Adliayob – Sebuah Catatan Teknologi

April 4, 2009

Aku, Asri, Mereka & Symbian Foundation

Filed under: Cakap-Cakap Symbian — adliayob @ 3:46 pm

iklan-symbianku

Symbian Foundation telah mengumumkan secara rasmi yang ‘platform’ serta ‘OS’ terbaru mereka yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi akan mengadaptasi konsep ‘Open Source’ supaya lebih mantap, berdaya-saing dan inovatif.

Sehubungan itu, berbekalkan idea ‘dahsyat’ dan ‘otak yang sentiasa tidak mahu melepaskan peluang’ yang dikurniakan oleh tuhan kepada Encik Adliayob, pada malam tadi, sewaktu tengah bosan dan tiada mood untuk tidur awal, maka saya telah membuat satu temubual ringkas dengan Encik Asri Al-Baker yang disifatkan oleh sesetengah peminat Symbian di Malaysia selaku ‘Mahadewa’ alam Symbian.

Jadi apakah yang sebenarnya berlaku di dalam temubual itu? adakah mereka berdua bercakaran sesama sendiri? adakah satu-dua nombor pada keypad telefon mereka tercabut? Atau adakah berlaku perbalahan yang lebih kejam hingga memaksa salah satu pihak dikejarkan ke hospital berdekatan atau dikejar oleh pihak polis? Runtuhkah sistem demokrasi Malaysia atas natijah temuramah itu sedangkan negara baru sahaja menyaksikan peralihan kuasa yang sangat licin dengan melantik Perdana Menteri yang ke-Enam pada tengahari sebelumnya?

Ikutilah temuramah SMS yang mampu membangkitkan nafsu anda untuk lebih mengenali Symbian dengan lebih dekat dan mungkin juga anda bakal turut sama terseret dalam mewarnai senario Symbian di Malaysia ini.

Kepada para penyokong dan yang tidak menyokong PPSMI di Malaysia, harap simpan dalam hati dan tidak menggigit selipar anda sendiri lantaran bahasa mereka berdua yang ‘sekejap bertamadun – sekejap tidak’ ini. Banyakkan bersabar dan mintalah pertolongan dari yang maha Esa.

symbian-heart

Adliayob: Assalamualaikum Asri. Tengah buat apa? Aku tengah taip ‘Smartphone & UI Platform Overview’. Susah juga nak menulis dalam Bahasa Melayu ni. Nak kasi faham orang – itu yang susah. Kau ada bahan untuk MOAP tak? Macamana aku nak cerita pasal UI dia ni?

Asri: Tau takpe. Mula-mula dulu masa Symbian baru start, ada 3 konsep. Pearl (keypad-based, potrait screen), Crystal (full keyboard with landscape screen) & Quartz (touch screen). MOAP berasal dari konsep PEARL. S60 pun berasal dari Pearl dan bukannya NOKIA yang mula-mula develop S60. Company yang mula-mula develop S60 UI ialah Digia. MOAP diasaskan oleh Fujitsu dan NTT DoCoMo. Penat kalau nak bercerita pasal sejarah Symbian. Pakai SMS pulak tu. Kat forum i-symbian.com aku ada tulis ringkasan pasal UI Symbian ni dulu. Kat All About Symbian pun ada info pasal MOAP.

Adliayob: Thanks. Dulu ada gambar-gambar model MOAP yang pernah aku simpan. Itu masa web Symbian lama. Sekarang dah tak tahu mana nak carik dah. Lagi pun MOAP ni misteri sikit. Screenshot dia pun aku tak pernah ada.

Asri: Kau dah try website NTTDoCoMo.com? Try search kat google image. Keyword MOAP phones + screenshot.

Adliayob: Belum, esok pagi aku try. Symbian Foundation dah officially announce Symbian jadi open source. Takut dengan Android ker? dan aku tengok SonyEricsson IDOU pun belum support multitouch. Komen sikit.

Asri: Pada pendapat aku, bukan takut dengan Android, tapi nak tarik lebih banyak quality ideas dari developer yang high-profile. Open source community ada banyak yang bagus-bagus. Announcement dah dibuat tahun lepas. Hari ini ‘Official Beta’. Symbian kena go open source. It’s the future. Microsoft dengan Apple dan siapa-siapa yang tak pegi open source akan bermasalah. Itu pendapat aku lah. Android is not a threat to Symbian at all.

Adliayob: Optimis betul kau bagi statement bro. Sedangkan Android tu alliance dia besar. Dan aku kurang setuju kalau Symbian masa hadapan semuanya ‘touchscreen’. ‘Keypad-phone’ masih sangat releven.

Asri: Siapa cakap semua Symbian akan datang pakai touchscreen aje? Sony Ericsson IDOU hanyalah sebuah konsep. Ada banyak lagi info yang belum dikeluarkan. Akan ada pelbagai bentuk dan jenis dan device. Jangan terkejut kalau lepas ni ada netbook atau gaming device yang pakai Symbian. Kejayaan sesebuah platform bukan dilihat dari partnership dia. Banyak factor. Android tak boleh pergi jauh. OS dia sendiri (linux) bukan dibuat dari ZERO dengan mobiliti. Symbian lain. Dalam dunia OS, Symbian dah terbukti paling efisien dari segi power management, multitasking and real world usage. Betul, alliance Android besar-besar tapi diaorang bukan pakar ‘mobile technology’ macam Nokia, Sony Ericsson dan yang lain. YES. Aku sangat optimis sebab aku tengok pada reality dan sejarah. Bukan sesuatu yang belum berlaku.

Adliayob: Entahlah. Pernah dulu aku kecewa dengan pakatan Symbian. Panasonic sebagai contoh pernah meninggalkan S60. Motorola pula buat hal selepas membeli saham UIQ. Sendo, Benq, Arima pun lembik. LG pun macam tiada motivasi. Pada pandangan aku GUI pada S60-5th masih ancient. Kau tengok, Apple keluarkan satu model sahaja, terus boom. Dan paling tak best – tiada pihak yang mahu mengetengahkan Symbian pada fakulti di Universiti tempatan. Tetapi aku still akan menunggu kejutan dari Symbian. Setakat hari ni aku cukup teruja dengan Blackberry, Android dan IPhone. Agressive. Paling tak best kalau Sony dan Ericsson berpecah.

Asri: Sebabnya ialah Symbian satu-satunya Mobile OS yang power dari Eropah. Yang lain seperti Apple, Android, Blackberry, Palm, Windows Mobile dan lain-lain semuanya dari Benua Amerika. Aku pun kecewa juga dengan Symbian tetapi aku tetap sokong Symbian. Apple IPhone memang besar impak dia. Itu adalah contoh sesuatu yang dibuat dengan betul. Aku lagi kecewa dengan Symbian sebab aku dulu pakai Psion… mampus. Then aku minat UIQ… mampus jugak. Kalau ada OS lain yang better dari Symbian untuk kegunaan aku, aku takder hal, boleh tukar. Tapi masalahnya takde. Sampai sekarang masih belum ada yang boleh lawan Symbian dalam real world usage. Life goes on…

Adliayob: Dalam pengalaman kau, wujud atau tidak Malaysian Symbian Software House yang telah berjaya menerobos jualan international market? Yang productnya dapat endorsement Symbian Ltd atau handango? Setanding IDreams, Astraware atau DrJukka?

Asri: Dulu pernah. Ada satu company nama dia Alchemy. Software department dia namanya – Ximplify. Dia develop native apps untuk Series 80, early Series 60 dan early UIQ. Antara software dia yang famous ialah filemanager yang power bernama SeleQ dan juga software bernama myList untuk manage notes dan list. Cuba kau Google Ximplify. Tapi malangnya diaorang senyap sekarang. Dan takde company Malaysia lain setahu aku yang keluarkan software Symbian yang power-power lagi.

Adliayob:
Bagaimana dengan program MDP (Maxis)? Takkan takder developer yang menonjol yang boleh dikomersilkan? Selaku ‘mentor’ dalam MDP programme, adakah anda melihat dan mengesan apa-apa yang boleh diketengahkan?

Asri: MDP banyak membantu mencungkil idea dan memberi pendedahan. Pihak-pihak lain patut mencontohi program seperti MDP Maxis ini. Dan sebagai sebuah entiti komersial, diaorang tidak terikat dengan satu-satu platform. Dan hampir semua aplikasi yang dibangunkan oleh peserta MDP adalah JAVA, bukannya native Symbian. Sebab Java (J2ME) lebih senang untuk dilaksanakan. Kita kena ada usaha untuk mendedahkan bakal pembangun aplikasi masa hadapan dengan teknologi yang lebih baik dan komprehensif seperti Symbian. Minda-minda muda ini takkan nampak peluang besar kalau takde pendedahan. “Sampai bila kita nak makan tapi taknak belajar memasak sendiri?” Betul tak? Maksudnya, sampai bila negara kita nak pakai software orang tetapi tak nak bangunkan industri software kita sendiri?

Adliayob:
Selaku seorang penulis dan berpengalaman dalam Symbian, apakah saranan atau ‘move’ yang sepatutnya perlu dibuat oleh pihak berwajib atau individu yang ingin mendalami Symbian demi mendepani halatuju Symbian di dunia sejurus diumumkan selaku ‘open source’ beberapa jam tadi?

Asri: Pada pendapat akulah, kalau nak bangunkan industri ini, kena buat;

  • 1) Kumpulkan pakar-pakar bidang ini
  • 2) Perkenalkan silibus pelajaran yang berkenaan dengan Symbian di kolej dan IPT.
  • 3) Buat rancangan TV realiti. Suruh diaorang belajar dan develop aplikasi dan servis Symbian yang power.
  • 4) Bukak satu kementerian yang jaga perihal Symbian sahaja.
  • 6) Jadikan Malaysia satu hub atau heaven untuk peminat dan ‘industry player’ Symbian.
  • 7) Bawak ‘Symbian Smartphone Show’ dan ‘Developer Conference’ ke sini setiap tahun.

Boleh tak kau jangan ber’encik-encik’ dengan aku? Formal sangatlah! ko encik-encik sekali lagi dengan aku.. aku taknak balas lagi SMS kau!

Adliayob: Err.. Encik Asri.. kita sedang ‘on-air’ ni. SMS ni saya siarkan di Blog Symbian Malaysia sekarang ni.. kalau ikut skrip, saya jadi begini sebab saya penemuramah dan encik sepatutnya menjawab macam seorang YB. Itu pasal kita kena guna bahasa sopan seperti ini..

(Harap maaf, sms selanjutnya tidak dapat kami siarkan kerana terdapat nahu dan kesalahan tatabahasa yang sungguh tidak senonoh beserta gurauan caci-maki tahap ‘mahadewa’. Demi untuk menjaga hati dan kesihatan minda anda, kami tidak dapat menyiarkan perbualan SMS selanjutnya dari mereka berdua ini.)

_______________________________________________________________________

Itulah yang berlaku sewaktu kedua-dua mereka berSMS. Itulah masalahnya kerana setiap kali sessi SMS – mereka akan ber’keting-tong’ selama satu-dua jam dan kadangkala memaksa pengadil memberikan masa tambahan.

Jika anda ingin mengheretkan diri dan memberikan pandangan kritis terhadap perbualan SMS mereka ini, sila utarakan KOMEN anda di blog ini. Mungkin komentar yang anda berikan merupakan rujukan SEBENAR terhadap pembangunan Symbian di Malaysia pada masa hadapan.

6 Komen »

  1. Hehe..lawak. Tp xkan sms je kot..dua org mahaguru symbian kt M’sia ni xkan xde platform lain yg lbh mudah n canggih utk buat temuramah. Anyway tq..harap ada lg interview sebegini pd masa dpn.

    Komen oleh Lan — April 4, 2009 @ 7:48 pm | Balas

    • Terima kasih LAN kerana komen. Memang kami akan buat interview yang lebih baik dari ini di masa hadapan. Mungkin pakai podcast, skype, yahoo messenger atau lain-lain teknologi hebat. Kami buat ‘interview SMS’ ini pun untuk test market, nak tengok samada peminat blog ini boleh terima ‘artikel’ yang sebegini atau tidak. Tajuk sebenar artikel ini adalah ‘Symbian Foundation Telah Mengumumkan Strategi ‘Open Source’ Bagi OS dan Platform Masa Hadapan’. Tapi kalau saya buat ‘straight-forward’ artikel macam tu, maka kurang ‘fun’ dan ‘kurang dekat pada hati’ pembaca. Alhamdulillah, ramai yang memuji ‘stail’ artikel ini dan kami akan meneruskannya.

      Komen oleh adliayob — April 4, 2009 @ 10:57 pm | Balas

  2. En. Adli, izinkan sy komen sket k. Sy rasa ini satu2nya blog bhs melayu brkaitan symbian di M’si ni? (betulkan sy kalau sy salah ttg ni). Kalau yg bhs inggeris 2 mmg byk sgt. Tp yelah masalahnya xramai diantara kt yg nk explore blog2 trsebut kemungkinan besar kerana kelemahan dlm bhs inggeris td. Justeru sy melihat blog ini mempunyai potensi yg besar sgt2 utk memberi ilmu & kesedaran berkenaan symbian dikalangan org2 kt. Sy ingin melihat kalo blh, blog ni lbh aktif dlm misi trsebut. Dlm allaboutsymbian.com umpamanya kebelakangan ni byk sgguh tutorial yg agak basic yg ditulis sbgai panduan utk pengguna2 symbian yg baru. Dan ini dtgnya dari sebuah blog yg blh dikatakan dikunjungi oleh golongan2 pro yg dh fasih sgt ttg symbian ni. Tp mereka masih juga mengutamakan org2 yg br nk belajar ttg symbian ni & justeru byk tutorial yg diberikan. Sy harap juga agar blog ini blh memberikan lbh byk lg tutorial2 sebegini. Tutorial berkenaan google sync & artikel push email ari2 antara cth yg baik. Harap ada byk lg dimasa akan dtg. Jg lbh byk review @ introduction ttg software2 yg wujud utk symbian selain review ttg hardware. Seperti kt En. Asri 2 blh dikatakan msykat kt msh buta symbian, termasuk dikalangan msyrakat universiti kita. Blog anda berpotensi besar utk mengubah situasi ni. Good luck!

    Komen oleh Lan — April 5, 2009 @ 12:54 pm | Balas

  3. hahahahaha…oklah stail macam ni…mampu menarik minat orang membaca..hehehehe
    memamng baguslah symbian telah jadi “open source’ untuk developer sebab mudah untuk dikembangkan…
    heheheh….memang masyarakat sekarang ni masih tidak tau apa tu symbina,kebanyakan nya hanya tau guna sahaja macam hp biasa, orang kata “tau makan jak”..hahaha….tapi tak menikmati hp symbian tu…hehehehe…
    memang banyak blog2 apsal symbian ni dalam BI punya,tulah aku sarankan blog ni dbuatkan satu forum dalam BM punya…hehehehe…jadi boleh bincangkan pasal symbian ni….lagi satu boleh tak jika blog ni di update setiap minggu??saya rindu nak membaca pasal symbian ni…hahahaha…

    p/s:saya sedang translatekan satu script sistem portal dari Bi ke BM,jika ia berjaya saya ingin sarankan kepada encik adiyob untuk guanakan dan jadikan portal symbian…hehehehe…script portal ni bagus sebab ada forum,artikel,berita,blog dan sebagainya dan ia adalah “open source”,tapi mungkin tak dapat disiapkan dalam masa terdekatlah sebab saya pun masih study dan benda2 ni pun kerja sampingan je(untuk hilangkan boring)..hehehehe….apa pun jika encik adiyob ingin memcuba script tu ni linknya… http://phpnuke.org ada dalam pelbagai bahasa termasuk indon tetapi belum ada untuk malaysia pun(sebab tulah saya tengah buat ni)..hehehe

    ok…sekian…
    terima kasih..

    Komen oleh naxe88 — April 6, 2009 @ 8:42 am | Balas

  4. As always expected you are always the best. kalau masih bengang dgn saya, nak buat macam mana. saya tak pernah salahkan ko. tapi bab symbian you are the king. apa yang saya ada skarang ni pun adalah jasa ko yang tak terbalas. so nak mintak izin boleh tak saya copy apa yang ada dalam blog ko ke dalam kalatog saya? demi allah adli apa yang berlaku antara saya ngan bapak lan …. bagi saya bukan salah saya. kau pun orang teknikal… aku rasa ko faham yang telekom (pertukaran nama talifon dan pendaftaran semula), bukan syarikat aku. begitu jugak ngan streamyx (pemasangan SIB) tiba2 ada installer dari semporna yang ambil pemasangan itu. masalahnya aku pun ada perniagaan sendiri yang nak dijaga. takkan aku asyik2 follow-up ngan orang tm. dengan bapak lan pulak saya bukan berjanji dengan dia. saya cakap berdasarkan apa yang dimaklumkan oleh orang tm kepada aku. so terpulang kepada bapak lan nak anggap apa pada aku. selama ini aku tolong diorang pun murah2 saja. bukan jugak tak mau jumpa ko face to face.. tapi susah nak jumpa ko. kalau family cafe rasanya susah aku nak kesana. ini sahaja penjelasan aku. apa pun kalau aku bersalah pada kau aku minta maaf banyak2. bagi aku kau memang the best and king of all smartphone (specially symbian). itu sahaja dari aku… kirimsalam ngan bini ko. you got my email dan ini no hp aku 0145595905 / 0135530075/57. assalamualaikum.

    Komen oleh TurboRun — April 7, 2009 @ 9:29 pm | Balas

  5. assalamualaikum bro…
    saya cuma beginner(cita2 nak bangunkan symbian)… jadi minta mahaguru symbian tip2 utk download dari nokia developer atau sewaktu dengannya… dah tip2 programming2 utk beginner mcm saya ni… please…

    Komen oleh mohd khairi — Disember 24, 2010 @ 4:18 pm | Balas


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: