Adliayob – Sebuah Catatan Teknologi

Mac 27, 2009

Push email

Filed under: Review: Software,Tips Pengguna Symbian — adliayob @ 2:38 pm
Tags:

asri Oleh: Asri Al-Baker – Pemilik UIQBLOG.COM dan I-SYMBIAN.COM
Pakarujuk Symbian Malaysia dan Pakarunding Program MDP Maxis

_____________________________________________________

1. Bila sebut pasal push email, ramai yang kata ia tak penting kerana hanya orang orang korporat je yang layak pakai push email. Betul ke?

2. Ada pulak yang cakap, cuma Blackberry je yang boleh digunakan untuk push email.

3. Ada jugak yang cakap push email ni cuma email je. Tak payah susah-susah nak pakai push email sebab kat laptop pun boleh baca email kan?

4. Inilah antara paradigma masyarakat terutamanya di Malaysia apabila push email dibicarakan.

5. Para pembaca blog Symbian Malaysia yang dihormati, push email atau “email tolak” ni bukanlah satu bende baru kerana saya sudah menggunakannya semenjak beberapa tahun yang lepas.

6. Saya bukan orang korporat, saya tak pakai BlackBerry, dan saya tidak membayar beribu-ribu ringgit untuk menggunakan kemudahan ini.

7. Selama ini, saya menggunakan telefon pintar Symbian (S60 dan UIQ) untuk sentiasa berkomunikasi dan menguruskan hidup saya melalui push email.

8. Pelbagai aplikasi push email telah saya cuba. Antaranya Mail for Exchange, Emoze, System Seven, RoadSync dan Nokia Messaging.

9. Dan setelah saya perhalusi kelebihan dan kelemahan setiap satu aplikasi push email yang saya sebutkan tadi, saya nobatkan System Seven sebagai sistem push email yang terbaik untuk Symbian bagi kegunaan saya.

10. System Seven adalah percuma (buat masa sekarang) dan anda tidak perlu mendaftar alamat email baru untuk menggunakannya.

11. Sekiranya anda sudah memiliki alamat email Gmail atau Yahoo atau Hotmail dan juga alamat email POP?IMAP anda sendiri, anda boleh menggunakan System Seven.

12. System Seven akan menolak data dari akaun email ke telefon pintar Symbian anda. Bukan email sahaja. Bahkan calendar dan contact anda juga akan di synchronisekan.

13. Inilah yang dikatakan “penyatuan data” dimana telefon pintar dan email anda menjadi satu. Apa yang anda lakukan didalam akaun email anda seperti memadam email, menghantar email dan sebagainya, akan ditunjukkan pada telefon pintar dan juga webmail anda.

14. Bagi saya, adalah sangat penting untuk menggunakan push email kerana saya mempunyai kemudahan untuk memberi respon segera terhadap semua email yang masuk ke dalam Inbox saya. Sebagaimana saya menghargai teknologi SMS.

15. Push email bukanlah untuk mereka yang berkemampuan sahaja kerana jika anda tahu caranya, anda boleh menggunakan sistem ini di dalam telefon pintar Symbian anda tanpa kos yang besar.

Sekiranya pembaca pembaca blog Symbian Malaysia berminat untuk mengetahui push email dengan lebih lanjut, saya boleh menuliskan siri tutorial. Itu pun dengan izin Saudara Adli kerana beliau adalah tuan punya blog yang hebat ini.

Jutaan terima kasih kepada saudara Adli kerana memberi keizinan kepada saya untuk menulis dalam Bahasa Melayu.

seven

iklan-symbianku

8 Komen »

  1. Berapa minggu yang lalu saya tengok satu cerita RV lakonan Robin William di TV2. Cerita itu di buat pada tahun 2005. dalam cerita itu ada beberapa scene Bob Munro (Robin Williams) menaip proposal dengan mengunakan Blackberry dan menghantarkan ke pejabatnya. Diselitkan juga beberapa Aksi lucu Bob mencari signal kerana mereka sekeluarga bercuti jauh dari kawasan bandar.

    Apa yang menarik tentang cerita ini adalah aplikasi push email telah lama digunakan di negara barat. Tetapi, Malangnya hingga kini masyarakat kita masih lagi tidak tahu apa itu Push Email.

    Komen oleh Khairul — Mac 30, 2009 @ 10:19 am | Balas

  2. 1. Tepat sekali. Masyarakat di sana sampai ketagih dengan push email dan push email itu sendiri sudah sangat sinonim dengan BlackBerry disana.

    2. Tetapi kita ada alternative. Seperti juga perkara lain dalam dunia ini. kita mempunyai hak dan kebebasan untuk memilih. Dan saya memilih untuk menggunakan email tolak dalam telefon pintar Symbian. Bukannya BlackBerry🙂

    3. Cuba tanya pengguna BlackBerry disekililing anda. Selain dari push email, apa lagi yang diorang pakai? Setakat SMS dan berbual melalui telefon, pakai telefon biasa pun boleh kan?

    4. Jangan terkejut jika melihat kebanyakan orang yang menggunakan BlackBerry akan menggunakan sebuah lagi telefon bimbit dalam poketnya untuk digunakan sebagai backup😉

    5. Alamak… ada push email masuk… Kita sambung lain kali😉

    Komen oleh asri — Mac 30, 2009 @ 4:39 pm | Balas

  3. Bro Asri, blh berikan tutorial utk setting email guna built-in messaging? Settings utk Yahoo, Gmail, etc..tq..

    Komen oleh Lan — Mac 31, 2009 @ 6:42 am | Balas

  4. @Lan,

    1. Ada banyak tutorial di internet untuk setup email dalam built-in Messaging.

    2. Yang terbaru oleh rakan saya, Tzer2 dilaman web All About Symbian.Com : http://www.allaboutsymbian.com/features/item/How_to_use_e-mail_on_the_Nokia_5800_XpressMusic.php

    3. Walaupun tutorial itu untuk Nokia 5800 tapi ia boleh juga digunakan untuk telefon pintar S60 Edisi ke-3 yang lain.

    4. Terus terang saya katakan, adalah lebih mudah menggunakan System Seven. Sekiranya anda menggunakan email Yahoo, GMail, Hotmail etc kerana anda hanya perlu memasukkan username dan password.

    5. Apa-apa hal pun, selamat mencuba!🙂

    Komen oleh asri — Mac 31, 2009 @ 12:31 pm | Balas

  5. salam abg asri.abg adli punya idola.saya pun amat kagum ngan abg.kerana abg merupakan anak malaysia yg telah pergi meranatau ke seluruh dunia.syabas abg asri.abg adli cerita ngan saya.kagum saya bang.dan yang lebih membanggakan lagi ialah abg pun org negeri sembilan.orang seremban.fuhhh bangga saya bang.abg adli org n9 abg pun org n9.abg asri memang mahadewa symbian.saya amat teruja dan bangga bang.abg dan abg adli adalah idola saya.🙂

    Komen oleh mohd hashril — April 3, 2009 @ 11:18 am | Balas

  6. saya akan sentiasa support abg dan abg adli dalam memperkembangkan lagi ilmu ni.biar seluruh rakyat malaysia celik IT.

    Komen oleh mohd hashril — April 3, 2009 @ 11:21 am | Balas

  7. salam….
    satu point yg bagus dan cukup berfaedah. Saya harapkan en asri dapat buatkan tutorial pada semua pengunjung blog ini utk faedah kita bersama. Sekian.

    Komen oleh kristal swarovski — April 4, 2009 @ 7:23 pm | Balas

  8. atas cadangan n info dr laman ini,saya telah pun selamat menginstall aplikasi System SEVEN Push Email pada N73 saya.Puas jgk google utk cari *.sisx file utk push email ni.

    Hasilnyer sngt berbaloi.Wlupun sy bukan pengguna email tegar,tp aplikasi push email ini mmg sgt berguna dan senang plak digunakan.Cara setting pun mudah,ringan dan still bleh baca email wlupun dlm mode offline.Kini sy bleh akses email rasmi sy pd bile2 masa.

    Terima kasih Tuan Asri atas info sy sngt bergune ini.

    p/s : skadar berkongsi sedikit info,sy mencadangkan aplikasi Yamee 1.3 utk pengguna YM tegar seperti sy.Kini anda bole online pd bile2 tanpe perlu on komputer.

    Komen oleh HISHAM — April 22, 2009 @ 7:05 pm | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: