Pada hari Ahad lalu, seorang rakan menelefon dan meminta saya ke Lahad Datu, Sabah. Sesampai sahaja saya ke sana, beliau menunjukkan NOKIA E71 yang baru dibelinya minggu lepas.
Geram juga saya kerana inilah sahabat yang satu masa lalu memakai Nokia N95 China dan N73. Selepas saya mengutuk beliau, cepat-cepat dia menukarkannya dengan Nokia E90 Communicator. Dan kini beliau membeli satu lagi telefon Symbian iaitu E71 ini. Banyak betul duit dia.
Berbalik kepada Nokia E71, berikut merupakan keputusan sessi prapandang (review) yang telah saya laksanakan dalam masa 2 hari.
..
PRO DAN KONTRA.
Kelebihan Telefon Nokia E71:
- WiFi b/g. Ini sudah sangat baik!
- Kandungan FLASH dapat dilayari dengan baik dengan ‘browser‘ yang tersedia.
- Bateri yang hebat! Ketahanan bateri melebihi 4 hari (dengan mengambilkira aktiviti bluetooth, wifi, muzik, video, sms dan panggilan).
- Kualiti pembuatan yang sangat baik, menggabungkan material logam dan plastik tahan lasak.
- Bersaiz kecil berbanding Nokia E61, lebih mirip kepada rekabentuk Blackberry dan tidak kelihatan seperti kalkulator.
- Kamera 3.2Mpix dengan ciri autofokus.
- Mampu menerima kad microSD berkapasiti 8Gb.
Kelemahan Telefon Nokia E71:
- Bersaiz lebar. Kurang sesuai utk tapak tangan kecil.
- Memerlukan 2 tangan ketika mengendalikan qwerty keypad untuk kelancaran menaip. Namun ini bukan satu isu untuk mereka yang biasa dengan qwerty keyboard.
- Lebih berat dari Sony Ericsson w960 saya kerana menggunakan material logam.
- Tiada butang khas untuk kamera.
- Mudah kotor dengan kesan cap jari.
- Tidak seperti model Symbian Samsung, E71 tidak dapat di cas dengan kabel USB apabila disambungkan dengan komputer.
ERGONOMIK.
Keypad E71 adalah kecil berbanding dengan E61 dan berkedudukan rapat. Namun ia selesa apabila digunakan. Terdapat butang SHIFT pada bahagian bawah sebelah kiri untuk menukar mod keypad. Saya dapati ia sesuai jika digunakan dengan 2 ibu jari, tetapi untuk menaip ala ‘keyboard laptop’ ia kurang baik kerana saiz kekunci yang kecil tadi.
Dimensi telefon ini agak lebar, jadi kurang selesa untuk mereka yang mempunyai saiz tapak tangan yang kecil. Ia sangat tipis – 11mm sahaja, cantik & berkilau kerana hampir 70% badannya diperbuat dengan material logam. Jadi kualiti pembuatannya sangat baik dan agak berat, lebih-lebih lagi di dalam poket seluar. Terdapat 8 bebutang pintas (options button) bersebelahan dengan D-Pad telefon ini. Antara butang pintasnya ialah ’email’ kerana telefon ini dikhususkan untuk segmen Enterprise (E-Series). Anda perlu setkan akaun email anda dan kemudian masuk ke ‘inbox’ anda melalui kemudahan ini.
Terdapat slot-slot kad memori, jek-audio 2.5, micro-USB dan jek pengecas disebelah sisi telefon ini. Disisi telefon ini juga terdapat ‘speaker-grill’, suis on/off, butang ‘mute’, ‘volume-rocker’ ‘batery-lock’ dan ‘infrared-port. Slot kad SIM terletak pada bahagian dalam, atas baterinya. Untuk mengeluarkan bateri, anda perlu menekan kedua-dua ‘batery-lock’untuk membuka penutup logam dibebelah belakang.
AUDIO DAN VISUAL.
Skrin E71 berkeadaan mendatar pada resolusi 320 x 240 dengan saiz 2.4 inci. Ianya terang dan jelas. Tiada kesulitan untuk menatapnya walau dibawah cahaya matahari yang terik. Skrin E71 adalah rata dengan permukaan bingkai telefon ini. Teknologi skrin menggunakan TFT (Thin Film Transistor) dan memaparkan sehingga 16 juta warna.
Speaker yang disediakan terletak pada bahagian atas telefon bersebelahan suis on/off. Walaupun kecil, saya dapati mutu bunyinya agak kuat dan jelas. Jika mutu bunyi N73 saya berikan markah 9.5/10 maka untuk E71 saya meletakkan nilai 7/10 pada ‘full-volume’. Walaupun kuat, namun saya rasakan ‘kurang’ kerana speaker E71 berkeadaan mono dan bukan stereo. Untuk mendapatkan mutu audio yang lebih baik, anda boleh menggunakan sebarang ‘earphone’ berkualiti kerana terdapat ‘2.5 audio jack‘ pada telefon ini. ‘Earpiece’ telefon ini terletak pada bahagian atas bersebelahan dengan logo Nokia. Kualiti ‘earpiece’ adalah baik dan anda boleh mengawal kejelasan dengan butang ‘volume-rocker’ pada sebelah sisi-kanan telefon. Kemudahan ‘hands-free’ pada speaker telefon ini juga agak baik.
TEKNOLOGI.
Nokia E71 dikuasakan dengan Sistem Operasi Symbian 9.2 pada platform S60-3rd Edition FP1 (3.1). Keistimewaan telefon ini terletak pada ciri-ciri berikut:
- 110 MB internal memory, microSD (TransFlash), sehingga 8GB
- CPU ARM 11 369 MHz dengan RAM 128 MB SDRAM
- GPS-Receiver/A-GPS, Wi-Fi 802.11 b/g, Infrared, Bluetooth versi 2.0 dengan sokongan A2DP
- 2 kamera, dibahagian depan untuk Video-Call dan 3.2Mpix Autofocus dibahagian belakang.
- FM Radio, Push-To-Talk, Flash Enabled Browser
- Bateri Li-Po 1500 mAh. Nokia menyatakan E71 mampu bertahan 10jam waktu berbual & 17 hari waktu menunggu (standby days).
PERISIAN.
Satu perkara yang menarik pada telefon ini ialah kemudahan ‘browser’ dengan sokongan penuh ‘Flash’. Ini bermakna tiada kandungan yang ‘tertinggal’ apabila anda melayari internet dengan telefon ini. Anda boleh terus ke youtube.com dan menonton video flv.
Terdapat menu Sync, Encryption, Modes, Voice Command, Speech, Voice Aid, Barcode Reader, Visual Radio, Podcast, Flash Player, Download! dan Nokia Maps 2.0. Modes merupakan opsyen terbaru dalam S60. Ia adalah satu kemudahan kerana anda boleh set 2 mod iaitu mod kerja dan hiburan. Setiap mod akan mengikut serta themes dan profile pilihan anda. Agak sukar untuk saya nyatakan disini tetapi disyorkan anda mencuba opsyen ini sendiri kerana ia memberikan kita satu pengalaman yang lebih berbanding dengan menukar tema telefon sahaja.
Sync digunakan untuk menyelaras data antara telefon dan komputer manakala Encyption menyediakan kemudahan ‘kunci’ fail pada kekuatan 128 bit. Voice Command, Speech Dan Voice Aid menyediakan kemudahan interaktif suara antara pengguna dan telefon. Visual Radio dan Podcast menyediakan sambungan siaran radio dan radio-internet.
Saya tertarik dengan menu DOWNLOAD! yang tersedia pada E71. Disini anda boleh mempertingkatkan (upgrade) perisian dan games jika anda bersambung dengan internet. Ada 2 games yang disediakan secara percuma iaitu Global Race dan Solitaire. Untuk mendapatkan kedua-duanya anda perlu menyambung ‘WiFi’ dan memilih opsyen ‘Freetime’ pada Download!.
Saya juga telah cuba memasang perisian Opera Mini, Google Maps, Calcium, Kamus Inggeris-Melayu, Factbook, MsDict, Screenshot dan Total Recall pada telefon ini. Kesemuanya berfungsi dengan baik. Total Recall 3.0 (E71-update) tidak mengeluarkan bunyi ‘beep’ apabila merakam panggilan.
‘FEATURES’, MEDIA DAN BATERI.
Untuk mengecas bateri telefon ini anda memerlukan lebih 4 jam. Walaupun mengambil masa yang lama, namun ia mampu bertahan lebih dari 4 hari. Saya telah mencuba kekuatan bateri E71 dengan menggunakan WiFi, Bluetooth, Muzik, Video, SMS, MMS dan sebagainya dan kalau diikutkan, kebanyakkan telefon mampu bertahan 1 hari sahaja. Ini adalah perkara bonus dan sangat penting jika anda kerap bermusafir (travelling).
Kamera 3.2Mpix telefon ini berjaya menangkap imej yang baik dalam keadaan cahaya penuh. Lebih-lebih lagi ‘outdoor’ dibawah cahaya asli matahari. Tetapi jika subjek yang diambil dalam keadaan cahaya suram, suasana bilik dan malam – mutu kejelasan imej kurang baik kerana ‘flash’ yang disediakan adalah ‘led-flash’ sahaja. Begitu juga dengan mutu rakaman video. Untuk mutu rakaman suara, Nokia E71 tidak memberikan apa-apa masalah. Bagaimanapun, ia kekurangan ‘butang kamera khas’ dan pengguna terpaksa menggunakan D-Pad (tekan tengah) untuk mengambil gambar. Begitu juga jika anda ingin mengaktifkan ‘autofokus’ kamera, anda perlu menekan butang nombor ‘2’ (atau ‘T’) untuk tujuan ini. ‘Gallery’ yang disediakan untuk telefon ini juga adalah versi yang lama. Mungkin Nokia perlu mengganti perisian ini dengan ‘Rotating Gallery’ seperti N-Series.
Telefon ini boleh memainkan video format Flash Lite 3, mp4, dan 3gp. Ia juga menyokong fail audio AMR, mp3, .wma, .aac, AAC+, dan eAAC+. Nokia E71 dilengkapi dengan perisian QuickOffice yang menyokong dail DOC, XLS dan PPT. Anda juga boleh membuat fail baru atau mengedit fail-fail yang dihantar dari komputer. Perisian PDF viewer dan ZIP manager juga disediakan.
Walaubagaimanapun, telefon ini tidak menyokong fail video berformat WMV, AVI dan MPG.
ADLIAYOB – ‘BELIMETER’
Telefon ini berharga antara RM 1,480 hingga RM 1,799. Mutu binaan, keypad-Qwerty dan perisian yang disediakan adalah sangat baik sekali. Dalam 2 hari penggunaan penuh, saya tidak mengalami masalah ‘hang’, ‘restart’ atau lembab walaupun saya memasukkan microSD 8Gb kepadanya.
Saya amat mengesyorkan telefon Nokia E71 ini kepada sesiapa yang mahukan gaya eksekutif ala BlackBerry. Ia berbaloi pada perbelanjaan anda.
Saya mengisytiharkan Nokia E71 ‘BERBALOI’ dengan markah 8/10 pada telefon ini (pada perkiraan ‘ratio’ antara harga, kualiti pembuatan, aksesori, perisian dan mesra-pengguna).
Nota: Sedikit penerangan mengenai Ratio ‘Belimeter’ Blog Symbian Malaysia – Saya akan berikan markah yang sedikit untuk sesebuah model jika harganya mahal tetapi kemudahan yang disediakan kurang baik atau tidak berbaloi untuk pembelian. Contohnya perbandingan E71 (markah: 8/10) dengan Nokia N96 (markah: 5/10).
wah! hanphone ini agak dasat jugak lah.persoalanñye.diantara e71 ini dan e66.mana lebih mudah digunakan?dari aspek kelajuan dan kemudahan aplikasinya?
Komen oleh iszalways.wordpress.com — November 12, 2008 @ 8:51 pm |
soalan . macam mana nak buang bunyi camera E71
Komen oleh Hairi — November 15, 2008 @ 2:51 pm |
Kepada HAIRI;
Pada minggu lepas saya telah mengirimkan email panjang-lebar khas untuk anda mengenai ‘shutter-sound’ Nokia E71. Sila rujuk email anda junhairi@yahoo.com dan jika dalam inbox tidak terdapat email drpd saya, ini bermakna (mungkin) alamat email yang anda berikan adalah salah. Kadang-kadang terdapat juga pemberi komen di laman ini yang memang sengaja menyembunyikan identiti atau memberikan keterangan palsu, terutama email dan URL mereka. Ini adalah komen anda kali ke-3 berturut-turut dan saya terpaksa jelaskan disini kerana enggan dikatakan tidak melayan ‘viewers’ pula. Harap maklum.
Komen oleh adliayob — November 16, 2008 @ 9:04 pm |
Terima kasih dah betul tu email tapi tiada la saya cuba cari lagi…
Komen oleh Hairi — November 27, 2008 @ 6:18 pm |
maaf rakan saya sudah cari tapi tak ada email saya sama ada di junhairi@yahoo.com atau junhairi@gmail.com
Komen oleh Hairi — November 27, 2008 @ 6:26 pm |
Bro..thanks for this info..dah lama nak cari info nie…nak beli kena wat analisis dulu..tgah buat perbandingan antara Blackberry bold..hahah..maybe beli e71 sudah memadai…i save your page for my review..tq
Komen oleh zam-ShahAlam- — Disember 11, 2008 @ 11:32 pm |
Bro…I Just beli E71 2 hari lepas…Features dan design..tip top..Gps with Garmin..I x takut sesat lagi bila pergi KL..wifi..Fuhh..laju..Some kekurangan dia ialah camera..3.2 but macam 2 MP..i vote 4.5 from 5 star..
Komen oleh zam-ShahAlam- — Disember 22, 2008 @ 1:37 pm |
Hi Zam…boleh tak u suggest any website terbaik untuk download free application nokia e71? ape application yg wajib di download bagi newbie user macam saya ni? Saya baru beli semalam 18 july 2009 so masih merangkak nak belaja how to operate e71 ni. mcmana saya boleh dapatkan Garmin application for free? Apa step by step untuk install application tu?
Thanks
Komen oleh Syah — Julai 19, 2009 @ 12:19 pm |
boleh email kepada saya berkenaan cara2 nak stop shutter sound e71 ?
thanks ! nice blog
Komen oleh KNizam — Februari 12, 2009 @ 10:41 pm |
KNIZAM: Shutter Sound E71
Saya akan cuba balas soalan tuan melalui email pada malam ini, insyaalah.
Komen oleh adliayob — Februari 13, 2009 @ 2:58 pm |
Terima kasih atas segala maklumat dan panduan yg amat berguna dari suadara dalam laman web ini.
Sy banyak menghadapi masalah untuk melayari web mengunakan WiFi pd Nokia E71…biasanya mesej “No gateway….” akan muncul wpn saya dah filter Wireless LAN dan tinggal 1 atau 2 available WLAN sahaja..
harap dpt bantuan suadara..Thanks
Komen oleh Nadzri — April 25, 2009 @ 1:16 pm |
Salam,
Bro, I nak pastikan, E71 memiliki wi-fi bukan? it means that, jika ada hotspot, I boleh connect Internet kan? ada program apa kita boleh pakai untuk boleh play WMV, AVI dan MPG? how about GPS? kita boleh pakai tak? how to use it? kualiti suara ringtone jika dicompare dengan Nokia 5600,mana lebih bagus?
thanks
Andrey
Komen oleh andrew — Jun 16, 2009 @ 10:33 am |
Andrew, sila ke http://www.symbianku.com untuk jawapan kepada persoalan anda
Komen oleh adliayob — Jun 17, 2009 @ 12:39 am |
macam mana nak buang bunyi camera E71??
klu men gme dlm fcebook, dia suh download flash player..so, flash lite e71 x support tok gme zynga??
Komen oleh iqbal — September 9, 2009 @ 10:02 am |
sekarang harga phone nie dah turun jd brape ye? Still minat kt phone nie walaupun phone nie dah lama di pasaran,,
Komen oleh lekir — September 24, 2009 @ 1:23 am |
tumpang tanyer…leh tak wat review camni utk e72 lak…juz nak bandingkan mana lagi better…
Komen oleh n.E.E.s.A — Disember 1, 2009 @ 10:35 am |
E71 dengan Samsung corby,bgus mana.?
Komen oleh Julia — Disember 7, 2009 @ 5:47 am |
Kawan,
boleh tak tolong bagitau saya macamana nak hilangkan bunyi shutter pada E71 saya ni. dan kenapa bateri saya cuma boleh tahan 1 hari je..sedangkan saya offkan Wifi,jarang call orang,cuma standby.e71 ni cuma baru 8 bulan je.
fauzi
Komen oleh fauzi — Januari 12, 2010 @ 1:29 am |
encik adli, i need your help.. please email me on how to mute the shutter tone for e71… please…tqvm
Komen oleh airi — Oktober 28, 2010 @ 7:20 pm |
hi,
Bro, sy pengguna E71 n skg masalahnya adalah dgn wifi. sblm nie sy pki wifi ok jak n now slalu kuar web: no gateway reply. TQ
Komen oleh Yiez Patzi Molius — Oktober 14, 2011 @ 1:26 pm |
salam…tuan bgaimana nak hilangkan bunyi shutter camera.
Komen oleh rosly — November 22, 2011 @ 11:07 am |
salam tuan…bagaimana nak tutup bunyi shutter e71.
Komen oleh rosly — November 22, 2011 @ 11:08 am |
salam bro….mcmana cara untuk mutekan shutter camera e71…
Komen oleh rosly — Disember 5, 2011 @ 1:25 pm |
en, boleh tunjukkan bgaimana nk wat syn everdroid kat hp e72, sy br format hp dan nk wat syn everdroid kat hp sy blk?
Komen oleh maldoz7 — Jun 17, 2012 @ 11:22 pm |