Hai, bersua kita kembali setelah lebih 2 minggu saya tidak menulis dalam blog ini. Pada bulan ini, saya akan fokuskan ‘opini’ (pandangan) saya tentang satu lagi platform Symbian iaitu UIQ. Seperti yang kita maklum, UIQ dipelopori oleh Motorola dan Sony Ericsson.
Namun, sebelum saya menutup perbincangan mengenai Samsung i450 yang mendapat sambutan hangat, disini saya ingin bercerita sedikit-sebanyak tentang pengalaman saya dengan Samsung, salah satu pengeluar S60 yang aktif, yang kebelakangan ini semakin SAMSENG! hehehehe.
Pada sekitar bulan November 2005, saya pergi ke Low Yat Plaza Kuala Lumpur untuk mencari telefon Panasonic X800 untuk hadiah ‘birthday’ isteri saya. Disebabkan minat isteri terhadap telefon clamshell dan S60 – maka Panasonic X800 menjadi pilihan hatinya sedangkan saya lebih suka kepada Samsung D720. Pencarian X800 akhirnya berlaku serentak dengan D720 (dan ini merupakan Samsung Symbian yang pertama dijual di Malaysia!) menyebabkan saya benar-benar ‘kompius’ mana satu yang ingin saya beli. Akhirnya saya beli juga X800 sebab itulah pilihan sebenar dalam perjanjian awal kami.
Lama saya mencuba D720 di Low Yat, install SIS files, tukar themes dan sebagainya sehinggakan penjual telefon tersebut panik dan terus bertanya ‘Bos, lu ada kirja sama itu Samsung atau Nokia ka?’ akibat dari aktiviti saya dengan D720 itu. Saya menjawab ‘Tidak, saya tidak kerja dengan mana-mana pengeluar telefon, tapi ini hobi saya – itu pasal saya banyak tau pasal telefon’. Kemudian, setelah membayar harga X800, saya format kembali Samsung D720 kepada konfigurasi asal. Dan sebenarnya sampai ke hari ini pun, perasaan saya terhadap D720 tidak berubah. Akhirnya pada bulan Mac yang lepas, dapat juga saya membeli sebuah Samsung i450 yang kini tersimpan rapi dalam jagaan isteri saya dan dia menyukainya!. Cuma katanya baru-baru ini ‘Kalaulah ada warna PINK untuk model i450 ni – mesti telefon ni lebih perfect’ saya pun diam, sebab saya rasa: kalau isteri saya jadi ‘DEWA penjaga gajet’ di mukabumi ini, maka susahlah kita untuk melihat warna lain pada telefon bimbit dan kemungkinan besar pelangi yang kita kenal pun – ada satu warna sahaja iaitu PINK. Alhamdulillah, ‘universe’ masih sayang pada isteri saya dan kita dapat lihat macam-macam warna untuk telefon – hingga hari ini!
Samsung SGH-D720 merupakan Symbian S60 keluaran Samsung yang pertama masuk ke Malaysia. Akibat promosinya yang tidak berapa kuat dan kepopularitian Nokia, maka penjualan D720 tidak begitu baik dan akibat dari itu – Samsung SGH-D730 (clamshell) tidak dijual di Malaysia. Begitu juga dengan i400 dan i520 yang hanya dijual di Eropah seakan-akan memberi mesej yang Samsung agak keberatan untuk menjual Symbiannya ke lain-lain pasaran di dunia.
Namun pada bulan Mac tahun ini, arah pasaran Samsung berubah dan SGH-i450 dan SGH-i550 serentak dilancarkan di Malaysia. Kemudian kita lihat SGH-G810 dijual bermula JULAI 2008 (dan mendapat sambutan yang sangat baik di Plaza Low Yat sekarang kerana harga permulaannya RM1899 sedangkan harga permulaan untuk Nokia N95 adalah RM2499 dan N82 RM2399 walaupun mempunyai spesifikasi yang sama!) dan menyusul selepas ini ialah SGH-L870 pula.
Samsung G810 memang patut dipuji. Ini kerana semua orang maklum yang kualiti buatan Samsung jauh lebih baik dari Nokia. Samsung juga pengeluar kamera digital dan kelebihan ini dipasangkan pada G810 menyebabkan kualiti fotonya amat baik dibantu dengan XENON flash seolah-olah anda memang memegang sebuah ‘digital camera’ tahap tinggi. Jika anda bertanyakan ‘Jika telefon ini rosak bagaimana? Mana kedai yang boleh ‘repair’?‘ saya menjawab: ‘Kebanyakkan telefon yang rosak adalah NOKIA – itu pasal mana-mana kedai di Malaysia akan ‘standby’ semua peralatan membaikinya sedangkan jenama lain (terutama Motorola dan Samsung) teramat jarang rosak’. Inilah yang saya maksudkan dengan ‘kualiti buatan’ Samsung.
Selama ini Samsung kurang membangunkan S60 kerana penerimaan masyarakat dunia pada Nokia. Di Malaysia, alhamdulillah – sejak saya buat prapandang i450 barulah ramai yang menelefon, SMS dan email saya – mengucapkan terima kasih dan mereka tidak takut lagi untuk membeli Samsung Symbian (cuma mereka masih takut untuk membeli software dan games Samsung Symbian daripada saya… saya pun hairan juga š ) Jadi, Samsung semakin berani, semakin menggasak dan mengisi ruang yang ada untuk mencuri pasaran ‘terbiar’ yang terbuka luas untuk S60 miliknya. Senario ini tidak ubah seperti gejala AH-LONG yang semakin kreatif untuk mencari mangsa hingga bertindak SAMSENG menekan mangsanya!
Nokia berjaya menerusi 2 model iaitu N95 dan E90. Untuk ‘upgrade’ N95 – Nokia akan melancarkan Nokia N96 yang mempunyai spesifikasi POWER seperti memori 16Gb, DVB-H, sokongan microSD sehingga 32Gb, skrin 2.8 inci, GPS (dan A-GPS), WiFi, NaviWheel, N-GAGE (dan N-Gage button), lensa Carl Zeiss 5 Mpix, Toshiba Audio Chip, accelerometer dan sokongan YOUTUBE dalam ‘browser’ S60 terbaru. Penjualan N96 dijangka bermula pada hujung tahun ini.
TETAPI, tak sempat Nokia untuk menjual N96nya – SAMSUNG dengan SAMSENGnya akan mula menjual Samsung INNOV8 (i8510) pada bulan SEPTEMBER ini! Pada saya – INNOV8 (disebut Innovate) adalah telefon S60 paling POWER setakat ini hingga mengalahkan N96! dan tiba-tiba pada hari ini (6 Ogos 2008 ) Samsung mengeluarkan SGH-i7110 yang mungkin akan dijual serentak dengan INNOV8! Langkah ini sekaligus membunuh penguasaan Nokia yang belum sempat mengeluarkan apa-apa model N-Series sejak N95-8Gb, E71 & E66 baru-baru ini.
Anda lihat sendiri spesifikasi membunuh dan gambar-gambar Samsung Symbian terbaru yang akan dijual di pasaran tidak lama lagi dan percayalah… Nokia sedang menghadapi persaingan yang paling hebat dalam sejarahnya!
Spesifikasi Samsung INNOV8 (i8510)
- Kamera: 8 Mpix Autofocus/ image-stabiliser/ geo-tagging/ auto-panorama/ face, smile & blink detection/ Video shooting upto 120fps with DIVX support.
- OS: Symbian 9.3 / S60 3.2
- Data: WiFi 802.11 b/g, DLNA/ Bluetooth 2.0 A2DP/ microUSB (USB 2.0) / EDGE/ 3G/ HSDPA 7.2Mbps/ GPS/ A-GPS
- Memory: 128Mb RAM/ 8 @ 16Gb internal/ up to 16Gb microSD
- Screen: 240×320 pixels, 2.8″ (inch) / TFT 16M colours
- Games: Asphalt4 & FIFA 08 (macam versi N-GAGE N95-8Gb)
- Lain-lain: Sokongan WMV, AVI dan DIVX / TV-Out/ FM Radio with RDS/ Accelerometer/ Optical Mouse
Rujukan:
- http://www.allaboutsymbian.com/reviews/item/Samsung_INNOV8-Hands-on_Preview.php
- http://www.gsmarena.com/samsung_i8510_innov8-2471.php
- http://www.gsmarena.com/nokia_n96-2253.php
- http://www.symbian-freak.com/news/008/08/new_samsung_s60_phone_on_the_horizon.htm
- http://www.gsmarena.com/samsung_i7110_pops_up_%E2%80%93_symbian_s60_plus_5_megapixel_camera_onboard-news-563.php
Tinggalkan Jawapan