Adliayob – Sebuah Catatan Teknologi

Oktober 7, 2008

Cakap-Cakap: Sony Ericsson G900

Filed under: Cakap-Cakap Symbian,Prapandang (Reviews) — adliayob @ 4:00 am
Tags: ,

iklan-symbianku

Pernah dengar ungkapan begini “Luar Setinggan, Dalam Kondo”? Itulah yang boleh saya simpulkan apabila mencuba telefon Sony Ericsson G900 ini. Ianya kecil, tipis, tampak seperti telefon biasa. Sekali imbas – tiada istimewanya telefon ini, tetapi jangan tertipu kerana ia dikuasakan dengan OS Symbian 9.1 pada platform UIQ3.1 yang diperbaharui. Perhatikan gambar-gambar di bawah ini:-

Pada malam 29 ramadhan baru-baru ini, adik bongsu saya berbincang panjang mengenai model-model telefon Symbian yang patut dibeli olehnya bersandarkan spesifikasi seperti kamera 5Mpix, WiFi, ketahanan-buatan, sokongan maksima kad memori, saiz skrin dan nilai ‘glamour’. Akhirnya 4 model saya sarankan iaitu Samsung G810, Nokia N82, Nokia 6220 Classic dan Sony Ericsson G900 kepadanya. Pada keesokan harinya (30 ramadhan/ 30 okt) maka dengan rasminya adik saya memiliki Sony Ericsson G900 ini.

Berikut merupakan software dan games yang telah di’install’ pada telefon ini. Kesemua yang tertera dibawah beroperasi dengan baik – sama seperti Sony Ericsson W960 saya:

  • Scribbler (Perisian menconteng pada touchscreen)
  • AVG Security (Anti Virus)
  • DIVX player (Pemain media divx/xvid/smartmovie)
  • LCG Jukebox (Pemain audio MP3 yang hebat)
  • PD English-Indonesia Dictionary (Kamus Inggeris-Melayu)
  • XPLORE (Aplikasi pengurusan fail)
  • Google Maps dan Opera Mini.
  • Asphalt 2 3D
  • Ball Rush Aqua
  • Frozen Bubble
  • K-Rally
  • Skyforce Reloaded
  • Platypus (ya.. yang macam dalam komputer tu)
  • Psarakia

Secara keseluruhan, telefon ini amat baik sekali. Saya boleh katakan yang G900 memiliki kekuatan siri W (Walkman) dan K (Kamera) dari Sony Ericsson. Kekuatan bunyi yang dihasilkan adalah sama dengan kualiti W960, dengan opsyen ‘MegaBass’ turut disertakan dalam pemilihan ‘Equaliser’nya. Namun, jika bertarung dalam segmen kualiti gambar, G900 gagal menyaingi K850i yang dikuasakan dengan teknologi ‘CyberShot’. Cuma kelebihan kamera G900 terletak pada ‘menu’ yang boleh disentuh (touchscreen menu) dan saiz gambar yang besar (5Mpix). Pada penggunaan awal telefon ini, adik saya merungut kerana baterinya hanya bertahan selama 6jam sahaja – tetapi setelah di’setting’ dengan betul, ketahanan bateri semakin baik dan kini beliau perlu mengecas bateri G900 setiap 2 hari (48jam).

Semua theme yang tersedia untuk Motorola Z8/Z10, Sony Ericsson P1i dan Sony Ericsson W960 berfungsi dengan baik apabila dipasangkan ke telefon ini. Selain itu ia juga dilengkapi dengan fungsi ‘TORCH’ (lampu suluh), Image Gallery yang baru dan menyokong seretan jari (sama seperti iPhone) dan ‘interface’ Walkman yang sama seperti W960.

Ada satu perkara yang menarik pada telefon ini dimana ia menyokong perisian java games yang dikhususkan untuk S60-3rd Edition (tidak semua) seperti Abracadaball dan Street Fighter II. Ini disebabkan oleh kemunculan ‘D-Pad’ 5 arah yang secara langsung membuang ‘Scroll-Wheel / Jog-Dial’ dan memudahkan penggunaan tanpa ‘stylus’. Telefon ini mampu digunakan tanpa banyak bantuan ‘stylus’ dan beroperasi dengan baik jika dikendalikan hanya dengan satu tangan. Ini menyebabkan ia amat sesuai untuk pengguna UIQ3 yang baru tanpa perlu bersusah-payah mendalami UIQ3 yang agak ‘teknikal’ berbanding dengan S60-3rd Edition.

Keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan telefon ini. Anda boleh selidiki dengan lebih mendalam tentang G900 pada pautan di bawah ini. Dengan saiz yang kecil (lebihkurang sama dengan N78 dan 6220 Classic), kamera 5Mpix (paling tipis dalam kelas Symbian), touchscreen dan kuasa Symbian UIQ3 saya tidak dapat menolak yang telefon ini bakal menjadi pilihan utama dan barangkali terjual melebihi Sony Ericsson P1i.

banner-anim0

47 Komen »

  1. wah !!!! sangat menarik menggunakan henpon ini
    saya sangat teruja dengan kehebatan penggunaan harware sehingga sofewarenya
    terutama skali ketika menggunakan wifi.
    terima kasih kerana membuat preview hp ini.
    sekian

    Komen oleh iszalways — Oktober 17, 2008 @ 10:32 pm | Balas

  2. saya adalah salah seorg owner SE G900. pada mulanya agak sukar hendak mengendalikan hp ni kerana inilah kali pertama saya membeli hp SE. memang benar hp ni agak teknikal. nak install themes baru kena buat secara manual menggunakan pc. apatah lagi nak tukar icon. saya ni agak gila nak menukar icon dan themes bila menngunakan nokia dahulu. bukan icon tak boleh tukar tapi saya kena godek2 c: dahulu baru dapat tukar…sehinggakan saya naik menyampah nak tukar iconnya rasanya saya perlu tukar hp baru kembali semula kepada nokia. bukan Se tak bgs cuma sy lebih mesra dgn nokia..

    ps: abg taknak wat review dgn N85 ker?

    Komen oleh azura — Disember 3, 2008 @ 2:57 pm | Balas

    • Telefon SE menggunakan ‘Systemnya’ yang tersendiri. Begitu juga dengan Nokia. Namun kalau model2 G900, G700, P1i, W960 dsb menggunakan OS (Operating System) Symbian 9.1 pada platform UIQ versi ke-3. Nokia N85, N79, N95, E66 dsb menggunakan OS Symbian 9.2/9.3 pada platform S60 3rd Edition. Begitu juga dengan model-model Samsung i450, i550, i7110, i8510 dsb juga menggunakan S60 3rd Edition. Perbezaan ketara antara SE G900 dan N85 hanya pada platformnya. Daripada anda membeli sebuah N85, adalah lebih baik lagi membeli Samsung i8510. Percayalah anda akan cepat ‘mesra’ dengan Samsung i8510 kerana ia juga menggunakan system yang sama seperti N85.

      Komen oleh adliayob — Disember 7, 2008 @ 9:56 pm | Balas

    • cam na nk tkr icon???

      Komen oleh irfan — Februari 22, 2010 @ 5:04 pm | Balas

  3. bagaimana nak setting bateri untuk tahan lebih lama…

    thanks

    Komen oleh Syah — Februari 20, 2009 @ 12:42 pm | Balas

    • Kepada SYAH – Masalah Bateri.

      Untuk bateri yang tahan lama:-
      1) OFF telefon sewaktu ‘charge’ telefon
      2) Charge telefon sehingga maksimum, kemudian barulah gunakan telefon
      3) ‘Turn Off’ mana-mana perisian yang tidak digunakan, contohnya WiFi, Bluetooth dan sebagainya
      4) Sewaktu ‘charge’ telefon, jangan buat panggilan atau membalas sms
      5) Jangan ‘charge’ telefon guna ‘car-charger’ kerana akan menyebabkan bateri ‘kembung’ dan tidak tahan lama. Ini kerana arus elektrik kereta tidak stabil.
      6) Kurangkan kecerahan skrin. Lebih cerah skrin – lebih banyak kuasa digunakan
      7) Gunakan kuasa bateri sehingga habis – kemudian barulah ‘charge’.

      Jika ada tips lain, saya akan tambah lagi. Harap tips ini membantu tuan.

      Komen oleh adliayob — Februari 20, 2009 @ 4:04 pm | Balas

  4. Assalamualaikum….bole explain ke berkaitan penggunaan WiFi pada OS Symbian pada platform S60 3rd Edition. Sy kurang mahir plak

    Komen oleh ahmad — Februari 22, 2009 @ 9:22 am | Balas

    • Kepada AHMAD tentang WiFi pada S60 3rd.
      Insyaallah saya akan cuba buat satu artikel khas tentang WiFi pada Symbian. Ini memandangkan rata-rata orang Malaysia masih ramai lagi tidak menggunakan teknologi ini. Ada kalanya mereka salah sebut – jadi ‘WeeFee’ atau ‘WIF’ dan ramai juga sebut benda nih ‘WLAN’ atau ‘Wireless’ atau ‘Internet Free’. Padahal WLAN, Wireless dan WiFi tu semuanya SAMA – yang membezakan hanyalah istilah teknikal dan akademik. Penyakit nih serupa apabila berlaku peralihan masyarakat ke teknologi ‘Bluetooth’ pada tahun 2003/2004 sampai ada yang salah sebut jadi ‘Brutut’, ‘Butut’, ‘Bluetit’ dan lain-lain lagi termasuk ‘LUTUT’.
      Harap tuan bersabar kerana setiap artikel yang saya tulis, saya mengambil masa untuk mengkaji, mood yang baik dan suasana ‘kedai mamak’ yang tidak sibuk untuk menulis. Saya akan usahakan secepat mungkin.

      Komen oleh adliayob — Februari 23, 2009 @ 9:49 pm | Balas

  5. n cara nak setting kat mana2 tempat. Klu bole ada tak software yg mesra pengguna utk tembus WiFi yg guna password… T Kasi

    Komen oleh ahmad — Februari 22, 2009 @ 9:25 am | Balas

  6. salam,

    terima kasih adliayob utk tips yg diberikan.

    Komen oleh syah — Februari 23, 2009 @ 3:36 pm | Balas

  7. Salam….Sy ingin berkongsi pengalaman degan saudara Ahmad (bukan berkaitan WiFi) & member Blog ni berkaitan Innov8 dlm penggunaan USB Broadband utk melayari internet. Sblm ni sy dlm delima samada perlu membeli USB Broadband dr pihak Celcom atau membeli HP 3G baru yg dpt digunakan sebagai USB Broadband n sy pada masa itu menggunakan N73(pengalaman guna N73 sebagai USB Broadband x la baik sangat/byk prblm maybe perestasinya kurang kot).

    Komen oleh yusman — Februari 23, 2009 @ 10:44 pm | Balas

  8. Klu sy pilih utk membeli USB Broadband dr pihak Celcom sy perlu keluarkan budget yg besar gak (harga USB Broadband dlm RM400-RM800 n bayaran perkhidmatan bulanan paling murah RM65 sebulan).So, melalui penelitian/kajian yg dibuat sy membuat keputusan utk memilih Innov8 sbg USB Broadband utk melayari internet.Hasilnya sangat di luar jangkaan….dgn prepaid Celcom(RM6 selama 24jam/subscribe daily unlimited broadband) n HP Innov8 sebagai USB Broadband sy x perlu keluarkan/bazirkan wang setiap bulan. Prestasi Innov8 sgt baik n tdk perlu risau tentang call in/call out/bersms dgn member kerana sy bole melayari internet n membuat pangilan secara serentak.

    Komen oleh yusman — Februari 23, 2009 @ 10:47 pm | Balas

  9. tp bg yg kerap melayari internet/ bekerja ngan internet lebih sesuai guna USB Broadband berbanding perepaid Celcom. So, kita perlu gak kpd USB Broadband.

    Komen oleh ahmad — Februari 23, 2009 @ 10:51 pm | Balas

  10. eya…betul tu!! bg yg kadang2 je melayari internet mmg sesuai guna Innov8 sebagai USB Broadband. Bayang klu g cybercafe selama 2-3 jam dengan caj yg tdk bepatutan mmg x berbaloi.

    Komen oleh yusman — Februari 23, 2009 @ 10:59 pm | Balas

  11. Salam… baru ni sy telah dpt CD RM20 (S60-3TH Edition)by pos dari En. ADLI. Memang puas hati software n themes yg terlalu byk berbanding apa yg di iklankan dlm Blog ni. Sape yg tempah mmg x rugi (tq En Adli). Tetapi ada beberapa software yg x blh install sayang plak. Next time sy nak CD utk hp Innov8 sy n klu blh sy harap ada software Ultimate voice call,sms spam manager n Ultimate call manager (sy harap sangat la bcoz ni software yg sy perlukan)

    Komen oleh yusman — Mac 2, 2009 @ 10:59 pm | Balas

  12. software Azan n kamus mmg bagus cuma call filter tak sama ngan Ultimate call manager. Klu blh sy harap En.Adli terangkan sedikit sebanyak berkaitan fungsi software yg dibekalkan. Game terlalu byk n sy x seberapa ngan game ni.Sy cadangkan En.Adli blh buat 1 topik berkaitan ngan software2 memandangkan ia sangat berhubung rapat dgn OS Syambian.tq

    Komen oleh yusman — Mac 2, 2009 @ 11:14 pm | Balas

  13. Touch screen bermasalah…………. mcm mana pnyelesaian? nak jwb call pun x dpt. nk delete sama pun x dpt. nk buat master reset pun x dpt.

    Komen oleh qimie22 — Mac 7, 2009 @ 9:00 am | Balas

  14. patulah Nokia laku di Asia. S.E ni mnyusahkan. cnggih mende… menyesal beli.

    Komen oleh qimie22 — Mac 7, 2009 @ 9:03 am | Balas

  15. Saya dioffer harga yg sgt baik utk henpon SE G900 ORI set-midland yg baru berusia 3 bulan.Memang berminat nak beli; kebetulan dpt offer camni-kire beruntung la.Bagi owner asalnye;sumenye excelent mengenai henpon nih,cuma satu yg takleh dikompromi – CELCOM 3G network nye.Reception problem;receive call & sms effected. Disahkan dgn testing gune kad 3G network lain – sume ok.Tapi;testing guna simcard CELCOM saya(biase punye – 128)signal nampak ok. Tapi tak sempat testing lain. Kesimpulan kitorg buat;’design’ CELCOM 3G card tu sendiri yg tak bape compatible dgn henpon nih. Soalannye:
    1.Possible ke andaian kitorg nih?
    2.Ada cara utk mengatasinye? (firmware ke ape ke; but owner dah try update firmware-no luck)
    3.Ingat nak beli gak; tapi tak try dulu; just based on trust.since 128 simcard looks ok – belasah je la. Is it wise to buy? any advise?
    4.I’ll try to upgrade the simcard to 3G.otherwise; remain dgn current simcard. What will i miss? (yg tau cuma video call & speed 3G tu la since by right, GPRS should be ok)

    Tima kasih banyak.

    Komen oleh Achik3381 — Mac 7, 2009 @ 9:44 pm | Balas

    • Kepada ACHIK3381 untuk Sony Ericsson G900

      Terima kasih kerana memberi komen. Satu kelemahan G900 adalah ia cuma mempunyai 2 SPECTRUM data sahaja iaitu GPRS dan 3G. Spektrum EDGE dan HSDPA (3.5G) tidak disediakan. Ini bermakna ia boleh berfungsi dengan kelajuan maksima 384kbps sahaja. Jika tuan menggunakan simcard 128 = kelajuan max ialah 56kbps. Jika pakai simcard 3G = kelajuan max ialah 384kbps.

      Berbeza dengan Samsung i450/ Nokia N82, kedua-duanya mempunyai 4 band SPECTRUM iaitu gprs, edge, 3g dan hsdpa. Untuk VIDEOCALL – ia berfungsi pada kelajuan 3G sahaja. GPRS tak boleh buat videocall. Dan celcom tidak ada kena-mengena dengan tekaan anda.

      Kalau tuan membeli G900, saya nasihatkan cuba cari telefon yang lain sebab dalam dunia broadband – ia sudah terkebelakang berbanding telefon terkini seperti Samsung Innov8 (7200kbps) dan N96 (7200kbps). Satu lagi stylus pen-nya senang patah dan susah untuk dicari ganti. Saya pentingkan data-line sebab zaman sekarang ni kita semua MOBILE dan telefon yang saya bakal gunakan MESTILAH mampu menjadi modem yang baik.

      Komen oleh adliayob — Mac 9, 2009 @ 1:00 am | Balas

  16. penyelesaian masalah screen @ TOUCH SCREEN >>>>> update kan software hp melalui internet. insya allah masalah dpt di selesaikan. pastikan bateri anda di cas penuh krn proses ini mngambil masa agak lama. Aku dah buat dan berjaya mnyelesaikan. kalau bawa pg kedai senang2 cina kedai cas RM150… ini rosak software oooo kwn…. smlm hset gua gelap.. langsung x leh on. buat update dan ok. pastikan BACKUP semua data sebelum buat update.. dan tmbah hensem perisian dlm nya…. tq.

    Komen oleh qimie22 — Mac 9, 2009 @ 12:18 pm | Balas

    • kira-kira searching softwearnya dmn??

      Komen oleh aguss.. — Januari 23, 2010 @ 1:02 pm | Balas

    • G900 saya tak boleh tekan la kt skrin dia tmpat nk jawab call tu… yg lain blh tekan.. macam mana nk buat ek?bila saya dh updatekan software dia..kena restart hanpon.then kena pilih bahasa..tp nk tekan yes tu xleh…macam mana ni??tolong saya leh tak?

      Komen oleh ida — Mei 2, 2010 @ 5:48 am | Balas

  17. Entah kenapa teringin pulak baca review G900 setelah sekian lama berada di pasaran. Mungkin kerana setelah bekerja selama setahun timbul keinginan dan keperluan untuk memiliki smartphone. Walaupon sudah agak lapok; berdasarkan jangka hayat gadgets, saya masih berkira2 untuk membeli G900 atas sebab2 berikut:
    1. Rekabentuk yang nipis, ringan dan ‘pocket friendly’.
    2. Touchscreen, lebih utama daripada keyboard ‘QWERTY’ (bagi saya).
    3. 3G, memandangkan kualiti wireless Malaysia masih rendah dan purata kelajuan di lokasi2 popular saya hanyalah 300~350kbps, jadi cukup la UMTS standard untuk bukak e-mail, website, dll.
    4. Camera 5MP, tengok review, gambar cukup memuaskan untuk photographer amatur macam saya ni.
    5. ‘Torch’ (LED)
    6. Bergaya dgn satu jari, sambil slide atas touchscreen.. hahaha
    6. Peminat SE, jadi faham2 saje la. 😛

    Anyway ada apa2 berita tentang Digi Broadband yang terbaru? ada sesiapa yg dah cuba. Plan dia nampak menarik, terutamanya ‘No Minimum Contract’, dan purata kelajuan yang dijanjikan dalam coverage ialah 2Mbps; lagi laju sekiranya tiada heavy traffic.

    Komen oleh Drealar — Mac 26, 2009 @ 5:32 pm | Balas

  18. sy nk bli hp tp sy x taw nk bli jenis ape, sbb ciri2 yg sy nk ni ialah… kualiti gamba mcm se k8100 or bih baik lg,music yg best sonnd yg ok, ade wifi,n betry yg thn lame… tlg bg cadangan……..

    Komen oleh affy — Ogos 4, 2009 @ 12:31 am | Balas

    • Jika anda ‘hardcore’ Sony Ericsson, saya minta maaf kerana SE tak banyak model Symbian berbanding Nokia. Blog ini membicarakan tentang Sistem Operasi Symbian dan model-model telefon Symbian sahaja. Untuk SE kamera terbaik (symbian) adalah model G900 ni. Mungkin anda terpaksa tunggu model SE Satio dengan 12.1Mpix yang bakal keluar tak lama lagi.

      Komen oleh adliayob — Ogos 4, 2009 @ 6:24 pm | Balas

  19. sy rasa g900 hp yang paling teruk skali sy pakai…rasa cam nk gila pun ade…jd sy sarankn jgn beli hp ni…sy sngat menyesal dan harap sony blh pulangkan semula wang saya…hp jd lambat(lembab) bila msuk ke media dan kamera…backlight kejap jd cerah n kejap jd terang dan seterusnya jd hang dan restart sendiri…dh sepuluh kali g sony service tp sama jgak…so,don’t buy this phone…i need to say this even i’m a sony ericsson fan…then you all know how i feel…

    Komen oleh zeeroo — Ogos 7, 2009 @ 1:05 am | Balas

    • saya pakai hp se G900 1 dah 1 tahun,mula2 kekok makin lama jadi seronok sampai tak abis kandungan nak di teroka. kalu tak pandai tanyalah member.G900 INTERNATIONAL QALITY

      Komen oleh SE G900 FAN — September 18, 2010 @ 7:13 pm | Balas

  20. to zeero

    nset slow kalu ko bukak bnyk2 application pastu tak tutup.
    kalu nak nset laju sikit, install SYMBIAN OS STDIOSERVER dan SYMBIAN OS PIPS.prestasi nset meningkat terus dari biasa..xugi. aku ckup puas ati ngan nset nie, kcuali sebab xde EDGE and HSPDA.tmpt aku 3G kureng,tapi HSPDA laju. sebab selalu jadikan nset sebagai modem… mungkin selepas nie nk carik HTC or Iphone pulak…

    Komen oleh olak329 — Ogos 8, 2009 @ 2:26 pm | Balas

  21. Saya baru beli handset ni (SEG900) minggu lepas. So, far ok la guna sebab sebelum ni saya memang guna SE(K800i). Tapi yang menjadi masalah ialah berkaitan coverage. Saya guna Celcom 3G card. Apabila ada receive 3G signal, coverage terus sust. Biasanya dalam 1 atau 2 bar sahaja. Tetapi, bila ikon 3G hilang, coverage tinggi semula. Macam mana nak solve problem tu??

    Komen oleh Radzz — Ogos 19, 2009 @ 9:47 am | Balas

  22. saya tade pc suite utk G900.mana nak dpt..saya try guna pc suite SE4.0 tapi tak ley detect G900.. skang ni touch screen saya biol takley tekan..kalau 5 hari tu 1 hari je dia elok? tu rosak ke kene update ye?

    Komen oleh cipan — Oktober 28, 2009 @ 7:44 am | Balas

  23. Assalamualaikum..

    saya baru je dpt hp ni dlm beberapa minggu yg lalu.
    saya cuba nak download games tapi tak dpt. especially yg format .jar,
    setahu saya, utk format .jar ini, kesemua format hp dpt accept..tapi kenapa tidak bagi G900? d mana saya boleh nak download semua software yg dpt hp ni support? and important thing is, apa jenis software specifically yg betul² d support oleh G900 ni..

    Terima kasih =)

    Komen oleh Putche — Oktober 28, 2009 @ 9:55 am | Balas

  24. salam utk “cipan”… pc suite G900 boleh di download di laman web sonyericksson ..

    http://www.sonyericsson.com/cws/support/softwaredownloads/detailed/languagefiles/g900?lc=en&cc=gb


    saya baru je guna G900, so far.. ok.. even guna jari pun masih nice..
    Pc suite tu pun, saya try install.. n guna.. ok .. dah try transfer photo n lagu pun… success.

    nak baik lagi.. download sekali Software Update dia.. bleh update trus next time..

    Komen oleh husba khairi hussin — November 4, 2009 @ 2:16 pm | Balas

  25. salam utk “cipan”… pc suite G900 boleh di download di laman web sonyericksson ..

    http://www.sonyericsson.com/cws/support/softwaredownloads/detailed/languagefiles/g900?lc=en&cc=gb


    saya baru je guna G900, so far.. ok.. even guna jari pun masih nice..
    Pc suite tu pun, saya try install.. n guna.. ok .. dah try transfer photo n lagu pun… success.

    nak baik lagi.. download sekali Software Update dia.. bleh update trus next time.. tq

    Komen oleh ustazhus — November 4, 2009 @ 2:17 pm | Balas

  26. g900.guna opera mini ke opera mobile?n g900 smartphone.blh x abg bg tip2.utk hnset nie lbh lncr,sy bwu bli je g900.tp dah 3x hang..nie ade masalah ke?

    Komen oleh ruzaini — November 25, 2009 @ 3:11 pm | Balas

  27. i br je bli g900.pkai dlm sbulan,slalu je hang…i da format da jgk.then one day nset 2 off sndr and xleh restart smpai skrg.apa pblm nye?ble try charge juz kua lmp merah je…can u help me??

    Komen oleh haiza — Disember 9, 2009 @ 3:49 am | Balas

  28. macam mana nak setting bateri supaya tahan lebih lama sprt yg awk buat pada hp adik tu… boleh bg tutorial x mcm mana nak jadikan SE G900 ni sbgai modem… maksud saya setting di komputer tu…di nak local code… user name dan password sebelum connect pd internet…user name tu..user name komp saya atau user name talian internat tu…sy guna window vista

    Komen oleh hizam — Disember 9, 2009 @ 3:01 pm | Balas

  29. Stylish pen saya hilang, pastu spare pun takder.Kat mana nak dapatkan stylish pen baru ?

    Komen oleh Radzz — Februari 5, 2010 @ 9:53 am | Balas

  30. issshhh nape komen2 yang tak memberangsang lebih banyak dari memberansang….rasa macam nak tukar satio laaa…

    Komen oleh ieja — Februari 17, 2010 @ 4:47 pm | Balas

  31. baru bli hp se g900 dlm sbulan yg lalu..1st tme bli hp sony..b4 ni guna nokia & samsung ja..nak tnye skit..cmner nak letak frames kat pic d hp se g900 ni yek?x tau la nak bt cmner..hampeh..plz any1..tolong gue..tengkiu..

    Komen oleh jane — Februari 19, 2010 @ 10:55 am | Balas

  32. tolong!!!tolong!!!!g900 sy ni…xpandai la nk setting untuk email..send je jap g xlepas..time out..aduh..tolong yee ASAP!

    Komen oleh apiz — Mac 21, 2010 @ 5:49 pm | Balas

  33. saya baru je jual kat mudah.my saya baru pakai 2 bulan. hp selalu hang la. pakai nokia 1600 lagi best.

    Komen oleh ajie — Mac 28, 2010 @ 11:04 pm | Balas

  34. Saya beli model SE G900 ni awal thn ini. Setelah hampir 4 bulan pakai, saya terasa sgt tenyen! Henset saya selalu hang… battery pun tak lama… pada saya, henset model ni seswai utk org yg sabar tetapi bukan yg x sbr mcm saya… so slow….

    skrg dalam proses tukar henset nokia…ape model tak kisah.. asalkan laju, user friendly & tak menyusahkan…

    Komen oleh cikyus — Jun 1, 2010 @ 1:23 pm | Balas

  35. saya dah guna g900 lebih 6 bulan…sekarang sy mengalami masalah ‘storage full’…saya dah buang sume benda dlm tuuu tapi masih penuh lagi…sekarang neee dah tak leh terima sms laaak…..TOLONG LAAAA…..

    Komen oleh IZA — Jun 10, 2010 @ 4:37 pm | Balas

  36. hye…sy nk tnya ni,cmna nk aktifkan opera mini mggunakn celcom ek?musykil2…

    Komen oleh mawardi — Ogos 19, 2010 @ 4:52 pm | Balas

  37. laaa…g900 nie aku pun guna juga benggang lar kejap hang..hang…hang…fed up guna hp nie…em…aku pun ODW guna nokia brand…x pecaya da sony ericson…

    Komen oleh blena — Jun 16, 2011 @ 12:27 pm | Balas


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan kepada yusman Batal balasan

Create a free website or blog at WordPress.com.