Adliayob – Sebuah Catatan Teknologi

April 9, 2009

Pelancaran Rasmi Nokia E75 Di Malaysia

Filed under: Berita Symbian,Prapandang (Reviews) — adliayob @ 9:52 pm

asri-e71-01

Oleh ASRI AL-BAKER

Kuala Lumpur – 8 April 2009

  1. Nokia E75 adalah model terbaru dalam keluarga Eseries. Ia adalah sebuah alat email yang terbaik pernah dihasilkan oleh Nokia.
  2. Ia menggabungkan ciri-ciri terbaik communicator, dan Eseries yang lain dalam pakej yang mantap serta moden dan mempunyai kemasan terkini.
  3. Walaupun pada luarnya ia kelihatan seperti telefon bimbit biasa, tetapi keistimewaan E75 terletak pada QWERTY keyboardnya yang besar yang menggelongsor keluar dari sisi.
  4. Dengan kuasa Sistem Operasi Symbian S60 3rd Edition Feature Pack 2, E75 memiliki kuasa yang hampir sama dengan sebuah laptop kecil.
  5. Disamping ciri-ciri bisnes, ia juga memiliki ciri-ciri hiburan dan multimedia mantap seperti sistem permainan N-Gage

Cinta Pandang Pertama

  1. Semenjak foto-foto tidak rasmi E75 mula bertebaran di internet, saya sudah mengikuti perkembangannya dari dekat dan saya amat gembira sekali apabila ia diumumkan secara rasminya pada bulan Februari yang lalu di 3GSM World Congress.
  2. Dan perasaan saya amat berdebar-debar apabila dijemput oleh Nokia Malaysia untuk menghadiri pelancaran rasmi E75. Majlis yang diadakan secara tertutup untuk media terpilih ini diadakan di Kuala Lumpur pada 8hb April 2009 di Avenue K, pada pukul 10 pagi.
  3. Nokia E75 dirasmikan oleh Vlasa Berka, Pengurus Besar Nokia Singapura, Malaysia & Brunei. Menurut beliau, pada masa ini, email adalah antara ciri-ciri yang paling penting dalam memilih telefon pintar. Dan E75 adalah telefon pintar Nokia yang pertama yang direkabentuk khusus untuk email.
  4. Apabila diajukan soalan adakah E75 akan menjadi “pembunuh Blackberry”? Dengan tenang Vlasa Berka menjawab bahawa sasaran pengguna E75 adalah berbeza daripada BlackBerry. E75 mempunyai lebih ciri-ciri menarik serta fungsi lebih menyeluruh dan sesiapa sahaja boleh mengakses email melalui E75 tanpa perlu berhadapan dengan konfigurasi yang rumit.
  5. Dilihat dari bentuknya dan ciri yang menarik padanya, tidak mustahil E75 akan menjadi antara telefon pintar Symbian paling top di Malaysia setanding dengan E71. Ia bukan sahaja padat dari segi luaran tetapi memiliki aplikasi yang telah matang.

Adakah E75 Sesuai Untuk Saya?

  1. Seperti yang saya katakan tadi, saya memang menanti-nanti kehadiran E75 di pasaran kerana ia memiliki ciri-ciri yang saya perlukan untuk kegunaan saya.
  2. Setelah memegang, membelek, dan mencubanya selama beberapa minit, ada beberapa perkara yang dapat saya rumuskan.
  3. Pertama – QWERTY Keyboard. Pada pendapat saya, ini adalah QWERTY keyboard Nokia yang paling selesa untuk digunakan. Lebih baik dari QWERTY keyboard E90. Jari-jemari saya dapat menaip dengan pantas kerana kekuncinya begitu responsif. Susah nak jelaskan, anda kena cuba dulu baru tau. Dia mantul-mantul sikit laa…
  4. Kedua – Kualiti kemasan yang padat. Biasanya, Eseries memang dibuat dari bahan berkualiti tinggi seperti E71 yang menggunakan logam untuk penutup bateri. Begitu juga dengan E75. Nampak berkilat, serta eksklusif dan tahan lasak.
  5. Ketiga – Pilihan Warna. Ada 3 pilihan warna untuk E75 iaitu hitam, merah dan oren gelap. Pada pendapat saya, warna merah dan oren gelap memang menarik. Sebab selama ni, kalau telefon pintar, mesti warna hitam, silver, kalau tak hitam, mesti silver.
  6. Keempat – Saiznya. E75 tidaklah besar sangat seperti E90. Ia begitu padat dan anda tidak akan menyangka bahawa disebalik rupa parasnya yang comel itu, sebenarnya ada QWERTY keyboard dibawahnya. Memang padat dan sesuai dimasukkan dalam poket.
  7. Kelima – Kelajuan perisiannya. Melalui percubaan saya beberapa minit, E75 memang pantas! Membuka aplikasi dalam sekelip mata, bergerak kesana-sini dalam menu dalam sekelip mata, dan juga ada beberapa penambahan yang dilakukan dalam S60 3rd Edition FP2 untuk Eseries yang tiada dalam telefon pintar Nokia yang lain.
  8. Keenam – Aplikasi Email ataupun Nokia Messaging dalam E75 memang patut diberi pujian kerana sangat mudah untuk digunakan. Anda cuma perlu 3 langkah untuk mengakses email. (1. Masukkan alamat email, 2. Masukkan password, 3. Terima syarat) Ini adalah satu fungsi hebat yang saya rasa perlu ada pada setiap telefon pintar Nokia yang lain.

Yang kurang menarik mengenai E75…

  1. Walaubagaimanapun, E75 bukanlah sebuah telefon pintar yang sempurna kerana disamping perkara-perkara menarik yang saya sebutkan tadi, E75 juga agak mengecewakan (bagi saya) kerana beberapa perkara.
  2. Pertamanya – Keypad hadapan terlalu rendah. Membuatkan jari agak krem untuk bergerak dan perlu berhati-hati kerana bahagian atasnya agak berat.
  3. Kedua – Butang Satu Sentuh (One Touch Button) yang terletak disekeliling D-Pad iaitu Menu Utama, Kalendar, Email serta “Backspace” agak terlalu rapat kedudukannya. Ada kebarangkalian anda akan tersalah tekan butang. Apabila saya kira, ada 8 butang disekelining D-Pad. Cuba tengok betul-betul…
  4. Ketiga – Saya sangkakan E75 ada Tv-Out kerana semasa dilancarkan di 3GSM, perkara ini ada disebut. Tetapi nampaknya, ciri tersebut tidak dimasukkan…
  5. Keempat – Kamera 3.2 mp menggunakan LED flash. Kenapalah tak pakai Xenon flash Nokia oi… dahlah tu, butang camera pulak kat tengah bahagian sisi…
  6. Kelima – Harganya. RM1950 pada pendapat saya adalah agak tinggi. Sepatutnya E75 dijual dengan lingkungan harga RM1600 ke RM1800.
  7. Kesimpulannya – Pada masa sekarang, sekiranya anda memang tersangat ingin menukar telefon dan perlukan email, multimedia, internet serta bentuk yang menawan dalam pakej yang padat, E75 adalah jawapannya. Itupun kalau dompet anda mengizinkan lah… Betul tak? Berbelanjalah dengan bijak!

asri-e71-02

*** Iklan – Siapa nak beli E75 dengan harga spesel, sila hubungi saya di 6019.232.1177. Original. Avaxx warranty 🙂

iklan-symbianku

8 Komen »

  1. Mahal sgt! Sy tggu 5730 XM. Spec sama tp jauh lbh murah. Yg 2 xde special price nt?:-)

    Komen oleh Lan — April 9, 2009 @ 10:04 pm | Balas

  2. memang best lah phone ni.awek kat dalam gambar tu pun lawa gak.he2.:P

    Komen oleh mohd hashril — April 10, 2009 @ 9:50 am | Balas

  3. Skrg tengah memikirkan untuk angkat E71.

    Komen oleh Khairul — April 10, 2009 @ 5:55 pm | Balas

  4. screen dia tak kecil sangat ke nak view internet? ada touch screen tak? sebab orang sekarang suka touch screen lak,baru nampak gempak!!

    Komen oleh asrul sani — April 27, 2009 @ 12:23 pm | Balas

  5. review yg mantap,kalo ble… tlong reviewkan samsung omnia hd…plist…

    Komen oleh anonymous — Jun 4, 2009 @ 9:05 pm | Balas

  6. saya berpegalaman mengunakan E71 (2 tahun) dan E75 (1 bulan), hanya 1 kelebihan kalau di bandingkan antara E71, E75 lebih pantas!

    Komen oleh Faiz350 — Oktober 23, 2009 @ 4:48 pm | Balas

  7. cam best je e75 ni
    nanti nak angkat satu la
    hehe

    Komen oleh Kimizo — Februari 25, 2010 @ 11:22 am | Balas

  8. kalau skr berapa ya ,harganya?

    Komen oleh warsitobinkarto — Julai 1, 2011 @ 8:18 pm | Balas


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: