Adliayob – Sebuah Catatan Teknologi

Februari 25, 2009

Kedai Symbian: 2 Lagi Produk Baharu Dari BSM

Filed under: Uncategorized — adliayob @ 6:54 pm

iklan-kedai02

Blog Symbian Malaysia pada hari ini teleh melancarkan 2 lagi produk bermutu tinggi KHAS untuk pemilik telefon S60-3rd Edition dan UIQ ver 3.0/3.1. Produk-produk ini adalah CD-Penting-S603rd dan CD-Penting-UIQ3 (atau S60 Essentials & UIQ3 Essentials). Untuk mendapatkan produk ini, sila KLIK pada KEDAI SYMBIAN pada pautan disebelah KANAN skrin.

Produk-produk ini diterbitkan sempena permintaan pelanggan blog ini yang mahukan perisian/games & theme YANG PENTING-PENTING sahaja. Berbeza dengan CD-ROM POWER USER yang bersifat LENGKAP dan MERIAH, produk-produk baru ini menawarkan pilihan yang kurang tetapi spesifik kepada pelanggan-pelanggan bisnes, pelajar dan golongan yang baru berjinak-jinak dengan telefon Symbian.

– SHAH RUKH LAN

Advertisements

Februari 24, 2009

Berita – Samsung i7110 Telah Mula Di Jual Di Singapura

Filed under: Berita Symbian — adliayob @ 5:58 pm
Tags:

i7110-sg

Telefon Symbian S60-3rd Edition – Samsung i7110 telah mula di jual di Singapura dengan harga antara SGD 570.00 ke SGD 600.00 (antara RM 1,367.00 hingga 1,600.00). Langkah memperkenalkan model ini kepada pasaran merupakan satu perkara yang bijak memandangkan Sistem Operasi Symbian sudah terkenal dan diterima oleh penduduk Singapura. Blog Symbian Malaysia mengesahkan berita ini setelah merujuk kepada laman web rasmi SAMSUNG SINGAPURA seperti yang beralamat di http://sg.samsungmobile.com

Namun telefon ini masih belum memasuki pasaran Malaysia, Indonesia, Filipina dan lain-lain negara Asia Tenggara setakat ini. Adalah diharapkan agar telefon ini segera memasuki pasaran semasa Malaysia dan menambahkan ‘warna-warni’ persaingan pengeluar telefon Symbian. Syabas Samsung!

banner-anim0

Februari 22, 2009

Bonus: Ayat Pelindung MP3

Filed under: BONUS! Untuk Pelanggan — adliayob @ 10:05 pm

kaedahjibril

Ahad: 22 Februari 2009 – BONUS kepada para pembeli CD-ROM Blog Symbian Malaysia.

Nikmatilah MP3 PERCUMA – Ayat Pelindung (ayat-ayat syifa’) yang dikumpul dan di’mp3’kan oleh USTAZ MOHAMMAD ASRAFF AYOB AL-HAFIZ – pengasas ‘Kaedah Jibril – Satu kaedah menghafaz Al-Quran yang mudah untuk mereka yang sibuk’ (www.kaedahjibril.com) sewaktu zaman beliau belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir. Ayat pelindung MP3 ini merupakan FAIL AUDIO hasil pembacaan Sheikh-sheikh Al-Azhar (dan juga guru kepada Ustaz Asraff) dan SANGAT BERGUNA ketika keluarga atau rakan-rakan mengalami kejadian ‘gangguan makhluk halus’.

Saya secara peribadi menggunakan AUDIO ini apabila anak kecil saya (sewaktu berumur 7 bulan) menangis tanpa henti dan terkena penyakit ‘sawan’. Alhamdulillah setelah memainkan audio ini sewaktu menghayun buaiyan, anak saya tidur dengan lena.

Begitu juga satu kejadian seorang rakan baik saya ketika dalam perjalanan tengah malam antara Kota Kinabalu ke Semporna (584Km) – beliau merasakan keretanya tiba-tiba ‘terasa berat’ di kawasan Tingkayu, Kunak dan beliau memainkan AYAT PELINDUNG ini. Alhamdullillah kereta beliau semakin ‘ringan’ dan beliau sampai ke destinasi dengan selamat.

Ayat-ayat yang terkandung didalam fail AUDIO ini adalah surah-surah pilihan ‘ayat-ayat syifa’ dari Al-Quran Al-Karim.

Fail audio ini telah lama berada dalam simpanan Blog Symbian Malaysia dan kini ia menjadi milik anda!

Terima kasih kerana terus menyokong Blog Symbian Malaysia dan nantikan hadiah-hadiah dimasa akan datang. Sila semak EMAIL anda sekarang!

Februari 17, 2009

Berita MWC 2009 – Sony Ericsson IDOU Dengan Lensa 12.1 Megapixel Telah Diperkenalkan

Filed under: Berita Symbian — adliayob @ 8:06 pm
Tags: ,

mwc-idou

Isnin 16 Feb 2009 – Dalam acara pembukaan MWC 2009 kali ini menyaksikan satu kejutan yang telah diumumkan oleh syarikat pengeluar telefon bimbit terkemuka iaitu Sony Ericsson dimana ia memperkenalkan satu model ‘prototaip’ yang bakal dikuasakan dengan Sistem Operasi Symbian Foundation yang PERTAMA (atau mungkin S60-5th Edition) iaitu IDOU (atau disebut ‘I Do’).

Apa yang mengejutkan ialah telefon ini menggunakan lensa kamera 12.1 Megapixels dan semua demonstrasi pengendaliannya adalah sangat licin (fluid), cantik, unik, tersusun dan bakal menggegarkan pesaing utama dalam ‘dunia touchscreen’ iaitu Apple IPhone. Selain itu, ia juga merupakan model yang kedua menggunakan sokongan kad memori jenis microSD selepas Xperia X1.

Sony Ericsson juga telah menerbitkan satu laman web khas untuk IDOU iaitu http://www.sonyericsson.com/idou yang telah dikunjungi oleh jutaan peminat Sony Ericsson dan Symbian sejak dilancarkan semalam.

Dengan pengumuman ini, jelas menunjukkan yang Sony Ericsson tidak akan meninggalkan kem Symbian seperti yang telah didakwa sebelum ini oleh pemerhati ‘dunia Symbian’. Blog Symbian Malaysia berharap agar telefon ini benar-benar akan dikeluarkan secara komersil demi meletakkan Symbian pada kedudukan PERTAMA dalam kategori OS telefon bimbit. Nama ‘IDOU’ adalah ‘codename’ untuk model ini dan jika ia benar-benar dikeluarkan kelak, ia akan menggunakan nama model yang berlainan.

*UPDATE: Lagi gambar-gambar IDOU di SINI

banner-anim0

Berita MWC 2009 – Samsung Omnia-HD (i8910) Telah Dilancarkan

Filed under: Berita Symbian — adliayob @ 7:38 pm
Tags: ,

mwc-i8910

Semalam, Isnin 16 Feb 2009 Samsung telah secara rasmi memperkenalkan model S60-5th Edition mereka yang pertama iaitu Omnia-HD (atau i8910) pada Mobile World Congress 2009 di Barcelona, Sepanyol.

Telefon ini telahpun di’intip’ oleh ramai peminat Symbian antaranya Symbian-Freak, All About Symbian, GSM Arena dan Blog Symbian Malaysia. Kod nama terdahulu bagi model ini ialah ‘ACME’

Samsung Omnia-HD (i8910) merupakan telefon skrin-sentuh (touch-screen) dengan kamera 8 Megapixel. Ia juga dilengkapkan dengan kemudahan rakaman video berkualiti HD (High-Definition) yang pertama dalam kelas Symbian.

‘HD’ adalah standard terkini untuk video dengan kejelasan mutu rakaman 1280×720 @ 24fps berbanding kualiti DVD (720×480) dan VCD (352×240). Ia sangat sesuai ditonton dengan televisyen ‘LCD wide-screen’ yang popular zaman ini.

Samsung Omnia HD juga dilengkapi dengan skrin 3.7 inci (teknologi OLED), accelerometer, HSDPA 7.2Mbps, WiFi dan sokongan memori microSD sehingga 16Gb.

Ia bakal memasuki pasaran pada suku ke-2 tahun ini dan akan dijual dalam 2 model iaitu 8Gb dan 16Gb.

Berita MWC 2009 – LG KT770 Dikuasakan Dengan S60-3rd Edition

Filed under: Uncategorized — adliayob @ 7:08 pm
Tags: ,

mwc-kt770

Selasa, 17 Feb 2009 – Setelah lama tidak mengeluarkan model Symbian, akhirnya syarikat pengeluar telefon ke-5 terbesar di dunia – LG, telah memperkenalkan model KT770 yang dikuasakan dengan platform S60-3rd Edition (FP2).

LG KT770 merupakan telefon Symbian ke-3 yang dikeluarkan oleh syarikat ini. Dua model terdahulu adalah KT610 dan KS10.

Telefon KT770 berbentuk ‘slider’ dengan skrin 2.8 inci. Model ini dilengkapkan dengan kamera 5 Megapixel dan WiFi. Selain itu, ciri-ciri lain seperti GPS, HSDPA, microSD (sehingga 16Gb) dan bateri yang tahan lama berkapasiti 950 mAh.

Sesuatu yang agak ganjil bagi model ini ialah ia menggunakan resolusi skrin 240 x 400 pixels, berbeza dengan lain-lain model keluaran Samsung dan Nokia (240 x 320 pixels).

Blog Symbian Malaysia benar-benar berharap agar model ini dikeluarkan sekaligus merancakkan persaingan sihat antara syarikat pengeluar telefon Symbian.

Berita MWC 2009 – Nokia E75 Dan E55 Telah Dilancarkan

Filed under: Berita Symbian — adliayob @ 6:43 pm
Tags:

mwc-e55e75

Isnin, 16 Feb 2009 – Pada hari pembukaan MWC 2009 syarikat NOKIA telah memperkenalkan 2 model siri ‘E’ (Enterprise) iaitu Nokia E75 dan E55.

Kedua-dua telefon dilengkapkan dengan kemudahan WiFi, QWERTY keyboard, kamera 3.2MP, sokongan EMAIL langsung, skrin 2.4 inci selain dikuasakan dengan Sistem Operasi Symbian 9.3 pada platform S60 3rd Edition (FP2).

Antara perkara menarik tentang E75 adalah ia dilengkapkan dengan 2 keypad/keyboard dan mengambil ‘pengalaman’ dari Nokia 9300 Communicator. Ia adalah model ‘slide-tepi’ yang pertama diperkenalkan dan ia sangat selesa digunakan ketika melayari internet, menaip nota dan menulis e-mail.

Nokia E75 bakal memasuki pasaran pada bila-bila masa manakala E55 akan mula dijual pada suku ke-2 (antara Mei-Julai) 2009 kelak.

Kedua-duanya menggunapakai bateri yang sangat berkuasa, sama seperti Nokia E71.

banner-anim0

Berita MWC 2009 – Dua Lagi Model Baru Nokia: 6710 Navigator dan 6720 Classic

Filed under: Berita Symbian — adliayob @ 6:17 pm
Tags:

mwc-6710-6720

Selasa, 17 Feb 2009 – Nokia hari ini memperkenalkan 2 model baru iaitu 6710 Navigator dan 6720 Classic dan kedua-duanya dikuasakan dengan Sistem Operasi Symbian pada platform S60 3rd Edition.

Nokia 6710 Navigator dilengkapkan dengan skrin 2.6 inci dengan lensa kamera Carl Zeiss 5MP (autofocus). Ciri-ciri lain termasuklah kemudahan penyambungan WiFi 802.11 b/g, GPS dan bateri berkuasa (Li-Ion) 950 mAh.

Nokia 6720 Classic pula adalah telefon ‘candy-bar’ dengan skrin 2.2 inci dan lensa kemera 5Mp autofokus buatan Carl-Zeiss. Walaubagaimanapun, ia kekurangan ciri WiFi berbanding dengan 6710 Navigator.

Kedua-dua telefon ini bakal memasuki pasaran pada suku ke-2 atau suku ke-3 tahun ini.

Berita MWC 2009 – Nokia N86 Telah Diperkenalkan

Filed under: Berita Symbian — adliayob @ 5:58 pm
Tags:

mwc-n86

Selasa, 17 Feb 2009 – Nokia telah memperkenalkan model baru iaitu N86 di Mobile World Congress, Barcelona, Sepanyol.

Nokia N86 dilengkapkan dengan lensa sensitif Carl-Zeiss 8MP, ‘KIckStand’, 8Gb memori dalaman dan dikuasakan dengan Sistem Operasi Symbian pada platform S60-3rd Edition (FP2). Telefon ini juga menyokong kad tambahan microSD.

Selain itu, N86 juga menggunakan skrin OLED 2.6 inci, sokongan N-GAGE 2, FM Transmitter, WiFi, GPS, jek-audio 3.5mm dan ‘accelerometer’. Harga jualan dijangkakan pada RM 1,738.80 (Euro 375) dan bakal masuk ke pasaran pada suku ke-2 tahun ini (antara Mei hingga Julai 2009).

Februari 13, 2009

Video Perbandingan 2 Telefon Symbian: N81 vs i450

Filed under: Tips Pengguna Symbian — adliayob @ 5:39 pm
Tags: , , ,

Kadang-kadang, apabila kita bercerita atau menyatakan sesuatu fakta berkaitan Symbian secara lisan, penulisan dan grafik (atau foto), ada juga dikalangan pendengar atau pembaca yang masih ragu-ragu atau ‘skeptical’ terhadap Sistem Operasi Symbian ini. Ada satu pepatah Inggeris iaitu ‘Picture speaks much louder than words’ tetapi pada zaman teknologi maklumat ini saya rasa ‘Video footage shouts much louder than photos’ hehehe. Ini cuma pandangan saya sahaja!

Ini adalah video yang saya rakam sendiri, ‘edit’, ‘render’ dan ‘compile’ sejak dari tahun lepas lagi. Selama ini ia tersimpan rapi dalam komputer saya dan juga digunakan sesekali oleh rakan-rakan yang membuka kedai telefon bimbit di sekitar Sabah, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. Tajuk video ini ialah ‘Perbandingan Antara Nokia N81 dan Samsung i450’. Saya telah mencipta video ini khusus untuk menerangkan secara visual tentang apa yang diperkatakan mengenai Sistem Operasi Symbian dan membuktikan yang bukan hanya syarikat NOKIA sahaja yang ekslusif memasangkannya pada model-model telefon mereka. Saya telah mengubah video asal menjadi lebih ‘funky’ untuk tatapan anda.

Biasanya, apabila saya memberitahu rakan-rakan mengenai Symbian, ramai yang tidak percaya dan ramai juga menuduh saya ‘menukar sistem telefon’ Panasonic dan Samsung saya. Ini ada kaitan dengan kerjaya saya sebagai programmer, webmaster dan pakarujuk IT di tempat saya. Ada juga dengan muka yang yakin – memberikan telefon Sony Ericsson mereka kepada saya untuk penukaran sistem. Ayat yang biasa diucapkan termasuklah ‘Nah Adli! ko formatlah telefon aku ni dan install Symbian kedalamnya’.

Kepada pengusaha kedai telefon bimbit, saya cadangkan untuk anda memindah-turun (download) video ini dan gunakanlah ia untuk meningkatkan penjualan model-model Samsung dan LG (Symbian) yang jarang-jarang terjual. Contohnya seperti perbandingan antara model Nokia N96 dan Samsung INNOV8 – tiada siapa yang akan beli INNOV8 kerana mereka tidak faham Symbian. Padahal, kedua-dua model ini adalah berteknologi tinggi dan dipasangkan dengan Sistem Operasi Symbian. Dengan itu ia berkongsi ciri-ciri yang sama.

Terima kasih saya ucapkan kepada sahabat saya TURBORUN (TS-Wave Mobile Medic) dari Semporna, Sabah kerana sudi membekalkan telefon N81nya kepada saya untuk ‘video-shooting’ ini. TURBORUN juga merupakan salah satu ‘affiliate’ kepada Blog Symbian Malaysia. Symbian juga telah mengubah nasib syarikat TS-Wave sehingga menjadi tempat rujukan telefon Symbian di daerah Semporna, Sabah. Apa? anda tidak pernah dengar perkataan ‘Semporna’? Mungkin Pulau Sipadan, Pulau Mabul dan Ligitan membantu anda dalam menjejak lokasi Semporna. Ia adalah sebuah daerah peranginan dan pusat penyelaman antarabangsa di Malaysia. Kesemua pulau yang disebutkan tadi berada dalam daerah Semporna. Filem ‘Duyong’ terbitan KRU FILMS juga dilakonkan di sini. Pejabat National Geographic pula berada disebelah kanan restoran yang saya sedang guna WiFi-nya sekarang ini.

Daerah Semporna mencatat kemasukan pelancong sehingga lebih 10 ribu orang sebulan. Tetapi yang membuatkan saya bangga terhadap TURBORAN – kebanyakkan ‘Mat Salleh’ datang ke kedai beliau untuk urusan ‘Software Installation’ telefon Symbian mereka. Hehehe apa orang putih fikir orang Malaysia tidak faham teknologi? Sorry dude.. you have to come here and believe your eyes! We are among the best in computer technologies in this region!

Tak begitu kawan-kawan? 🙂

banner-anim0

Laman Berikutnya »

Create a free website or blog at WordPress.com.