Terkejut? Ya… saya pun begitu. Hari ini (2 Oktober 2008 ) Nokia telah melancarkan satu telefon Symbian S60-5th Edition yang pertama di dunia (saya tak tersilap taip… memang S60-5th) dengan pembaharuan iaitu touchscreen sepenuhnya. Sebelum ini, prototaip 5800 XpressMusic digunapakai dalam filem Batman terbaru bertajuk ‘Dark Knight’. Apa yang lebih memeranjatkan adalah harga yang dicadangkan (untuk penjualan) hanyalah €279 sahaja (sekitar RM1328.00). Nokia juga mengumumkan yang penjualan telefon ini akan bermula pada suku ke-4 tahun ini (antara Oktober – Disember 2008).
Sila perhatikan gambar-gambar dibawah ini:
Antara spesifikasi yang terdapat pada telefon ini ialah:
- Resolusi Skrin: 360×640 pixels/ 3.2 Inci/ 16 Juta Warna
- Memori: 81Mb user memory/ sokongan sehingga 16Gb kad MicroSD (8Gb disertakan di dalam kotak)
- Saiz: 111 x 51.7 x 15.5 mm
- Spektrum Data: EDGE, 3G, HSDPA dan wi-fi
- Masa Menunggu (Stand-by time): Sehingga 17 hari
- OS/Platform: Symbian OS v9.4/ S60-5th Edition
Teruja? Sememangnya. Dengan lahirnya telefon Symbian S60-5th Edition ini akan menyaksikan pertandingan sengit antara platform Symbian UIQ, Apple IPhone, Windows Mobile dan Android. Ianya amat positif sekali untuk perkembangan Symbian yang seterusnya kerana seperti biasa jenama Samsung dan LG akan turut mengeluarkan model-model berasaskan S60-5th ini di dalam masa terdekat. Selain itu dengan kelahiran produk sulong ini memberikan kita sedikit gambaran tentang ‘platform terbaru Symbian’ apabila S60-UIQ-MOAP digabungkan kelak berdasarkan pengambilalihan Symbian oleh Nokia yang diumumkan baru-baru ini.
Umum mengetahui apabila Symbian diwujudkan dahulu, Nokia dan Sony Ericsson diberikan platform yang berbeza pada UI Symbian dimana Sony Ericsson membangunkan UIQ (touchscreen) manakala kem Nokia sebaliknya (tanpa touchscreen). Pendekatan 5800 XpressMusic menyaksikan seolah-olah Nokia ‘merosakkan’ perjanjian ini dan menjawab cabaran Motorola kerana pada tahun lepas ia mengumumkan Moto RIZR Z8 (UIQ) yang berfungsi tanpa skrin sentuh. Ini sekaligus akan menjejaskan pegangan pasaran Sony Ericsson dalam waktu terdekat dalam segmen ‘touchscreen’ dan bakal menyaksikan model-model seperti G900 dan G700 turun harga.
Untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang 5800 XpressMusic, sila lawat laman berikut:
- http://www.engadget.com/2008/10/02/nokia-5800-xpressmusic-hands-on/
- http://technology.timesonline.co.uk/tol/news/tech_and_web/article4869252.ece
- http://www.symbian-freak.com/news/008/10/s60_5th_edition_brings_new_advanced_multimedia_and_internet_experiences.htm
- http://www.symbian-freak.com/news/008/10/nokia_tube_officially.htm
- http://www.gsmarena.com/nokia_5800_xpressmusic_-2537.php
Wei BRO! Lu Jangan nak buat gua panas!!!
Bila nak balik semporna ni…
Apaka he….. lambat bonar kek nogoghi tu.
Eden dah pogang banyak UIQ kek sini.
apo kona eh jang?????
ghayo… ghayo jugak..
balik lah woooooooiiiiiiiiiii..
suzaili ado kek sini.
mana moto mak naimang ni….
kalau ko lambat balik ….nanti ayam den lapeh habis pulak…….
har har har har har…..
siap bagi guideline format hp lak…
email aku.
Android dah release apa citer??????
………………Tamat bahagian Tubs…………………….
*****************************************************
(Dari Suzaili)
bawa balik makanan raya…
jangan balik bawa badan saja.
kalau mau kasi tinggal apa2 …. tinggal kolestrol kat seremban jer..
****************************************************
assalamualaikum
Komen oleh Tuburan Bin Totong !!!!!!! — Oktober 6, 2008 @ 3:47 pm |
fuh menarik tu…
Komen oleh gerektua — Oktober 23, 2008 @ 2:08 pm |
btul ke hp Nokia 5800 XpressMusic rm13ribu lebih??
tu ztron ke atau ap??
agak2x kat kdai hp dh jual ke lum??
brape leh dpt klau hrge pasaran kat mlysia??
Komen oleh shukri — November 23, 2008 @ 1:30 am |
SYUKRI: RM1328 (baca betul-betul) bukan bermaksud 13 (tiga-belas) ribu lebih. Mungkin dengan duit banyak tu lebih baik beli kereta.
Nokia Malaysia belum dapat mengumumkan lagi bila model ini bakal masuk ke Malaysia.
Sekian.
Komen oleh adliayob — November 23, 2008 @ 7:36 pm |
salam semua. hrg sbnrnya hp ni rm1699 (AP). utk ZITRON blm dkluarkn lg.
Komen oleh nazmy — Disember 24, 2008 @ 3:03 pm |
Slm buat sdra2 ku.saya ingat tak perlu la belì nokia lg.d dlm fatwa trbru sheikh qardawi ia mnjd dosa besar.krn nokia adlh antara pnymbng trbsr kpd israel.sila layari web beliau…symbian dbeli o nokia, itu brta buruk.
Komen oleh ami — Januari 27, 2009 @ 8:51 am |
ang biaq btoi
Komen oleh pensyarah dMJ — Mei 30, 2009 @ 12:06 pm |