Adliayob – Sebuah Catatan Teknologi

Januari 18, 2009

Review – Nokia 5800 XM (S60-5th Edition)

Filed under: Prapandang (Reviews) — adliayob @ 7:02 pm
Tags: , ,

5800-twu

Minggu ini saya bagi anugerah peribadi kepada telefon Nokia 5800 XpressMusic kerana sejak pelancarannya pada 10 Januari lepas, hampir semua kedai-kedai telefon di Malaysia telah kehabisan stok kerana permintaan terhadap permintaan telefon ini amat luar biasa sekali. Dan seperti biasa, rakyat Malaysia yang membeli telefon ini TIDAK TAHU LANGSUNG atau AMBIL PEDULI tentang OS telefon ini iaitu Symbian 9.4 Platform S60 5th Edition.

Saya mengucapkan terima kasih kepada FIRST ONE MOBILE SHOP @ Giant, Tawau kerana membenarkan saya untuk membuat review (mini) telefon ini. First One Mobile Shop menjual telefon ini dengan harga RM 1,450.00 (Zitron set). Ini merupakan berita baik untuk penduduk Tawau yang mahukan telefon ‘touch-screen’ dengan harga separuh berbanding Apple Iphone-3G (sekitar RM3,200).

PRO DAN KONTRA

Kelebihan Nokia 5800 XM:

  • Skrin – 3.2″ 16M-color TFT LCD 16:9 touchscreen display (360 x 640 pixels)
  • Sangat responsif: Ada sedikit getaran kecil bila menekan butang (haptic feedback), maka tidaklah terasa seperti menekan kaca
  • Symbian S60 5th edition (membenarkan pemasangan perisian pihak ke-tiga)
  • CPU & RAM berkuasa tinggi: ARM 11 369 MHz CPU, 128 MB of SDRAM memory
  • Kamera autofokus Carl-Zeiss 3.2 megapixel dengan ‘dual-LED flash’
  • VGA video recording at 30fps
  • Penyambungan data GPS, HSDPA (3.5G) dan Wi-Fi
  • Menerima kad memori berkapasiti besar (sehingga 16Gb). Kad microSD 8GB dibekalkan dalam kotak.
  • TV out & FM radio (dengan RDS)
  • Port penyambungan AUDIO 3.5mm (anda boleh menggunakan HEADPHONE anda sendiri!)
  • Kualiti audio yang baik
  • Keyboard QWERTY penuh (dalam keadaan mendatar)
  • Accelerometer sensor: Untuk penukaran automatik skrin dan berfungsi dalam mod permainan
  • Harga yang SANGAT SESUAI – tidaklah mahal sangat

Kelemahan Nokia 5800 XM:

  • Perisian Symbian pihak ke-tiga yang tidak banyak (setakat ini)
  • UI: Berbanding dengan S60 3rd Edition, telefon ini agak sukar dikendalikan (kekok sedikit)
  • Respon ‘touchscreen’ boleh diperbaiki (tidaklah sangat bagus berbanding lain-lain pengeluar)
  • Tiada ‘Smart-Dialing’ – Ini agak menyukarkan kepada mereka yang telah biasa dengan S60
  • Kualiti penggambaran yang kurang baik berbanding Nokia N73
  • ‘Feature’ Web Browser yang kurang baik berbanding dengan Opera pada Symbian UIQ3
  • Tidak boleh mengubahsuai (edit) dokumen Microsoft Office – Hanya baca sahaja
  • Tidak boleh dicas terus dari USB (tidak seperti telefon Symbian Samsung)

ERGONOMIK.

Saiz telefon ini lebihkurang sebesar Nokia N82 (lihat gambar) dan ianya tidaklah terlalu besar atau kecil. Ia agak tipis berbanding N82. Ia tidaklah berat berbanding dengan Nokia E71. Skrinnya sangat cerah (dalam cahaya ‘bilik’) tetapi kurang terang apabila diluar (dalam cahaya matahari yang kuat). Dengan keadaan dimensi yang sebegini, ia sangat selesa dalam genggaman. Terdapat 2 warna utama pada telefon ini untuk pilihan anda iaitu BIRU dan MERAH. Apa yang menarik adalah ia didatangkan dengan aksesori lengkap (seperti TV-out cable, 3.5mm handsfree, ‘stand’, extra stylus, plectrum dan lain-lain) didalam kotak.

Terdapat 4 butang sahaja pada luaran telefon ini iaitu ‘Call Button’, ‘End-Call Button’, ‘Menu Button’ dan ‘XpressMusic Button (berada pada sudut kanan sebelah atas skrin)’. Butang kamera berada pada sisi kanannya. Skrin 5800 agak luas dan panjang dengan resolusi 360 x 640 (16:9 aspec ratio) dan membenarkan video berkualiti HD dimainkan. Apabila anda mendail nombor, skrin akan berubah kepada ‘virtual-keypad’ dan ia sungguh besar dan selesa (sekurang-kurangnya dengan jari saya yang besar ini). Lain-lain ‘jack & port’ adalah baik. Namun ia bukanlah telefon ‘touchscreen’ yang sangat cantik yang pernah saya lihat. Jika dibandingkan dengan Samsung OMNIA atau Apple IPHONE 3G, Nokia 5800 tidaklah secantik mereka.

AUDIO DAN VISUAL

Speaker yang disediakan untuk 5800 agak kuat, tetapi tidaklah sekuat Nokia N73. Skrin yang besar pada telefon ini memberikan pengalaman multimedia yang luar biasa. Pertama kali apabila saya menyentuh telefon ini, saya terus mencuba video dan permainan (game) dan ia tidak mengecewakan saya. Sebuah filem pendek format DVD telah saya tukarkan kepada format MP4 WideScreen dan Nokia 5800 memainkan video ini tanpa masalah. Game ‘Global-Race’ yang tersedia juga telah saya cuba dan ia menyokong ‘accelerometer control‘ – dalam ertikata lain anda menggunakan badan telefon ini sebagai stereng kereta untuk mengawal kenderaan. Kualiti ‘earpiece’ telefon ini juga baik. Ia juga menyokong bluetooth A2DP untuk pengalaman stereo sebenar apabila mendengar lagu.

KAWALAN UI S60 5TH EDITION

Kepada yang sudah biasa dengan S60, anda akan berasa kekok untuk menggunakan telefon ini buat pertama kali. Telefon ini tidak boleh anda gunakan selasak Nokia N73 kerana ia tiada keypad yang sebenar. Semua butang kawalan adalah dalam bentuk maya (virtual) dan jika anda jenis kuat berpeluh (berkeringat) maka ia juga akan mengganggu keselesaan dan perbualan anda. Butiran habuk, tekanan (press) yang kecil dan lelehan peluh (atau air) akan mengaktifkan menu kawalan skrin. Jesteru anda perlu berhati-hati apabila menggunakannya.

UI baru ini juga tidak seperti UIQ3 dan anda akan memerlukan masa untuk membiasakannya. Dan anda perlu ‘DOUBLE-TAP’ (sama seperti double-click) pada komputer untuk memilih menu dan sub-menu.

PERISIAN

Saya telah mencuba beberapa tema (themes), games dan software yang diciptakan untuk S60 5th Edition. Perisian ‘touch-piano’ (seperti dalam gambar) juga telah saya cuba dan ia berkeadaan baik. Namun, berbanding dengan S60 dan UIQ, setakat ini perisian pihak ke-tiga sangatlah kurang dipasaran dan menyebabkan saya ‘tension’ kerana kebanyakkan perisian yang biasa saya gunakan masih belum di’port’ kepada S60 5th Edition.

KESIMPULAN

belimeter-5800Bateri untuk telefon ini (1320 mAh) sangat baik dan tahan (standby-mode) selama 3 hari. ‘Multimedia-Panel’ (Sebagai shortcut) yang disediakan pada butang khas ‘XPressMusic Button’ memberikan kemudahan untuk mengakses media. Sebenarnya saya tidak berpuas hati kerana memegang dan mencuba telefon ini dalam keadaan 15minit sahaja. Mungkin saya akan membuat FULL REVIEW jika saya berpeluang menggunakannya selama 2 hari nanti. Setakat ini saya memberikan markah 7/10 (berbaloi) terhadap telefon ini memandangkan harganya yang sangat berpatutan.

banner-anim0

iklan-symbianku

8 Komen »

  1. along.. sy dh gne wat 1week.. tp xbesh sgt le.. pas2 sy trade-in blk n amik sony ericsson c902.. james bond edition.. sony jgk still best..

    Komen oleh nazmy — Januari 19, 2009 @ 12:18 pm | Balas

  2. thx u bro !!! i am first one mobile boss.!! ni memang ada besar sikit , tapi function memang lenkap , ada harga murah !!

    Komen oleh amyung7000 — Januari 19, 2009 @ 8:03 pm | Balas

  3. slm en.adli..
    tma ksh byk2 sbb tlg sya psl hp 6600 smlm,,cuma sedih jgk laa sbb smua contact dlm hp hilang..

    sya nk tnya pendpt en.adli,sbnrnya sya ingn mnukar hp..cuma nak minta cdangan dri en.adli hp mcn mana sesuai dgn saya..

    ciri2 yg dikehendaki..
    -bjet rm1500 ke bwh
    -kualiti video n gmbar yg cntik
    -tahan lasak
    -blh msukkan perisian n software yg byk n pelbagai..
    -blh masuk internet dgn laju..
    -model nokia @ model2 lain yg ok

    sya ada brminat hp nokia 5800xm tp sya ada bca dlm web ni,hp 5800xm kurng perisian? adakah btl…

    harap en.adli dpt beri cdgan pda sya..

    Komen oleh edyboys — Julai 9, 2009 @ 7:52 pm | Balas

  4. thanks utk gmbaran yg lengkap. tgh bcadang nk cari nokia touchscreen. mujur de laman ini dh beri tips tuk sya pilih fon..

    Komen oleh akmar — November 12, 2009 @ 4:14 pm | Balas

  5. A’kum En Adli,
    Saya bercadang untuk membeli perisian bagi handphone Nokia 5800 XM, tetapi tidak tertera model ini kat kedai Symbian. Any suggestion?

    Komen oleh Baha — Disember 15, 2009 @ 7:14 am | Balas

  6. hahahaha,model yg menarik sebenarnya bagi kaki software dan upgrader macam saya.. dah sambar satu,memang kool gila.. application memang sensitif,tak boleh suka2 install,terutama apps daripada Gdesk.. memang tak boleh custom theme secara manual,mengedit atau mengusik bahagian pantadbiran hp tu.. bahaya,da byk kali hp aku out.. tapi bab software je la,paling slal kena pada hp ni,icon call dan contact bahagian depan tak berfungsi..da sentuh,takde respon..turut serta button voice command,bila tekan kuar je speak now…bar tu akan gerak separuh je..sangkut la maknenye.. hp ni kerap hang,pasal RAM die kecik(356 je).. kalu kaki2 modified hp macam saya memang tak boleh terima la hp ni.. kalu orang tua nak pakai bole la ni.. hp ni elok digelar “girlfriend”,pasal kerap sgt merajuk..

    Komen oleh Mohd Haffis — Disember 24, 2009 @ 1:37 am | Balas

  7. nak tnya skit,aq pn pkai hp nokia5800xm tp knp shortcut icon aq hilang & icon keypad xberfungsi..sy rasa ada smthing,,rasanye nak formt *#7370# tapi icon keypad xberfungsi..dah try restore original (master reset) tapi masalah masih tetap sama..tolong,,,

    Komen oleh nick — Februari 5, 2010 @ 4:22 am | Balas

  8. saya pengguna nokia 5800 xpress music.saya sudah mendapatkan cd symbian dari en.adli ayob.tiada masalah nk install.kini hphone saya dh jd lain sgt.terutama selepas guna theme orange tsunami.terima ksh kepada en.adli yang telah berkongsi kepakaran dengan rakyat malaysia.saya sangat menghargai kepakaran yang en.adli ada.semoga symbian terus maju..

    Komen oleh qadri sahaimi — Julai 26, 2010 @ 7:13 pm | Balas


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan kepada nick Batal balasan

Blog di WordPress.com.