Adliayob – Sebuah Catatan Teknologi

Disember 3, 2008

Berita: Nokia N97 Telah Dilancarkan

Filed under: Berita Symbian — adliayob @ 6:13 pm
Tags:

n97

Semalam, 2 Disember 2008 NOKIA telah melancarkan model terbarunya iaitu Nokia N97 dengan tagline ‘Desktop, Laptop, Pocket’. Model ini dikuasakan dengan OS Symbian 9.4 pada platform S60-5th Edition. Ini merupakan model Symbian kedua yang menggunakan platform ini setelah Nokia 5800 XpressMusic diperkenalkan pada 2 Oktober tahun ini.

Nokia N97 dilengkapkan dengan skrin-sentuh (touchscreen) berkeluasan 360×640 pixel, kamera digital CARL ZEISS 5.0mpix, keyboard QWERTY gelongsor, accelerometer, GPS dan memory dalaman 32Gb. Selain itu pengguna juga mampu mempertingkatkan ruang data dengan kad microSD sehingga 16Gb.

Pada dimensi 117.2 x 55.3 x 15.9-18.3 mm dan berat 150gm telefon ini kelihatan seperti sebuah ‘micro-palmtop’ dan cantik. Namun dengan pengenalan harga RM2,850.00 (€550.00) bakal menyebabkan N97 tergolong dalam kelas gajet mewah. Telefon ini bakal dijual mulai April 2009.

http://www.gsmarena.com/nokia_n97-2615.php
http://www.gsmarena.com/touchscreen_nokia_n97_is_the_next_step_ahead_with_full_qwerty-news-694.php
http://www.symbian-freak.com/news/008/11/n97_freaks_impressions.htm

Klik SINI untuk DATASHEET Nokia N97

banner-anim0

3 Komen »

  1. askum.disini.saya ingin menanyakan beberapa soklan.erm adakah os yg dipakai n97 ni laju berbanding smartphone yg menggunakan os symbian uiq atau s60 3rdedition?dari semua aspek. model n97 dan 5800.mana lebih user friendly?dan yg terakhir sekali. bila la plak masa untuk keluaran sony ,samsung untuk yg 5fh edition ni.asik nokia je.tanya ni sebab nak gantikan hp nokia6630 saya. g900 dah digantikan dgn iphone3g.harap dapat memberikan sepatah dua kata untuk komen ini. sekian.askum.l

    Komen oleh iszalways.wordpress.com — Disember 6, 2008 @ 3:49 pm | Balas

  2. ni mesri teruk punya talipon.design pun tiru xperia.harap arga je mahal.macam nokia yang suda-suda jugak tu la

    Komen oleh marjuki — Januari 23, 2009 @ 9:46 pm | Balas

  3. hi, i nak ty, Nokia N97 dah release in Malaysia eh? IF yes, where can i get one?

    Komen oleh ADILLA — April 13, 2009 @ 1:45 pm | Balas


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: