Adliayob – Sebuah Catatan Teknologi

Januari 14, 2009

Symbian 101: Bagaimana Menulis Perisian Symbian? Satu Pengenalan.

Filed under: Tutorial Symbian — adliayob @ 6:25 pm
Tags: , ,

symbian101-a

Tahun 2009 ini, seperti yang telah saya janjikan, saya akan berkongsi tentang cara-cara untuk mencipta perisian Symbian untuk platform S60 dan UIQ. Sebenarnya, ini adalah hasrat terbesar saya dan ia amatlah susah untuk dipersembahkan kepada umum lebih-lebih lagi dalam gaya penulisan Bahasa Melayu. Untuk itu, jika ada istilah teknikal yang wujud dalam artikel ini dan selanjutnya – maka saya terpaksa menggunakan istilah asli ‘ENGLISH’ kerana kita sedia maklum, bahasa pengaturcaraan c++, Microsoft Visual Studio, Carbide C++, Phyton, Ruby, SDK dan CodeWarrior semuanya ‘in English’.

Sebelum saya meneruskan artikel ini, anda diminta jangan risau tentang perkataan ganjil yang tertera diatas. Itu hanyalah sebagai perkakas (atau tools) untuk anda memulakan penulisan perisian Symbian anda sendiri.

Untuk permulaan, kita akan membicarakan tentang ‘Symbian-Programming’ mengikut tajuk-tajuk seperti yang tertera dibawah ini:

  1. Symbian 101: Bagaimana Menulis Perisian Symbian? Satu Pengenalan.
  2. Symbian 101: Smartphone dan Syarikat Symbian.
  3. Symbian 101: Pengenalan Antaramuka Platform (UI Platform Overview).
  4. Symbian 101: Sinopsis Sistem Operasi Symbian (Symbian OS Overview).
  5. Symbian 101: Membangunkan Perisian untuk OS Symbian (Developing for Symbian OS).
  6. Symbian 101: Komuniti Pembangun Perisian (Community).
  7. Symbian 101: Sumber Rujukan Yang Dicadangkan (Recommended Literature).

Setelah anda meneliti semua 7 sub-tajuk yang tertera, mungkin anda berminat dan teruja atau mungkin juga anda berasa ‘lemah-gemalai’ atau longlai kerana ia mungkin akan diterbitkan dengan panjang berjela-jela dengan abstrak, topik perbincangan, kupasan dan istilah yang meningkatkan kadar ‘migrain’ di kepala anda!

YA! tepat sekali jangkaan anda! Artikel-artikel yang akan dibincangkan selepas ini sememangnya teknikal, panjang, penuh teori, praktikal, pindah-turun (download) yang memakan masa dan bill, pandangan, perbincangan, contoh kod-sumber dan lain-lain sehingga menyebabkan anda tidak mahu menjadi owner kepada Blog Symbian Malaysia!

Jika berat anda rasakan, percayalah… berat lagi tanggungjawab saya untuk menerbitkannya! Tetapi, demi maruah bangsa melayu pada masa hadapan dalam mendepani teknologi telefon bimbit – maka saya bersedia menghabiskan masa, tenaga dan duit-ringgit saya (bayangkanlah jika secawan teh-tarik sekarang pun dah RM1.50 dan belum masuk lagi cas elektrik sejam RM2.00 di kedai mamak ni) untuk anda dengan harapan suatu hari nanti akan lahir seorang GENIUS pembangun perisian Symbian berbangsa Melayu dan menghasilkan perisian peringkat antarabangsa!

Mengapa Menulis Perisian Symbian?

Symbian merupakan syarikat yang menghasilkan Sistem Operasi SYMBIAN yang digunapakai oleh 5 syarikat pengeluar telefon bimbit di dunia. Syarikat-syarikat tersebut adalah Nokia, Samsung, Sony Ericsson, Motorola dan LG.

Dalam dunia telekomunikasi yang sentiasa menghadapi persaingan, Sistem Operasi Symbian telah dicabar oleh lain-lain pengeluar yang menghasilkan Sistem Operasi Windows Mobile, Palm, BlackBerry, Mac-OSX, Linux dan yang terbaru Android. Jika di Amerika Syarikat, Windows Mobile, BlackBerry dan MAC-OSX mendominasi pasaran semasa telefon manakala Symbian berada ditangga bawah. Symbian bukanlah pilihan di Amerika Syarikat (walaupun NOKIA agak popular juga disana!). Walaubagaimanapun, dikawasan lain didunia, Sistem Operasi Symbian tetap menjadi pilihan teratas pengguna telefon Bimbit.

Senario Symbian di Eropah.

Selaku tempat lahir Symbian, Eropah merupakan ‘testbed’, ‘incubator’ dan pasaran utama produk Symbian. Bermula dengan syarikat Psion yang menghasilkan EPOC, gergasi telekomunikasi dunia seperti Ericsson, Nokia, Siemens dan Sendo telah berganding tenaga untuk melahirkan Sistem Operasi Symbian.

Di Eropah, masyarakatnya berpendidikan tinggi sesuai dengan status negara maju yang dimiliki. Tidak seperti tempat lain yang mengutamakan jenama telefon, penduduk Eropah lebih mengutamakan OS (Sistem Operasi) dalam pemilihan sebarang alat elektronik. Maka apabila SENDO memperkenalkan telefon Symbian mereka sekitar tahun 2003 (pada ketika itu dikuasakan dengan Symbian versi 6.x) – dengan mudah syarikat ini meraih keuntungan yang tinggi. Eropah juga merupakan tempat lahir UIQ – satu cabang platform utama Symbian.

Kini, kebanyakkan penduduk Eropah lebih menyokong Symbian berbanding dengan OS yang lain. Di Finland, syarikat Nokia merupakan salah satu pembayar cukai terbesar dan penyumbang pembangunan negara. Di Sweden, rata-rata penduduknya kenal dengan Ericsson, Sony-Ericsson dan UIQ. Manakala ditempat lain seperti Itali dan Russia, negara-negara ini kerap dipilih sebagai tempat pelancaran produk Symbian terbaru. Sebagai contoh Samsung i400 mula diperkenalkan di Russia pada tahun 2005 sebelum ia dilancarkan ke bahagian lain dunia.

Penjualan perisian dan games untuk Symbian adalah sangat memberangsangkan dan rata-rata kedai telefon menawarkan perkhidmatan ‘upgrade’ perisian/games tanpa banyak kerenah (ini ada kaitan dengan system VAT di Eropah). Komuniti, foum-online, ‘gathering’, seminar dan ‘talk-show’ tentang Symbian kerap diadakan. Malah kebanyakkan kolej dan universiti di Eropah telah menawarkan subjek pengaturcaraan Symbian kepada sesiapa yang berminat.

Senario Symbian di Jepun.

Jepun merupakan tempat ke-dua selepas Eropah yang ‘fanatik’ Symbian. Disokong penuh oleh NTT DOCOMO selaku telco dan pembangun Symbian, ia telah menerbitkan satu konsortium yang amat besar dan dikenali sebagai FOMA. Melalui platform FOMA, syarikat-syarikat terkemuka seperti Fujitsu, Sharp, Sony-Ericsson dan Mitsubishi kerap mengeluarkan telefon berteknologi tinggi berasaskan Symbian.

Teknologi ‘premium’ seperti penggabungan kamera lensa ‘CCD’ dan spektrum 3.5G dibangunkan dengan awal di Jepun dengan Symbian sebelum ia diimplementasikan ke syarikat Nokia, Samsung, Panasonic, Siemens, LG, Arima dan Lenovo.

Lihat sahaja filem ‘Tokyo Drift’ yang memaparkan kegilaan perlumbaan kereta di Jepun – dan perhatikan telefon yang mereka gunakan – semuanya adalah ‘FOMA Symbian’ yang teknologinya entah bila akan sampai ke bumi Malaysia ini.

Rakyat jepun merupakan pengguna telefon bimbit yang menduduki ranking teratas dalam menukar telefon dalam seumur hidup mereka. Kadar penukaran telefon adalah 3 bulan sekali. Disebabkan faktor ini, pembangun FOMA akan sentiasa mencari teknologi baru untuk diimplemenasikan pada Sistem Operasi Symbian. Maka model yang dihasilkan seterusnya akan lebih baik dari keluaran yang sebelumnya.

Symbian merupakan OS telefon nombor satu di Jepun. Tidak seorang pun yang terkecuali memiliki sekurang-kurangnya sebuah telefon FOMA (Symbian).

Senario Symbian di China.

Negara ini mengamalkan sistem komunis dalam politik mereka. Namun ini tidak menyebabkan mereka mundur atau terkebelakang dari segi teknologi telefon bimbit. Nokia, Sony Ericsson, Motorola dan Lenovo merupakan peneraju Symbian yang aktif di sini.

Sejak mula lagi, versi perisian dan games berbahasa cina dikeluarkan di China. Syarikat Symbian juga mempunyai cawangan pejabat rasmi di China dan ia juga kerap menganjurkan aktiviti akademik di kebanyakkan kampus dan fakulti universiti-universiti tempatan.

Pada hari ini Negara China merupakan kuasa kedua terbesar selepas Jepun dalam teknologi dan pembangunan aplikasi Symbian.

Symbian di lain-lain tempat di Asia.

Di India, komuniti Symbian agak besar dengan pembangun (programmer) yang ramai dan pintar. Begitu juga di Taiwan, Korea dan Hong Kong. Di tempat-tempat yang disebutkan ini Symbian merupakan ‘masa depan’ yang harus di eksploitasi sepenuhnya untuk mempertingkatkan ekonomi.

Begitu juga di Mesir, Jordan dan Iran – pembangun dan syarikat pengeluar perisian Symbian sangat banyak dan mereka mengkhusus untuk pembangunan perisian dalam Bahasa Arab.

Symbian di Asia Tenggara.

Symbian merupakan jenama atau nama yang aneh, ganjil dan tidak pernah didengar di wilayah ini. Bukan sahaja di Malaysia, malah di Filipina, Indonesia, Brunei, Laos, Vietnam dan Thailand juga terkebelakang dalam pembangunan Symbian.

Tidak seperti di Eropah, rakyat Asia Tenggara lebih mementingkan jenama (seperti NOKIA) dan kerap tersalah/tersilap dalam pembelian telefon bimbit. Yang paling menyedihkan sekali, terutamanya di Malaysia, kebanyakkan jurujual, pengedar dan kedai telefon langsung tidak memahami tentang Sistem Operasi dalam setiap gajet yang dijual. Cuba anda pergi ke mana-mana kedai telefon di Malaysia dan mintakan jurujual mengeluarkan hanya model Symbian di atas meja – mereka akan memberikan respon yang lambat dan kadang-kala menukarkan topik persoalan anda kepada model-model baru jenama terkemuka.

Kefahaman tentang teknologi dan Sistem Operasi telefon bimbit amat dangkal (shallow) di Malaysia sehinggakan sanggup ‘memperbodohkan’ pengguna dengan fakta-fakta tertentu demi menjayakan pembelian. Memang kita faham jika banyak kuantiti terjual maka banyaklah keuntungan yang dijanakan, tetapi pada saya yang terpenting adalah pendidikan dan kejujuran untuk berniaga dengan lebih lama lagi.

Sebenarnya inilah punca mengapa saya menerbitkan ‘Blog Symbian Malaysia’ di internet. Sesungguhnya saya tidak mahu masyarakat berketurunan melayu yang mendominasi Nusantara masih ketinggalan dalam teknologi.

Masa Depan Dalam Symbian.

Pada tahun lepas semua pemilik platform Symbian telah bersatu dalam penubuhan ‘Yayasan Symbian'(Symbian Foundation). Symbian Foundation akan mengeluarkan satu platform universal yang akan dikongsi dengan semua pengeluar produk Symbian. Ini bermakna dalam dua tahun lagi tidak kira apa jenama telefon anda – anda tetap menggunakan satu Sistem Operasi satu platform. Tiada lagi FOMA, S60 atau UIQ lagi.

Saya mengambil contoh syarikat INFINITE DREAMS yang sangat berjaya dan dipercayai oleh Symbian dan Nokia. Syarikat ini sebenarnya bermula dengan kecil dengan penghasilan satu permainan yang dikenali sebagai ‘SkyForce’. Tidak lama kemudian akibat dari permintaan yang tinggi pasaran, ia telah mengeluarkan lain-lain permainan seperti ‘SuperMiners’, ‘Explode Arena’, ‘SkyForce Reloaded’, ‘KRally’ dan yang terakhir – ‘Hook On: Creatures Of The Deep’.

Satu permainan yang dihasilkan oleh Infinite Dreams berharga antara USD 9.90 hingga USD 19.90 (RM 31.60 hingga RM 63.60). Setakat ini syarikat ini telah berjaya menjual lebih 200 ribu salinan perisian! Jika kita mencongak – jualan mereka adalah menghampiri 8 juta ringgit! Fakta inilah yang sebenarnya merubah Infinite Dreams menjadi salah satu ‘Gergasi Pembangun Permainan Symbian’ yang terkemuka di dunia. Kiraan ini belum termasuk dengan angka penjualan model Nokia N81 yang dilengkapkan sekali dengan permainan ‘Hook On: Creatures Of The Deep’ tadi.

Syarikat seperti Epocware, Gameloft, Astraware dan pembangun Antivirus juga tidak terkecuali mendapat faedah yang besar dalam Sistem Operasi ini.

Berbalik kepada masa depan Symbian, apabila semua kepakaran telah disatukan dibawah satu bumbung (Symbian Foundation) maka lebih banyak peluang akan terbuka untuk kita semua.

Dalam 4 tahun kebelakangan ini, saya melihat adanya potensi yang luas untuk pembangunan perisian Bahasa Melayu yang boleh dikomersilkan. Pandangan ini dikongsi bersama oleh seorang Ahli Parlimen (Yang Berhormat) iaitu YB. Tuan Hj. Salleh Kalbi yang menulis (dan memasukkan LINK Blog Symbian Malaysia) ke dalam Blog Minda Salleh Kalbi yang merupakan blog rasmi beliau. Apabila saya membaca topik Anda Insan Yang Berpotensi Besar!pada blog beliau baru-baru ini, saya amat terharu dengan pandangannya yang menjurus kepada pembangunan perisian telefon bimbit.

Jika seorang Yang Berhormat pun memandang serius pembangunan perisian telefon bimbit, apalah pula respon kita selaku rakyat di negara ini?

Saya penuh yakin jika kerajaan memberikan galakan untuk mencetuskan dan menyokong usaha pembangunan Symbian – maka Malaysia bakal menjadi pusat rujukan antarabangsa Symbian kerana negara ini penuh dengan pelbagai agama, bangsa dan budaya. Di Malaysia kita boleh menciptakan perisian dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Jerman, Korea, Jepun, India, Kadazan-Dusun, Iban, Portugis, Mandarin, Kantonis, Hakka, Arab dan lain-lain bahasa dunia kerana semua pakar bahasa-bahasa yang disebutkan ada di negara majmuk ini!

Syarikat terkemuka telefon bimbit seperti Nokia, Sony Ericsson, Samsung dan LG telahpun bertapak di negara ini. Cuma apa yang diperlukan adalah keyakinan, jatidiri dan semangat untuk memulakan sesuatu tanpa mengharapkan imbuhan. Inilah resepi untuk berjaya. Bak kata YB. Salleh Kalbi – J.K Rowling sewaktu menulis buku Harry Potter merupakan seorang penganggur dengan beban seorang anak yang masih menyusu!

Masa Depan Symbian di Malaysia.

Saya meletakkan tempoh dua tahun untuk rakyat Malaysia menjadi ‘separuh-matang’ dalam teknologi Symbian. Dan dalam tempoh dua tahun ini, saya yakin ada dua atau tiga syarikat pembangun perisian Symbian akan muncul dipersada dunia.

Artikel ini diterbitkan untuk anda memahami dan bersemangat untuk memulakan kajian tentang pembangunan Symbian. Ia juga selaku pemberitahuan tentang masa depan Symbian yang penuh gemilang. Anda tidak rugi jika membazirkan masa dua tahun demi pembangunan sebuah perisian – tetapi anda akan lebih rugi lagi apabila idea yang anda ada sekarang dicuri dan dibangunkan oleh orang lain yang lebih tekun dan rajin daripada anda yang akhirnya dia berjaya menjadi seorang jutawan!

Langkah Pertama Untuk Menulis Perisian Symbian.

Sebelum bermula, anda mestilah seorang yang memiliki telefon bimbit Symbian (tidak kira S60 atau UIQ). Selain itu, anda memiliki sebuah komputer dengan RAM yang tinggi (dicadangkan 2Gb) untuk proses penulisan perisian. Sistem Operasi yang dicadangkan untuk komputer anda adalah Windows XP.

Anda juga mestilah mahir dalam pencarian maklumat di Internet. Kelebihan dan latarbelakang dalam pengendalian bahasa pengaturcaraan C++ merupakan nilai tambah kepada anda. Anda juga mestilah sudah membiasakan diri dengan persekitaran orientasi objek (Object Oriented), Visual Studio dan Compiler.

Perisian Symbian agak mudah juga dibangunkan kerana telah dilengkapkan dengan SDK (Software Development Kit) dan Emulators. Proses ‘Symbian-Signing’ juga telah dipermudahkan.

Anda juga perlu mendaftar forum ‘developer’ seperti ‘Symbian Developer Forum’, ‘Forum Nokia’, ‘MotoDev’ atau ‘Samsung Developer Site’. Ini kerana komuniti pembangun Symbian berkumpul disini. Kepada yang sudah biasa dengan ‘open-source’ – ini akan memudahkan lagi proses pembangunan perisian anda. Sumber kod terbuka (bebas) untuk Symbian banyak terdapat di Internet.

Selain itu persediaan fizikal, ekonomi dan mental perlu seiring dalam pembangunan perisian Symbian. Jika anda membangunkan perisian (atau games) dalam kumpulan ia adalah satu usaha yang bijak dan baik. Pastikan salah seorang dalam kumpulan anda mempunyai latarbelakang ‘Multimedia’ untuk kemudahan penciptaan UI, Audio, Video dan Grafik.

Kita akan bersambung lagi dengan kupasan yang selanjutnya iaitu ‘Smartphone dan Syarikat Symbian’.

Sila sumbangkan artikel atau komen membina disini supaya kita benar-benar mendapat manafaat demi pembangunan produk Bahasa Melayu di pasaran kelak.

10 Komen »

  1. Salam…satu pendekatan yang sangat baik untuk kepelbagaian kemahiran dan sumber pelaburan yang cerah.

    Komen oleh has — Februari 2, 2009 @ 9:01 am | Balas

  2. test dlu tkut tlis pnjng2 kn x msuk plak. Testing…

    Komen oleh Hisham Tok Bomo — Februari 13, 2009 @ 3:47 pm | Balas

    • Kepada HISHAM TOK BOMO: Hehehe.. takut-takut pulak nak bagi komen…
      Saya biasanya online dari jam 6 ptg hingga 11mlm setiap hari – kecuali saya outstation atau ada kerja kritikal. Tapi, biasanya saya luluskan semua komen yang ada di sini. Selamat datang ke Blog Symbian Malaysia!

      Komen oleh adliayob — Februari 13, 2009 @ 4:16 pm | Balas

  3. Salam… En. Adli bole explain sikit tentang Mass Memory n Phone Memory. Apa perbezaan fungsi kedua-duanya n bole tak data Phone Memory dikosongkan/ dipindahkan ke Mass Memory. Baru ni sy da beli Innov8 tapi yg sy muskil P.Memorynya 49MB je x byk beza ngan N73. Sy risau jika masalah Y2K berulang ngan Innov8 sy plak…tq

    Komen oleh yusman — Februari 18, 2009 @ 9:37 am | Balas

    • Kepada YUSMAN tentang Samsung INNOV8 (disebut innovate).
      Model-model telefon Symbian yang mempunyai memori dalaman besar seperti Samsung INNOV8, Nokia N96 dan Sony Ericsson W960 kadang-kadang mengelirukan kita – pihak pengguna. Tuan kena faham, telefon anda seperti sebuah komputer, ada C:\ drive dan D:\ drive. Biasanya drive ‘c’ lebih kecil daripada ‘d’. Contohnya laptop yang sedang saya gunakan ini – ‘C’ cuma sebesar 40Gb manakala ‘D’ sebesar 120Gb. Begitu juga telefon yang mempunyai ‘HARD-DISK’ seperti Samsung INNOV8.

      Samsung INNOV8 mempunyai 3 jenis memori iaitu:- (a) Phone Memory (b) Mass Memory (c) Memory Card.
      Pertama sekali, cuba fahami – PHONE MEMORY ibarat drive ‘C’ pada komputer, MASS MEMORY adalah drive ‘D’ dan MEMORY CARD adalah drive ‘E’. Ini bermakna, apapun yang anda lakukan, atau install, atau download, atau menyimpan gambar, lagu mp3, ringtone, video, melayari internet (terutama CACHE), bookmark, notes dan sebagainya PERLULAH disimpan (di’save’) kedalam MASS MEMORY (drive ‘D’) atau MEMORY CARD (drive ‘E’).

      Manakala PHONE MEMORY (drive ‘C’) cuma dikhaskan untuk kegunaan SYSTEM sahaja. Senario ini serupa jika anda mempunyai komputer – bahagian ‘system’ tersimpan rapi pada drive ‘C’ dan kerja-kerja anda di’save’ pada ‘D’. Jika berlaku kerosakkan sistem (terutama Windows XP) maka yang diFORMAT hanyalah DRIVE C. Dan drive ‘D’ adalah tempat untuk ‘BACKUP’ segala data sebelum proses format dilaksanakan.

      Pada Samsung INNOV8, walaupun anda rasa 49Mb itu kecil – sebenarnya sudah terlalu BESAR sebenarnya. Serupa macam Sony Ericsson W960 saya, PHONE MEMORY telefon saya cuma tinggal 24Mb sahaja manakala MASS MEMORY berstatus 3.2Gb/8Gb. Bermakna masih kosong lagi sekitar 3.2Gb. Lagi satu, kejadian BUG (bukan kejadian Y2K seperti yang anda fahami) tidak berlaku kepada INNOV8 kerana ia mengunakan Symbian 9.3/S60 3.2 berbanding dengan Nokia N73 (Symbian 9.1/S60 3.0). Semestinya ‘memory-management’ pada INNOV8 jauh lebih baik dari N73 kerana menggunakan OS yang lebih baru dan baik.

      Setakat ini, saya telah menggunakan Samsung i450 (sejak MAC 2008) dan hingga kini, belum lagi saya mendapat masalah memory full atau sebagainya. Itu baru Symbian 9.2/S60 3.1 apatah lagi kalau menggunakan Symbian 9.3/S60 3.2 ?? Cuma masalah tuan hanya dari segi pemahaman SISTEM komputer/ SISTEM Symbian sahaja. Yang membezakan tuan dengan orang lain adalah ANDA MERUJUK KEPADA TEMPAT YANG BETUL untuk pengetahuan Symbian berbanding orang lain yang selalunya ‘BUAT-BUAT FAHAM’ padahal kosong dan temberang. Sifat inilah yang akan membuatkan tuan lebih baik dan terpuji berbanding orang lain. Syabas saya ucapkan kerana BERANI membeli INNOV8 sedangkan ramai orang lain memilih N96. Tindakan tuan menelefon saya sewaktu hendak membeli telefon tersebut juga amat saya hargai.

      Pesan saya – BELILAH CD-ROM S60-3rd POWER USER yang dikhaskan untuk Samsung Innov8 tuan! Saya jamin tuan akan berpuas hati.

      Komen oleh adliayob — Februari 18, 2009 @ 6:53 pm | Balas

  4. assalamualaikum.
    Saya baru guna nokia 6120 clasik.
    Memori kad 512mb.
    Ada masalah ‘full memori’ bila masuk web.harap tuan boleh tolong.Saya ucap terima kasih.

    Komen oleh sdeblog — Mac 13, 2009 @ 2:09 am | Balas

    • Kepada SDEBLOG untuk soalan ‘Memory Full’

      Ada kaitan dengan LIFEBLOG. Sila kosongkan lifeblog anda (menu -> application -> lifeblog). Topik ini sudah pernah dibincangkan di sini dahulu.
      Saya kepilkan sekali lagi jawapan kepada masalah ini yang pernah di tulis oleh SHAM pada 11/2/2009 yang lalu:

      Kepada YUSMAN: Masalah DELETE FILES:MEMORY LOW

      N73 sy juga mengalami masalah ini.Sila ikut arahan yg diberikan oleh Sdr.Adli td utk penyelesaian.Setelah selesai,sila ikut langkah tambahan berikut,

      sila ke MENU>APPLICATIONS>LIFEBLOG

      klik pada OPTIONS>SETTINGS>ITEM TYPES.sila UNCHECK (kosongkan) kesemua kotak dari IMAGES hinggalah ke BLOG POST.

      LIFEBLOG sngt bnyk memakan ruang pd memori phone wlupun kite jarang/x penah menggunakannye langsung T_T.InsyaALLAH,masalah td xkan berulang lg.

      Komen oleh adliayob — Mac 13, 2009 @ 8:48 pm | Balas

  5. saua belum pernah lagi mencuba untuk mencipta satu perisian symbiani ni…mungkin kaalu ada msa saya nak cuba dulu…hehehehe…

    Komen oleh naxe88 — April 7, 2009 @ 8:50 pm | Balas

  6. Saya hendak bertanya,apa bisa telpon Sony Ericcson P910i dimasukan aplikasi corel draw?saya in Indonesia

    Komen oleh Heri budiono — Mac 2, 2010 @ 2:10 pm | Balas

  7. Ssuatu yg amat brguna bwt sy untuk mngetahui lbh lnjut ttng penulisan program c++ nie… Hrp dpt beri lbh mklumat….

    Komen oleh Refflisia putih — Januari 14, 2011 @ 6:43 am | Balas


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: