Berikut merupakan tip berguna untuk UIQ3 (terutama model-model yang dinyatakan).
- Gunakan butang back (back-button) dgn betul. Tekan lama-lama butang ini untuk kembali ke standby screen.
- Gunakan butang pintas Speed Contact untuk membuat panggilan. Anda boleh gunakan butang 1-9 untuk kenalan yang anda biasa panggil.
- Tekan lama-lama butang Hash untuk silence – mod senyap (W950 & W960)
- Setkan 15 shortcut icons pada standby screen untuk arahan/perisian yg biasa digunakan. Saya cadangkan PhoneBook, Opera Mini (atau browser Opera), Messaging, File Manager, New Sms, Sound & Alerts, Calendar, Set Alarm, Bluetooth, Notes, Scribbler, Calculator dan Picture Gallery (pada telefon saya saya shorcutkan juga X-Plore)
- Kendalikan task-manager dengan cekap. Setiap program yang anda buka, ia akan ‘standby’ dan berselindung sebaik sahaja anda memulakan program yang lain. Perkara ini dikenali dengan ‘multitasking’. Perlu diingatkan disini, walaupun anda menekan butang ‘back’ untuk keluar dari satu-satu perisian, sebenarnya ia masih lagi aktif dan berselindung. Anda perlu gunakan ‘task-manager’, pilih perisian dan tekan ‘End’ untuk mematikannya.
- Terlalu banyak perisian dibuka bermakna menggunakan ‘ram’ secara berlebihan. Ini akan menyebabkan telefon anda ‘hang’ atau ‘restart’. Perkara ini selalu terjadi pada SonyEricsson P990, M600 & W950 kerana model-model ini cuma terpasang 64mb ram sahaja.
- Ubah setting telefon untuk mendapatkan kuasa maksima bateri anda. Hanya gunakan wifi/bluetooth bila perlu.
- Klik pada ‘status-icon’ untuk bertukar kepada mod penerbangan (flight-mode).
- Untuk kelancaran uiq3 anda, dicadangkan supaya memasang perisian Swiss Manager, X-Plore, Scribbler, Opera Mini, Google Maps, Kamus Melayu-Inggeris, Quran (atau Bible), TouchCalc, World Mate & Time Blob.
- Untuk melihat status bateri, tap ikon bateri pada skrin (bersebelahan dengan task manager).
- Untuk w950, w960, g700 & g900 arahan ‘Enter’ adalah pada kekunci hash #, di tekan sebanyak 4kali.
- Jaga dengan baik ‘charger-port lebih-lebih lagi untuk model w950 & w960 kerana ia juga sebagai usb connector untuk phone memory anda. Berbeza dengan lain-lain model, ia tidak boleh dikeluarkan.
- Ikut arahan pada gambar untuk menjimatkan kuasa bateri supaya bertahan lebih 2 hari.
- Jaga dengan cermat skrin & stylus anda. Selalunya stylus untuk G900 & G700 sangat mudah patah dan mahal untuk dibeli semula. Lapik skrin dengan ‘screen protector’.
- Untuk terus menggunakan kamera, dari standby-screen, tekan lama-lama ‘camera button’.
- Selalulah menggunakan HELP dan baca betul-betul kandungan didalamnya.
- Pasang perisian Tweak Peaks v1.30 (atau lebih baik) untuk mengatasi kelembapan (slow & laggy) UIQ3 anda.
- Tukar bahasa telefon untuk kemudahan anda. Dapatkan cara-caranya DISINI
- Jika ada masa, dalami tips UIQ (bahasa Inggeris) DISINI
Itu sahaja untuk kali ini, Selamat Tinggal 2008 – Salam Hijrah 1430 / Selamat Tahun Baru 2009.
Tinggalkan Jawapan