Sejak dari mula saya menulis di blog ini, saya selalu tekankan tentang kepenggunaan dan keistimewaan S60 sahaja. Dalam erti kata lain… ini tidak adil! Jadi, saya akan mulakan dengan memperkenalkan satu lagi platform Symbian iaitu UIQ.
UIQ (User Interface Quartz) merupakan salah satu antara 3 platform utama Symbian. Ia dibangunkan oleh Syarikat UIQ Technology yang berpangkalan di Ronneby, Sweden. Pada peringkat awal penubuhannya, ia hanyalah satu ‘facility’ (kemudahan makmal) R&D untuk kerja-kerja kajian telefon masa hadapan milik Syarikat Ericsson. Sebenarnya dari makmal inilah terhasilnya teknologi Bluetooth yang kita sedang nikmati pada hari ini.
Pada tahun 1998 sebuah makmal milik Ericsson Mobile Communications telah dibuka di Ronneby dan dinamakan ‘Mobile Applications Lab‘. Kemudian pada 1 April 1999 makmal ini menjadi sebahagian dari Symbian Ltd dan sejak itu ia memberikan fokus berkaitan ‘User Interface’ berasaskan pena (pen-based communicator) iaitu QUARTZ 6.0 yang kemudiannya dikenali sebagai UIQ. Kemudian pada tahun 2002 UIQ telah melancarkan telefon pertamanya iaitu Sony Ericsson P800.
Berikut merupakan gambarajah pengeluaran model-model UIQ (klik untuk lebih jelas):
Baik, mari kita perhatikan ciri-ciri khas dan keistimewaan Symbian UIQ:
- Keistimewaan utama UIQ berbanding S60 ialah- Platform UIQ menyokong teknologi TOUCHSCREEN dan keypad. Ini menyebabkan ia tampak canggih kerana setiap ikon dan pilihan menu dapat anda sentuh dengan jari atau menggunakan ‘stylus‘.
- Untuk proses input data, anda boleh memilih samada menggunakan hand writing recognition (tulisan tangan), on-screen keyboard atau keypad.
- Berbanding dengan S60, UIQ adalah lebih teknikal dan fleksibel. Seseorang yang telah lama menggunakan S60 akan berasa janggal dan kekok terhadap UIQ buat sementara waktu kerana persekitaran pengguna (user-interface) yang amat berlainan.
- UIQ merupakan perintis kepada pelbagai teknologi Symbian seperti: (a) Yang pertama menggunakan TOUCHSCREEN pada Symbian, (b) Pertama menyediakan kemudahan pelbagai INPUT-MASUK sama ada dengan touchscreen, keyboard atau keypad (atau dengan kesemuanya sekali), (c) Yang pertama menggunakan teknologi Bluetooth, telefon berkamera, pengecaman tulisan tangan dan dua GUI dalam satu (Sony Ericsson P800 – Buka flip untuk menukar kepada mod touchscreen, tutup flip untuk menggunakan keypad sahaja).
- UIQ pada Motorola A925 dan A1000 merupakan telefon yang pertama Symbian yang menggunakan 3G, GPS dan WiFi.
- Merupakan yang pertama menggunakan teknologi ‘Business Card Scanner’ (P990) dan ‘Push-Email’ (P910).
- Nokia 6708 merupakan telefon Nokia pertama menyediakan kemudahan dwi-input iaitu touchscreen dan keypad. Telefon ini dikuasakan dengan Symbian 7.0 platform UIQ 2.1
- Apabila mengunakan ‘Web Browser’ untuk melayari Internet, UIQ3 menyediakan kemudahan yang sangat baik dan mampu untuk setanding dengan komputer biasa. Namun pengguna perlu memasang dua perisian iaitu OPERA MINI dan OPERA 8.65 (biasanya sudah terpasang pada P1i dan W960) pada telefon UIQ3. Opera mini boleh di pindah-turun (download) secara PERCUMA/Gratis di sini -> http://www.operamini.com/download/pc/sonyericsson/sonyericsson_p1/ (sila pilih bahasa, (Bahasa Melayu pun ADA!) kemudian download fail opera-mini-advanced.jar). Fail ini sesuai untuk semua telefon Symbian UIQ3.
- Pengguna UIQ3 boleh terus menconteng segala nota dan idea terus ke skrin telefon. Ia boleh diibaratkan sebagai ‘whiteboard’ dan anda boleh simpan catatan anda dalam pelbagai format – contohnya *.bmp
- Sama seperti S60, telefon UIQ boleh dipertingkatkan fungsinya dengan memasang perisian dan games (terdapat lebih 500+ tajuk di pasaran) di internet (handango dan my-symbian). Selain itu pengguna tidak berasa ‘ketinggalan zaman’ kerana UIQ yang baru membenarkan ‘firmware-update’ terus menggunakan USB data cable dan komputer peribadi.
- Kesemua model UIQ terpasang MODEM (built-in). Sebagai contoh, saya ‘upload’ laman blog ini dan masuk ke internet menggunakan DIGI broadband (data sim only) dan Sony Ericsson W960i. Saya sambungkan telefon ini dengan bluetooth kepada laptop saya kemudian dail DIGINET dan terus log-in ke internet. Tidak perlu USB-modem atau lain-lain wayar yang berselirat.
- UIQ mudah diselenggarakan – ini bermaksud jika berlaku sebarang kerosakan pada perisian asal, telefon UIQ mudah untuk DIFORMAT semula. Proses ini tidak memerlukan sambungan kepada komputer kerana ROMnya sudah tersedia pada ‘badan’ telefon (terdapat ROM chip pada telefon yang menyimpan OS asas).
- Kesemua telefon UIQ dapat menjalankan perisian Java J2ME dengan baik kerana integrasi yang kuat diantara pengeluarnya iaitu Symbian Ltd dan pengeluar Java iaitu SUN Microsystem.
- Integrasi terbaik dengan penyedia talian untuk khidmat multimedia seperti gprs dan mms! Jika tidak terdapat model telefon anda pada operator telco, anda boleh download setting UIQ yang lain untuk GPRS, WAP dan MMS telefon anda (contohnya Motorola Z8 – boleh gunakan setting Sony Ericsson P1i/W960/M600 atau P990i).
- Mempunyai butang ‘Task-Manager’ yang unik (seperti butang Ctrl-Alt-Del pada komputer Windows) untuk kemudahan ‘Multitasking’ dan penyelenggaraan OS dan RAM.
Berikut merupakan laman rujukan untuk UIQ:
- Laman Rasmi UIQ Technology – http://www.uiq.com
- Web Symbian – http://www.symbian.com
- UIQ Evangelist – http://www.uiqblog.com
- Symbian Freak – http://www.symbian-freak.com
- Laman UIQ Motorola (tidak rasmi) – http://www.motosmartphones.com
- UIQ Developer – http://developer.uiq.com
- Sony Ericsson P1i Blog – http://www.p1iblog.com
- Perisian percuma/gratis – http://www.symbian-freeware.com
Berikut merupakan model-model telefon Symbian UIQ – sila klik untuk lebih jelas:
Setakat ini dahulu sebab sekejap lagi saya hendak ke airport untuk pulang berhari-raya ke Seremban, Negeri Sembilan. Saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca laman blog ini.
Tinggalkan Jawapan