Adliayob – Sebuah Catatan Teknologi

Mei 5, 2008

Pengenalan

Filed under: Tutorial Symbian — adliayob @ 5:33 pm
Tags: , ,

Isnin – 5Mei 2008

Sebelum kita membicarakan tentang Symbian OS, terlebih dahulu saya ingin menyatakan – mengapa harus saya dedikasikan masa saya untuk menulis didalam WEBLOG ini? Sebelum itu saya memohon maaf jika terkasar bahasa kepada semua rakyat Malaysia.

Saya seorang pendidik professional. Sejak bujang sehingga kini saya dedikasikan hidup saya kepada IT (Information Technology), termasuk menghabiskan berjam-jam masa dalam R&D (Research and Development). Bermula dari tahun 1997 sehingga kini, saya merasa sedih dan bingung mengenai orang-orang Malaysia (tak kira bangsa) yang rata-ratanya buta teknologi.

Bayangkan dalam satu seminar saya pada tahun 2006 (waktu ini MSC sudah 10 tahun), seorang peserta menjawab ‘Saya menaip menggunakan WINDOWS’ kepada soalan saya ‘Anda menaip menggunakan perisian apa?’. Untuk tujuan pendidikan, saya betulkan kembali jawapan beliau kepada ‘Saya menaip menggunakan Microsoft Word’. Begitu juga senario pada tahun 2008 (tahun ini!) saya ajukan pertanyaan ‘Ada WiFi ke restoran ni?’ dan ketua pelayan restoran tersebut menjawab;
‘Tak tau pulak bang pasal WiFi tu… Apa benda tu bang?’
‘WiFi… saya nak sambung laptop saya ni ke internet. Kalau takde, saya pindah ke restoran lain’
‘Oooo…. kalau wireless ada bang!’
‘Wireless tu WiFi laa’

Maka apabila melihat senario sebegini, saya tertarik untuk berkongsi pengalaman saya pada awal April 2008 yang lalu, perdebatan antara saya dan seorang rakan di sebuah gerai ‘Sayap Ayam’ di Bandar Tawau, Sabah. Perlu diingatkan disini bahawa rakan tersebut berasal dari Kuala Lumpur, Kota Metropolitan Malaysia yang dicintai. Perdebatan ini mengenai telefon.

“Apa telefon ko sekarang pakai Li?”
“Ada dua. Panasonic X800 dan Sony Ericsson W960. Kenapa?”
“Aku baru beli telefon 2 hari lepas kat Pertama Complex. Nokia N95 hitam. Kebetulan pulak aku ada job ke Sabah, itu yang aku belanja ko minum petang ni. Aku nak ko masukkan (install) apa-apa yang patut ke dalam telefon aku ni. 8gig ni… besar!”
“Ok. MIntak telefon. Aku masukkan. Tapi ko bayar ya!”
“Mestilah. Kat KL pun takde software. Aku tau ko jer yang buleh buat”
“Man, maaflah. Aku takleh install apa2 pun. Aku rasa ko kene tipu lah! Telefon ko ni bukan yang asli. Ini NOKIA TIRUAN made in CHINA! Berapa ko beli?”
“Memanglah made in China. Aku beli RM699.00. Tapi, memang takleh masuk ker? Takkan game pun takleh?”
“Tidak buleh. Ini bukan NOKIA asli. Kalau ikut bahasa aku, aku istilahkan ASPAL (Asli tapi Palsu). Berbeza dengan telefon ko yang lagi satu tu (N73). Walaupun itu made in China jugak, tapi itu keluaran NOKIA – cuma dikilangkan di China. Yang ini (N95 hitam) memang tiruan made in china. Itu pasal harga dia murah! N95-8Gb yang asli harga dia 2000 lebih!”

Akibat rasa tidak percayanya, saya membawa beliau ke sebuah kedai handphone di Tawau dengan niat untuk ‘trade-in’. Dan pekedai cuma mampu menerima telefon tersebut dengan nilai RM100 sahaja! Begitulah. Akibat tidak berhati-hati dengan pembelian, akhirnya tertipu. Tetapi secara luaran, rakan saya ni seorang eksekutif! Orang kepercayaan bosnya untuk memantau projek-projek syarikat di seluruh Malaysia!.

Penyakit buta teknologi dalam telefon akhir-akhir ini semakin menular. Pernah seorang rakan meminta saya install software ‘SmartMovie’ pada telefon NOKIA 6500 slide. Saya memberitahunya tidak boleh kerana telefon itu bukan OS Symbian! Bermati-matian dia mempertahankan egonya dengan mengatakan telefonnya itu MAHAL dan jauh lebih baik dari NOKIA 3230 saya. Katanya lagi, “takkan kat 3230 buleh pulak? itu tahun bila punya telefon?”. Slow-slow saya membalas… “sorry bang, telefon ‘cap ayam’ aku ni telefon Symbian. Kau punya tu telefon NOKIA biasa – walaupun ada memori kad dan bluetooth.”

Itu belum kira lagi berapa ramai rakyat Malaysia yang tahu menggunakan MMS, sedangkan anugerah pendidikan SMS terbaik masyarakat patut diberikan kepada ASTRO gara-gara Akademi Fantasia! Saya ingat lagi, dengan kehadiran AF – maka ramai makcik-makcik tiba-tiba pandai menggunakan SMS hingga kini.

Jadi, saya harus bertindak untuk melancarkan blog sendiri. Mendidik masyarakat Malaysia supaya tidak lagi tertipu dengan masalah telefon seperti senario tadi. Objektif saya – pada tahun 2010, separuh dari warga handphone Malaysia memiliki SMARTPHONE – tak kira jenama dan Sistem Operasi. Biar jadi macam Jepun, 3/4 rakyatnya menggunakan Smartphone. Mereka faham apa yang dikatakan GPRS, EDGE, 3G dan HSDPA. Mereka juga melayari Internet di telefon, menonton televisyen dan menggunakan NFC (Near Field Communication) MobileWallet untuk membeli-belah!

Walaupun banyak OS dipasaran… tetapi disini saya hanya berminat dengan SYMBIAN sahaja. Selamat membaca.

3 Komen »

  1. Nice blog..jarang dapat jumpa blor mcmana dr org malaysia..
    keep up the good work key!

    Komen oleh Antifote for Irony — Oktober 25, 2008 @ 7:39 pm | Balas

  2. salam saudara.

    sy mule mengenali symbian sejak menggunakan nokia 3650.antara model symbian yg terawal.wlupun agak lewat sy membeli model tersebut (beberapa tahun setelah ia di keluarkan)sy sudah jatuh cinta pada teknologi symbian.kemudian sy bertukar ke nokia 6260 dan n-gage QD.2 model adalah hp eksperimen sy-my masterpiece.bnyk ttg symbian yg sy blajar melalui model ini.pelbagai jenis aplikasi,software yg sy dah install.pada waktu ini (sekitar 2005-2007) sy menjadi rujukan utk symbian utk hp kwn2 sy.begitu popular sy ketika itu bile kwn2 dtg utk install smartmovie,fileman,anti virus,msdrive (6260 dan n-gage qd).boleh saje sy mengenakan bayaran,tp pd sy,ilmu sy akan lebih berkat klu berkongsi.

    skrg sudah setahun sy menggunakan n73 ME.wlupun ade rakan2 yg mengatakan model ini dah ketinggalan,tp bile sy terangkan aplikasi n software2 yg terdapat dlm n73 sy (terutama Nokia Maps),masing2 sume ternganga kehairanan.mcm yg rakan saudara katakan td ““takkan kat 3230 buleh pulak? itu tahun bila punya telefon?”

    rakyat malaysia bijak2.tp malas nak blajar kerana menganggap hal berkaitan IT ni susah kerana penggunaan bahasa inggeris.walhal ianya sngt mudah di fahami dan hanya gunekan sedikit common sense.sy hanya lulusan SPM pangkat 2.sy penah mengalami kes N95 China seperti yg saudara alami,sy mcm kecewa n sedih coz rakan lulusan universiti sy cube menegakkan benang yg basah konon nye die beli yg ori dr nokia (kes cover malu coz sy kantoikan enset die dpn rakan2 lain)

    sori atas komen yg panjang ini.teruskan perjuangan anda utk mengubah minda rakyat malaysia yg bnyk duit dan beli hp berlandaskan harga dan model terkini.walhal,hanya gune utk kol,sms,amik video n gambar n dgr mp3.

    Komen oleh sham — Februari 3, 2009 @ 3:27 pm | Balas

  3. mcm mna ngan enset n97

    Komen oleh tina — Ogos 25, 2009 @ 11:04 am | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: