Kadang-kadang, apabila kita bercerita atau menyatakan sesuatu fakta berkaitan Symbian secara lisan, penulisan dan grafik (atau foto), ada juga dikalangan pendengar atau pembaca yang masih ragu-ragu atau ‘skeptical’ terhadap Sistem Operasi Symbian ini. Ada satu pepatah Inggeris iaitu ‘Picture speaks much louder than words’ tetapi pada zaman teknologi maklumat ini saya rasa ‘Video footage shouts much louder than photos’ hehehe. Ini cuma pandangan saya sahaja!
Ini adalah video yang saya rakam sendiri, ‘edit’, ‘render’ dan ‘compile’ sejak dari tahun lepas lagi. Selama ini ia tersimpan rapi dalam komputer saya dan juga digunakan sesekali oleh rakan-rakan yang membuka kedai telefon bimbit di sekitar Sabah, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. Tajuk video ini ialah ‘Perbandingan Antara Nokia N81 dan Samsung i450’. Saya telah mencipta video ini khusus untuk menerangkan secara visual tentang apa yang diperkatakan mengenai Sistem Operasi Symbian dan membuktikan yang bukan hanya syarikat NOKIA sahaja yang ekslusif memasangkannya pada model-model telefon mereka. Saya telah mengubah video asal menjadi lebih ‘funky’ untuk tatapan anda.
Biasanya, apabila saya memberitahu rakan-rakan mengenai Symbian, ramai yang tidak percaya dan ramai juga menuduh saya ‘menukar sistem telefon’ Panasonic dan Samsung saya. Ini ada kaitan dengan kerjaya saya sebagai programmer, webmaster dan pakarujuk IT di tempat saya. Ada juga dengan muka yang yakin – memberikan telefon Sony Ericsson mereka kepada saya untuk penukaran sistem. Ayat yang biasa diucapkan termasuklah ‘Nah Adli! ko formatlah telefon aku ni dan install Symbian kedalamnya’.
Kepada pengusaha kedai telefon bimbit, saya cadangkan untuk anda memindah-turun (download) video ini dan gunakanlah ia untuk meningkatkan penjualan model-model Samsung dan LG (Symbian) yang jarang-jarang terjual. Contohnya seperti perbandingan antara model Nokia N96 dan Samsung INNOV8 – tiada siapa yang akan beli INNOV8 kerana mereka tidak faham Symbian. Padahal, kedua-dua model ini adalah berteknologi tinggi dan dipasangkan dengan Sistem Operasi Symbian. Dengan itu ia berkongsi ciri-ciri yang sama.
Terima kasih saya ucapkan kepada sahabat saya TURBORUN (TS-Wave Mobile Medic) dari Semporna, Sabah kerana sudi membekalkan telefon N81nya kepada saya untuk ‘video-shooting’ ini. TURBORUN juga merupakan salah satu ‘affiliate’ kepada Blog Symbian Malaysia. Symbian juga telah mengubah nasib syarikat TS-Wave sehingga menjadi tempat rujukan telefon Symbian di daerah Semporna, Sabah. Apa? anda tidak pernah dengar perkataan ‘Semporna’? Mungkin Pulau Sipadan, Pulau Mabul dan Ligitan membantu anda dalam menjejak lokasi Semporna. Ia adalah sebuah daerah peranginan dan pusat penyelaman antarabangsa di Malaysia. Kesemua pulau yang disebutkan tadi berada dalam daerah Semporna. Filem ‘Duyong’ terbitan KRU FILMS juga dilakonkan di sini. Pejabat National Geographic pula berada disebelah kanan restoran yang saya sedang guna WiFi-nya sekarang ini.
Daerah Semporna mencatat kemasukan pelancong sehingga lebih 10 ribu orang sebulan. Tetapi yang membuatkan saya bangga terhadap TURBORAN – kebanyakkan ‘Mat Salleh’ datang ke kedai beliau untuk urusan ‘Software Installation’ telefon Symbian mereka. Hehehe apa orang putih fikir orang Malaysia tidak faham teknologi? Sorry dude.. you have to come here and believe your eyes! We are among the best in computer technologies in this region!
Tak begitu kawan-kawan? 🙂
memang bagus video ni ada sebab kadang2 ada sesetengah orang yg tak faham pa beza symbian ni…mereka ingat hanya telefon nokia sahaja yg ada smybian ni…saya pun kadang2 susah juga nak terangkan,malah ada yg tak tau symbian tu sebenanya sisten operasa handphone sama seperti xp,vista dah sebagainya….yang selalu diketahui umum sistem nokia atau sistem samsung dan sebagainy,malah mereka menyangka siri2 handphone yg sama adalah serupa sistemnya contohnya nokia siri N atau siri E tapi bukan semua nya adalah sama….kadang2 saya terpaksa gunakan sistem operasi laptop dengan jenama laptop….saya katakan laptop pelbagai jenis tapi sistem operasnya tetap sama iantu mungkin xp ataupun vista…itu lah penerangan yg paling saya mudah jelaskan perbezaan symbian ni….
Komen oleh naxe88 — Februari 17, 2009 @ 7:09 am |