Oleh Asri Al-Baker
1. GPS tu apa sebenarnya?
Sistem Kedudukan Sejagat atau Global Positioning System (GPS) mempunyai nama rasmi iaitu Navstar GPS. Ia adalah satu nama kepada satu jenis teknologi yang pada mulanya digunakan dalam industri ketenteraan oleh tentera Amerika Syarikat.
Secara umumnya, teknologi GPS ialah satu pecahan daripada teknologi Sistem Navigasi Satelit Sejagat GNSS (Global Navigation Satellite System) iaitu teknologi utama dalam penggunaan navigasi satelit. GPS adalah satu-satunya sistem GNSS yang berfungsi pada waktu ini dan ia boleh digunakan secara percuma untuk menentukan kedudukan dan boleh digunakan oleh orang awam
Dibawah GNSS, selain dari Navstar GPS, ada juga IRNSS yang dibangunkan oleh India, China juga membangunkan teknologinya sendiri yang dipanggil COMPASS dan negara negara di Eropah sedang giat membuat penyelidikan untuk mewujudkan GALILEO. Disamping itu, Russia juga mempunyai sistemnya yang tersendiri dipanggil GLONASS.
2. Oooo… Dia sama dengan GPRS laaa…
Ishk… Tak sama langsung.
GPRS tu ialah General Packet Radio Service yang juga dikenali sebagai teknologi pemangkin telefon mudah alih 2.5G. GPRS membolehkan rangkaian mudah alih berhubung kepada internet dengan lebih laju berbanding teknologi CSD (Circuit Switched Data). Dengan GPRS, capaian internet sentiasa tersedia dan tidak perlu mendail dan data hanya dimuat turun jika ada aktiviti internet.
Kan lain kan? Betul tak?
3. Macam mana nak pakai GPS dalam fon?
Ada beberapa cara. Disebabkan blog ini memang blog Symbian, maka saya akan menulis mengenai GPS dalam telefon pintar Symbian. Untuk telefon pintar yang menggunakan sistem operasi selain Symbian, anda perlu menggunakan sahabat karib anda, encik Google 😉
Pertama : Menggunakan alat GPS luaran.
Cara ini memerlukan anda memiliki sebuah telefon pintar Symbian dan juga sebuah alat GPSr (GPS receiver) Bluetooth.
Ini boleh digunakan untuk telefon pintar Symbian yang tidak memiliki GPS chip bina dalam seperti model Nokia E61 dan juga Sony Ericsson P1i.
Dalam pasaran, anda boleh mendapatkan alat GPSr ini seperti Garmin 10x. Harganya sekitar RM500 hingga RM700.
Anda juga perlu memasang aplikasi GPS didalam telefon pintar anda serta meletakkan data peta GPS untuk digunakan sebagai peta asas “basemap”. Antara aplikasi yang popular untuk telefon pintar Symbian ialah Garmin Mobile XT, TomTom Navigator dan juga Sygic Mapdrive.
Kedua :
Menggunakan telefon pintar Symbian yang mempunyai GPS chip bina dalam seperti Nokia E90, Nokia N95 dan Samsung Innov8 i8510.
Kebanyakan telefon pintar Symbian yang baru dilancarkan sudah sememangnya memiliki chip GPS bina dalam.
Disamping itu, Nokia juga memasukkan aplikasi peta serta data untuk digunakan secara terus oleh pengguna telefon pintar S60. Aplikasi yang diberi adalah percuma. Tetapi anda perlu membayar untuk menggunakan navigasi suara. Namanya senang sahaja, Maps.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak berpuas hati dengan aplikasi tersebut, kerana mungkin data peta yang anda inginkan tidak anda temui, anda juga boleh memasang aplikasi GPS lain seperti Garmin Mobile XT yang juga boleh mengesan chip GPS bina dalam. Tetapi cara ini agak rumit untuk dilakukan.
Kegunaan GPS dalam telefon adalah sangat memudahkan. Ini kerana sekiranya kita ingin pergi ke tempat yang kita langsung tak pernah pergi, ia sangat membantu.
Satu lagi, dengan GPS dalam telefon, anda boleh menghantar koordinat anda kepada orang lain.
Dan semestinya, anda akan membawa gajet yang kurang sedikit berbanding membawa telefon dan alat GPS.
4. Selain dari fon, bende apa lagi yang kita boleh pakai untuk GPS?
Banyak… Ada juga alat GPSr yang memiliki skrin sendiri seperti Garmin Oregon. Alat-alat GPS seperti ini boleh diletakkan didalam kereta, atau sekiranya anda seorang yang suka aktiviti lasak seperti “jungle trekking”, ia juga bleh digunakan.
Anda juga boleh menggunakan GPS dalam laptop.
Ada juga sistem GPS yang digunakan di dalam jam tangan berjenama mahal. Ia digunakan sewaktu kecemasan. Ini membolehkan pasukan penyelamat mengesan kedudukan anda dengan tepat sekiranya berlaku kecelakaan.
5. Tak kena bayar mahal ke nak pakai GPS?
Untuk kegunaan orang awam seperti kita, menggunakan GPS dalam telefon adalah sangat ekonomi dan paling efektif kerana harganya tidak begitu mahal. Malah, ia hampir-hampir percuma.
Kita perlu bayar untuk peralatan GPS seperti telefon pintar yang memiliki chip GPS, atau GPSr luaran dan juka aplikasi untuk membaca peta dan menanda kedudukan. Tapi untuk menggunakan GPS itu sendiri adalah percuma. Tak perlu bayar.
Tetapi sekiranya anda ingin menggunakan GPS di dalam kereta dengan alat GPS yang lebih canggih, harganya juga agak tinggi.
6. Tapi saya rasa GPS ni tak penting bagi saya. Semua jalan yang saya lalu saya dah hafal sangat…
Kegunaan GPS bukan untuk menunjuk arah jalan sahaja. Ada banyak kegunaan lain.
Antaranya ialah geotagging. Untuk menggunakan geotagging, anda memerlukan kamera atau telefon pintar yang mempunyai fungsi GPS bina dalam. Apabila anda menangkap/mengambil gambar, kedudukan latitud dan longitud gambar itu akan direkodkan serta dimasukkan dalam info file berkenaan.
Satu lagi fungsi GPS ialah untuk geocaching. Sebuah permainan ala treasure hunt tapi menggunakan koordinat latitud dan longitude untuk mencari lokasi dengan tepat.
Jika kita lihat, industri perkapalan dan penerbangan, mereka adalah antara pengguna GPS yang paling besar kerana ketepatan perjalanan mereka sememangnya diukur melalui GPS.
Industri GPS sangat luas. Google pun ada Google Maps. Nokia juga telah membeli syarikat GPS iaitu Navteq dan gate5. Dan tidak lama lagi, kereta-kereta yang dijual dipasaran pun akan dilengkapi dengan sistem GPS.
Kegunaan GPS sebenarnya sangat luas. Cuma kita sendiri yang menyempitkannya dan menganggap ia tidak penting. Sekiranya anda merasakan anda perlu untuk menggunakan GPS, pelajarilah dari orang-orang yang menggunakannya.
7. Kat mana lagi saya boleh dapatkan maklumat mengenai GPS, terutamanya untuk Malaysia?
Banyak. Anda boleh lawati forum Malsingmaps (http://www.malsingmaps.com). Yang memiliki banyak maklumat penting mengenai GPS untuk Malaysia dan Singapore serta kawasan lain.
____________________________________________________________
Begitulah sedikit-sebanyak tentang teknologi GPS yang selalunya diabaikan penggunaannya dalam smartphone Symbian. Jika anda ada sebarang komen dan cadangan – janganlah malu-malu untuk menaipnya disini supaya Encik Asri Al-Baker dapat membantu anda.
salam bang asri.saya nak tahu lah bang.apa beza GPS dan AGPS bang.
Komen oleh mohd hashril — April 12, 2009 @ 6:12 pm |
Pandangan saya. Pengunaan GPS di kalangan masyarakat kita mungkin agak ketinggalan berbanding negara lain tetapi ada peningkatan kerana pengunaannya amat mudah difahami dan digunakan di samping peta negara kita yang lengkap kerana ramai di kalangan kita secara sukarela meng-update laluan-laluan baru.
Komen oleh Khairul — April 12, 2009 @ 9:57 pm |
@hashril
AGPS atau Assisted GPS (GPS yang dibantu oleh network) adalah satu teknologi yang melengkapkan GPS. Dengan menggunakan AGPS, capaian satelit dapat dipercepatkan kerana sistem akan menghubungi server melalui internet, yang akan memberitahu kedudukan anda. Seterusnya, server akan membantu untuk menetapkan kedudukan anda. Setelah kedudukan koordinat dikenalpasti, chip GPS akan mengambil alih tugas dari network.
Dengan GPS biasa, capaian kepada satelit adalah manual dimana GPSr akan mencari dan menghubungi satelit secara manual. Tidak melalui network.
@Khairul
Setuju. Memang benar, dah ramai yang pakai GPS sekarang sbb dah ada dalam handphone. Tapi belum banyak sangat sbb masih ramai yang tak tau.
Komen oleh asri al-baker — April 13, 2009 @ 12:10 pm |
oooo.macam tu.thanks abg asri.
Komen oleh mohd hashril — April 13, 2009 @ 5:34 pm |
Salam encik Asri.
Saya telah install sistem GPS Nokia Maps ke N73 sy.ape yg sy musykil,perisian ini hanya bleh wat mode simulation sahaja.Apabila sy cube mode Navigation,ia cube mengesan signal Bluetooth.Jd sy x bleh gunakan GPS ini dlm mase sebenar “real-time”.Contoh klu sy perlu ke satu2 tempat,sy perlu rujuk pd GPS dlm mode simulasi dulu,bukan nyer sy bergerak berpandukan GPS seperti gunakan Garmin.Harap dpt membantu.
Komen oleh HISHAM — April 20, 2009 @ 8:03 pm |
@Hisham
1. Nokia N73 _TIDAK MEMILIKI_ microchip GPS bina dalam. Sila baca artikel saya betul-betul 😉
2. Anda memerlukan Bluetooth GPSr untuk menggunakan navigasi GPS dalam N73. Sebab itulah ia cuba mengesan signal Bluetooth kerana dia mencari Bluetooth GPSr.
Peace!
🙂
Komen oleh asri al-baker — April 21, 2009 @ 3:22 pm |
Tq Encik Asri,
No wonder dlm mod Navigation ia mencari signal Bluetooth.Bagus jgk GPS gune Nokia Maps ni.Wlupun hanya gune mod Simulasi,at least sy bleh rancang perjalanan sy lebih awal.Lgpun ia percuma!
Komen oleh HISHAM — April 22, 2009 @ 12:57 am |
salam bro..
saya memang tak mahir ngan system hp terkini.saya ingin memiliki nokia E63 tapi tiada ciri gps di dalam nye..so saya perlu beli device lain pulak untuk gps ke atau bole upload dalam phone..pastu e63 ni ok ker
Komen oleh man7 — April 22, 2009 @ 11:10 am |
@hisham
1. Google Maps utk S60 juga bagus. Tapi ia menggunakan data untuk berhubung dengan server bagi menentukan kedudukan.
2. Google Maps utk S60 adalah percuma dan boleh dimuat-turun dari http://www.google.com/gmm
3. Bagi saya, Nokia Maps terlalu banyak kelemahan dan kekurangannya. Dan saya memilih untuk menggunakan Garmin Mobile XT.
Peace!
Komen oleh asri — April 22, 2009 @ 6:13 pm |
Saya bersetuju dengan pendapat Tuan tu.
Terima kasih atas info yg di beri.
Saya sedang berkira2 untuk membeli Nokia N81 2GB.Model ini di lancarkan pd akhir 2007.Sudah agak lame tp harga terkini N81 2GB ni sy kire sngt sesuai dgn bajet sy.ape pendapat Tuan Asri dan Tuan Adli ttg model ni?
Ataupun tuan bleh suggest model Symbiam dgn bajet sekitar rm1200?
Harap dpt membantu
Komen oleh HISHAM — April 22, 2009 @ 6:53 pm |
@man7
1. Nokia E63 sebuah telefon pintar Symbian yang hebat sebenarnya. Jika anda tidak memerlukan GPS sangat, maka E63 sangat ekonomi dan mampu dimiliki.
2. Untuk anda menggunakan GPS dalam E63, anda perlu mendapatkan sebuah GPSr Bluetooth. Saya rekomenkan Garmin 10x. Harganya sekitar RM400 – RM500. Ini kerana E63 tidak memiliki chip GPS bina dalam.
3. Ataupun, anda boleh melanggan plan unlimited data dan menggunakan Google Maps utk S60.
3. Pada pendapat saya, sekiranya anda ingin menggunakan dan menikmati GPS sebenar-benarnya, anda perlu membeli model telefon pintar yang memiliki chip GPS bina dalam. Ada byk model spt E66, E71, N82, N95 dan sbgnya. Dan jika anda dalam bajet yg terhad, anda juga boleh membeli model-model terpakai (2nd hand).
@hisham
1. Nokia N81 pada pendapat saya, tidak berkualiti tinggi. Catnya mudah tanggal serta slidernya cepat longgar.
2. Dengan RM1200, pd pendapat saya, anda boleh dptkan Nokia N82 yg berkuasa tinggi, tahan lasak dan mempunya kamera digital terbaik serta Xenon Flash.
Komen oleh Asri al-Baker — April 22, 2009 @ 10:05 pm |
betul tu bang asri.Nokia n82 adalah phone yang berkuasa tinggi dan terbaik antara siri N.saya sudah setahun guna phone ni.setakat ni memang tidak ada masalah.kelajuannya juga hebat.audio dan videonya juga hebat.selain memiliki camera xenon.memang berbaloi pilih n82 ni. 🙂
Komen oleh mohd hashril — April 28, 2009 @ 9:39 am |
Salam tuan,
Nak tanya pasal charge yang dikenakan oleh Celcom (saya pakai celcom). Kedai yang saya beli tu kata guna Garmin dalam nokia e71 free tak payah bayar, kalau ada tulis dalam bill hantar kat dia. Tapi saya tak yakin, mungkin ada apa-apa charge yang akan dikenakan?
Terima kasih
Komen oleh azmi — Mei 5, 2009 @ 4:25 pm |
salam…..
nak tanya tentang GPS. 4.3′ GPS 3D VIEW!! INTERNET READY ni apa ye……????
internet tu maksudnya wifi ke…..???? atau sambung terus dg gps…..???/ tak faham…. tolong ye bagi maklumat….!!!!
Tengok di…..
http://www.lelong.com.my/Auc/List/2009-07DeStd38076167_AUCTION_-5-0-BIG-SCREEN-GPS-INTERNET-READY-BLUETOOTH-WORK-AS-PDA-8MAPS.htm
Komen oleh cikgu tua — Jun 30, 2009 @ 10:53 am |
i)apakah komponen utana alat gps jenis trimble n hand held?
ii)apakah kriteria alatan gps?
iii)contoh lain alat penerima gps dan software gps?
Komen oleh freelance surveyor — April 19, 2010 @ 4:29 pm |
salam.. sy guna sony w960i.. ade tak software gps sy boleh sy installkan utk phone sy tu? yang bole sy guna dgn percuma. tq
Komen oleh rehe — Julai 4, 2010 @ 10:16 pm |
Saya nak tanya,telepon nokia 5630 xm ada gps tak ?
kalau ada mcm mana nk setting? tq
Komen oleh asrul — November 15, 2010 @ 8:29 pm |