Adliayob – Sebuah Catatan Teknologi

September 10, 2008

Masalah Symbian S60: Lambat / Lembab

Filed under: Masalah-Masalah Symbian — adliayob @ 4:38 am
Tags: , , , , , ,

Baru-baru ini saya terima satu sms seperti diatas ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengirim sms/email dan komen kepada saya sekaligus menampakkan hasil positif sejak saya mula menulis blog ini. Saya minta maaf kerana tidak dapat menjawab kesemua persoalan yang diajukan memandangkan saya tengah sibuk membuat persiapan pulang hari raya ke Seremban pada 20 September ini.

Sms dari saudara Affendi (Tamparuli – Sabah) ini saya anggap penting untuk semua pengguna Symbian. Kadang-kadang kita tidak dapat faham mengapa telefon yang kita gunakan selama lebih tiga bulan tidak secekap (atau efisyen) atau ‘lambat’ berbanding pada hari pertama kita menggunakannya. Saya akan mengupas serba-sedikit mengenai masalah ini dan jika ada yang sudi ingin melontarkan pandangan, sila berbuat demikian – sila berikan komen dan saya dengan lapang dada menerimanya untuk kebaikan kita bersama.

1.) Memahami Sistem Operasi Symbian Dan Spesifikasi Telefon (Hardware).

Walaupun kita tidak faham atau tidak suka kepada komputer, namun kita perlu belajar pada saat kita mula membeli sebuah telefon Symbian yang baru. Dalam kes ini Nokia N73 beroperasi pada Symbian 9.1 platform S60 3rd Edition (S60 Edisi ke-3). Seperti sebuah komputer juga, semakin lama kita menggunakannya, maka semakin ‘lembab’ proses akibat dari kemasukan data yang pelbagai dan juga harddisk yang semakin penuh. Namun tidak seperti komputer yang boleh ditambah RAM (jika proses semakin ‘lembab’), telefon Symbian tidak dapat kita menambah RAM yang sediada. Berikut merupakan spesifikasi teknikal mengenai keadaan CPU (Processor), Phone Memory (User Memory) dan RAM pada Nokia N73 (dan juga N73ME) berbanding Nokia N95:

Jika diperhatikan, keadaan CPU, RAM dan OS yang dimiliki oleh N73 adalah kurang berbanding N95. Selain itu N95 mempunyai ‘3D Graphics HW Accelerator’ yang membantu dalam pemprosesan grafik (terutama GAMES). Sebenarnya CPU memainkan peranan penting dalam setiap sistem komputer. Ternyata kekurangan sebanyak 112Mhz (Megahertz) yang dimiliki oleh N73 (220Mhz berbanding 332Mhz) mengganggu kelancaran keseluruhan sistemnya. Ini berbeza dengan komputer dimana kita boleh menukar CPU dan menambah RAM jika keadaan memerlukan. Sistem Operasi Symbian 9.2 yang terdapat pada N95 juga lebih cekap berbanding 9.1 pada N73. Kesimpulannya – Capaian maklumat pada N73 tidak sepantas N95. Ini menyebabkan N73 selalu berkeadaan ‘lambat’. Apa kata jika kita bandingkan N73 dengan Nokia 6120 Classic yang biasanya digelar ‘telefon murahan’ ?

2.) Memori – Ruang Dalaman Telefon dan Kad Memori.

Seperti sebuah komputer, ruang C:\ (C drive pada harddisk) tidak boleh dipenuhkan dengan maksima. Mesti ada ruang kosong (yang masih longgar) sekurang-kurangnya 10-15% daripada kapasiti asal. Jika kesemua ruang C:\ dipenuhkan – maka OSnya (Windows XP) akan gagal berfungsi dengan betul hingga menyebabkan kegagalan untuk mencetak dokumen atau lebih teruk lagi langsung tidak dapat dihidupkan.

Begitu juga dengan N73. Ruang memori telefon hanyalah sebanyak 42Mb sahaja. Ruang ini diperlukan untuk menyimpan nombor-nombor telefon, sms/mms, nota-nota, cache (daripada internet), temporary files, system stack dan lain-lain keperluan OS. Jika ruang ini dipenuhkan juga, maka kegagalan sistem akan berlaku – atau lebih teruk lagi telefon tidak akan dapat dihidupkan (kernel system tidak dapat log-on ke UI akibat tiada ruang untuk kerja-kerja OS-stack). Perkara ini biasa terjadi apabila pengguna menerima pindahan masuk data melalui bluetooth (bluetooth data transfer) dan kemudiannya membiarkan sahaja data tersebut berada pada message-INBOX. Sebenarnya INBOX memakan ruang pada user-memory (phone memory) – sepatutnya apa sahaja yang diterima masuk ke INBOX (terutama fail MP3 dan video 3GP) hendaklah disalin atau dipindahkan kepada kad memori. Begitu juga halnya dengan kad memory, pengguna tidak boleh memenuhkan ruang kad hingga tahap maksima. Dalam kes ini N73 boleh berfungsi dengan baik jika kad 2Gb dimasukkan kepadanya. Namun pengguna hanya boleh menggunakan sebanyak 1.8Gb sahaja mengambilkira baki 200Mb untuk kegunaan sistem. Jadi – Jangan penuhkan ruang memori telefon dan kad anda hingga tahap maksima!. Grafik dibawah menunjukkan keadaan keseluruhan ruang memori pada telefon Panasonic X800 saya (screenshot diambil dari perisian FE-EXPLORER – dapatkannya di www.gosymbian.com):

3.) Serangan VIRUS.

Setakat ini virus hanya menyerang sistem Symbian 6.1/7.0/8.0 dan 8.1 sahaja. Jadi ini bukanlah isu kepada Nokia N73 kerana menggunakan Symbian 9.1. Juga perlu diingatkan disini – VIRUS WINDOWS TIDAK AKAN MENGGUGAT SISTEM SYMBIAN kerana ia diaturcarakan pada OS yang berbeza. Ini bermakna jika anda ‘scan’ kad memori anda pada komputer Windows, kemudiannya anda tidak menjumpai satu virus pun – ini tidak bermakna telefon anda selamat!. Ini kerana file-installation-format pada Symbian adalah *.SIS (atau *.SISX) berbanding windows – *.EXE. Jadi antivirus windows tidak dapat memahami fail *.SIS/*.SISX kerana ia tidak terkandung dalam architecture perisian OS Windows. Ketahuilah yang SYMBIAN dan WINDOWS adalah amat-amat berbeza. Setiap perisian untuk kegunaan Symbian MESTI di-compile kepada *.SIS/*SISX tidak terkecuali VIRUS manakala perisian Windows pula selalunya di-compile dalam format *.EXE/*.COM/*.CAB dan *.MSI. Ini juga bermakna virus Windows tidak dapat mengapa-apakan telefon anda sebab ianya ditulis dalam ‘system environtment’ yang berbeza. Untuk keselamatan telefon Symbian anda – saya cadangkan antivirus khas Symbian seperti NETQIN/ Kaspersky Mobile atau F-Secure Mobile. Setakat ini virus yang paling merbahaya untuk Symbian adalah BASELO A dan COMWARRIOR C. Sehingga kini belum wujud lagi virus untuk Symbian 9.1/9.2 dan 9.3.

4.) Pemasangan (Installation) Perisian Luar (dan GAMES) Pada Symbian.

Telefon anda boleh lambat dan kurang efisyen jika anda tersalah masuk perisian (atau games) yang tidak diciptakan khas secara spesifik pada model-model Symbian. Hal ini tidak ada kena-mengena dengan perisian (atau games) JAVA yang berformat *.JAR kerana ia bukan bersifat ‘native’ pada Symbian. Biasanya perisian JAVA tidak akan dapat dipasang dengan betul pada telefon Symbian jika ia tidak tercipta untuknya. Yang menjadi masalah adalah perisian ‘native’ *.SIS/*.SISX yang kadang-kadang dipaksa pasang (force-installation) sedangkan ia sudahpun memberikan ralat (atau peringatan) semasa pemasangan dilaksanakan. Sila AMBIL PEDULI tentang kes ini. Jika perisian itu hanya diciptakan untuk Nokia N95 atau E90 Communicator – Jangan cuba pasang perisian tersebut pada Nokia N73 (kerana berlainan versi OS) walaupun kita ketahui ianya adalah fail Symbian. Untuk tujuan ini sila pastikan yang perisian yang bakal dipasang pada N73 adalah diciptakan untuk telefon N73 atau diciptakan untuk berfungsi pada Symbian OS 9.1 S60 3rd Edition pasa resolusi 240×320 piksel sahaja tanpa mengambilkira faktor GPS, WIFI atau Accelerometer. Maksudnya begini – perisian JOIKUSPOT tidak boleh dipasang pada N73 kerana ia memerlukan modul WIFI untuk berfungsi sedangkan N73 tidak mempunyai modul tersebut walaupun Joikuspot boleh dipasangkan kepadanya. Pengguna perlu berhati-hati dan hanya memasang jika benar-benar yakin kepada perisian tersebut selain mendapatkan bantuan pakar.

Apabila berlaku kesilapan pemasangan perisian – maka proses ‘boot’ (boot-loading process) akan terganggu – dan OS akan cuba menjalankan perisian tersebut pada ketika ini. Kegagalan sistem akan berlaku dan menyebabkan salah satu perkara dibawah akan terjadi:

  • Telefon tidak dapat dihidupkan dengan baik atau
  • Telefon akan ‘restart’ semula  dan kejadian ini berlaku berulang-ulang tanpa dapat ‘boot’ ke skrin permulaan atau
  • Telefon akan hang (beku/kaku) atau
  • ‘Trademark’ tangan bersalam NOKIA dimainkan – sejurus kemudian AMARAN dipaparkan di skrin mengarahkan pengguna segera pergi ke ‘Nokia Service Centre’ yang berhampiran (Phone start-up failed. Contact the retailer) atau
  • Telefon anda tidak dapat digunakan sama-sekali.

PENYELESAIAN

Berikut merupakan cara-cara untuk menangani masalah ini:

1. Cuba buang (unistall / remove) perisian atau games yang tidak boleh dimainkan pada N73 anda.

2. Pindahkan atau buang (delete) fail-fail yang tidak diperlukan pada INBOX supaya memori kembali longgar (kosongkan phone memory).

3. Format Memory-Card anda pada komputer Windows (dan back-up data-data penting pada komputer) kemudian format semula kad tersebut pada telefon Symbian anda.

4. Format telefon Symbian anda dengan cara 3 butang atau kod (sila rujuk diSINI) atau format kedua-dua kad memori dan telefon anda. Selepas format – N73 anda akan berkeadaan seperti pada hari pertama anda menggunakannya.

5. Jika anda dapati N73 ‘kurang power’ – jika ada duit sila beli telefon Symbian yang lebih baik dari N73 dengan mengambilkira versi OS/RAM/ROM dan User Memory (Phone Memory).

Adalah diharapkan agar saudara Affendi dari Tamparuli berpuas hati dengan jawapan dan penerangan saya ini.

banner-anim0

10 Komen »

  1. Akm….TQVM 4 respon. Slmt Bersungkai n Slmt ari raya d kg….

    Komen oleh Affendi Baharuddin — September 10, 2008 @ 10:39 am | Balas

  2. Why this web site do not have other languages support?

    Komen oleh ingiltere dil okulu — Oktober 5, 2008 @ 3:35 pm | Balas

  3. salam…En Adli nak tanya sebab apa tarikh pengilang/dikeluarkan yang terpapar pada hp Nokia saya 26.06.2007 sedangkan saya telah membelinya pada Februari 2007. Saya telah guna kaedah yang en Adli syorkan (*#0000#). Hp yang saya beli ada logo Zitron. Ada masalah ke pada hp ini(cetak rompak ke/palsu/ada ubah suai oleh pihak pekedai??!!)

    Komen oleh ahmad — Januari 7, 2009 @ 12:45 pm | Balas

    • Tiada masalah dan tiada penipuan yang berlaku terhadap pembelian anda. Apabila kita menekan *#0000# – maka maklumat FIRMWARE akan terpapar. Firmware tersebut kemudiannya boleh di UPGRADE/UPDATE menggunakan kabel USB yang dibekalkan dan perisian Nokia PC Suite didalam CD-ROM yang disediakan.

      Komen oleh adliayob — Januari 7, 2009 @ 5:47 pm | Balas

  4. salam…en.adli platform skype apa fungsinya…

    Komen oleh Asli — Mac 10, 2009 @ 5:01 pm | Balas

  5. salam…en.adli platform skype apa fungsinya… apakah nokia meninggal jauh pencabarnya

    Komen oleh tulus — Mac 10, 2009 @ 5:32 pm | Balas

  6. to ingiltere dil okulu…..

    because this blog only just for malaysian only…thats why this blog only in malay….

    Komen oleh naxe88 — Mac 12, 2009 @ 11:58 am | Balas

  7. kepada tulus…

    fungsi skpe adalah perisian yang membolehkan seseorang membuat panggilan,menghantar mesej pantas, dan membuat panggilan video berasaskan internet,perisian ini mudah kerana panggilan atau menghantar mesej dilakaukan berdasarkan internert seperti GPRS,EDGE ataupun 3G juga melalui wireless jika ada,caj yg dikenakan hanyalah penggunaan data internert sahaja dan bukan panngilan yg dbuat di dalam skpe tu…jika seseorang yg memepunyai skpe yang menerima panggilan ataupun mesej dari seseorang yg memepunyai skpe,maka skpe akan menunjukkan panggilan/mesej tersebut pada skpe dan memgaktifkan juga internet….skpe tidak melalui operator seperti celcom,masix ataupun digi sebaliknya hanya caj data sahaja walaupun penerimanya bukan dari operator yang sama ataupun tempat malah tidak panngilan yg dbuat tidak memgikut jarak…itu sahajalah…sekian,peneranganku yg tak seberapa…hehhee

    Komen oleh naxe88 — Mac 12, 2009 @ 12:09 pm | Balas

  8. Kenape n73 tidak dapat kesan kita semasa kita mengunakan gprs map.

    Komen oleh Azuan perak — Ogos 17, 2010 @ 2:58 am | Balas

  9. saya nk tanya sikit dgn encik adliayob,mcmmana nk pulihkan masalah menu:system error (-1) dan kern exec 3 di telefon bimbit nokia c5-00 saya?

    Komen oleh arin — April 18, 2012 @ 2:40 pm | Balas


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: