Banyak tempat saya pergi di Malaysia ini, Bandar Tawau, Sabah menunjukkan yang ianya diberikan keistimewaan oleh pengeluar-pengeluar telefon. Mengapa? ini disebabkan harga telefon yang teramat murah berbanding lain-lain bandar. Cuba lihat harga dibawah ini dimana sempat saya catitkan sebentar tadi (kini saya masih di Tawau!):
- Nokia N77 (Symbian S60, Teknologi DVB-H untuk digital TV) = RM 810.00
- Sony Ericsson G700 (Symbian UIQ terbaru!) = RM 1,120.00
- Sony Ericsson G900 (Symbian UIQ, 5 Mpix digicam, WiFi) = RM 1,450.00
- Nokia N82 (Symbian S60, 5 Mpix Carl Zeiss digicam, WiFi) = RM 1,390.00
- Sony Ericsson W960 (Symbian UIQ, 8gb hdd, WiFi) = RM 1,500.00
- Nokia 6220c (Symbian S60, Carl Zeiss 5mpix, GPS) = RM 1,230.00
- Nokia 6110 Navigator (Symbian S60, GPS) = RM 990.00
- Nokia 6120 classic (Symbian S60, kecil) = RM 660.00
- Nokia N78 (Symbian S60 terbaru, FM Transmitter, WiFi) = RM 1,210.00
- Nokia N76 (Symbian S60, clamshell tercantik dan tipis) = RM 880.00
P/S: Kepada sesiapa berminat untuk membeli model-model telefon yang saya sebutkan diatas, sila sms saya di 0168270972 atau email adliayob@yahoo.com
Wow! tidakkah anda teruja? Saya rasa macam mahu keluarkan sahaja duit saya sekarang untuk mendapatkan Nokia N77 tadi. Mengapa? sebab saya pengguna MAXIS. Ya! pengguna Maxis dapat menikmati siaran TV percuma dengan handset ini (Maxis akan melancarkan DVB-H akan datang, setakat ini Mobile TV boleh dinikmati oleh pengguna U-Mobile 018). Tapi apakan daya, sedangkan kalu ikut kata nafsu binasa, maka dengan itu tak jadilah saya mengeluarkan duit simpanan saya itu. Manalah tau ada jika ada perkara yang lebih penting daripada N77 tersebut, sekurang-kurangnya simpanan saya tidak mengalami defisit.
Mengenai sikap pengguna di Malaysia, rata-rata masih tidak dapat lagi memahami dunia Smartphone – terutama Symbian. Masih ramai lagi yang melihat ‘kecantikan’ rupa luaran telefon berbanding fungsinya. Memang betul, ramai penduduk negara ini susah untuk membelanjakan duit hanya untuk memiliki telefon yang berharga lebih RM 1,000.00 tetapi ada juga yang menyimpan duit sikit demi sedikit hanya untuk memiliki telefon idaman. Kebanyakkan ‘survey’ pada Majalah MOBILE WORLD (majalah yang paling saya minati – ada ruangan KHAS smartphone pada mukasurat belakang) mendapati rata-rata penduduk negara ini memiliki telefon idamannya sendiri. Cuba lihat situasi ini: ada ramai pengguna yang ingin bertukar kepada telefon yang mahal (melebihi RM1000) tetapi bukan kategori smartphone. Inilah yang saya maksudkan! bukankah ini satu kerugian? jika seseorang itu membelanjakan RM1000 kepada smartphone, dia akan lebih untung dari segi jangka panjang! Namun saya akur kepada kehendak pengguna, lagipun bukan duit saya yang keluar pun… hehehe.
Kekurangan ini sebenarnya telah dikenalpasti oleh NOKIA selaku peneraju Symbian. Antara kekurangan ini ialah tiada pengenalan lengkap atau logo ‘Symbian’ pada setiap telefon Symbian. Ini sebenarnya menimbulkan kekeliruan ramai. Sedangkan syarikat lawan iaitu Microsoft meletakkan syarat supaya setiap model Windows Mobile MESTI meletakkan logo Windows pada bahagian belakang setiap model tidak kira jenama apa pun! Begitu juga PALM dan Blackberry. Secara jelas, memang tidak terdapat satu simbol pengenalan pada badan telefon Symbian.
Bagi saya, sebenarnya kedudukkan Symbian selaku peneraju OS nombor satu didunia sudah mula tergugat atas faktor-faktor berikut;
- WinMo sudah mula diterima oleh SonyEricsson, Samsung, Motorola dan LG
- Apple Iphone telah berjaya mencipta telefon IDAMAN diseluruh dunia!
- RIM Blackberry semakin mengecilkan saiz telefonnya supaya nampak lebih elegan
- Wujudnya pakatan ANDROID yang mempunyai lebihkurang 30 ahli dalam bidang industri telekomunikasi (termasuk Google dan Intel) untuk menyaingi Symbian bermula hujung tahun ini
- Yang paling penting, rupa bentuk telefon Symbian yang rata-rata tidak ‘cool’ dan futuristik.
Syarikat Symbian sudah mengesan kelemahan ini, tambahan lagi ‘survey’ menunjukkan ramai pengguna smartphone akan beralih kepada Iphone pada masa hadapan. Jadi apakah ini petanda buruk untuk Symbian?
Sebenarnya, Nokia pun pening kepala juga memikirkan hal ini, oleh sebab itu Nokia baru-baru ini (24 jun 2008 ) telahpun membeli KESELURUHAN saham Syarikat Symbian LTD yang dipunyai oleh lain-lain pemegang saham dan sekaligus Symbian telah menjadi milik Nokia sepenuhnya!
Langkah kedua Nokia: kemudiannya, 3 platform utama Symbian (S60, UIQ dan MOAP) DIGABUNGKAN untuk merekacipta 1 telefon Symbian tahap mahadewa. Ini sekaligus membenarkan NOKIA untuk mengeluarkan telefon ‘touchscreen’nya sendiri tidak lama lagi akibat penggabungan teknologi ini.
Langkah ketiga Nokia: Symbian, S60, UIQ dan MOAP telah dibebaskan dari pegangan NOKIA untuk membentuk SYMBIAN FOUNDATION (Yayasan Symbian) yang setakat ini mempunyai 31 ahli termasuk Broadcom, EA Mobile dan Texas Instrument! Untuk lebih lanjut sila perhatikan grafik dibawah ini atau layari http://www.symbianfoundation.org :
Persoalannya, mengapa langkah-langkah ini diambil oleh Nokia? Ini kerana Nokia sebenarnya sedang tertekan dengan syarat-syarat yang dikenakan oleh Sykt Symbian dimana ia mengepalai S60 dan tidak langsung dapat menghasilkan telefon touchscreen UIQ seperti SonyEricsson. Pada waktu sekarang, dunia sedang menunggu jawapan dari Nokia untuk mengeluarkan model yang setanding I-Phone. Percayalah cakap saya ini, sesungguhnya saya telah mencuba Apple I-Phone dan saya dapati ianya adalah telefon yang paling BEST setakat ini! Ia touchscreen tanpa stylus, anda cuma mengendalikannya dengan jari-jari anda sahaja! jika anda mencubanya – mungkin anda susah nak tidur kerana memikirkan kecanggihan telefon ini. Dan berita mutakhir – Apple telah melancarkan Apple I-Phone 3G (16 Gb Hdd) baru-baru ini dan dipasarkan kepada 22 negara serentak pada hari pelancarannya.
Perhatikan – IPhone 3G 16Gb? paling besar dalam kumpulan Symbian hanyalah 8Gb setakat ini (N96 belum lagi muncul – dengar cerita 16Gb, entahlah….). Selain itu, WinMo juga telah melancarkan Samsung OMNIA pada minggu lepas (touchscreen, 16Gb, 5Mpix, tipis: 12 inci) dan HTC Touch Diamond untuk menyaingi I-Phone. Blackberry juga taknak kalah – ia akan melancarkan model THUNDER juga untuk menyaingi I-Phone.
Apa peluang Malaysia dalam Symbian Foundation ini? Symbian Foundation telah membuka keahliannya kepada syarikat-syarikat teknologi di seluruh dunia dan yang paling penting: Symbian OS akan berubah kepada ‘Open Source’ dan ia memberi peluang kepada programmer di Malaysia untuk mengeluarkan TARINGNYA! Dalam banyak hal, peluang sebenarnya terbuka untuk MAXIS kerana hanya MAXIS mempunyai program ‘programmer’nya yang tersendiri yang dinamakan MAXIS MDP.
Antara kekurangan (loop hole) dalam perkembangan Symbian di Malaysia:
- Belum ada pihak yang mengeluarkan KAMUS DEWAN atau KAMUS DWI BAHASA khas untuk Symbian setakat ini
- Dukumentasi Panduan Haji Dan Umrah belum tersedia dalam format Symbian
- Buku cerita kanak-kanak / hikayat / dongeng / lagenda dalam bentuk multimedia interaktif belum dibangunkan untuk Symbian.
- Panduan pelancong (tourist guide) mengenai Malaysia tidak pernah wujud pada mana-mana platform Symbian.
- Buku Fakta Malaysia dan Sejarah Malaysia belum pernah wujud untuk Symbian,
- Games untuk telefon Symbian dalam pendekatan Malaysia belum lagi wujud.
- Buku resepi masakan kegemaran Malaysia dan banyak lagi yang bersarang didalam kepala saya ini…. siapa nak jawab semua ni??
Sebenarnya, kita hanya berjaya melahirkan graduan cemerlang dalam disiplin IT setiap tahun hanya untuk 2 tujuan: (1) bekerja didalam sektor kerajaan atau swasta (2) menganggur. Sejak dari tahun 1997 lagi saya selalu berfantasi: alangkah bagusnya jika saya memiliki sebuah syarikat R&D saya sendiri khusus untuk membangunkan produk IT dan menjualkan produk ini keseluruh dunia, perkara pertama yang akan saya buat ialah mengutip/ memilih graduan-graduan IT yang menganggur dan memberikan mereka satu asignment untuk membangunkan produk ini. Seterusnya saya akan memasarkan produk ini dan royalti produk akan diberikan kepada mereka termasuk gaji, elaun, dan lain-lain….. tapi, apakan daya – nak membeli Nokia N77 tadi pun, saya masih belum cukup ‘budget’! hehehe. Kopak.. kopak.
Dan masa depan yang saya nampak hanya pada dunia telefon bimbit, khususnya Symbian. Kerana setakat ini lebih ramai membeli smartphone berbanding laptop. Nokia juga telah berjaya menjadi syarikat penjual KAMERA DIGITAL yang terbesar didunia! (ya… kerana ia berjaya menjual telefon berkamera).
Ahem… ada sesiapa investor yang berminat untuk melaburkan modal kepada saya? 🙂
P/S: Kepada sesiapa berminat untuk membeli model-model telefon yang saya sebutkan diatas, sila sms saya di 0168270972 atau email adliayob@yahoo.com
Tinggalkan Jawapan