Untuk menghilangkan boring, pada hari sabtu yang lalu, saya telah pergi memancing di kawasan perairan Semporna, Sabah. Seperti biasa, saya tidak akan meninggalkan telefon Sony Ericsson W960 saya. Telefon ini akan digunakan kelak sebagai kamera jika berlaku ‘pertarungan’ dengan ‘gergasi’ laut (maklumlah – lautan Semporna penuh dengan ikan layaran, marlin, tuna dan keratang (kerapu gergasi) dan tidak ketinggalan ikan pari sebesar pintu rumah) atau sekadar ‘bahan bukti’ bergambar bahawasanya ‘kami benar-benar pergi memancing’!
Setelah 1 jam dilautan – kawan baik saya berjaya menaikkan seekor kerapu merah (boleh tahan juga besarnya – 5Kilo) dan saya pun mengeluarkan telefon W960 dan mengambil gambar.
Dan satu kejadian yang sangat-sangat saya takuti telah berlaku! – Telefon saya terjatuh dan masuk ke dalam BALDI yang penuh AIR! Baldi ini disediakan untuk ‘mencuci’ tangan atau lain-lain. Jadi, tanpa berlengah lagi – saya terus sambar telefon saya, cabut bateri, dan ‘membuka’ (membongkar) ‘housing’ telefon itu.
Saya biarkan telefon tersebut sedemikian rupa sehingga malam. Kemudian setelah benar-benar berpuas hati dan setelah meneliti tiada lagi kandungan air – saya pasangkan semula Sony Ericsson W960 itu. Akhirnya setelah setengah jam – telefon saya hidup semula tanpa cacat-cela!
Tips jika telefon masuk ke dalam air:-
- Jika telefon jatuh ke dalam air masin (air laut) maka cepat-cepatlah membongkar telefon anda (PENTING! anda tidak boleh berlengah kerana air laut mempunyai garam dan lain-lain galian. Jika lebih 2 jam anda tidak membuka housingnya – maka telefon anda akan rosak sepenuhnya dan tidak boleh digunakan lagi) dan lap sehingga kering semua air. Kemudian biarkan ia kering selama sekurang-kurangnya 4 jam. Setelah berpuas hati – cantumkan ianya kembali.
- Jika telefon jatuh ke dalam air tawar (dalam kes saya – air didalam baldi tersebut merupakan air paip) peluang untuk menyelamatkan telefon adalah TINGGI berbanding dengan air masin. Namun berhati-hatilah semasa membuka ‘housing’ dan memasangkannya kembali.
Seperti biasa – jagalah telefon anda sebaik mungkin. Zaman sekarang ini, telefon bimbit adalah sebaik EMAS. Ia boleh digadai di kedai pajak atau di’trade-in’ dimana-mana kedai telefon. Yang lebih bahaya lagi, kini wujud sebuah mesin untuk menukar IMEI telefon supaya ia tidak dijadikan bahan bukti mahkamah!
‘Masuk Air’
Ramai orang menghadapi perbualan sebegini:
- Mat: Apa pasal ko tak telefon aku malam tadi? kata nak belanja makan Mc-D?
Lee: Bukan tak nak telefon, tapi telefon aku ‘masuk-air’
‘Masuk Air’ bermaksud habis kredit atau talian dipotong oleh ‘telco’. Saya dah dengar perbualan semacam ini sejak 10 tahun yang lepas. Apa kata kita tukarkan sedikit dialog supaya ia lebih ‘berdaya-saing’ sesuai dengan kehendak tahun 2009 yang millennium ini?
- Azmi: Adli! kenapa kau tak telefon aku tadi, mentang-mentang lah ko selebriti, takkan bergambar sorang-sorang jer dengan Fasha Sandha?
Adli: Bukan aku tak nak telefon, tapi telefon aku MASUK ISLAM!
Azmi: Masuk Islam?
Adli: Ye lah! … Kena potong!
sALAM SINGGAH …. maaf Mencelah Agama Rasmi negara malaysia ialah islam
Komen oleh Junaidi — Februari 19, 2009 @ 3:15 pm |
wawawa…npon sy masuk air..tp tau nk bukak housing cam ne??
Komen oleh syuhada — Julai 9, 2009 @ 10:36 pm |