Nokia hari ini telah melancarkan model 5630 XpressMusic yang bakal dijual pada suku ke-2 (mula Mei, 2009) tahun ini.
Telefon ini berbentuk ‘candy-bar’ dan dikuasakan dengan Sistem Operasi Symbian 9.3, platform S60-3rd FP2. Ia bakal dijual dengan harga RM935.00 (Euro 200) apabila memasuki pasaran kelak.
Kelebihan telefon ini termasuklah dilengkapi dengan ‘audio-jack’ 3.5mm, WiFi, HSDPA dan sokongan N-GAGE 2. Ia juga dilengkapkan dengan kamera 3.2 Megapixels.
Satu perkara yang mengembirakan, Nokia 5630 ini boleh dicas terus dari port USB komputer. Ini adalah satu ciri (fitur) yang ditunggu-tunggu dari Nokia kerana pengeluar lain seperti Sony Ericsson dan Samsung telahpun menggunakan ciri ini sejak 2 tahun yang lepas lagi.
Blog Symbian Malaysia berharap agar telefon ini berjaya masuk ke pasaran Malaysia pada Mei nanti.
waa……bgs la klu cmni x sbr nk beli…….
Komen oleh emi — Mei 24, 2009 @ 4:19 pm |
koq penjualn nyh bum kLuar ych ?
Komen oleh ariebb — Jun 25, 2009 @ 3:11 pm |
TUNGGU SAMPAI TURUN HARGA SIKIT!!!
SAYA INGIN CUBA SEBAGAI MODEM UNTUK CELCOM 3G BROADBAND!!!!
HSDPA 10.2 MBPS / HSUPA 2 MBPS!!!
MODEM SAYA HUAWEI E160G 3.6 MBPS CUKUP MAKAN JUGA……..
Komen oleh YEBS — November 25, 2009 @ 2:01 pm |
Wa suda beli maa..wa manyak syok wooo..lia punya bunyi aa manyak syok, wa dalam keleta sekalang lengar ladio guna ini talipon maaa..wa punya ladio pun tala bule lawan ini talipon…lu olang beli laaa jangan jadi bodo maaa
Komen oleh 5630 USER — Februari 19, 2010 @ 10:06 pm |