Adliayob – Sebuah Catatan Teknologi

Oktober 21, 2008

Berita – Samsung i7110 Telah Diumumkan!

Filed under: Berita Symbian,Cakap-Cakap Symbian — adliayob @ 1:33 am
Tags: , ,

Pada hari ini (20 Oktober 2008) Samsung telah melancarkan telefon S60-3rd Edition terbaru dikenali dengan SAMSUNG i7110. Ini merupakan Samsung S60-3rd Edition Ke-5 dilancarkan pada tahun ini dimulakan dengan i450, i550, G810 dan i8510.

Dikuasakan dengan OS Symbian 9.3 telefon Samsung i7110 berbentuk ‘candy-bar’ dan berbingkai logam (metal housing) sepenuhnya. Ia agak berat (125gm) namun ketelitian dan kekukuhan-buatan Samsung jelas terpancar dari telefon ini.

Saya boleh katakan yang telefon ini merupakan ‘adik’ kepada Samsung i8510 dan bakal terjual dengan baik kelak apabila dipasarkan sekitar bulan Disember. Spesifikasinya sangat baik – dilengkapi WiFi, FM Transmitter, GPS (dan AGPS), Optical Mouse (pada D-Pad), Kamera 5Mpix dengan autofocus, DIVX, TV-Out dan FM-Radio (dengan RDS). Fungsi Aotoscreen Rotation (Accelerometer) turut terdapat pada telefon ini.

Pada skrin AMOLED bersaiz 2.6 inci, mutu paparan skrin Samsung i7110 adalah sangat baik dan terang. Sebelum ini teknologi AMOLED digunakan pada model N85. Saiz ketebalannya 12.9mm juga merupakan ‘plus-point’ kepada model ini.

Saya positif jika harga pengenalan Samsung i7110 dibawah RM1700 ia bakal terjual dengan banyak dan mungkin saya juga akan mendapatkannya kerana tidak mampu membeli INNOV8 🙂

http://www.gsmarena.com/samsung_i7110__lean_mean_symbian_smartphone_on_steroids-news-634.php
http://www.slashgear.com/samsung-i7110-s60-smartphone-with-amoled-3g-gps-wifi-2019734/
http://www.symbian-freak.com/news/008/10/samsung_s60_i7110_specs.htm

4 Komen »

  1. User id -akushah on ipmart, gr8 blog on malay,nice info,keep blogging mate.. Wa caiyaa.. Sama lu..
    Rgrds

    Komen oleh Akushah — November 1, 2008 @ 1:23 pm | Balas

  2. slm,hrp2 dpt en. Adli beli cpt2,saya mnunggu2 review penuh hnset ni.

    Komen oleh ami — Januari 27, 2009 @ 8:17 am | Balas

  3. mesti bole beli bung.ajukan aja pada kekanda(bahak..bahak..bahak..)

    Komen oleh marjuki — Februari 1, 2009 @ 8:34 pm | Balas

  4. really meh??? end of disember oso no news…

    Komen oleh siong hi — Disember 24, 2009 @ 3:58 am | Balas


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan kepada ami Batal balasan

Blog di WordPress.com.