Tutorial kali ini sangat menarik DAN GRAFIKNYA BERAT: Bagaimana membuat THEME sendiri (untuk telefon Symbian S60 3rd Edition) dan saya pasti ramai juga yang tertanya-tanya tentang perkara ini. Berikut merupakan langkah-langkahnya:
Keperluan Asas Sebelum Mencipta Theme
- Sebuah komputer/laptop dengan kapasiti CPU 1.5Ghz ke atas / RAM 1Gb / Hdd (C:\) kosong (longgar) sekurang-kurangnya 10Gb
- Operating System pada komputer – Windows XP Home Edition SP2 ke atas (dengan sokongan .NET Framework 2.0 atau lebih baik – klik SINI untuk download – 22.4Mb)
- Perisian CARBIDE UI Theme Edition v3.4 yang dikeluarkan oleh SYMBIAN (klik SINI untuk download – 169Mb)
- PENTING!– Pendaftaran sebagai DEVELOPER di Nokia.com (http://www.forum.nokia.com) jika tidak, anda tidak dapat download perisian CARBIDE UI.
- Graphic Editor seperti Adobe Photoshop/ Adobe ImageStyler/ GIMP/ PaintShop Pro
- Kefahaman/ Kebolehan mengolah MEDIA (*.bmp/*.jpg/*.png/*.gif/*.psd/*.svg dan setaraf)
- Sebuah telefon Symbian Versi 9.x (platform S60 3rd Edition)
Keperluan Semasa Mencipta Theme
- Grafik (berformat BMP) pada saiz 240 x 320 pixel ATAU 320 x 320 pixel (widescreen format)
- Bersedia / berpengalaman dalam persekitaran OOB (Objct Oriented Programming)
Baik. Sekarang kita mulakan. Berikut merupakan langkah-langkah untuk memulakan tema (theme) anda sendiri dengan CARBIDE UI (Theme Edition).
Nota #1 – Berkaitan WORKSPACE. Adalah disarankan anda mencipta folder sendiri pada harddisk D (D:\) untuk keselamatan anda. Jika anda memilih ‘Default Workspace’, ia mungkin mendatangkan masalah dari segi mencapai fail dan jika OS Windows anda rosak, ia turut hilang.
Nota # 2 – Bukan tidak boleh anda memilih ‘S60 3rd Edition FP2 BaseGraphics’, tetapi theme tersebut akan HANYA boleh dipasangkan kepada telefon Symbian 9.2 sahaja. Apabila kita mencipta theme, kita mestilah ingat yang orang lain juga mahukan theme tersebut dan ia mestilah sesuai dengan SEMUA telefon S60 Symbian 9.x
Nota # 3 – Ada 2 jenis grafik yang sesuai untuk mencipta theme, iaitu BMP (bitmap) dan SVG (vector). Sebenarnya pilihan terbaik adalah SVG. Namun untuk kemudahan bersama, pada tutorial ini kita akan belajar yang mudah dahulu iaitu BMP.
Nota # 4 – Kebanyakkan resolusi skrin pada Symbian 9.x adalah bersaiz 240 x 320 pixels. Namun ada juga model-model yang mempunyai resolusi yang ganjil seperti Nokia N80 (352 x 416), Nokia 3250 (176 x 208 ) dan Nokia E71 (320 x 240). Untuk menyebabkan theme anada ‘diterima’ oleh kebanyakkan skrin – pilihlah resolusi 320 x 320 pixels (widescreen).
Nota # 5 – Sedikit mengenai BITMAP EDITOR – jangan pilih Photoshop jika anda tidak fasih (fluent) dalam penggunaannya. Sebagai alternatif, anda juga boleh mengunakan GIMP, PainShop Pro, Corel Draw, Ms Photo Editor, Paintbrush dan lain-lain. Yang penting, anda dapat mengolah (EDIT) background yang tersedia dan menggantikannya dengan background anda sendiri.
Nota # 6 – Saya menggunakan ADOBE IMAGESTYLER sebagai alternatif kepada Adobe Photoshop untuk mencipta grafik ‘idle background’ dan ‘background’. Begitu juga – untuk setiap grafik yang dipaparkan pada blog ini, saya menggunakan Adobe Imagestyler. Ia lebih mudah untuk dikuasai. Namun terpulang kepada anda untuk menggunakan apa sahaja program asalkan anda boleh mengendalikannya.
Nota # 7 – Pemahaman anda tentang ‘graphic file format’ sangat diperlukan disini. Sekali lagi diingatkan supaya MENUKAR nama fail kepada ‘qsn_bg_screen_idle.png’ dan BUKANNYA format psd (photoshop).
Nota # 8 – Selain menukarkan ‘Navi Pane’ kepada ‘transparent’, anda juga boleh menukar warnanya mengikut pilihan anda. Tips rekacipta tema – Gunakan pertimbangan sewajarnya untuk mencipta ‘Active Background’. Sesuaikan latarbelakang dengan warna ‘font’.
Kepada sesiapa yang biasa menggunakan Macromedia FLASH – rasanya step yang ditunjukkan tidaklah kelihatan janggal kepada anda.
OK. Setakat ini anda telahpun mencipta satu tema buatan sendiri. Seterusnya kita akan mempelajari bagaimana untuk mendapatkan ‘DevCert – Developer Certificate’ dan ‘key’ anda sendiri. Kemudian kita akan ‘package’kan (atau compile) kepada *.SIS atau *.SISX dan terus memasang theme ini ke telefon Symbian S60 3-rd Edition anda.
Seterusnya, menciptakan SIS PACKAGE untuk tema anda dan terus memasangnya di telefon Symbian anda!
Itu sahajalah untuk kali ini. Semoga anda berjaya menjadi THEME-MASTER yang disegani!
terima kasih..u make me day!
*a pat on the shoulder*
Komen oleh kr555zal — Februari 18, 2009 @ 11:20 am |
cikgu, sy nk tnye. boleh x gune software ini juga untuk buat theme s60 3rd edition spt dlm handphone nokia 5800, n97 dan samsung innov8?
Komen oleh muaz — April 11, 2009 @ 2:16 pm |
sori cikgu adil. x perasan…sori2
Komen oleh muaz — April 11, 2009 @ 2:17 pm |
Klo bwt certificate n key’nya gmna..?
Komen oleh Yandi — April 16, 2009 @ 8:10 am |
Untuk YANDI,
Bagi sofwer Carbide C++ Theme Edition (S60-3rd) langkah-langkah yang dibutuhkan ada pada nomor 25 & 26. Dan ia jauh beda dengan Carbide C++ (untuk pembikinan software pada asas bahasa C++) kerna butuh compiler tersendiri dan sokongan dari ‘Symbian Sign’ demi menciptakan CERT dan KEY.
Insyalah untuk masa depan, saya akan tuliskan artikel ‘Bagaimana Mencipta Software Berdasarkan Carbide C++’ dan perbezaan (beda) LINGO Symbian berbanding Borland C++ yang asal. Harap saya punya waktu dan uwang yang cukup untuk itu.
Terima kasih dan maaf jika tulisan ini (dalam bahasa Indonesia) tidak cocok dengan anda. Kerna IP anda menunjukkan ia dari NORWAY. Lalu saya ragu untuk menulisnya dalam Bahasa Melayu Malaysia. Nah, langsung aja saya ‘text’kan sebegini.
Komen oleh adliayob — April 16, 2009 @ 4:12 pm |
wah makasih banyak brada…. I from Indonesia….. Salam damai buat blogger Malay…. mohon ditambah lagi mngenai carbide UI nya yah….
Komen oleh tommywahyuutomo — Mei 6, 2010 @ 7:44 pm |
These plug ins are cool tools for extending the features of Carbide.ui Theme Edition 2.0 to enable the creation of themes for various version of Symbian, S60 platform editions, and devices from Nokia.
Before installing the S60 5th Edition plug-in please uninstall the version in Carbide.ui. Instructions on this process are provided in the Carbide.ui Theme Edition S60 5th Edition Plug-in: Installation and Whatās New Guide.
To download a plug-in, select the required plug-in from the download drop-down menu at http://bit.ly/8YidsT
Check it out guys!!!
Komen oleh TheRohan — Mei 20, 2010 @ 3:10 pm |
Check out these cool plug-ins which extends the features of Carbide.ui 3.4 Theme Edition to enable the creation of themes for various S60 platform editions and devices from Nokia.
New versions of the Nokia E71 and Nokia E66 plug-ins are available. These updates have refined the content of the plug-ins to improve their performance in Carbide.ui and ensure consistency across all the plug-ins.
To download these plug-ins go here http://bit.ly/82XAS1
Komen oleh TheRohan — Jun 10, 2010 @ 5:20 pm |
very good
thx alot buat tutorialnya
waktunya untuk berkarya
Komen oleh Septian AdHi — September 24, 2010 @ 7:44 pm |
Thema yang wa unduh dari internet kemudian mau saya Edit menggunakan Software Carbide Ui Theme Edition 3.4 ko gk bisa di Open ya… gmn BOZZZ tutorialnya ada gk untuk Edit Thema yg saya maksud.. bukan yang BUat sendiri……..
Komen oleh rozaq — Julai 13, 2011 @ 9:36 pm |
Assalamu Alaikum. Artikel yang sangat bagus. Saya yakin anda butuh waktu yang lama menulis artikel ini. Saya ada satu pertanyaan, mohon dijawab. Bagaimana cara mengganti iconnya dengan icon buatan sendiri ? Happy Blogging………
Komen oleh Awalk — Ogos 2, 2011 @ 4:14 am |
Indonesia:
saat saya mencari hasil tema yang saya buat, saya tidak dapat menemukan folder ‘workspace’ untuk mengambil tema saya.
mohon di jelaskan.
Komen oleh Ali Muhammad NjSg — Disember 24, 2011 @ 5:33 pm |