Pada awal tahun 2007 yang lepas, seorang rakan meminta pandangan apakah telefon paling canggih yang patut dibelinya tanpa mengira berapa mahal harga telefon tersebut. Saya mencadangkan Nokia N95. Tidak lama kemudian dia membeli N95 tersebut dan dengan ini menaikkan martabat beliau sekitar rakan-rakan sepejabat. Terpancar riak sombong tatkala beliau mendemonstrasikan telefon baru itu kepada sesiapa yang bertanya. Senang cerita, orang lain pun iri-hati dengan gajet terbaru beliau. Sebelum itu dia menggunakan Nokia N73.
Kini, setelah setahun berlalu, pemilik Nokia N95 yang asli telah ‘hilang maruah’ berbanding dahulu. Manakan tidak – sesiapa yang memiliki N95 sekarang dipandang sinis dan ada bisikan-bisikan nakal yang mengatakan ‘alah…. Setakat N95 Made In China tu… 10 pun aku boleh beli’.
Baru-baru ini saya minum petang di restoran seorang sahabat saya. Saya kemudiannya mengeluarkan Sony Ericsson W960 dan menekan-nekan apa yang patut sementara boring menunggu pesanan yang lambat sampai. Isterinya menyapa ‘Telefon baru ker? Berapa beli telefon China tu?’ Demi Allah, terus saya berasa macam halilintar menyimbah jantung saya! Ada ke patut bini dia cakap telefon saya ni Made In China?? Belum sempat saya menjawab, isteri saya menyelamatkan keadaan dan mengatakan ‘Itu bukannya China kak, itu Sony Ericsson touch screen. Original tu’.
Nampakkan? Zaman sekarang ni tiada ruang lagi untuk seseorang itu berlagak ‘macho’ dan ‘jobo’ (jobo – perkataan Negeri Sembilan yang bermaksud ‘darjat tertinggi dalam berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk’) lagi. Sepatutnya KPDN & HEP patut mengambil tindakan supaya dihentikan serta-merta penjualan telefon tiruan yang jelas merugikan pengguna. Kementerian Komunikasi dan Multimedia pula harus mengeluarkan iklan di televisyen khusus mendidik masyarakat untuk mengenali telefon palsu ini. Jika dibiarkan 5 tahun lagi, saya rasa maka ramailah masyarakat kita diperbodohkan lagi dengan ‘business-trick’ macam ini.
Berbalik kepada Symbian S60. Sebelum ini saya telah menerangkan bagaimana untuk mengenali telefon-telefon ini. Sekarang kita belajar tentang ciri-ciri khas Symbian S60. Kita mulakan dengan keistimewaannya.
- Antara 3 platform utama Symbian, S60 merupakan platform yang paling popular dan paling mudah kepenggunaannya (user-friendly).
- S60 merupakan platform yang paling ramai pengguna di dunia. Statistik menunjukkan S60 digunakan lebih 50% pengguna Smartphone dunia. S60 diterima sedemikian rupa kerana wujud mesra-pengguna (user-friendly) dalam UI (user-interface) nya.
- Pengguna S60 tidak merasa canggung jika bertukar kepada jenama lain – asalkan model tersebut beroperasi pada platform S60. Ini menyebabkan kekerapan untuk bertukar model wujud dalam kebarangkalian setahun sekali (Malaysia) dan 6 bulan sekali (lain-lain tempat).
- S60 menyokong pelbagai teknologi baru antaranya Bluetooth, WiFi, GPS, Accelerometer, Geo-tagging, HSDPA dan sebagainya. Selain itu pengguna tidak berasa ‘ketinggalan zaman’ kerana S60 yang baru membenarkan ‘firmware-update’ terus menggunakan USB data cable dan komputer peribadi.
- Perisian dan Games untuk S60 terdapat lebih 2000+ tajuk di pasaran semasa. Ia juga menawarkan sistem pemasangan yang pelbagai pilihan iaitu melalui pemindahan data OTA (Over The Air), pemasangan dengan bluetooth, kabel data USB dan pemasangan terus dari kad memori.
- Kesemua model S60 terpasang MODEM (built-in). Sebagai contoh, saya ‘upload’ laman blog ini dan masuk ke internet menggunakan DIGI broadband data-card (data sim only) dan Nokia 3230. Saya sambungkan telefon ini dengan bluetooth kepada laptop saya kemudian dail DIGINET dan terus log-in ke internet. Tidak perlu USB-modem atau lain-lain wayar yang berselirat.
- S60 sangat ‘versatile’. Fungsinya boleh ditambah ke tahap yang lebih tinggi contohnya Infrared Remote Control untuk mengawal TV, Pendingin Hawa dan Astro, sebagai ‘mouse’ bluetooth untuk mengawal ‘Powerpoint Presentation’ pada komputer dan sebagai ‘webcam’ untuk chatting menggunakan Yahoo Messenger. Semua ini dapat dilakukan dengan memasang perisian ‘third-party’.
- S60 mudah diselenggarakan – ini bermaksud jika berlaku sebarang kerosakan pada perisian asal, telefon S60 mudah untuk DIFORMAT semula. Proses ini tidak memerlukan sambungan kepada komputer kerana ROMnya sudah tersedia pada ‘badan’ telefon (terdapat ROM chip pada telefon yang menyimpan OS asas).
- Kesemua telefon S60 dapat menjalankan perisian Java J2ME dengan baik kerana integrasi yang kuat diantara pengeluarnya iaitu Symbian Ltd dan pengeluar Java iaitu SUN Microsystem.
- S60 menyokong format-format multimedia (audio/video) dengan baik. Format seperti Mp3, Wav, Midi, Xmf, Aac, Ogg, Amr, Mp4, 3gp, Avi, Mpg, Flv, Divx, Xvid, dan banyak lagi boleh mainkan oleh S60. Perbezaan ini ketara apabila kebanyakkan video ‘Smartmovie’ hanya boleh dimainkan oleh S60 sahaja!
- Integrasi terbaik dengan penyedia talian untuk khidmat multimedia seperti gprs dan mms! Jika tidak terdapat model telefon anda pada operator telco, anda boleh download setting S60 yang lain untuk GPRS, WAP dan MMS telefon anda (contohnya Samsung i450 – boleh gunakan setting N73 @ N76 @ N95).
- Kebolehan utama S60 berbanding lain-lain platform tertutup (misalnya Nokia Series 40) adalah keupayaannya untuk ‘Multitasking’. Seperti sebuah komputer, anda boleh membuka lebih daripada satu perisian dalam satu masa!
- S60 mempunyai kebolehan ‘customization’ yang sangat baik. Anda boleh mengubah themes, mencipta folder baru, memasang dan membuang perisian (install / uninstall), mempunyai perisian ‘window manager / explorer’ yang banyak, kebolehan Cut, Copy dan Paste dan lain-lain.
Berikut merupakan laman rujukan untuk S60:
- Laman rasmi S60: http://www.s60.com
- Symbian Freak: http://www.symbian-freak.com
- All About Symbian: http://www.allaboutsymbian.com
- Themes S60: http://www.ownskin.com
- Perisian percuma: http://www.symbian-freeware.com
- Perisian percuma: http://www.freesymbiansoft.com
- Laman pembangun perisian: http://developer.symbian.com
- Perisian percuma/ gratis: http://forsymbian.org
- Perisian S60: http://www.bestofsymbian.com
interesting blog this is. dan dalam bahasa melayu some more. hehe.
Komen oleh Acat — Julai 15, 2008 @ 12:25 am |
saya guna nokia c5-00, macammana nak selesaikan masalah ralat sistem (-1) di telefon saya?
Komen oleh arin — April 9, 2012 @ 8:06 pm |