 3.2
  • Sokongan WiFi, GPS, USB 2.0 dan Bluetooth 2.0
  • Kandungan FLASH dapat dilayari dengan baik dengan ‘browser‘ yang tersedia.
  • Memori Dalaman yang besar (16Gb) dan menyokong kemasukan microSDHC sehingga kapasiti 16Gb
  • Teknologi ‘Accelerometer’ untuk memutar skrin secara automatik
  • Jek audio ‘standard’ 3.5mm (mampu menerima lain-lain jenama ‘headphone’)
  • TV-Out port, Rakaman video VGA sehingga 30fps
  • Tidak terlalu lebar dan besar. Lebihkurang saiz SonyEricsson W960.
  • Kemudahan ‘Kick-Stand’ yang memudahkan tontonan video walaupun pertama kali diperkenalkan
  • ‘Speaker’ yang kuat. Lebih kuat dari N95, N95-8Gb, E70, E71 dan N82

Kelemahan Nokia N96

  • Antaramuka (UI) yang kurang responsif dan lambat (lembab)
  • Selalu ‘hang’, ‘freeze’, ‘backlight’ tidak marak (menyala) dan ‘re-start’ sendiri.
  • Kualiti pembuatan (build Quality) yang bermasalah, lebih-lebih lagi kepada ‘sliding mechanism’ yang kurang lancar
  • Fungsi DVB-H yang masih belum boleh digunakan di Malaysia
  • Tidak sesuai untuk kegunaan kaum perempuan memandangkan saiznya yang ‘agak besar’. Ia lebih sesuai untuk pengguna lelaki
  • RAM yang tinggi (128Mb) tetapi kurang efisyen kerana CPU kurang berkuasa (ARM processor 264Mhz)
  • Hanya 1 permainan dibekalkan (berbanding pesaingnya Samsung i8510 yang membekalkan 2 permainan)
  • Bateri yang lemah – sukar bertahan selama 48jam
  • Lensa kamera tidak berpenutup
  • Tidak disediakan perisian ‘Office Editing’ – Ini memaksa pengguna membeli perisian yang asli
  • Butang kamera dan slot microSD yang bermasalah – sukar untuk menggunakannya
  • Harga mahal yang tidak munasabah – RM3,339.00 (Zitron) / RM2400+ (AP) berbanding sebuah LAPTOP masa kini.
  • Tidak dapat dicas terus melalui kabel USB (pada komputer)
  • ‘Navi-Wheel’ tidak secekap N81

n96-ergonomik

ERGONOMIK

Dimensi telefon ini agak lebar, jadi kurang selesa untuk mereka yang mempunyai saiz tapak tangan kecil (terutama wanita). Saiznya (103 x 55 x 18 mm) lebihkurang besar Sony Ericsson W960 saya (Sony Ericsson P1i juga boleh dijadikan perbandingan). Ia berbentuk gelongsor (sliding-form) dan oleh sebab itu ia sedikit tebal. Satu perkara yang kurang saya senangi adalah ia mengambil rupabentuk N81 sebagai rujukan. Ini menyebabkan prestij menggunakan N96 ‘terasa kurang’ – kadang-kadang orang kiri-kanan akan meneka anda sedang menggunakan N81.

Kawasan ‘butang kawalan’ yang terdapat pada bawah skrin adalah kurang selesa, lebih-lebih lagi butang ‘menu’ dan ‘c’ (cancel) kerana bersaiz kecil. Kedudukan butang ‘menu’ dan ‘c’ hanya tidak bermasalah apabila ‘sliding’ diaktifkan dan keypad penuh dikeluarkan. Butang kawalan multimedia terletak pada sekeliling ‘D-PAD’ telefon ini. Keypad N96 adalah lebar dan besar – jadi anda akan berasa selesa menggunakannya. Tiada masalah apabila saya menaip sms dengan keypad N96.

Kualiti pembuatan (Build Quality) menjadi isu besar disini. Selain meniru rupabentuk N81, saya dapati ‘sliding mchanism’ N96 tidak selancar Samsung i450 atau Nokia E66. Walaupun ‘design’ N96 cantik, namun sebaik sahaja anda memegangnya – anda akan terasa ‘murah’ (cheap looking) berbanding telefon lain. Sepatutnya pada harga tinggi, ia mestilah berada pada tahap kualiti Apple Iphone, Samsung Innov8 atau Omnia yang menggunakan material kaca dan logam dalam pembuatannya.

Terdapat slot-slot kad memori, jek-audio 3.5mm, micro-USB, butang kamera, ‘volume rocker’, ‘on-off button’, butang kunci dan jek pengecas disekeliling telefon ini. Jek audio 3.5mm berada disebelah atas telefon dan ini sangat memudahkan pengguna. Anda boleh menggunakan hampir apa sahaja jenama ‘headphone’ yang terjual di pasaran pada telefon ini. Walaubagaimanapun, saya merasakan sepatutnya slot micro-USB telefon ini di tutup (seperti penahan getah pada lain-lain model telefon) supaya tidak dimasuki habuk. Begitu juga dengan lensa kamera yang tidak berpenutup. Ini menyebabkan ia mudah calar.

Dibahagian belakang telefon terdapat lensa Carl-Zeiss 5.0 Mpix, Dual-light flash, kick-stand dan picu-keselamatan untuk membuka penutup belakang. Corak jalur-jalur pada belakang telefon membuatkan ianya cantik.

Apabila memegang N96, anda akan mengomel (atau ‘frust’) kerana terdapat ‘squeak’ atau ‘longgar’ dan tidak ‘solid’. Ia tidak seperti pengalaman pertama anda menggenggam Nokia E66. Telefon ini juga agak berat bagi sesetengah pengguna. Skrin N96 sangat besar (2.8inci) dan terang – lebih terang dari N82.

AUDIO DAN VISUAL

Skrin N96 berkeadaan menegak pada resolusi 240 x 320 pixel dengan saiz 2.8 inci. Ianya terang dan jelas. Tiada kesulitan untuk menatapnya walau dibawah cahaya matahari yang terik. Skrin N96 adalah rata dengan permukaan bingkai telefon ini. Teknologi skrin menggunakan TFT (Thin Film Transistor) dan memaparkan sehingga 16 juta warna.

‘Kick-Stand’ yang diperkenalkan untuk pertama kali tidak mengecewakan anda. Dengan ‘stereo-sound speaker’ yang terdapat pada sisi kanan (atas dan bawah), kedua-dua ciri ini akan membuatkan anda selesa menonton video pada Nokia N96. Apabila kick-stand diaktifkan, telefon akan berubah kepada bentuk mendatar dan kedua-dua speaker akan berada diatas. Speaker N96 sangat kuat dan ia setanding (sebanding) dengan Nokia N73.

Multimedia menu, speaker dan video – Ini merupakan salah satu sebab untuk memiliki Nokia N96. Tiada masalah apabila saya menonton video Mp4 (320×240 pada 29.90 fps) yang saya tukarkan dari sekeping dvd. Pergerakannya lancar dengan bunyi yang kuat.

TEKNOLOGI

Nokia N96 adalah telefon berteknologi tinggi dan spesifikasinya adalah seperti berikut:

  • OS Symbian 9.3 pada platform S60 3rd Edition (Feature Pack 2)
  • 16Gb internal flash-memory, menyokong kad microSD (TransFlash), sehingga 16GB
  • CPU ‘ARM 9’ – 264Mhz (Dual CPU) dengan RAM 128 MB SDRAM
  • Teknologi DVB-H untuk mengakses saluran televisyen
  • WiFi b/g (UPnP) dengan Browser (Web) yang menyokong penuh plug-in FLASH / Youtube
  • Kamera Carl-Zeiss 5.0 Megapixel dengan autofocus dan kebolehan merakam video sehingga 30 fps (fame-per-second)
  • GPS-Receiver/A-GPS, Wi-Fi 802.11 b/g, Infrared, Bluetooth versi 2.0 dengan sokongan A2DP
  • Skrin yang besar (2.8 inci) dengan ‘Kick-Stand’ yang baik untuk menonton video.
  • DUAL-SLIDE design – tolak ke bawah untuk butang kawalan multimedia (dan game).

n96-osdanperisian

OPERATING SYSTEM DAN PERISIAN

Telefon N96 dikuasakan dengan Sistem Operasi Symbian versi 9.3 pada platform S60 3.2 (atau S60-3rd Edition Feature Pack 2). S60 3.2 menghasilkan ‘transition’ yang sangat menarik. Peningkatan yang jelas seperti ‘standby-screen‘ yang boleh diubah kepada bentuk ‘vertical‘, ‘task-manager’ yang mendatar dan tiga unit ‘options’ pada skrin (yang berinteraksi dengan soft-menu kiri-kanan dan butang tengah) seperti telefon N79/N85/Samsung INNOV8/i7110 terdapat pada N96 ini.

Perisian NGAGE 2.0 turut dilengkapkan. Saya juga telah mencuba pelbagai perisian dan game untuk S60-3rd dan kebanyakkannya boleh dipasang pada N96. Perisian yang telah dicuba termasuklah SmartMovie 4, Calcium, Kamus Inggeris-Melayu, Active File, Y-Browser, MediaSafe dan game Psarakia. Namun fungsi ‘MobileTV’ yang terdapat pada telefon ini GAGAL berfungsi disebabkan kad sim CELCOM. Celcom bukan masalah kepada fungsi ini tetapi kemudahan tv berteknologi DVB-H masih belum lagi dilaksanakan di Malaysia. Hanya UMobile dan Maxis sahaja dalam percubaan untuk DVB-H Malaysia.

Berbeza dengan UHF/VHF (Free Air-TV) yang terdapat pada kebanyakkan telefon ‘Made In China’, teknologi DVB-H menggunakan ‘network line’ sebagai ‘carrier’ saluran televisyen. Selagi ‘telco’ tidak menyediakan perkhidmatan ini, selagi itulah kita tidak akan menikmati saluran tv pada N96.

Isu utama yang menyelubungi saya ketika mencuba telefon ini ialah – sepatutnya ia dipasang Symbian 9.2/S60 3.1 dan bukannya S60 3.2. Saya mendapati kelancaran UI (User-Interface) pada telefon ini tidak lancar, lembab dan ini menyebabkan saya sakit kepala. Kelembapan UI N96 kadang-kadang menyebabkan saya ingin ‘membaling’ telefon ini terus ke lantai. Ia benar-benar tidak responsif seperti N79/N85 dan Samsung Innov8 yang telah saya cuba sebelumnya.

Kepada sesiapa yang memiliki atau ingin membeli N96 – saya nasihatkan supaya UPGRADE FIRMWARE telefon ini dahulu sebelum anda juga sakit kepala seperti saya.

Prestasi/Dayaguna (Performance) N96 adalah tersangat jauh kebelakang berbanding Nokia N95-8Gb. Jika anda memiliki N95-8Gb dan bercadang untuk bertukar kepada N96 – saya cadangkan TUNGGU dan NANTI DULU atau anda akan menyesal. Saya berharap dalam bulan April 2009 ini, isu FIRMWARE N96 akan selesai.

Hanya satu game N-GAGE 2.0 dibekalkan secara penuh (full-version) dan kalau tidak silap saya – EA Mobile Tetris. Yang lain (sembilan lagi game) adalah dalam keadaan ‘Demo-Version’ dan anda terpaksa membelinya dengan harga premium. Ini menyebabkan saya tidak dapat berkompromi dengan N96 dan sentiasa membandingkannya dengan Samsung INNOV8. Ini kerana INNOV8 dipasang dengan 2-game bermutu tinggi iaitu Gameloft Asphalt4 dan EA FIFA 08. Sepatutnya dengan harga N96 yang mahal – ia mestilah dibekalkan dengan sekurang-kurangnya 3 game bermutu-tinggi.

n96-features

‘FEATURES’, MEDIA DAN BATERI

Kamera N96 – Lensa Carl-Zeiss 5.0Mpix sangat baik. Namun kualiti gambarnya tidaklah setanding dengan Nokia N82 lebih-lebih lagi dalam keadaan cahaya bilik. Mungkin Nokia perlu memasukkan ‘Xenon Flash’ seperti yang terdapat pada N82. Jika anda menggunakan N96 sebagai kamera utama anda – maka anda akan kecewa kerana ia tidaklah sebaik N82 atau Samsung G810. Jika dibandingkan dengan N95, jelas menunjukkan kualiti foto yang diambil dengan kamera N96 kurang bermutu. Kemudahan ‘autofocus’ sangat tidak memuaskan kerana butang kamera N96 tidak memberikan kerjasama yang sepatutnya. Satu perkara yang baik – kualiti rakaman video dengan 30fps sangat mengujakan saya.

WiFi, Bluetooth 2.0 (dengan A2DP) dan USB 2.0 – Ciri-ciri ini sangat membantu dalam pemindahan data, baik dari internet mahupun dari komputer. Saya secara peribadi sukakan ‘web browser’ yang dibekalkan kerana ia menyokong plug-in FLASH pada laman web.

Bateri – Apabila anda mula-mula membeli N96, tolonglah cas telefon ini (dan matikannya sebelum cas) selama sekurang-kurangnya 8 jam. Ini sangat membantu anda untuk mengekalkan kuasanya. Pada hari-hari berikutnya, bateri N96 cuma perlu dicas lebihlkurang selama 2 jam sahaja. Nokia N96 menggunakan bateri BL-5F dengan kekuatan 950mAh (Nokia E71 & E90 menggunakan bateri 1500mAh). Ini adalah isu besar kerana bateri ini hanya membekalkan kuasa satu hari sahaja (kadang-kadang kurang!). Dalam 2 hari pemakaian N96, saya terpaksa mengecasnya 2 kali sehari dengan mengambilkira 10 kali panggilan (dalam 3 minit satu panggilan), 10 kali sms, 5 kali MMS, WiFi selama 2 jam, memainkan mp3 selama 2 jam dan merakam video dalam 30 minit. Sepatutnya Nokia perlu belajar dari model E71 yang baterinya mampu bertahan selama 4 hari.

Media – Telefon ini mampu memainkan kebanyakkan media bunyi dan video. Untuk memainkan MPEG, DIVX/VXID dan FLV, saya memasang perisian CorePlayer 1.30 kedalam N96.

FM Radio dan GPS – N96 dibekalkan dengan fungsi FM-Radio (dengan RDS) dan ia bertindak cemerlang. Begitu juga dengan GPS yang dibekalkan. Kedua-dua perisian GoogleMaps dan NokiaMaps berfungsi dengan baik. Ia mengecam dan mengunci (lock) signal satelit dengan  cepat dan baik.

Kepada ‘pakar-pakar’ Symbian diluar sana, saya terpaksa menyiarkan berita buruk untuk anda – Nokia N96 TIDAK BOLEH DI’HACK’ sama-sekali. Dengan itu kebanyakkan software/games terpaksa dibeli secara ‘original’ untuk N96.

Nokia N96 dilengkapkan dengan ‘Accelerometer’ dan ‘multimedia button’ khas seperti N82.

belimeter-n96ADLIAYOB – ‘BELIMETER

Pada harga antara RM 2,400 hingga RM 3,300 – saya merasakan harga ini tidak masuk akal dan  amat mahal untuk sebuah telefon bimbit. Walaupun ada segelintir masyarakat yang MAMPU untuk memiliki telefon ini, namun kelemahan OS yang selalu menyebabkan ia ‘hang’, ‘restart’ dan lain-lain penyakit menyebabkan saya mengelak untuk membeli telefon ini. Kegunaan asas sebuah telefon masakini adalah untuk mendail (memanggil), SMS, MMS dan galeri (video, gambar dan MP3) namun Nokia N96 GAGAL untuk menjalankan fungsi asas ini dengan cemerlang.

Dalam masa 2 hari menggunakannya, saya mengalami masalah ‘hang’ tiga kali, ‘restart’ dua kali dan ‘backlight’ tidak menyala 3 kali. Ini memaksa saya mengeluarkan bateri secara manual (buka casing belakang dan cabut bateri) dan kemudian memasukkannya kembali. Jadi dalam masa 2 hari, saya telah mengulangi proses cabut bateri sebanyak 8 kali.

Saya juga mengalami masalah ‘menerima panggilan’ dan ‘membuka sms’ (ia akan PEGUN (freeze)) apabila saya memainkan lebih dua perisian (atau game) serentak pada telefon ini. Dan apabila saya memuatkan 500 lagu MP3 pada ‘flash-memory’ 16Gb – saya terpaksa menunggu lebih 10 minit untuk ia ‘loading’ dan memasukkan lagu dalam ‘playlist’. Begitu juga apabila saya banyak menangkap gambar – sekali lagi masalah ‘loading’ saya temui dalam ‘galeri’ dan menunggu lebihkurang 7 minit untuk memaparkan kesemua gambar-gambar. Masalah ini sangat kritikal kerana ia boleh memalukan seseorang. Bayangkan seorang kontraktor ingin menunjukkan ‘progress’ kerja harian di ‘site’ tatkala ‘meeting’ dengan ‘bos’nya – semestinya maruah beliau akan jatuh gara-gara menunggu ‘loading’ gambar-gambar pada skrin N96 yang tak pernah siap! Saya pun seperti kontraktor ini – akan terus MENCABUT bateri telefon kerana memikirkan ianya ‘hang’ atau terus CABUT lari gara-gara takut kena maki oleh bos.

Saya juga menghadapi masalah untuk menekan ‘butang khas kamera’ untuk merakam gambar. Butang kameranya tidak begitu baik sehingga sukar untuk menggunakan ‘autofocus’. Selain butang kamera, slot microSD juga memberikan masalah kerana saya sukar mengeluarkan kad.

Keseluruhannya telefon ini KURANG BERBALOI untuk dimiliki berbanding pesaing terdekatnya iaitu NOKIA N95-8Gb atau SAMSUNG INNOV8. Dalam segala aspek, (termasuk TV dvb-h) yang tidak boleh digunakan di Malaysia, telefon ini KALAH dengan kedua-dua pesaingnya.

Saya mengisytiharkan Nokia N96 ‘KURANG-BERBALOI’ dengan markah 5/10 pada telefon ini (pada perkiraan ‘ratio’ antara harga, kualiti pembuatan, aksesori, perisian dan mesra-pengguna).

Nota: Sedikit penerangan mengenai Ratio ‘Belimeter’ Blog Symbian Malaysia – Saya akan berikan markah yang sedikit untuk sesebuah model jika harganya mahal tetapi kemudahan yang disediakan kurang baik atau tidak berbaloi untuk pembelian. Contohnya perbandingan E71 (markah: 8/10) dengan Nokia N96 (markah: 5/10).

AWAS! - Nokia N96 tiruan sudah dijual di pasaran sekarang. Hati-hati dengan pembelian anda.

AWAS! - Nokia N96 tiruan sudah dijual di pasaran sekarang. Hati-hati dengan pembelian anda.

Nota: Mungkin apa yang tertulis di ruangan REVIEW N96 ini tidak berlaku kepada telefon baru anda. Seperti yang saya katakan awalnya – 3 daripada 4 Nokia N96 yang telah saya cuba bermasalah. Mungkin anda tergolong dalam kategori 1/4 yang bertuah itu.

banner-anim0

Januari 22, 2009

Download: 2 Antivirus Percuma Di Internet

Filed under: Pindah-Turun (DOWNLOAD) — adliayob @ 5:06 pm

Berita baik untuk pengguna Symbian Versi 6.0/6.1/7.0/8.0/8.1 platform S60 yang berhadapan dengan masalah virus. Jika telefon anda dijangkiti oleh virus terutama BASELO.A (sejenis virus yang menghantar mms sex.mp3, love.rm & beauty.jpg) atau lain-lain virus, kini 2 antivirus telah diberikan secara percuma oleh pihak pengeluarnya.

Perisian pertama adalah Antivirus EXOVIRUSSTOP (Full Edition) dan yang kedua ialah FORTINET: FortiCleanUpTool yang boleh menghapuskan virus seperti Baselo.A, Comwarrior dan Hati-Hati.

Antivirus ini dicipta untuk Symbian 6/7/8 – S60 sahaja. Telefon Symbian 9.x (S60/UIQ) tiada kaitan dengan perisian ini.

exo02

exo03

Anda boleh pindah-turun (download) ‘installation-file’ untuk antivirus ini dengan menekan pautan dibawah:

Januari 20, 2009

Cakap-Cakap: Hati-hati Dengan Majalah Telefon

Filed under: Cakap-Cakap Symbian — adliayob @ 7:52 pm
Tags:

ering-malay01

Sebagai seorang yang bertanggungjawab untuk memastikan maklumat mengenai teknologi telefon bimbit disalurkan dengan tepat dan betul kepada masyarakat yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium komunikasi, maka pada Sabtu, 19 April 2008 yang lalu saya telah mengirim satu email kepada editor ‘Majalah ERING (Bahasa Melayu)’ dan menegur tentang pelbagai kesilapan tentang maklumat SYMBIAN yang terkandung didalam majalah tersebut. Kandungan email tersebut boleh dipindah-turun (download) diSINI.

Namun, bukan sekadar email saya di’tong-sampahkan’ dan tidak diendah, sekali lagi Majalah ERING (pada keluaran JANUARI 2009) telah melakukan KESILAPAN dalam penerbitan maklumat berkaitan SYMBIAN. Sebagai pihak yang menerbitkan Majalah ERING (Melayu), Syarikat EVERGREEN PUBLISHER SDN. BHD. secara ‘tidak gentlemen’ (atau dengan ‘baculnya’) TELAH MENGAKUI (pada muka surat 2) seperti yang tertera pada gambar: TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB terhadap sebarang kesilapan yang tidak disengajakan atau disengajakan. Jesteru, pihak editor Majalah Ering (Melayu) secara sedar dan tanpa PRIHATIN (peduli) DENGAN SENGAJA terus MEMPERBODOHKAN, MENGELIRUKAN dan TIDAK BERHATI PERUT melaporkan fakta, maklumat atau informasi tentang TEKNOLOGI (spesifik kepada Symbian) kepada khalayak ramai (pembaca majalah ini) dan langsung TIDAK BERFIKIR SECARA RASIONAL dimana suatu hari nanti maklumat yang dipaparkan akan diterimapakai seluruhnya dan MUNGKIN AKAN DIJADIKAN RUJUKAN atau SUKATAN PELAJARAN yang akan terus-menerus menyebabkan MALAYSIA AKAN KETINGGALAN dalam dunia IT, ICT, Teknologi dan Sistem Operasi.

Walaupun secara relatif, majalah ini dibaca oleh REMAJA di Malaysia, namun remaja tersebut akan menjadi DEWASA pada suatu hari nanti dan terus ‘memakai’ maklumat yang disediakan oleh majalah ini. Janganlah kita berfikir bahawa ini merupakan majalah picisan kerana mengikut data pengedaran ABC (Audit Bureau Of Circulation Malaysia) menunjukkan yang penjualan majalah ini sangat baik di pasaran semasa.

Blog Symbian Malaysia MENGUTUK kesilapan maklumat TERUS-MENERUS oleh Majalah ini sejak ianya diterbitkan dan MEMANDANG SERIUS terhadap IMPAKNYA terhadap halatuju negara untuk menjadi negara maju pada TAHUN 2020 nanti.

Berikut merupakan sedikit petikan dari email saya kepada EDITOR MAJALAH ERING pada 19 April 2008 lalu:

“Tindakan Majalah Ering dalam memberikan laporan yang tidak terperinci dan salah mengenai Symbian boleh mengelirukan para pembaca seterusnya mengganggu jualan model Symbian di Malaysia. Ini secara langsung menggugat ekosistem Symbian dan bakal menyebabkan model-model Symbian tidak akan dijual di Malaysia contohnya seperti Nokia N92, LG KS10 Joy dan Samsung i560.

Para pengeluar kini semakin bijak untuk menilai pasaran ‘SmartPhones’ dan sentiasa berpendapat bahawa Malaysia merupakan negara yang ‘tidak sesuai’ untuk pelancaran model-model tertentu disebabkan orang-orang Malaysia sendiri yang agak terkebelakang dalam pengetahuan SmartPhones terutama SYMBIAN.
Majalah Ering dilihat selaku medium pendidikan rakyat Malaysia perlu memberikan maklumat sebenar mengenai sistem operasi telefon sesuai dengan tagline ‘Majalah Telefon BM no 1 didunia’. Janganlah kita berbangga dengan kehadiran MSC di Malaysia sebagai HUB Multimedia Asia Tenggara sedangkan rakyat Malaysia itu sendiri ‘kosong’ dalam pengetahuan teknologi.”

Oleh itu, saya merayu kepada pembaca Blog Symbian Malaysia agar BERHATI-HATI dengan sebarang pembacaan teknologi lebih-lebih lagi dari majalah yang diterbitkan oleh golongan TIDAK PROFESSIONAL seperti Majalah ERING (Melayu) ini.

Semoga editor Majalah ERING (Melayu) mendapat sedikit pengajaran dari teguran ini dan terus memperbaiki kandungannya dimasa hadapan.

Januari 18, 2009

Review – Nokia 5800 XM (S60-5th Edition)

Filed under: Prapandang (Reviews) — adliayob @ 7:02 pm
Tags: , ,

5800-twu

Minggu ini saya bagi anugerah peribadi kepada telefon Nokia 5800 XpressMusic kerana sejak pelancarannya pada 10 Januari lepas, hampir semua kedai-kedai telefon di Malaysia telah kehabisan stok kerana permintaan terhadap permintaan telefon ini amat luar biasa sekali. Dan seperti biasa, rakyat Malaysia yang membeli telefon ini TIDAK TAHU LANGSUNG atau AMBIL PEDULI tentang OS telefon ini iaitu Symbian 9.4 Platform S60 5th Edition.

Saya mengucapkan terima kasih kepada FIRST ONE MOBILE SHOP @ Giant, Tawau kerana membenarkan saya untuk membuat review (mini) telefon ini. First One Mobile Shop menjual telefon ini dengan harga RM 1,450.00 (Zitron set). Ini merupakan berita baik untuk penduduk Tawau yang mahukan telefon ‘touch-screen’ dengan harga separuh berbanding Apple Iphone-3G (sekitar RM3,200).

PRO DAN KONTRA

Kelebihan Nokia 5800 XM:

  • Skrin – 3.2″ 16M-color TFT LCD 16:9 touchscreen display (360 x 640 pixels)
  • Sangat responsif: Ada sedikit getaran kecil bila menekan butang (haptic feedback), maka tidaklah terasa seperti menekan kaca
  • Symbian S60 5th edition (membenarkan pemasangan perisian pihak ke-tiga)
  • CPU & RAM berkuasa tinggi: ARM 11 369 MHz CPU, 128 MB of SDRAM memory
  • Kamera autofokus Carl-Zeiss 3.2 megapixel dengan ‘dual-LED flash’
  • VGA video recording at 30fps
  • Penyambungan data GPS, HSDPA (3.5G) dan Wi-Fi
  • Menerima kad memori berkapasiti besar (sehingga 16Gb). Kad microSD 8GB dibekalkan dalam kotak.
  • TV out & FM radio (dengan RDS)
  • Port penyambungan AUDIO 3.5mm (anda boleh menggunakan HEADPHONE anda sendiri!)
  • Kualiti audio yang baik
  • Keyboard QWERTY penuh (dalam keadaan mendatar)
  • Accelerometer sensor: Untuk penukaran automatik skrin dan berfungsi dalam mod permainan
  • Harga yang SANGAT SESUAI – tidaklah mahal sangat

Kelemahan Nokia 5800 XM:

  • Perisian Symbian pihak ke-tiga yang tidak banyak (setakat ini)
  • UI: Berbanding dengan S60 3rd Edition, telefon ini agak sukar dikendalikan (kekok sedikit)
  • Respon ‘touchscreen’ boleh diperbaiki (tidaklah sangat bagus berbanding lain-lain pengeluar)
  • Tiada ‘Smart-Dialing’ – Ini agak menyukarkan kepada mereka yang telah biasa dengan S60
  • Kualiti penggambaran yang kurang baik berbanding Nokia N73
  • ‘Feature’ Web Browser yang kurang baik berbanding dengan Opera pada Symbian UIQ3
  • Tidak boleh mengubahsuai (edit) dokumen Microsoft Office – Hanya baca sahaja
  • Tidak boleh dicas terus dari USB (tidak seperti telefon Symbian Samsung)

ERGONOMIK.

Saiz telefon ini lebihkurang sebesar Nokia N82 (lihat gambar) dan ianya tidaklah terlalu besar atau kecil. Ia agak tipis berbanding N82. Ia tidaklah berat berbanding dengan Nokia E71. Skrinnya sangat cerah (dalam cahaya ‘bilik’) tetapi kurang terang apabila diluar (dalam cahaya matahari yang kuat). Dengan keadaan dimensi yang sebegini, ia sangat selesa dalam genggaman. Terdapat 2 warna utama pada telefon ini untuk pilihan anda iaitu BIRU dan MERAH. Apa yang menarik adalah ia didatangkan dengan aksesori lengkap (seperti TV-out cable, 3.5mm handsfree, ‘stand’, extra stylus, plectrum dan lain-lain) didalam kotak.

Terdapat 4 butang sahaja pada luaran telefon ini iaitu ‘Call Button’, ‘End-Call Button’, ‘Menu Button’ dan ‘XpressMusic Button (berada pada sudut kanan sebelah atas skrin)’. Butang kamera berada pada sisi kanannya. Skrin 5800 agak luas dan panjang dengan resolusi 360 x 640 (16:9 aspec ratio) dan membenarkan video berkualiti HD dimainkan. Apabila anda mendail nombor, skrin akan berubah kepada ‘virtual-keypad’ dan ia sungguh besar dan selesa (sekurang-kurangnya dengan jari saya yang besar ini). Lain-lain ‘jack & port’ adalah baik. Namun ia bukanlah telefon ‘touchscreen’ yang sangat cantik yang pernah saya lihat. Jika dibandingkan dengan Samsung OMNIA atau Apple IPHONE 3G, Nokia 5800 tidaklah secantik mereka.

AUDIO DAN VISUAL

Speaker yang disediakan untuk 5800 agak kuat, tetapi tidaklah sekuat Nokia N73. Skrin yang besar pada telefon ini memberikan pengalaman multimedia yang luar biasa. Pertama kali apabila saya menyentuh telefon ini, saya terus mencuba video dan permainan (game) dan ia tidak mengecewakan saya. Sebuah filem pendek format DVD telah saya tukarkan kepada format MP4 WideScreen dan Nokia 5800 memainkan video ini tanpa masalah. Game ‘Global-Race’ yang tersedia juga telah saya cuba dan ia menyokong ‘accelerometer control‘ – dalam ertikata lain anda menggunakan badan telefon ini sebagai stereng kereta untuk mengawal kenderaan. Kualiti ‘earpiece’ telefon ini juga baik. Ia juga menyokong bluetooth A2DP untuk pengalaman stereo sebenar apabila mendengar lagu.

KAWALAN UI S60 5TH EDITION

Kepada yang sudah biasa dengan S60, anda akan berasa kekok untuk menggunakan telefon ini buat pertama kali. Telefon ini tidak boleh anda gunakan selasak Nokia N73 kerana ia tiada keypad yang sebenar. Semua butang kawalan adalah dalam bentuk maya (virtual) dan jika anda jenis kuat berpeluh (berkeringat) maka ia juga akan mengganggu keselesaan dan perbualan anda. Butiran habuk, tekanan (press) yang kecil dan lelehan peluh (atau air) akan mengaktifkan menu kawalan skrin. Jesteru anda perlu berhati-hati apabila menggunakannya.

UI baru ini juga tidak seperti UIQ3 dan anda akan memerlukan masa untuk membiasakannya. Dan anda perlu ‘DOUBLE-TAP’ (sama seperti double-click) pada komputer untuk memilih menu dan sub-menu.

PERISIAN

Saya telah mencuba beberapa tema (themes), games dan software yang diciptakan untuk S60 5th Edition. Perisian ‘touch-piano’ (seperti dalam gambar) juga telah saya cuba dan ia berkeadaan baik. Namun, berbanding dengan S60 dan UIQ, setakat ini perisian pihak ke-tiga sangatlah kurang dipasaran dan menyebabkan saya ‘tension’ kerana kebanyakkan perisian yang biasa saya gunakan masih belum di’port’ kepada S60 5th Edition.

KESIMPULAN

belimeter-5800Bateri untuk telefon ini (1320 mAh) sangat baik dan tahan (standby-mode) selama 3 hari. ‘Multimedia-Panel’ (Sebagai shortcut) yang disediakan pada butang khas ‘XPressMusic Button’ memberikan kemudahan untuk mengakses media. Sebenarnya saya tidak berpuas hati kerana memegang dan mencuba telefon ini dalam keadaan 15minit sahaja. Mungkin saya akan membuat FULL REVIEW jika saya berpeluang menggunakannya selama 2 hari nanti. Setakat ini saya memberikan markah 7/10 (berbaloi) terhadap telefon ini memandangkan harganya yang sangat berpatutan.

banner-anim0

iklan-symbianku

Januari 14, 2009

Symbian 101: Bagaimana Menulis Perisian Symbian? Satu Pengenalan.

Filed under: Tutorial Symbian — adliayob @ 6:25 pm
Tags: , ,

symbian101-a

Tahun 2009 ini, seperti yang telah saya janjikan, saya akan berkongsi tentang cara-cara untuk mencipta perisian Symbian untuk platform S60 dan UIQ. Sebenarnya, ini adalah hasrat terbesar saya dan ia amatlah susah untuk dipersembahkan kepada umum lebih-lebih lagi dalam gaya penulisan Bahasa Melayu. Untuk itu, jika ada istilah teknikal yang wujud dalam artikel ini dan selanjutnya – maka saya terpaksa menggunakan istilah asli ‘ENGLISH’ kerana kita sedia maklum, bahasa pengaturcaraan c++, Microsoft Visual Studio, Carbide C++, Phyton, Ruby, SDK dan CodeWarrior semuanya ‘in English’.

Sebelum saya meneruskan artikel ini, anda diminta jangan risau tentang perkataan ganjil yang tertera diatas. Itu hanyalah sebagai perkakas (atau tools) untuk anda memulakan penulisan perisian Symbian anda sendiri.

Untuk permulaan, kita akan membicarakan tentang ‘Symbian-Programming’ mengikut tajuk-tajuk seperti yang tertera dibawah ini:

  1. Symbian 101: Bagaimana Menulis Perisian Symbian? Satu Pengenalan.
  2. Symbian 101: Smartphone dan Syarikat Symbian.
  3. Symbian 101: Pengenalan Antaramuka Platform (UI Platform Overview).
  4. Symbian 101: Sinopsis Sistem Operasi Symbian (Symbian OS Overview).
  5. Symbian 101: Membangunkan Perisian untuk OS Symbian (Developing for Symbian OS).
  6. Symbian 101: Komuniti Pembangun Perisian (Community).
  7. Symbian 101: Sumber Rujukan Yang Dicadangkan (Recommended Literature).

Setelah anda meneliti semua 7 sub-tajuk yang tertera, mungkin anda berminat dan teruja atau mungkin juga anda berasa ‘lemah-gemalai’ atau longlai kerana ia mungkin akan diterbitkan dengan panjang berjela-jela dengan abstrak, topik perbincangan, kupasan dan istilah yang meningkatkan kadar ‘migrain’ di kepala anda!

YA! tepat sekali jangkaan anda! Artikel-artikel yang akan dibincangkan selepas ini sememangnya teknikal, panjang, penuh teori, praktikal, pindah-turun (download) yang memakan masa dan bill, pandangan, perbincangan, contoh kod-sumber dan lain-lain sehingga menyebabkan anda tidak mahu menjadi owner kepada Blog Symbian Malaysia!

Jika berat anda rasakan, percayalah… berat lagi tanggungjawab saya untuk menerbitkannya! Tetapi, demi maruah bangsa melayu pada masa hadapan dalam mendepani teknologi telefon bimbit – maka saya bersedia menghabiskan masa, tenaga dan duit-ringgit saya (bayangkanlah jika secawan teh-tarik sekarang pun dah RM1.50 dan belum masuk lagi cas elektrik sejam RM2.00 di kedai mamak ni) untuk anda dengan harapan suatu hari nanti akan lahir seorang GENIUS pembangun perisian Symbian berbangsa Melayu dan menghasilkan perisian peringkat antarabangsa!

Mengapa Menulis Perisian Symbian?

Symbian merupakan syarikat yang menghasilkan Sistem Operasi SYMBIAN yang digunapakai oleh 5 syarikat pengeluar telefon bimbit di dunia. Syarikat-syarikat tersebut adalah Nokia, Samsung, Sony Ericsson, Motorola dan LG.

Dalam dunia telekomunikasi yang sentiasa menghadapi persaingan, Sistem Operasi Symbian telah dicabar oleh lain-lain pengeluar yang menghasilkan Sistem Operasi Windows Mobile, Palm, BlackBerry, Mac-OSX, Linux dan yang terbaru Android. Jika di Amerika Syarikat, Windows Mobile, BlackBerry dan MAC-OSX mendominasi pasaran semasa telefon manakala Symbian berada ditangga bawah. Symbian bukanlah pilihan di Amerika Syarikat (walaupun NOKIA agak popular juga disana!). Walaubagaimanapun, dikawasan lain didunia, Sistem Operasi Symbian tetap menjadi pilihan teratas pengguna telefon Bimbit.

Senario Symbian di Eropah.

Selaku tempat lahir Symbian, Eropah merupakan ‘testbed’, ‘incubator’ dan pasaran utama produk Symbian. Bermula dengan syarikat Psion yang menghasilkan EPOC, gergasi telekomunikasi dunia seperti Ericsson, Nokia, Siemens dan Sendo telah berganding tenaga untuk melahirkan Sistem Operasi Symbian.

Di Eropah, masyarakatnya berpendidikan tinggi sesuai dengan status negara maju yang dimiliki. Tidak seperti tempat lain yang mengutamakan jenama telefon, penduduk Eropah lebih mengutamakan OS (Sistem Operasi) dalam pemilihan sebarang alat elektronik. Maka apabila SENDO memperkenalkan telefon Symbian mereka sekitar tahun 2003 (pada ketika itu dikuasakan dengan Symbian versi 6.x) – dengan mudah syarikat ini meraih keuntungan yang tinggi. Eropah juga merupakan tempat lahir UIQ – satu cabang platform utama Symbian.

Kini, kebanyakkan penduduk Eropah lebih menyokong Symbian berbanding dengan OS yang lain. Di Finland, syarikat Nokia merupakan salah satu pembayar cukai terbesar dan penyumbang pembangunan negara. Di Sweden, rata-rata penduduknya kenal dengan Ericsson, Sony-Ericsson dan UIQ. Manakala ditempat lain seperti Itali dan Russia, negara-negara ini kerap dipilih sebagai tempat pelancaran produk Symbian terbaru. Sebagai contoh Samsung i400 mula diperkenalkan di Russia pada tahun 2005 sebelum ia dilancarkan ke bahagian lain dunia.

Penjualan perisian dan games untuk Symbian adalah sangat memberangsangkan dan rata-rata kedai telefon menawarkan perkhidmatan ‘upgrade’ perisian/games tanpa banyak kerenah (ini ada kaitan dengan system VAT di Eropah). Komuniti, foum-online, ‘gathering’, seminar dan ‘talk-show’ tentang Symbian kerap diadakan. Malah kebanyakkan kolej dan universiti di Eropah telah menawarkan subjek pengaturcaraan Symbian kepada sesiapa yang berminat.

Senario Symbian di Jepun.

Jepun merupakan tempat ke-dua selepas Eropah yang ‘fanatik’ Symbian. Disokong penuh oleh NTT DOCOMO selaku telco dan pembangun Symbian, ia telah menerbitkan satu konsortium yang amat besar dan dikenali sebagai FOMA. Melalui platform FOMA, syarikat-syarikat terkemuka seperti Fujitsu, Sharp, Sony-Ericsson dan Mitsubishi kerap mengeluarkan telefon berteknologi tinggi berasaskan Symbian.

Teknologi ‘premium’ seperti penggabungan kamera lensa ‘CCD’ dan spektrum 3.5G dibangunkan dengan awal di Jepun dengan Symbian sebelum ia diimplementasikan ke syarikat Nokia, Samsung, Panasonic, Siemens, LG, Arima dan Lenovo.

Lihat sahaja filem ‘Tokyo Drift’ yang memaparkan kegilaan perlumbaan kereta di Jepun – dan perhatikan telefon yang mereka gunakan – semuanya adalah ‘FOMA Symbian’ yang teknologinya entah bila akan sampai ke bumi Malaysia ini.

Rakyat jepun merupakan pengguna telefon bimbit yang menduduki ranking teratas dalam menukar telefon dalam seumur hidup mereka. Kadar penukaran telefon adalah 3 bulan sekali. Disebabkan faktor ini, pembangun FOMA akan sentiasa mencari teknologi baru untuk diimplemenasikan pada Sistem Operasi Symbian. Maka model yang dihasilkan seterusnya akan lebih baik dari keluaran yang sebelumnya.

Symbian merupakan OS telefon nombor satu di Jepun. Tidak seorang pun yang terkecuali memiliki sekurang-kurangnya sebuah telefon FOMA (Symbian).

Senario Symbian di China.

Negara ini mengamalkan sistem komunis dalam politik mereka. Namun ini tidak menyebabkan mereka mundur atau terkebelakang dari segi teknologi telefon bimbit. Nokia, Sony Ericsson, Motorola dan Lenovo merupakan peneraju Symbian yang aktif di sini.

Sejak mula lagi, versi perisian dan games berbahasa cina dikeluarkan di China. Syarikat Symbian juga mempunyai cawangan pejabat rasmi di China dan ia juga kerap menganjurkan aktiviti akademik di kebanyakkan kampus dan fakulti universiti-universiti tempatan.

Pada hari ini Negara China merupakan kuasa kedua terbesar selepas Jepun dalam teknologi dan pembangunan aplikasi Symbian.

Symbian di lain-lain tempat di Asia.

Di India, komuniti Symbian agak besar dengan pembangun (programmer) yang ramai dan pintar. Begitu juga di Taiwan, Korea dan Hong Kong. Di tempat-tempat yang disebutkan ini Symbian merupakan ‘masa depan’ yang harus di eksploitasi sepenuhnya untuk mempertingkatkan ekonomi.

Begitu juga di Mesir, Jordan dan Iran – pembangun dan syarikat pengeluar perisian Symbian sangat banyak dan mereka mengkhusus untuk pembangunan perisian dalam Bahasa Arab.

Symbian di Asia Tenggara.

Symbian merupakan jenama atau nama yang aneh, ganjil dan tidak pernah didengar di wilayah ini. Bukan sahaja di Malaysia, malah di Filipina, Indonesia, Brunei, Laos, Vietnam dan Thailand juga terkebelakang dalam pembangunan Symbian.

Tidak seperti di Eropah, rakyat Asia Tenggara lebih mementingkan jenama (seperti NOKIA) dan kerap tersalah/tersilap dalam pembelian telefon bimbit. Yang paling menyedihkan sekali, terutamanya di Malaysia, kebanyakkan jurujual, pengedar dan kedai telefon langsung tidak memahami tentang Sistem Operasi dalam setiap gajet yang dijual. Cuba anda pergi ke mana-mana kedai telefon di Malaysia dan mintakan jurujual mengeluarkan hanya model Symbian di atas meja – mereka akan memberikan respon yang lambat dan kadang-kala menukarkan topik persoalan anda kepada model-model baru jenama terkemuka.

Kefahaman tentang teknologi dan Sistem Operasi telefon bimbit amat dangkal (shallow) di Malaysia sehinggakan sanggup ‘memperbodohkan’ pengguna dengan fakta-fakta tertentu demi menjayakan pembelian. Memang kita faham jika banyak kuantiti terjual maka banyaklah keuntungan yang dijanakan, tetapi pada saya yang terpenting adalah pendidikan dan kejujuran untuk berniaga dengan lebih lama lagi.

Sebenarnya inilah punca mengapa saya menerbitkan ‘Blog Symbian Malaysia’ di internet. Sesungguhnya saya tidak mahu masyarakat berketurunan melayu yang mendominasi Nusantara masih ketinggalan dalam teknologi.

Masa Depan Dalam Symbian.

Pada tahun lepas semua pemilik platform Symbian telah bersatu dalam penubuhan ‘Yayasan Symbian'(Symbian Foundation). Symbian Foundation akan mengeluarkan satu platform universal yang akan dikongsi dengan semua pengeluar produk Symbian. Ini bermakna dalam dua tahun lagi tidak kira apa jenama telefon anda – anda tetap menggunakan satu Sistem Operasi satu platform. Tiada lagi FOMA, S60 atau UIQ lagi.

Saya mengambil contoh syarikat INFINITE DREAMS yang sangat berjaya dan dipercayai oleh Symbian dan Nokia. Syarikat ini sebenarnya bermula dengan kecil dengan penghasilan satu permainan yang dikenali sebagai ‘SkyForce’. Tidak lama kemudian akibat dari permintaan yang tinggi pasaran, ia telah mengeluarkan lain-lain permainan seperti ‘SuperMiners’, ‘Explode Arena’, ‘SkyForce Reloaded’, ‘KRally’ dan yang terakhir – ‘Hook On: Creatures Of The Deep’.

Satu permainan yang dihasilkan oleh Infinite Dreams berharga antara USD 9.90 hingga USD 19.90 (RM 31.60 hingga RM 63.60). Setakat ini syarikat ini telah berjaya menjual lebih 200 ribu salinan perisian! Jika kita mencongak – jualan mereka adalah menghampiri 8 juta ringgit! Fakta inilah yang sebenarnya merubah Infinite Dreams menjadi salah satu ‘Gergasi Pembangun Permainan Symbian’ yang terkemuka di dunia. Kiraan ini belum termasuk dengan angka penjualan model Nokia N81 yang dilengkapkan sekali dengan permainan ‘Hook On: Creatures Of The Deep’ tadi.

Syarikat seperti Epocware, Gameloft, Astraware dan pembangun Antivirus juga tidak terkecuali mendapat faedah yang besar dalam Sistem Operasi ini.

Berbalik kepada masa depan Symbian, apabila semua kepakaran telah disatukan dibawah satu bumbung (Symbian Foundation) maka lebih banyak peluang akan terbuka untuk kita semua.

Dalam 4 tahun kebelakangan ini, saya melihat adanya potensi yang luas untuk pembangunan perisian Bahasa Melayu yang boleh dikomersilkan. Pandangan ini dikongsi bersama oleh seorang Ahli Parlimen (Yang Berhormat) iaitu YB. Tuan Hj. Salleh Kalbi yang menulis (dan memasukkan LINK Blog Symbian Malaysia) ke dalam Blog Minda Salleh Kalbi yang merupakan blog rasmi beliau. Apabila saya membaca topik Anda Insan Yang Berpotensi Besar!pada blog beliau baru-baru ini, saya amat terharu dengan pandangannya yang menjurus kepada pembangunan perisian telefon bimbit.

Jika seorang Yang Berhormat pun memandang serius pembangunan perisian telefon bimbit, apalah pula respon kita selaku rakyat di negara ini?

Saya penuh yakin jika kerajaan memberikan galakan untuk mencetuskan dan menyokong usaha pembangunan Symbian – maka Malaysia bakal menjadi pusat rujukan antarabangsa Symbian kerana negara ini penuh dengan pelbagai agama, bangsa dan budaya. Di Malaysia kita boleh menciptakan perisian dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Jerman, Korea, Jepun, India, Kadazan-Dusun, Iban, Portugis, Mandarin, Kantonis, Hakka, Arab dan lain-lain bahasa dunia kerana semua pakar bahasa-bahasa yang disebutkan ada di negara majmuk ini!

Syarikat terkemuka telefon bimbit seperti Nokia, Sony Ericsson, Samsung dan LG telahpun bertapak di negara ini. Cuma apa yang diperlukan adalah keyakinan, jatidiri dan semangat untuk memulakan sesuatu tanpa mengharapkan imbuhan. Inilah resepi untuk berjaya. Bak kata YB. Salleh Kalbi – J.K Rowling sewaktu menulis buku Harry Potter merupakan seorang penganggur dengan beban seorang anak yang masih menyusu!

Masa Depan Symbian di Malaysia.

Saya meletakkan tempoh dua tahun untuk rakyat Malaysia menjadi ‘separuh-matang’ dalam teknologi Symbian. Dan dalam tempoh dua tahun ini, saya yakin ada dua atau tiga syarikat pembangun perisian Symbian akan muncul dipersada dunia.

Artikel ini diterbitkan untuk anda memahami dan bersemangat untuk memulakan kajian tentang pembangunan Symbian. Ia juga selaku pemberitahuan tentang masa depan Symbian yang penuh gemilang. Anda tidak rugi jika membazirkan masa dua tahun demi pembangunan sebuah perisian – tetapi anda akan lebih rugi lagi apabila idea yang anda ada sekarang dicuri dan dibangunkan oleh orang lain yang lebih tekun dan rajin daripada anda yang akhirnya dia berjaya menjadi seorang jutawan!

Langkah Pertama Untuk Menulis Perisian Symbian.

Sebelum bermula, anda mestilah seorang yang memiliki telefon bimbit Symbian (tidak kira S60 atau UIQ). Selain itu, anda memiliki sebuah komputer dengan RAM yang tinggi (dicadangkan 2Gb) untuk proses penulisan perisian. Sistem Operasi yang dicadangkan untuk komputer anda adalah Windows XP.

Anda juga mestilah mahir dalam pencarian maklumat di Internet. Kelebihan dan latarbelakang dalam pengendalian bahasa pengaturcaraan C++ merupakan nilai tambah kepada anda. Anda juga mestilah sudah membiasakan diri dengan persekitaran orientasi objek (Object Oriented), Visual Studio dan Compiler.

Perisian Symbian agak mudah juga dibangunkan kerana telah dilengkapkan dengan SDK (Software Development Kit) dan Emulators. Proses ‘Symbian-Signing’ juga telah dipermudahkan.

Anda juga perlu mendaftar forum ‘developer’ seperti ‘Symbian Developer Forum’, ‘Forum Nokia’, ‘MotoDev’ atau ‘Samsung Developer Site’. Ini kerana komuniti pembangun Symbian berkumpul disini. Kepada yang sudah biasa dengan ‘open-source’ – ini akan memudahkan lagi proses pembangunan perisian anda. Sumber kod terbuka (bebas) untuk Symbian banyak terdapat di Internet.

Selain itu persediaan fizikal, ekonomi dan mental perlu seiring dalam pembangunan perisian Symbian. Jika anda membangunkan perisian (atau games) dalam kumpulan ia adalah satu usaha yang bijak dan baik. Pastikan salah seorang dalam kumpulan anda mempunyai latarbelakang ‘Multimedia’ untuk kemudahan penciptaan UI, Audio, Video dan Grafik.

Kita akan bersambung lagi dengan kupasan yang selanjutnya iaitu ‘Smartphone dan Syarikat Symbian’.

Sila sumbangkan artikel atau komen membina disini supaya kita benar-benar mendapat manafaat demi pembangunan produk Bahasa Melayu di pasaran kelak.

Januari 13, 2009

Kedai Symbian Kini Telah Dibuka!

Filed under: Berita Symbian,Cakap-Cakap Symbian — adliayob @ 11:34 pm

vivid-breeze

Alhamdulillah, setelah mengharungi masa panjang yang mencabar – unit INKUBATOR Blog Symbian Malaysia akhirnya berjaya mengeluarkan produk sulongnya iaitu CDROM UIQ3 POWER-USER (uiq3pu01) dan keterangan tentang produk ini ada disebelah kanan anda pada LAMAN KEDAI SYMBIAN.

Semenjak blog ini dilancarkan pada MEI 2008 yang lalu, BSM (Blog Symbian Malaysia) telah menerima komen-komen positif dan JUGA TEMPAHAN CDROM UIQ3 POWER-USER dari 5 orang pengunjung setia blog ini. Sesungguhnya kami berasa sangat terharu dengan respon yang anda berikan dan mengucapkan terima kasih kerana menjadi pengunjung setia blog ini.

Sebagai hadiah kepada kelima-lima pelanggan awal kami, kami menghadiahkan THEME UIQ3 ‘VIVID BREEZE’ kepada anda. SILA SEMAK EMAIL ANDA SEKARANG!

Walaupun peringkat awal ini – jumlah 5 tempahan CDROM ini adalah sangat kecil, tetapi kami yakin dengan sokongan anda masa hadapan blog ini akan terus bertambah maju.

Kepada pemilik telefon Symbian/UIQ3 sila lawati KEDAI SYMBIAN sekarang dan berikanlah sokongan terhadap usaha tempatan ini.


SHAH RUKH LAN -Moderator  Bagi Pihak Blog Symbian Malaysia

Create a free website or blog at WordPress.com.