Adliayob – Sebuah Catatan Teknologi

April 6, 2009

Symbian 101: Bahagian 2 – Smartphone dan Syarikat Symbian.

Filed under: Tutorial Symbian — adliayob @ 8:47 pm
Tags: , ,

iklan-symbianku

BAHAGIAN 2 DARIPADA 7 BAHAGIAN (Nota: Anda boleh baca BAHAGIAN 1 di SINI)

Mengapa disebut ‘SmartPhone’ atau ‘Telefon Pintar’ ? Apakah yang membezakannya dengan telefon yang lain?
Suatu masa dahulu ada 2 jenis peranti (device) yang mengungguli ‘mobile segment’ iaitu HANDSET (Mobile Phone) dan PDA (Personal Digital Assistant). Kemudian, kedua-dua ‘device’ ini digabungkan ‘kecanggihan’nya maka terbentuklah SMARTPHONE.

evolusi-smartphone

Smartphone pada sifatnya adalah:

  1. Menyatukan / menggabungkan ciri-ciri PDA dan ‘mobile phone’.
  2. Ciri-ciri (features) yang disebutkan termasuklah mampu mengendalikan ‘Office Programs’, membaca fail PDF, dipasang dengan teknologi WLAN, UMTS, HSDPA, kamera beresolusi tiggi, GPS dan sebagainya.
  3. Mempunyai skrin yang lebih besar dari telefon biasa.
  4. Kemampuan untuk memasang perisian luar! (Option to install own application).
  5. ‘Multitasking’ – keupayaan menjanakan (membuka) banyak perisian dalam satu masa tanpa gangguan.

Jika kita lihat ciri-ciri yang dinyatakan tadi, jelas menunjukkan ‘smartphone’ boleh dikategorikan sebagai sebuah ‘komputer’ kecil. Untuk memahaminya dengan lebih lanjut, cuba teliti dan fahamkan jadual di bawah ini:

what-symbian02

Operating System (OS)

Sebagai ‘nadi’ atau ‘enjin’ yang mengawal ‘sistem’ komputer, maka ‘Operating System’ adalah sangat diperlukan dan kritikal untuk membentuk dan mencorakkan penggunaan sesebuah komputer. Dalam alam ‘smartphone’ terdapat banyak OS yang dipasang dari kilangnya. Ini memberikan pengguna ruang untuk memilih model telefon dan memberikan kuasa kepada mereka untuk mengawalnya.

Operating System yang terkenal dalam ‘smartphone’ adalah (susunan mengikut ‘world market-share Q4 2008);

  1. Symbian (yang dikeluarkan dalam 3 platorm iaitu S60, UIQ dan MOAP-S (FOMA)).
  2. BlackBerry (RIM)
  3. Windows Mobile (Microsoft)
  4. Mac OSX (IPhone)
  5. Linux (juga LiMo)
  6. Palm (juga WebOS)
  7. BREW (Binary Runtime Environtment for Wireless)
  8. Android (Google)

smartphone-1

smartphone-2

Sejarah ‘Smartphone’ Symbian.

Berikut merupakan sejarah Smartphone Symbian dalam tamadun moden manusia. Ketahuilah Encik Alexander Graham Bell pun tidak pernah terfikir yang suatu hari nanti ‘telefon’ akan menjadi seperti ini.

smartphone-3

Jangkauan Kemungkinan: Symbian Boleh Melakukannya!

Apabila anda menggunakan peranti Symbian, anda telahpun mengetahui yang ianya berfungsi LEBIH dari sekadar telefon. Melalui blog ini, anda juga tahu yang sebuah telefon Symbian boleh berfungsi sebagai MODEM lantas menjimatkan perbelanjaan anda untuk membeli ‘Modem Broadband’ yang ada di pasaran. Selain itu anda juga telah mengetahui tentang ‘push-mail’, ‘backup’ nombor telefon di GMAIL, ciri ‘File Manager’, kawalan slaid Power Point dengan Bluetooth dan lain-lain lagi. Apa lagi kemungkinan-kemungkinan yang terdapat pada sebuah ‘smartphone’ Symbian?

Sebagai seorang yang bakal menulis perisian Symbian, anda mestilah berfikir secara kreatif, kritis dan ‘Out Of The Box’. Cuba lihat ‘slaid’ di bawah ini yang disediakan oleh ANDREAS JAKL – seorang pengaturcara (programmer) Symbian yang terkenal. Salah satu ciptaan terkenal beliau adalah ‘game’ JOURNEY dan JOURNEY II.

smartphone-4smartphone-5smartphone-6smartphone-7smartphone-8smartphone-9smartphone-10

Dua aplikasi masa hadapan yang sangat menarik minat saya adalah ‘Augmented Reality’ dan ‘Gesture Control/Sensor’. Agak payah untuk saya menerangkan maksud teknologi ini, cuba anda lihat sendiri video yang disediakan. Kedua-dua teknologi ini banyak digunakan dalam penciptaan ‘game’. Bagi saya ianya lebih hebat dari ‘Accelerometer Controlled Games’!

a) AUGMENTED REALITY GAME

b) GESTURE CONTROL GAME

c) ACCELEROMETER CONTROLLED GAME


Latarbelakang Symbian dan Symbian OS

Perkara yang ditulis berulang-ulang kali pasti membosankan anda. Apatah lagi saya selaku penulis dalam blog ini. Untuk itu anda boleh mengetahui serba-sedikit latar belakang Symbian di SINI, SINI(2) dan SINI(3).

Ada ENAM perkara yang perlu kita ketahui sebelum anda benar-benar berminat untuk menulis perisian Symbian. Enam perkara yang disebutkan ialah;

1) Symbian memegang ‘Market-Share’ yang paling tinggi dalam industri OS telefon. Ini menyebabkan peluang terbuka dengan lebih cerah untuk anda bekerja, belajar dan menghasilkan sesuatu yang mengkagumkan pada suatu hari kelak. Dan trend ini dijangka akan berterusan sehingga 5 ke 6 tahun yang akan datang.

smartphone-16

2) Smartphone (terutama sekali Symbian) bakal mengambilalih tempat komputer pada suatu hari nanti. Ini terbukti apabila kuasa smartphone sekarang sudah menghampiri kuasa dan kebolehan sebuah laptop.

smartphone-121

3) Banyak aplikasi, ciri (fitur), teknologi dan pelbagai kemungkinan masa hadapan yang mampu dilaksanakan oleh Symbian. Lebih-lebih lagi kini Symbian telah pun menjadi ‘open source’ dan terdapat lebih 80 syarikat peneraju teknologi telah bergabung demi menjayakan ‘Yayasan Symbian’.

smartphone-13

4) Multiplatform (S60, UIQ dan MOAP) dan ketiga-tiga platform ini telah bersatu untuk masa hadapan yang lebih baik. Alangkah baiknya jika pada suatu hari nanti kita akan melihat ‘Netbook’ Symbian atau ‘Game Console’ Symbian kerana kepakaran JEPUN dan EROPAH telah bergandingan?

smartphone-14

5) Symbian kini telah diterima sebagai satu ‘subjek’ di Universiti terkemuka dunia (56 Universiti setakat Q1 2008). Mungkin dalam masa terdekat ini (dalam 3-4 tahun akan datang) IPT tempatan Malaysia juga akan turut menyertainya.

smartphone-15

6) Betapa KURANGNYA (atau lebih tepat: HAMPIR TIADA!) perisian tempatan Malaysia baik dalam Bahasa Melayu atau Inggeris dibangunkan untuk Symbian pada masa kini. Ini membuka peluang kepada anda seluas-luasnya untuk memasarkan idea dan produk anda. Bayangkan jika dalam masa terdekat ini, anda dapat bangunkan perisian seperti Kamus Dewan, Panduan Haji dan Umrah, Ensiklopedia Pelancongan Malaysia, Peta Rangkaian Jalanraya, Tren dan Kapalterbang di Malaysia, Buku Interaktif Hikayat dan Cerita Kanak-kanak dan lain-lain perisian termasuk ‘game’ rakyat seperti Congkak (dengan Bluetooth Multiplayer) dan Main-Main Hantu (cari hantu dengan ‘Augmented Reality’). Bukankah jika anda menjadi seorang pemula (pioneer) maka anda akan terus kekal dalam industri ini?

Selamat mendalami Symbian! Selamat datang ke masa depan!

7 Komen »

  1. copek lah bang.esei dah x sabor2 laei nak tunggu sambungan smartphone ni.podulikan ponek tu.he2 :P.gurau jo.telefon symbian ni boleh melakukan apa yang boleh dilakukan oleh sebuah komputer cuma dari segi meningkatkan keupayaan hardware dan menukar sistem operasi je dia tak leh buat.mungkin satu hari nanti smart2phone ni boleh meningkatkan keupayaan hardware dan menukar sistem operasi mana tau sejajar ngan perkembangan pesat teknologi masa kini.dan harapan saya orang ramai terutamanya rakyat malaysia akan faham apakah ia smartphone dan sistem yang terdapat dalammnya tul x bang.saya mengundur diri dulu sebab nak charge phone ni.bateri dah nak mampuih.memanjang WLAN jer.he2. 🙂

    Komen oleh mohd hashril — April 7, 2009 @ 9:59 am | Balas

  2. ini adalah update ko yang dikatagorikan best of the best.kalau ada peluang untuk berkerjasama semula ngan ko…. kami tengah ulangkaji semula c++. macam mana nak compile apps atau game… aku dah ada full tutorial. aku ada di mabul cafe. inilah buktinya kenapa aku kata ko yang terbaik dalam symbian. malaysia beruntung dengan blog yang ko sediakan ini. carilah walau dalam majalah ke, web ke, mana2 pun tak dapat panduan sedetail ini. rasanya tak lama lagi akan ada bidang pengajian baru dalam SKM MLVK berkenaan smartphone. ramai orang tak perasan this is the evolution in IT field. trimas bebanyak pasal info terbaru ini.

    Komen oleh TurboRun — April 7, 2009 @ 9:42 pm | Balas

  3. betul tu bang adli.saya sokong dan setuju 200 peratus nagn apa yang ditulis oleh TurboRun ni.abg adli adalah yang terbaik dalam symbian ni.

    Komen oleh mohd hashril — April 8, 2009 @ 8:33 am | Balas

  4. Pd tahun 2001 sy membeli sebuah pc desktop, spec pd masa 2 kalau xsilap sy hdrive 40gb, ram 512, OS windows xp. Kira blh tahan lah masa 2, harga dlm rm 4k. Skrg di thn 2009 kt akan ada Nokia N97 xlama lg. Spec hp ni secara kasarnya internal memory 32gb (32 gb beb!!!), external memory mungkin boleh antara 16gb ke 32gb lg. Hp ni jg blh jd kamera utama kita dgn lensa 5mp, kamera video, ada radio, mp3, blh main pelbgai format video, utk surf internet, utk email, instant messaging, utk bc ebook, mobile gaming, sbg alat gps, mobile office utk create document n presentation, selain sbg telefon utama kt. Pendek kata spec smartphone skrg (terutamanya symbian) melebihi komputer2 yg kt gunakan lbh kurang 10thn lps. Sy harap sgguh agar perkhidmatan internet kt diperbaiki lg. Buat masa skrg sgt2 xmemuaskan, dari segi harga & kualiti servis. Sbbnya pd sy seelok2nya smartphone digunakan dgn unlimited data plan. Di si2lah br menonjol kuasa sbnr smartphone ni. Tp servis internet kt perlu diperbaiki dulu. Harap2 dgn adanya servis wimax nt, & juga DiGi yg jg dh melancarkan servis 3g mereka, keadaan akan jd lbh baik. Skrg pun dh mula ada tanda2 penurunan harga. Persaingan mereka hanya menguntungkan kt.

    Komen oleh Lan — April 8, 2009 @ 3:38 pm | Balas

  5. bila lagi ada season 3? aku akan balik perak minggu ni… tak nak crita benda yg boleh dikaitkan antara symbian ngan wimax? mana tau ko ada something yg boleh buat orang gila ngan symbian. sbb cara pemikiran dan PR ko memang tiptop. cuba paparkan info yg boleh pecah otak. sebab kalau aku jumpa ko …. download apa pun melalui hp tetap boleh. nak apa… season baru heroes, apps, anything can be download on symbian phone (only) walaupun hp tu kad ada wifi… contohnya dan dengan sombongnya nokia 6120 classic. mahadir dah download bleach dari 1 hingga yg terbaru pada minggu ni. trimas pada symbian download manager dan jasa ko perkenalkan aku ngan symbian. assalamualaikum wbt

    Komen oleh TurboRun — April 8, 2009 @ 5:51 pm | Balas

  6. postingannya keren mas… bener2 membantu saya nich…
    klu g keberatan, ditunggu komentar baliknya…
    sebelumnya, makasih ya…..

    Komen oleh ecko — April 17, 2009 @ 4:34 pm | Balas

    • Untuk ECKO
      Saya senang sekali bila anda katakan ‘keren’ pada postingan saya itu. Itu baru bagian 2 dari 7 bagian – ‘The Principle & Foundation Of Symbian Programming’. Saya ciptakan posting ini kerna Nusantara kekurangan sumberdaya (programmer) Symbian dan juga koran/rujukan dalam ilmu ini. Harap sabar ya donk… untuk bagian yang seterusnya.
      Terima kasih kerna membaca Blog Symbian Malaysia.

      Komen oleh adliayob — April 17, 2009 @ 7:36 pm | Balas


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: