Sebagai seorang yang bertanggungjawab untuk memastikan maklumat mengenai teknologi telefon bimbit disalurkan dengan tepat dan betul kepada masyarakat yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium komunikasi, maka pada Sabtu, 19 April 2008 yang lalu saya telah mengirim satu email kepada editor ‘Majalah ERING (Bahasa Melayu)’ dan menegur tentang pelbagai kesilapan tentang maklumat SYMBIAN yang terkandung didalam majalah tersebut. Kandungan email tersebut boleh dipindah-turun (download) diSINI.
Namun, bukan sekadar email saya di’tong-sampahkan’ dan tidak diendah, sekali lagi Majalah ERING (pada keluaran JANUARI 2009) telah melakukan KESILAPAN dalam penerbitan maklumat berkaitan SYMBIAN. Sebagai pihak yang menerbitkan Majalah ERING (Melayu), Syarikat EVERGREEN PUBLISHER SDN. BHD. secara ‘tidak gentlemen’ (atau dengan ‘baculnya’) TELAH MENGAKUI (pada muka surat 2) seperti yang tertera pada gambar: TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB terhadap sebarang kesilapan yang tidak disengajakan atau disengajakan. Jesteru, pihak editor Majalah Ering (Melayu) secara sedar dan tanpa PRIHATIN (peduli) DENGAN SENGAJA terus MEMPERBODOHKAN, MENGELIRUKAN dan TIDAK BERHATI PERUT melaporkan fakta, maklumat atau informasi tentang TEKNOLOGI (spesifik kepada Symbian) kepada khalayak ramai (pembaca majalah ini) dan langsung TIDAK BERFIKIR SECARA RASIONAL dimana suatu hari nanti maklumat yang dipaparkan akan diterimapakai seluruhnya dan MUNGKIN AKAN DIJADIKAN RUJUKAN atau SUKATAN PELAJARAN yang akan terus-menerus menyebabkan MALAYSIA AKAN KETINGGALAN dalam dunia IT, ICT, Teknologi dan Sistem Operasi.
Walaupun secara relatif, majalah ini dibaca oleh REMAJA di Malaysia, namun remaja tersebut akan menjadi DEWASA pada suatu hari nanti dan terus ‘memakai’ maklumat yang disediakan oleh majalah ini. Janganlah kita berfikir bahawa ini merupakan majalah picisan kerana mengikut data pengedaran ABC (Audit Bureau Of Circulation Malaysia) menunjukkan yang penjualan majalah ini sangat baik di pasaran semasa.
Blog Symbian Malaysia MENGUTUK kesilapan maklumat TERUS-MENERUS oleh Majalah ini sejak ianya diterbitkan dan MEMANDANG SERIUS terhadap IMPAKNYA terhadap halatuju negara untuk menjadi negara maju pada TAHUN 2020 nanti.
Berikut merupakan sedikit petikan dari email saya kepada EDITOR MAJALAH ERING pada 19 April 2008 lalu:
“Tindakan Majalah Ering dalam memberikan laporan yang tidak terperinci dan salah mengenai Symbian boleh mengelirukan para pembaca seterusnya mengganggu jualan model Symbian di Malaysia. Ini secara langsung menggugat ekosistem Symbian dan bakal menyebabkan model-model Symbian tidak akan dijual di Malaysia contohnya seperti Nokia N92, LG KS10 Joy dan Samsung i560.
Para pengeluar kini semakin bijak untuk menilai pasaran ‘SmartPhones’ dan sentiasa berpendapat bahawa Malaysia merupakan negara yang ‘tidak sesuai’ untuk pelancaran model-model tertentu disebabkan orang-orang Malaysia sendiri yang agak terkebelakang dalam pengetahuan SmartPhones terutama SYMBIAN.
Majalah Ering dilihat selaku medium pendidikan rakyat Malaysia perlu memberikan maklumat sebenar mengenai sistem operasi telefon sesuai dengan tagline ‘Majalah Telefon BM no 1 didunia’. Janganlah kita berbangga dengan kehadiran MSC di Malaysia sebagai HUB Multimedia Asia Tenggara sedangkan rakyat Malaysia itu sendiri ‘kosong’ dalam pengetahuan teknologi.”
Oleh itu, saya merayu kepada pembaca Blog Symbian Malaysia agar BERHATI-HATI dengan sebarang pembacaan teknologi lebih-lebih lagi dari majalah yang diterbitkan oleh golongan TIDAK PROFESSIONAL seperti Majalah ERING (Melayu) ini.
Semoga editor Majalah ERING (Melayu) mendapat sedikit pengajaran dari teguran ini dan terus memperbaiki kandungannya dimasa hadapan.
Mari ramai-ramai boikot majalah ini. Tak guna beli majalah yang tulis tak betul. Saya cadangkan saudara bertindak lebih drastik, termasuk membuat aduan kepada pihak bertanggungjawab…!!! Perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan kerana ia akan memberikan banyak implikasi negatif jangka panjang kepada masyarakat.
Komen oleh Nasir — Januari 21, 2009 @ 5:25 pm |
Majalah Ering ni memang sampah pada saya. Daripada dulu lagi tak terkira kesilapan yang dibuat. Ruangan Dr. Handphone umpamanya merupakan kolum yg xbertanggungjawab, jawapan yg diberikan bodoh2 belaka sekadar melepaskan batuk di tangga. Ruangan Review plak copy paste dpd GSM Arena.com je kebanyakannya. Remaja kita memng suka, n diorang didedahkan dengan fakta2 xbetul. Langsung x meransang minda. Bukan le nak mengutuk tapi melayu kalau buat keja memang kebanyakkanya x senonoh. Saya pun melayu jgk n saya malu dengan benda2 mcm ni.
Komen oleh Lan — Januari 22, 2009 @ 3:16 pm |
ya .saya amat bersetuju dengan apa yang dikomen oleh kedua dua pihak diatas.mengenai dengan majalah ering ni.bg saya untuk mencipta atau membuat apa apa sahaja tentang sesuatu perkara.biar lah dikaji dan diteliti dengan terperinci dahulu sebelum memberitahu atau menerangkannya.bak kata pepatah.jangan jd bodoh sombong.sebab apa yang majalah ering ni buat ialah mengenai fakta.dan haruslah pihak majalah mengkaji atau mempelajari terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan tentang sesuatu produk mahupun artikel,supaya pengguna tidak jadi sesat.kalau tak ering ni pun boleh dikategorikan sebagai majalah ajaran ayah pin.merangkap penyokong israel.jika ini berlaku.maka ,haruslah kita boikot produk dari israel.sekian.
Komen oleh www.lovealways.ecd.cc — Januari 23, 2009 @ 11:53 am |
saya bersetuju dengan komen dan ketidakpuasan terhadap majalah ini.sebelum ini pun saya tak pernah ‘miss’ untuk mendapatkan ering yang terbaru tiap-tiap bulan.lebih kurang dari isu 1-40.tapi sejak lebih kurang 2 tahun kebelakangan ini saya tak pernah lagi membeli majalah ini atas dasar kecewa dengan maklumat yang tidak benar.tak tahu pulak sampai begitu serius apabila membaca komoen saudara2 di atas.untuk pengetahuan,saya berkawan rapat dengan beberapa orang ‘toke’ kedai handphone.jadi bila selalu berbincang,banyak yang tak benarnya maklumat tentang handphone dalam majalah ini.sejak itulah saya terus tak membeli majalah ini.
Komen oleh ajik8282 — Oktober 11, 2009 @ 1:30 pm |