Berita Terkini – Syarikat telekomunikasi ke-tiga terbesar di dunia hari ini (5 Feb 2009) telah mengumumkan bahawa mereka bakal mengeluarkan telefon Symbian platform S60 5th Edition mereka sendiri dalam tahun ini juga. Tinjauan mendapati Samsung sedang dalam pembikinan sebuah telefon yang diberi nama kod ACME (atau Samsung i8910) yang merupakan model pengganti kepada model Symbian sebelumnya iaitu Samsung INNOV8 (i8510).
ACME (i8910) akan menggunapakai pelantar S60 5th terbaru, sama dengan model Nokia 5800 XM dan Nokia N97 yang diumumkan baru-baru ini. Telefon ini mempunyai paparan skrin yang luas – 3.8 inci, ‘touchscreen’ sepenuhnya dan tipis. Ia juga bakal dilengkapkan dengan kamera 8 Megapixel, WiFi, GPS, HDMI output, 3.5mm audio jack dan sokongan rakaman video HD (1280 x 720 pixels). Ia bakal didatangkan dalam dua variasi memori berkapasiti besar iaitu 8Gb dan 16Gb.
Blog Symbian Malaysia sangat berharap agar telefon ini benar-benar berjaya dikeluarkan sekaligus menyemarakkan lagi persaingan teknologi antara syarikat pengeluar telefon Symbian.
- http://www.symbian-freak.com/news/009/02/acme_i8910__first_samsung_s60_5th_ed_device_leaked.htm
- http://www.gsmarena.com/the_8_megapixel_samsung_i8910_records_hd_video_ready_to_roll-news-776.php
- http://www.ubergizmo.com/15/archives/2009/02/samsung_acme_i8910.html
- http://www.engadget.com/2009/02/05/samsungs-acme-i8910-caught-on-film-by-wile-e-coyote/
- http://www.gaj-it.com/7062/shush-samsung-acme-i8910-is-leaked/
- http://www.slashgear.com/samsung-acme-i8910-appears-new-high-spec-smartphone-for-mwc-0533167/
*UPDATE* – 07 Feb. 2009: Gambar Berkualiti Tinggi ACME i8910 Dan Bukti S60-5th Edition.
Hari ini, Blog Symbian Malaysia telah berjaya mendapatkan bukti bergambar yang sahih tentang OS yang bakal digunapakai oleh telefon baru Samsung yang bakal diumumkan secara rasmi pada MWC 2009 akan datang. Dari paparan, jelas menunjukkan yang telefon ini akan mengunakan Symbian v9.4/ S60-5th Edition yang SAMA seperti Nokia 5800 dan N97. Lihat foto-foto dibawah.
yoshaa!!!now that’s what i call smart phone but still no match for u.i.q but step ahead from nokia
Komen oleh suzalimaru — Februari 11, 2009 @ 9:31 pm |