Adliayob – Sebuah Catatan Teknologi

Oktober 31, 2008

Tips UIQ3 #2 – 10 Freeware Untuk UIQ3

Filed under: Tips Pengguna Symbian — adliayob @ 2:48 pm
Tags: ,

Pada 28/10/2008 yang lalu saya pergi memancing di Tampi-Tampi, Semporna, Sabah dengan adik saya. Kami mula memancing dari jam 7.00 hingga 10.30 malam. Tidak sampai 10 minit, saya berjaya menaikkan ikan jenahak (kutambak) bersaiz tapak tangan. Tetapi malam itu bukan milik saya, kerana adik saya berjaya menaikkan ikan pari bintik sebesar 4 tapak tangan lebih kurang 3.5 kilogram. Dari riak wajahnya ternyata dia puas setelah bertarung dengan pari tersebut selama 22 minit. Setelah selesai memancing, kami ke sebuah restoran untuk minum dan WiFi.

Memancing merupakan satu ujian kesabaran untuk seorang manusia. Dalam aktiviti memancing, kita sebenarnya dapat mengenali rakan-rakan kita. Ini kerana bukan semua orang bernasib baik seperti adik saya. Ada kalanya setelah 5 jam memancing akhirnya pulang tangan kosong. Ada juga yang akan menceritakan segala masalah hidupnya tatkala menunggu umpan disambar ikan. Ada juga yang akan hilang sabar dan mengamuk tidak tentu pasal. Macamlah laut tu dia punya. Kadang-kadang jika dapat kawan seperti ini, mahu saja saya tunjukkan jari tengah kepadanya. Memancing bagi saya adalah masa untuk mengenali diri sendiri dan bertukar-tukar fikiran sesama rakan. Pada malam itu kami bercakap-cakap mengenai Sony Ericsson G900 yang dibelinya pada Hari Raya baru-baru ini.

Soalannya mudah sahaja, ‘Tiadakah perisian percuma yang boleh dimasukkan ke dalam G900 ini?’. Memang itu kebiasaan orang yang memakai Symbian. Jadi disini saya akan berkongsi dengan anda 10 perisian percuma yang boleh dipindah-turun (download) dari internet khusus untuk telefon Symbian UIQ3:

1. Opera Mini

Secara default (automatic), setelah kita membeli sebuah telefon UIQ3, pelayar Opera Mobile versi 8.65 akan berfungsi sebagai ‘Web Browser’nya. Namun selalunya kita tidak merasa puas kerana ia tidak setanding dengan ‘Web Browser’ komputer atau laptop kita. Kini masalah ini selesai! Memperkenalkan OPERA MINI untuk UIQ3. Satu ‘Web Browser’ yang sangat baik, laju, selesa dan yang paling penting menawarkan pengalaman web setanding laptop. Setiap laman web akan dibuka mengikut ukuran sebenar dan pengguna boleh ‘zoom-in’ untuk pembacaan yang lebih jelas walaupun skrin anda hanya sebesar 2.4 inci. Kemudian anda boleh menggerakkan skrin (yang telah di ‘zoom’ tadi) menggunakan jari anda sahaja. Selain itu, dengan Opera Mini pengguna boleh ‘download’ sebarang data dan juga ‘log-in’ ke sebarang web yang memerlukan ‘user-name’ dan ‘password’.

2. Google Maps

Biasa dengan Google Earth pada komputer anda? Ingin menyaksikan peta jalanraya untuk mencari alternatif bagi mengelak kesesakan atau lari dari polis? Ingin mencuba GPS yang tersedia pada telefon anda? atau hanya sekadar menikmati WiFi sambil berlagak sombong dengan UIQ3 mencari gambar satelit dan kemudiannya menayangkan kepada awek (cewek) di sebelah tempat duduk dan seterusnya dia mengagumi anda dan berkata ‘Wow! hebatlah U!’? Semua aktiviti yang disebutkan di atas dapat anda laksanakan dengan GOOGLE MAPS untuk UIQ3. Sesiapa sahaja yang saya demonstrasikan perisian ini akan berasa kagum kerana kita seolah-olah mengawal satelit dari telefon bimbit. Yang paling menarik ialah perisian ini percuma!

3. WorldMate

Anda adalah seorang yang sangat berjaya! Dalam seminggu hidup anda berada diawan biru. Isnin di Kuala Lumpur, Rabu di Jakarta dan Jumaat di Manila. Pada malam Ahad anda berada di Singapura berbincang tentang bisnes bersama klien-klien anda. Masalah anda ialah: Bagaimana saya ingin mendapatkan nilai semasa tukaran mata wang? Apakah perbezaan zon waktu nyata Kuala Lumpur dan Jakarta? Berapakah nilai tukaran 100 Hektar kepada Ekar? (kerana ladang sawit anda berada di seluruh Nusantara) atau berapakah saiz kasut mengikut ukuran USA? Semua ini akan terjawab jika anda memasukkan perisian WORLDMATE ke dalam telefon UIQ3 anda.

4. TouchCalc

Perisian ini lebih mudah dari ‘Calculator’ yang sedia ada. TOUCHCALC menggunakan keseluruhan skrin telefon dan melakar bebutang nombor bersaiz besar yang sangat selesa disentuh dengan jari.

5. Anfy Callfilter

Anfy Callfilter mampu menjadi sahabat setia untuk menapis segala sms, mms dan panggilan telefon yang mengganggu keamanan anda. Perisian ini sangat sesuai digunakan oleh golongan selebriti, karyawan, ahli politik atau sesiapa sahaja yang mahu lari dari panggilan Ah-Long! Jika sesiapa sahaja yang menelefon, talian anda tetap berada diluar kawasan!

6. Swiss Manager

Perisian penting kepada pemilik UIQ3. Ia merupakan task manager, file manager, system information, ram defragmenter dan akan memastikan sistem berada dalam keadaan optimum tanpa masalah ‘hang’, ‘restart’ atau penyakit ‘dump-file created’. Kepada pengguna Sony Ericsson P990, W950 dan M600, saya sangat menyarankan perisian ini kerana secara semulajadi, RAM anda sangat kurang (64Mb) berbanding P1i, W960 dan G900 (128Mb).

7. TimeBlob

Satu masalah kepada pengguna UIQ3 adalah JAM. Memang benar, jam terpapar di ‘standby-screen’ telefon anda, tetapi sebaik anda memulakan perisian yang lain, maka jam tidak akan kelihatan. Selalunya, anda terpaksa ‘minimize’ perisian tersebut dan kembali ke ‘standby-screen’ hanya untuk melihat waktu. Dengan TIMEBLOB masalah ini selesai. TimeBlob akan memaparkan jam kecil di kawasan ‘task-bar’ dan ia sentiasa wujud pada mana-mana perisian. Selain itu, anda juga boleh menyeret jam ini untuk mengalihkannya jika ia mengganggu pandangan. Satu perisian yang kecil tetapi sangat bernilai bagi mereka yang menghargai waktu kerana demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian!

8. DIVX Player

Hampir semua orang yang memiliki telefon S60 mahu berkongsi video ‘SmartMovie’nya kepada anda. Malangnya setelah dihantar melalui Bluetooth, video tersebut tidak dapat dimainkan. Begitu juga dengan fail-fail video avi dan divx yang terdapat dalam komputer anda. Semuanya tidak dapat dimainkan apabila dipindah ke telefon UIQ3 anda. Saat ini anda memerlukan DIVX Player. DIVX player dapat memainkan fail video XVID, DIVX, SmartMovie dan AVI pada telefon anda. Satu perisian yang sangat diperlukan tatkala video yang berwarna-warni itu berjaya dipindahkan ke telefon anda!

9. Mobipocket Reader (MobiReader)

Perisian ini bertindak sebagai ‘ebook-reader’ yang sangat efektif sekali. Ia mampu membaca format PDB, PRC, HTM, HTML atau lain-lain format e-book. Dengan terdapat lebih 100 tajuk e-book percuma di internet, kini anda boleh ‘download’ dan terus membacanya di telefon untuk membunuh waktu perjalanan KTM komuter dari Rawang ke Seremban. Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk cuma sekadar memenuhi pesan guru sekolah anda yang sentiasa bising mengingatkan supaya rajin membaca. Maka BACALAH dengan nama tuhanmu yang maha mencipta!

10. GDesk

Ingin menukarkan rupa bentuk skrin telefon UIQ kepada Windows Vista? Atau sememangnya anda seorang yang misteri kerana setiap hari menukar ‘standby-screen’ (atau UI) telefon hanya kerana meraih perhatian orang lain terhadap anda? Kini anda tidak perlu bersusah payah menukar themes atau mengupah orang lain untuk memastikan yang skrin P1i anda berubah bentuk dan tidak lagi sama dengan P1i musuh anda di pejabat. Masukkan sahaja GDESK ke telefon anda dan semua orang akan bertanya… ‘Sony Ericsson P1i kau ni pakai Windows ya?’

Demikianlah tadi 10 perisian percuma mengikut pilihan saya yang sangat penting untuk UIQ3. Selain dari 10 perisian yang dinyatakan, ada lagi perisian lain seperti:-

  • The Open Screen Capture (Untuk menangkap skrin pada UIQ3)
  • GView (Photo Browser – Menggantikan ‘Picture Viewer’ pada UIQ3)
  • Fring (Social Networking Software & VOIP Telephone – Sama seperti Yahoo Messenger)
  • FreeRange (Pembaca RSS (RSS Feed/ Reader))

Mungkin anda juga mempunyai pandangan sendiri mengenai perisian percuma UIQ3. Sila utarakan sebarang komen, pandangan atau tanggapan anda disini untuk sama-sama berkongsi dengan pengguna yang lain.

1 Komen »

  1. ya!memang benar tentang apa yg dipertuliskan oleh pengarang ini.pasti anda sekalian tidak akan rugi menikmati dunia air di samporna.!terutamanya kepada peng crazy mancing.sobab.ikan kek sini mudah mesra dgn pelancung.penduduk tempatan akan berasa hairan.kerana ikan kek sini tak brapa nak minat makan umpan org kek sini.sey pun tak paham kenapo ntah.nak tau tanya pengarang.dan tidak lupa jugak kpd yg minat teramat sgt dgn aktiviti selam atau diving.sobab eh.laut kek sini lain dr yg lain.hidupan eh plak.polik2x dan bosar2x.dr ikan sampai lah kek penduduk eh.pasal rumah nemo pun bleh dimakan.animony lla pokok eh.what ever pun.kalau nak pg diving kek sini.kontek la den di talian bebas tol 0173075730 utk wat tempaham diving.pendek cito,tak rugi la poie kek sini.haha.lg satu sy respect dgn penduduk tempatan kek sini.walaupun tempatnya terletak dihujung malaysia.tetapi tahap pengetahuan mengenai wifi amat hebat hampir setaraf ngan owg kl.tak tipu wo.dr yg muda sampai tua.lek je guna wifi dan hp symbian yg canggih2x.tak cayo.poie la nengok sendiri.maleh dah nak koba lae.tiket pun tak brapa nak mahal pun.k lah.den chow dulu.stakat ni jo la yo.jumpo laei.bye.

    Komen oleh iszalways.wordpress.com — Oktober 31, 2008 @ 10:23 pm | Balas


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: