Rabu, 11 March 2009 – NOKIA hari ini mengumumkan model terbaru dalam keluarga Xpress Music (XM) iaitu Nokia 5730. Sama seperti Nokia E75 yang telah diumumkan baru-baru ini, 5730 XpressMusic dikuasakan dengan Sistem Operasi Symbian versi 9.3 pada platform S60-3rd (FP2). Mempunyai skrin 2.4 inci (teknologi TFT 16 juta warna), telefon ini juga dilengkapkan dengan ‘keypad’ QWERTY, WiFi, GPS, HSDPA (3.6Mbps) dan penyambungan USB. Selain itu ia juga dilengkapkan dengan kamera digital CARL ZEISS 3.2 Mpixels dan sokongan panggilan video 3G.
Seperti lain-lain keluarga XpressMusic, Nokia 5730 juga dilengkapkan dengan jek audio universal 3.5mm, radio FM stereo dan sokongan A2Dp (bluetooth audio). Menariknya telefon ini didatangi dengan memori kad microSD 8Gb di dalam kotak. Telefon ini menyokong NGAGE 2 dan pengguna boleh memilih dari 4 warna utama iaitu merah, ‘pink’, kelabu dan biru. Nokia 5730 XpressMusic bakal berada di pasaran pada suku ke-tiga (antara Julai – September) tahun ini. Adalah dianggarkan harga jualan telefon ini berada di bawah RM 1,000 kerana NOKIA telah mengumumkan harga Euro 160 untuk telefon ini.
Cool..I’m gonna grab in 4 months time..kumpul duit dlu mah..:D
Komen oleh Erissa — Mac 20, 2009 @ 1:33 pm |
erm…biler nak release nie??…x sabar dh nak guna…x der info lebih tepat ker,time release ngan price??
Komen oleh nick — Mei 18, 2009 @ 8:36 pm |
Tak sabar nak tggu fon ni release tp hrganya bukan 160 euro. maklumat yg lebih tepat dari site nokia sbyk 280 euro. lebih kurang dgn harga 5800 tanpa tax sblum masuk malaysia.
rujukan: http://www.nokia.com/A4136001?newsid=1296784
Komen oleh zzms — Mei 20, 2009 @ 4:08 pm |
cool…nak beli dalam mase 6 bulan…huhu..price mesti dah turun mase tu..haha
Komen oleh afifah — Mei 20, 2009 @ 5:01 pm |
aku da pakai da hp ni, best mmg best, tp sound dia agak hancor la, record video pon lekat2. Apa kejadahnya semua ini? Semut melaporkan di tv10
Komen oleh semut — Januari 3, 2010 @ 2:52 pm |