Adliayob – Sebuah Catatan Teknologi

November 14, 2009

Braving The Sea.

Difailkan di bawah: Duniaku! — adliayob @ 10:33 am
Tags:

Video di atas menceritakan tentang kerja-kerja seharian saya. Ya, dengan sebuah syarikat ‘multinational’ yang bertapak di Kowloon, Hong KOng. Founder syarikat ini ialah Mr. Steven Ting (Hong Kong) dan Dato’ Seri Dr. Chong Man Tung (Malaysia).

Nama syarikat ini ialah Dynasty Marine Farm. Ia merupakan satu-satunya syarikat yang melabur terhadap 500 ekar penanaman ‘Seaweed’ di Malaysia. Dan ladang sebesar 500 ekar ini berada di LAUT, bukan di darat. Ladang di laut?? Hmmm..

Kerja saya? Operation Executive. Tapi, sebenarnya ‘mengurus’ ladang sebesar 500 ekar, menjadi ‘orang tengah’ antara KL, Hong Kong dan Semporna, Sabah. Mentadbir Site Office di Semporna, jadi PR guy, pegang HR Department, IT Department dan juga bertindak jadi jurucakap ladang apabila menerima tetamu. Hmm.. LAZAT! (dan meletihkan).

Di Semporna, ada 2 orang ‘Director’ company yang sentiasa bersama saya. Mereka ialah Mr. Samuel Chong dan Mr. Salleh Hj. Abd. Salleh. Kedua-dua ini merupakan kawan baik saya dan bertindak menjadi big-boss yang akan mengarahkan saya itu-ini dan apa-apa yang patut tiap-tiap hari. Antara kerja diaorang ni termasuklah pergi meeting ke KL, Hong Kong dan Kota Kinabalu. Kira kapal terbang setakat jadi ‘taxi’ diaorang jer.

Kalau kita fikir tentang ayat ‘taxi’ di atas, memang nampak macam best. Tapi hakikatnya… pening kepala ooi. Sebab diaorang bukan pergi makan angin, tapi mencari ‘market’ untuk menjual seaweed kering (dan juga yang dah jadi ’semi carragenan’) ke luar negeri. Kengkadang diaorang ke Taiwan, China, Tokyo dan Manila. Maklumlah untuk ‘menolak’ stok seberat 5-6 tan sebulan, bukannya kerja senang.

Tapi, sebenarnya pelik jugak nasib saya ni. Ikutkan qualification, selayaknya pegang company IT (atau Symbian Foundation ker…hehehe) tapi dah terjerumus ke marine company lak. Kengkadang rasa macam dalam filem ‘Waterworld’ pun ada jugak sebab setiap hari mengunakan boat, jetski, dan perahu dayung untuk ke pelantar dari tanah besar Semporna setiap hari.

Kami ada 5 pelantar semuanya. Bayangkan sebuah ’stesen’ di laut sebesar 2 hingga ke 4 padang bola, siap dengan kemudahan tempat tinggal, bilik mesyuarat, pejabat, stesen timbang, stor, tempat penjemuran dan lain-lain yang berkaitan… tetapi semuanya ini berada di atas air. Jarak antara satu stesen ke stesen yang lain ialah 2-5 kilometer. Macam filem ‘WaterWorld’ kan? Tapi ini pada skala REALITI, bukannya filem.

Seaweed di’tanam’ (diikat) pada seutas tali, dan 1000 (seribu) bibit seaweed akan diikat pada ‘line’ tersebut. So, buat masa sekarang kami telah menyempurnakan lebih 1,500 line dan target penanaman adalah sebanyak 10,000 (sepuluh ribu) line sebelum 15 Disember tahun ini. Semua pembangunan ke arah target ini sedang berjalan rancak dan tepat dalam jadual. Selepas 10,000 line ni tamat diimplementasi, seterusnya kerja-kerja akan tertumpu pada ‘harvesting’, ‘maintenance’ dan ‘promotion’. Setiap bulan Dynasty Marine Farm menerima kunjungan 50-60 orang yang datang dari merata tempat seperti Hong Kong, Kuala Lumpur, Vietnam, Brunei, Sarawak, Canada, Cambodia dan Taiwan.

Well, kadang-kadang terfikir jugak saya, 2 orang Cina yang berasal dari 2 negara (Malaysia dan Hong Kong) dapat bekerjasama dan melabur dalam ‘ladang seaweed’ seperti ini. Walaupun dalam keadaan ketidak-tentuan ekonomi dunia sekarang, diaorang tetap ‘buat duit’. Orang kita buat apa ya sekarang ni? :)

Kepada sesiapa yang mempunyai kelayakan minima bertaraf DIPLOMA (tak kira apa bidang pun) yang berada di sekitar Semporna, Kunak, Lahad Datu, Tawau, Kota Kinabalu atau dimana-mana sahaja di Malaysia yang masih menganggur dan memerlukan pekerjaan di Dynasty Marine Farm, sila hubungi saya segera kerana kami memerlukan lagi 8 orang Supervisor. Gaji? starting RM 1,200.00 sebulan. Tapi pastikan anda boleh berenang, mengendalikan jentera laut (seperti perahu, kayak, jetski dan boat) dan ada GUTS untuk tidur dan hidup di laut ala-ala filem ‘Waterworld’ yang saya sebutkan tadi. Ada berani?

Hubungi saya di 0168270972 dan hantarkan resume anda kepada adliayob@gmail.com secepat mungkin. Mungkin inilah ‘hasil’ setelah lama anda ‘menanam anggur’ secara sukarela selama ini.

Lokasi Dynasty Marine Farm adalah di Daerah Semporna, Sabah. Malaysia. Anda boleh dapatkan maklumat di http://www.dynastymf.com

November 13, 2009

Apakah Blog, Siapakah Bloggers dan Mengapa Buat Blog?

Difailkan di bawah: Duniaku! — adliayob @ 7:04 pm
Tags: ,

Ini merupakan artikel lama saya di www.SABAHKINI.net pada 28 Januari 2009 yang lalu. Saya pernah hostkan tulisan ini di vox.com, tapi setelah ‘Blog Symbian Malaysia’ telah mendapat domainnya sendiri di www.symbianku.com, maka selayaknya artikel ini saya muatkan di sini.

apakah-blog

Salam Sejahtera dan Selamat Mengunjungi www.SABAHKINI.net

Untuk menyebabkan dunia maya (virtual-world) Malaysia akan menjadi lebih meriah, disini saya akan cuba menerangkan perkataan ‘Blog’, ‘Bloggers’, mengapa dan bagaimana untuk menciptakan ‘laman blog’ anda sendiri di internet.

Pengenalan.

Kita akan mulakan dengan membezakan terma ‘laman-web’ dan ‘laman-blog’ dahulu dan mengupas mengapa dalam 3 tahun kebelakangan ini ‘blog’ sangat mengundang kontroversi dan tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Kini, hampir sebuah blog diciptakan seminit pada setiap hari di Malaysia. Laman blog di negara ini kini melebihi angka 2 juta unit dan ia bertambah dari masa ke semasa.

Laman blog adalah sejenis laman web yang ditadbir secara bersendirian atau berkumpulan. Perkataan ‘blog’ berpunca dari ‘web-log’ yang bermaksud ‘menjadikan sebuah laman web seperti sebuah diari harian’. Jadi, sebenarnya sebuah blog berpaksi pada program pengaturcaraan yang sama dengan sebuah laman web iaitu HTML. Tetapi yang menariknya, anda tidak perlu mempelajari secara mendalam tentang HTML untuk mencipta sebuah laman blog. Sebagaimana laman web, blog juga boleh diterbitkan secara komersil (berbayar) atau percuma.

Berbeza dengan laman web, blog lebih bersifat interaktif dan tersusun. Sebuah laman web mungkin mengambil masa dua-tiga bulan untuk disiapkan sepenuhnya manakala membina laman blog cuma mengambil masa kurang 40 minit sahaja untuk pertama kali diterbitkan ke internet.

Satu perkara yang benar-benar membezakan antara WEB dan BLOG adalah; laman web terkandung maklumat rasmi mengenai sesuatu manakala blog lebih bersifat tidak rasmi dan santai. Selain itu, laman web bersifat ‘kaku dan tertutup’ manakala blog bersifat ‘terbuka untuk sebarang komen dan cadangan’.
Mengapa Mencipta Sebuah Blog?

Seperti sebuah diari ‘on-line’ – laman blog dicipta atas pelbagai tujuan. Diantara tujuan-tujuan penerbitan blog adalah seperti berikut:-

1. Seorang ibu mencipta blog untuk anak-anaknya menghargai kewujudannya di dunia. Didalamnya terkandung peristiwa-peristiwa, gambar dan video si anak sejak kecil hingga dewasa. Objektif si ibu tadi adalah suatu hari kelak anaknya akan membuka laman blog tadi dan mempelajari sejarah kehidupannya sendiri dan bagaimana sukarnya ibu-bapa beliau membesarkannya.

2. Seorang ahli sains mencipta blog untuk tujuan data penyelidikan hariannya. Didalam blog tersebut terkandung ujikaji (eksperimen), hipotesis, sampel, foto, video dan analisa yang ditemui oleh beliau untuk kegunaannya sendiri di masa hadapan. Adakalanya seorang saintis akan berkongsi ‘penemuan’ dengan penuntut, masyarakat dan ahli sains lain dengan cara berinteraksi di blog beliau tadi.

3. Seorang wartawan menggunakan blog sebagai arkib berita yang beliau catatkan dalam urusan hariannya. Yang menariknya apabila masyarakat membaca blog ini – kebanyakkan berita yang dikumpulkan belum pernah diterbitkan dalam mana-mana majalah dan akhbar.

4. Seorang guru / pendidik / motivator atau pakarunding (consultant) menggunakan blog sebagai medium komunikasi dan perkongsian ideanya kepada khalayak ramai. Dengan cara ini segala pengetahuannya dapat dikongsikan bersama dengan kumpulan targetnya yang tersendiri.

5. Seorang usahawan akan menggunakan blog sebagai landasan memajukan perniagaannya. Selalunya dia akan melancarkan produk sendiri di blog tadi dan menciptakan urusan perniagaan elektronik. Aktiviti ini dikenali sebagai ‘e-commerce’. Uniknya, kebanyakkan produk yang terjual di blog (internet) tidak dapat dibeli secara bebas di pasaran terbuka. Seorang pelanggan terpaksa berurusan secara ‘on-line’ dengan usahawan ini demi mendapatkan produk beliau.

6. Blog juga diciptakan sebagai landasan sosial sesuatu kumpulan. Biasanya sekumpulan wartawan (atau pemberita) berkumpul dan menerbitkan sebuah blog khusus bersandarkan objektif mereka. Blog seperti ini dikenali sebagai ‘portal-maklumat’ dimana perkataan ‘portal’ adalah lebih besar sifatnya (dan lebih banyak maklumat) dari sebuah blog persendirian.

7. Seorang jurugambar akan menerbitkan blog dengan tujuan yang pelbagai, antaranya selaku ‘resume’, ‘milestone’ (pencapaian), galeri peribadi, arkib atau tujuan komersil dengan menjual koleksi foto-fotonya kepada pihak yang berminat. Blog yang banyak foto seperti ini dikenali dengan nama PHOTOBLOG.

8. Seorang remaja mencipta blognya sendiri dengan tujuan ‘memancarkan aura kesombongan pengetahuan internetnya’ atau berkongsi hobi dengan rakan-rakan yang lain. Pujian melangit seperti ‘hebatlah kau kerana ada blog’ akan melambungkan beliau hingga ke ruang angkasa ‘Gaban’ dan terus membawa dia khayal ke alam ‘pari-pari’ yang tidak mampu kita tembusi. Mencipta sebuah blog sewaktu remaja juga akan meningkatkan ’saham’ dan membuka peluang untuk dia lebih popular. Dengan ini bertambahlah ‘koleksi teman wanita’nya sesuai dengan gelodak pemikiran dangkal dan nafsu yang bergelora. Namun disebalik anasir-anasir sebegini, remaja tersebut tadi akan lebih bersedia untuk mencipta sebuah blog yang lebih serius kelak apabila dewasa nanti.

9. Seorang kaki wayang / kaki lagu atau dj popular akan menciptakan blog khas untuk berkongsi material peribadinya dengan orang lain. Blog video kini dikenali sebagai VLOG (Video-Blog), blog lagu dikenali sebagai (MP3-Blog) manakala blog siaran radio tersendiri dikenali sebagai PODCASTING.

Dan tujuan akhir sebuah blog diciptakan di internet adalah:

10. Untuk menyebarkan ideologi, pandangan, cetusan rasa dan teori samada positif atau negatif berdasarkan sesuatu tujuan (atau objektif) yang jelas. Blog seperti ini banyak dibangunkan oleh aktivis masyarakat, golongan prihatin, oportunis, ahli politik dan golongan ‘think-tanker’ yang mengadun maklumat dengan rapi, tersusun dan teliti sehingga berjaya memperdaya fikiran atau mengubah pola-pemikiran sesuatu kelompok kecil atau segenap lapisan masyarakat secara menyeluruh.

Jika diperhatikan, aktiviti penulisan blog akan membangunkan, mengaktifkan dan mencetuskan sifat ‘journalism’ yang selama ini tersemat rapi dalam diri seorang manusia. Mungkin selama ini terlalu banyak idea atau cadangan yang memberatkan kepala berjaya diterjemahkan dalam bentuk teks, gambar, video dan dokumen yang sangat berharga.

Dengan ini terpulanglah kepada anda untuk memikirkan sebab tersendiri untuk membangunkan blog di internet.
Apa Pula Bloggers?

Apabila anda telah menerbitkan sebuah blog di internet, secara automatik dan tanpa anda sedari anda sudah dikenali sebagai seorang BLOGGER. Apabila menjadi seorang blogger, anda bebas untuk mengutarakan pandangan sendiri tanpa sebarang sekatan. Begitu juga – anda akan mula menerima komen-komen positif atau negatif yang mula masuk ke sebarang ‘artikel’ yang anda terbitkan. Komen-komen ini datang dari pengunjung-pengunjung blog anda.

Seperti sebatang pokok yang anda tanam, sebuah blog akan membesar, bercambah dan memutikkan buah-buahan segar hanya apabila ada usaha untuk ‘membajai’, mengurus dan mencantas ranting-ranting yang rosak. Sebuah blog yang tercipta mestilah di’bajai’ dengan penulisan artikel (yang dikenali sebagai POSTING), mengatur strategi promosi dengan memperkenalkan URL (alamat blog) kepada rakan-rakan dan keluarga, membina pautan kepada lain-lain blog (perkara ini dinamakan BLOGROLL), mengubah rekabentuk blog (dikenali sebagai ‘Blog Template atau Design’), menambah WIDGET di sekeliling laman dan menganalisa statistik pengunjung. Selain itu, anda juga bertanggungjawab terhadap sebarang artikel yang dikirim dan berusahalah sebaik mungkin untuk menjawab komen dan email dari pengunjung anda.

Apabila anda menjadi seorang blogger – perkataan BLOG sudah bermaksud: ‘Menambah atau mengurus artikel, komentar, blogroll, widget atau lain-lain aktiviti yang berkait langsung dengan blog anda’.

Contoh ayat: “Janganlah kau ‘block’ jalan aku dengan basikalmu itu kerana aku ingin cepat-cepat ke warung cewek hujung jalan sana untuk menyambung WiFi. Aku belum BLOG lagi sejak pagi tadi”.

Satu perkara yang merimaskan BLOGGER ialah – kurangnya lawatan pengunjung ke blog anda dari sehari ke sehari seperti dicatatkan pada ‘hits counter’!

Setakat ini, blogger yang terlalu cepat popular dan mendapat HITS tertinggi hanya dalam 8 bulan pertama adalah mantan Perdana Menteri Malaysia, Y.Bhg. Tun Dr. Mahathir Bin Mohammed. Blog beliau mencatatkan HITS lebih 12 juta pengunjung sejak mula diperkenalkan pada Mei, 2008.
Bagaimana Mencipta Sebuah Blog?

Terdapat 5 pelantar (platform) penyedia paling popular yang menawarkan blog percuma di internet iaitu:

1. BLOGSPOT – www.blogger.com
2. WORDPRESS – www.wordpress.com
3. LIVEJOURNAL – www.livejournal.com
4. VOX – www.vox.com
5. XANGA – www.xanga.com

Selain dari tiga pelantar yang disebutkan, ada banyak lagi syarikat yang menyediakan khidmat laman blog di internet. Anda boleh mencari penyedia-penyedia blog percuma seperti ini dengan memasukkan KEYWORD ‘free blog account’ pada enjin carian GOOGLE atau YAHOO.

Anda akan mengikuti beberapa langkah mudah untuk mendaftar blog dan setelah semuanya selesai, URL (atau alamat blog) akan diberikan kepada anda. Contohnya, saya menggunakan khidmat WORDPRESS untuk blog saya dan URL-nya adalah di http://adliayob.wordpress.com

Tuan presiden Persatuan Blogger Sabah, En. Mutalib ‘Taliban’ M.D mendaftar dengan BLOGGER dan telah mendapatkan URL peribadi beliau iaitu http://mutalibmd.blogspot.com

Setelah selesai proses pendaftaran dan mendapatkan URL – kini anda boleh terus menulis KIRIMAN (posting) artikel anda yang pertama!
Persediaan Untuk Mendaftar Blog.

Berikut merupakan persediaan anda sebelum mendaftar blog:

  1. Perlu ada email sendiri yang AKTIF dan BOLEH DICAPAI oleh penyedia blog.
  2. Sedikit pengetahuan tentang INTERNET, pengaturcaraan HTML dan ilmu pengolahan media (grafik, dokumen, video dan audio). Jangan terlalu risau tentang HTML kerana Dr. Mahathir pun bukan seorang ‘webmaster’.
  3. Kebolehan menulis mengikut bahasa yang anda selesa. JANGAN pilih Bahasa Inggeris jika anda belum benar-benar menguasai bahasa ini. Jika anda pilih juga – ia akan merendahkan martabat atau nilai harga diri anda. Sentiasa ingat – sebuah blog di internet akan dilawati oleh sebarang pengunjung dari setiap pelusuk dunia!
  4. Mempunyai ‘bahan’ yang sesuai untuk dimuatkan pada blog. Adakalanya orang membuat blog tetapi tiada ‘isi’ atau ‘bahan’ yang ingin dipersembahkan. Ini membosankan pengunjung.

Persediaan lain dari segi material:

  1. Sebuah komputer peribadi atau laptop atau netbook.
  2. Capaian data yang berkelajuan tinggi. Biasanya BROADBAND (samada Streamyx atau ‘data-card’ Maxis/Digi/Celcom). Jika tiada, singgahlah mana-mana restoran atau rumah jiran yang memberikan khidmat WiFi percuma. Zaman sekarang bukan susah untuk menikmati secawan teh-tarik bersama sebuah laptop di restoran atau warong-warong WiFi.
  3. Sebuah telefon bimbit yang agak canggih dengan lensa kamera 3.2 Megapixel. Ini penting untuk maklumat terkini, SMS, MMS dan perkongsian media dengan teknologi BLUETOOH. Dicadangkan untuk anda memiliki sebuah telefon SYMBIAN. Ini kerana telefon SYMBIAN dapat berfungsi dengan baik sehingga mampu menggantikan laptop anda diwaktu kecemasan. Jika telefon anda dilengkapkan dengan teknologi WiFi – ia lebih bagus!. Jika tidak tahu apa itu Symbian – sila masuk ke blog saya di http://adliayob.wordpress.com
  4. Sebuah kamera digital. Ia sangat penting untuk merakam gambar.
  5. Aksesori lain seperti perakam suara mini ala James Bond dan ‘videocam’ yang baik untuk merakam video.
  6. External Hard-Disk atau USB Disk (ada yang panggil ThumDrive, PenDrive dan HandyDrive) untuk kemudahan perkongsian maklumat dengan lain-lain blogger. Apabila lebih 2 orang blogger berkumpul – mereka dikenali sebagai BLOGGERS. Dan apabila mereka berkumpul di Kota Kinabalu dalam jumlah yang ramai – mereka dikenali sebagai Persatuan Bloggers Sabah!

Kesimpulan

Kesimpulannya, mencipta blog di internet bukanlah sesusah yang disangka oleh sesetengah pihak. Apa yang penting bagi anda adalah ‘bahan’ dan ‘tema’ khusus untuk blog yang telah anda ciptakan. Tema blog adalah SANGAT PENTING untuk menjadikan blog anda unik dan berketerampilan. Rancanglah dengan pelbagai artikel mengikut 2 cara iaitu KIRIMAN SPONTAN dan KIRIMAN BERKALA. Kiriman spontan adalah artikel yang dimuatkan apabila ‘mood’ anda datang secara tidak sengaja manakala kiriman berkala adalah artikel yang anda telah rancang dengan rapi sebelum dimuatkan pada blog. Tulislah dari hati dan ikutkanlah sahaja gerak tarian jari-jemari di papan kekunci.

Berbeza dengan laman web – Blog lebih bersifat intim, sensitif, bebas dan berperasaan. Janganlah mengirim artikel yang sekadar ‘CUT-AND-PASTE’ sahaja dari sumber lain. Uruskanlah blog dengan sebijak mungkin. Sesungguhnya pengunjung tidak suka masuk ke sebuah laman blog yang caca-marba, tidak tersusun dan tanpa tema yang spesifik. Dan jika anda berasal dari Sabah dan benar-benar serius dalam penulisan blog – maka BERDAFTARLAH dengan kami sebagai AHLI PBS (Persatuan Bloggers Sabah).

Akhir sekali, hayatilah kata-kata ini dari saya (adliayob) “Jangan takut digigit tikus (mouse) kalau mahu meneroka peluang di ruang cyber-internet!”. Sesungguhnya internet telah mengubah nasib beribu-ribu insan di dunia menjadi lebih baik dan bertamaddun.

Selamat mencipta sebuah blog yang mengkagumkan!

November 1, 2009

SymbianKu Kini Melebihi 10 Ribu Pengunjung Sebulan!

Difailkan di bawah: Cakap-Cakap Symbian — adliayob @ 5:10 pm
Tags:

symbianku-stats

5 Mei 2009 merupakan tarikh penting buat blog ini kerana dengan rasminya telah berpindah ke DOMAIN sendiri iaitu www.symbianku.com. Perkara pertama yang menjadi masalah kepada perpindahan ini ialah – kebanyakkan pengunjung masih lagi tetap mengunjungi blog lama ini.

Untuk 2 bulan pertama iaitu Mei dan Jun 2009, nampaknya SymbianKu masih lagi terkapai-kapai mencari pengaruh di alam cyber ini. Hits blog lama (blog ini) sebanyak 4800+ sebulan tidak dapat dicabar oleh domain yang baru.

Namun segala-galanya telah berubah SEMALAM (31/10/2009) kerana SymbianKu telah mencatatkan kemasukkan pengunjung melebihi 10,000 (sepuluh ribu) hits sebulan! Satu pencapaian yang tidak saya duga untuk sebuah domain yang baru!

Blog Symbian Malaysia juga telah melangkah ke satu aras yang lebih tinggi dengan memperkenalkan ‘pertandingan’ untuk semua pengunjung. Pertandingan tersebut (Menangi FExplorer Pro v2.00) telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan setakat ini kami sudah mendapat 2 pemenang. Ya… tinggal SATU tempat sahaja lagi kerana syarikat pengeluar FExplorer Pro iaitu SBSH.net menyediakan 3 hadiah.

Kebanyakkan pengunjung telah cuba memasuki pertandingan ini, namun terkandas pada SOALAN NO.3 yang agak ‘tricky’ dan memerlukan mereka untuk ’search’ artikel-artikel lama di SymbianKu.com.

Sesungguhnya dengan capaian hits sebanyak 10 ribu pengunjung ini memberikan semangat baru untuk saya menulis dengan lebih serius lagi dan berkongsikan ilmu Symbian kepada anda semua. Terima kasih!

Mei 5, 2009

RUMAH BARU BLOG SYMBIAN MALAYSIA!

Difailkan di bawah: Uncategorized — adliayob @ 6:18 pm

gah02

Pada hari ini, 5 Mei 2009 genaplah SATU TAHUN blog ini diterbitkan. Dan bermula dari hari ini, BLOG INI TIDAK AKAN DI’UPDATE’ LAGI kerana ia telahpun berpindah rumah di http://www.symbianku.com

Secara peribadi dari sudut hati yang paling jauh, saya mengucapkan TERIMA KASIH kepada semua pengunjung blog ini. Blog ini (blog LAMA ini) akan kekal selama SATU TAHUN lagi atau sehingga diberitahu kelak.

Mulai hari ini, Adliayob: Blog Symbian Malaysia akan dikenali sebagai SYMBIANKU.COM

gah01

April 16, 2009

Iklan MAUT Blog Symbian Malaysia… tunggu…

Difailkan di bawah: Cakap-Cakap Symbian — adliayob @ 5:12 pm

tunggu5509

Shah Rukh Lan: Apa lagi MAGIC yang BOS nak buat nih?

Staff Lain: Entah. Ni semua gara-gara bergayut ngan ASRI AL-BAKER tu lah!

Shah Rukh Lan: Aku yang bahagian PRODUK dan PROMOSI ni pun tak tau apa-apa… kalau semua customer tanya macamana?

Staff Lain: Ko jawab aje lah TUNGGU.. kalau pandai-memandai nanti.. naya jer kita kena maki tiga puluh tujuh bakul oleh bos… nak buat camana.. blog ni dia yang punya…

Shah Rukh Lan: Tu lah. Sejak ada campurtangan Asri Al-Baker nih… macam-macam boleh berlaku kat blog ni.

Staff Lain: Ya. Nak kutuk Asri pun, susah gak. Dia sifoo. Apa-apa hal… tunggu aje lah.

April 10, 2009

Tutorial – GPS

Difailkan di bawah: Tips Pengguna Symbian, Tutorial Symbian — adliayob @ 10:35 pm
Tags:

gps-symbian

Oleh Asri Al-Baker

1. GPS tu apa sebenarnya?
Sistem Kedudukan Sejagat atau Global Positioning System (GPS) mempunyai nama rasmi iaitu Navstar GPS. Ia adalah satu nama kepada satu jenis teknologi yang pada mulanya digunakan dalam industri ketenteraan oleh tentera Amerika Syarikat.

gps-navstar

Secara umumnya, teknologi GPS ialah satu pecahan daripada teknologi Sistem Navigasi Satelit Sejagat GNSS (Global Navigation Satellite System) iaitu teknologi utama dalam penggunaan navigasi satelit. GPS adalah satu-satunya sistem GNSS yang berfungsi pada waktu ini dan ia boleh digunakan secara percuma untuk menentukan kedudukan dan boleh digunakan oleh orang awam

Dibawah GNSS, selain dari Navstar GPS, ada juga IRNSS yang dibangunkan oleh India, China juga membangunkan teknologinya sendiri yang dipanggil COMPASS dan negara negara di Eropah sedang giat membuat penyelidikan untuk mewujudkan GALILEO. Disamping itu, Russia juga mempunyai sistemnya yang tersendiri dipanggil GLONASS.

2. Oooo… Dia sama dengan GPRS laaa…

Ishk… Tak sama langsung.

GPRS tu ialah General Packet Radio Service yang juga dikenali sebagai teknologi pemangkin telefon mudah alih 2.5G. GPRS membolehkan rangkaian mudah alih berhubung kepada internet dengan lebih laju berbanding teknologi CSD (Circuit Switched Data). Dengan GPRS, capaian internet sentiasa tersedia dan tidak perlu mendail dan data hanya dimuat turun jika ada aktiviti internet.

Kan lain kan? Betul tak?

3. Macam mana nak pakai GPS dalam fon?

Ada beberapa cara. Disebabkan blog ini memang blog Symbian, maka saya akan menulis mengenai GPS dalam telefon pintar Symbian. Untuk telefon pintar yang menggunakan sistem operasi selain Symbian, anda perlu menggunakan sahabat karib anda, encik Google ;-)

Pertama : Menggunakan alat GPS luaran.
Cara ini memerlukan anda memiliki sebuah telefon pintar Symbian dan juga sebuah alat GPSr (GPS receiver) Bluetooth.
Ini boleh digunakan untuk telefon pintar Symbian yang tidak memiliki GPS chip bina dalam seperti model Nokia E61 dan juga Sony Ericsson P1i.
Dalam pasaran, anda boleh mendapatkan alat GPSr ini seperti Garmin 10x. Harganya sekitar RM500 hingga RM700.

gps-garminAnda juga perlu memasang aplikasi GPS didalam telefon pintar anda serta meletakkan data peta GPS untuk digunakan sebagai peta asas “basemap”. Antara aplikasi yang popular untuk telefon pintar Symbian ialah Garmin Mobile XT, TomTom Navigator dan juga Sygic Mapdrive.

gps-garmin2

Kedua :
Menggunakan telefon pintar Symbian yang mempunyai GPS chip bina dalam seperti Nokia E90, Nokia N95 dan Samsung Innov8 i8510.

Kebanyakan telefon pintar Symbian yang baru dilancarkan sudah sememangnya memiliki chip GPS bina dalam.

Disamping itu, Nokia juga memasukkan aplikasi peta serta data untuk digunakan secara terus oleh pengguna telefon pintar S60. Aplikasi yang diberi adalah percuma. Tetapi anda perlu membayar untuk menggunakan navigasi suara. Namanya senang sahaja, Maps.

gps-mapsWalaubagaimanapun, sekiranya anda tidak berpuas hati dengan aplikasi tersebut, kerana mungkin data peta yang anda inginkan tidak anda temui, anda juga boleh memasang aplikasi GPS lain seperti Garmin Mobile XT yang juga boleh mengesan chip GPS bina dalam. Tetapi cara ini agak rumit untuk dilakukan.

Kegunaan GPS dalam telefon adalah sangat memudahkan. Ini kerana sekiranya kita ingin pergi ke tempat yang kita langsung tak pernah pergi, ia sangat membantu.

Satu lagi, dengan GPS dalam telefon, anda boleh menghantar koordinat anda kepada orang lain.

Dan semestinya, anda akan membawa gajet yang kurang sedikit berbanding membawa telefon dan alat GPS.

4. Selain dari fon, bende apa lagi yang kita boleh pakai untuk GPS?

gps-oregon1
Banyak… Ada juga alat GPSr yang memiliki skrin sendiri seperti Garmin Oregon. Alat-alat GPS seperti ini boleh diletakkan didalam kereta, atau sekiranya anda seorang yang suka aktiviti lasak seperti “jungle trekking”, ia juga bleh digunakan.

Anda juga boleh menggunakan GPS dalam laptop.

gps-laptop

Ada juga sistem GPS yang digunakan di dalam jam tangan berjenama mahal. Ia digunakan sewaktu kecemasan. Ini membolehkan pasukan penyelamat mengesan kedudukan anda dengan tepat sekiranya berlaku kecelakaan.

5. Tak kena bayar mahal ke nak pakai GPS?

Untuk kegunaan orang awam seperti kita, menggunakan GPS dalam telefon adalah sangat ekonomi dan paling efektif kerana harganya tidak begitu mahal. Malah, ia hampir-hampir percuma.

Kita perlu bayar untuk peralatan GPS seperti telefon pintar yang memiliki chip GPS, atau GPSr luaran dan juka aplikasi untuk membaca peta dan menanda kedudukan. Tapi untuk menggunakan GPS itu sendiri adalah percuma. Tak perlu bayar.

Tetapi sekiranya anda ingin menggunakan GPS di dalam kereta dengan alat GPS yang lebih canggih, harganya juga agak tinggi.

6. Tapi saya rasa GPS ni tak penting bagi saya. Semua jalan yang saya lalu saya dah hafal sangat…

Kegunaan GPS bukan untuk menunjuk arah jalan sahaja. Ada banyak kegunaan lain.

Antaranya ialah geotagging. Untuk menggunakan geotagging, anda memerlukan kamera atau telefon pintar yang mempunyai fungsi GPS bina dalam. Apabila anda menangkap/mengambil gambar, kedudukan latitud dan longitud gambar itu akan direkodkan serta dimasukkan dalam info file berkenaan.

Satu lagi fungsi GPS ialah untuk geocaching. Sebuah permainan ala treasure hunt tapi menggunakan koordinat latitud dan longitude untuk mencari lokasi dengan tepat.

Jika kita lihat, industri perkapalan dan penerbangan, mereka adalah antara pengguna GPS yang paling besar kerana ketepatan perjalanan mereka sememangnya diukur melalui GPS.

Industri GPS sangat luas. Google pun ada Google Maps. Nokia juga telah membeli syarikat GPS iaitu Navteq dan gate5. Dan tidak lama lagi, kereta-kereta yang dijual dipasaran pun akan dilengkapi dengan sistem GPS.

Kegunaan GPS sebenarnya sangat luas. Cuma kita sendiri yang menyempitkannya dan menganggap ia tidak penting. Sekiranya anda merasakan anda perlu untuk menggunakan GPS, pelajarilah dari orang-orang yang menggunakannya.

7. Kat mana lagi saya boleh dapatkan maklumat mengenai GPS, terutamanya untuk Malaysia?

Banyak. Anda boleh lawati forum Malsingmaps (http://www.malsingmaps.com). Yang memiliki banyak maklumat penting mengenai GPS untuk Malaysia dan Singapore serta kawasan lain.

____________________________________________________________

Begitulah sedikit-sebanyak tentang teknologi GPS yang selalunya diabaikan penggunaannya dalam smartphone Symbian. Jika anda ada sebarang komen dan cadangan – janganlah malu-malu untuk menaipnya disini supaya Encik Asri Al-Baker dapat membantu anda.

iklan-symbianku

April 9, 2009

Pelancaran Rasmi Nokia E75 Di Malaysia

Difailkan di bawah: Berita Symbian, Prapandang (Reviews) — adliayob @ 9:52 pm

asri-e71-01

Oleh ASRI AL-BAKER

Kuala Lumpur – 8 April 2009

  1. Nokia E75 adalah model terbaru dalam keluarga Eseries. Ia adalah sebuah alat email yang terbaik pernah dihasilkan oleh Nokia.
  2. Ia menggabungkan ciri-ciri terbaik communicator, dan Eseries yang lain dalam pakej yang mantap serta moden dan mempunyai kemasan terkini.
  3. Walaupun pada luarnya ia kelihatan seperti telefon bimbit biasa, tetapi keistimewaan E75 terletak pada QWERTY keyboardnya yang besar yang menggelongsor keluar dari sisi.
  4. Dengan kuasa Sistem Operasi Symbian S60 3rd Edition Feature Pack 2, E75 memiliki kuasa yang hampir sama dengan sebuah laptop kecil.
  5. Disamping ciri-ciri bisnes, ia juga memiliki ciri-ciri hiburan dan multimedia mantap seperti sistem permainan N-Gage

Cinta Pandang Pertama

  1. Semenjak foto-foto tidak rasmi E75 mula bertebaran di internet, saya sudah mengikuti perkembangannya dari dekat dan saya amat gembira sekali apabila ia diumumkan secara rasminya pada bulan Februari yang lalu di 3GSM World Congress.
  2. Dan perasaan saya amat berdebar-debar apabila dijemput oleh Nokia Malaysia untuk menghadiri pelancaran rasmi E75. Majlis yang diadakan secara tertutup untuk media terpilih ini diadakan di Kuala Lumpur pada 8hb April 2009 di Avenue K, pada pukul 10 pagi.
  3. Nokia E75 dirasmikan oleh Vlasa Berka, Pengurus Besar Nokia Singapura, Malaysia & Brunei. Menurut beliau, pada masa ini, email adalah antara ciri-ciri yang paling penting dalam memilih telefon pintar. Dan E75 adalah telefon pintar Nokia yang pertama yang direkabentuk khusus untuk email.
  4. Apabila diajukan soalan adakah E75 akan menjadi “pembunuh Blackberry”? Dengan tenang Vlasa Berka menjawab bahawa sasaran pengguna E75 adalah berbeza daripada BlackBerry. E75 mempunyai lebih ciri-ciri menarik serta fungsi lebih menyeluruh dan sesiapa sahaja boleh mengakses email melalui E75 tanpa perlu berhadapan dengan konfigurasi yang rumit.
  5. Dilihat dari bentuknya dan ciri yang menarik padanya, tidak mustahil E75 akan menjadi antara telefon pintar Symbian paling top di Malaysia setanding dengan E71. Ia bukan sahaja padat dari segi luaran tetapi memiliki aplikasi yang telah matang.

Adakah E75 Sesuai Untuk Saya?

  1. Seperti yang saya katakan tadi, saya memang menanti-nanti kehadiran E75 di pasaran kerana ia memiliki ciri-ciri yang saya perlukan untuk kegunaan saya.
  2. Setelah memegang, membelek, dan mencubanya selama beberapa minit, ada beberapa perkara yang dapat saya rumuskan.
  3. Pertama – QWERTY Keyboard. Pada pendapat saya, ini adalah QWERTY keyboard Nokia yang paling selesa untuk digunakan. Lebih baik dari QWERTY keyboard E90. Jari-jemari saya dapat menaip dengan pantas kerana kekuncinya begitu responsif. Susah nak jelaskan, anda kena cuba dulu baru tau. Dia mantul-mantul sikit laa…
  4. Kedua – Kualiti kemasan yang padat. Biasanya, Eseries memang dibuat dari bahan berkualiti tinggi seperti E71 yang menggunakan logam untuk penutup bateri. Begitu juga dengan E75. Nampak berkilat, serta eksklusif dan tahan lasak.
  5. Ketiga – Pilihan Warna. Ada 3 pilihan warna untuk E75 iaitu hitam, merah dan oren gelap. Pada pendapat saya, warna merah dan oren gelap memang menarik. Sebab selama ni, kalau telefon pintar, mesti warna hitam, silver, kalau tak hitam, mesti silver.
  6. Keempat – Saiznya. E75 tidaklah besar sangat seperti E90. Ia begitu padat dan anda tidak akan menyangka bahawa disebalik rupa parasnya yang comel itu, sebenarnya ada QWERTY keyboard dibawahnya. Memang padat dan sesuai dimasukkan dalam poket.
  7. Kelima – Kelajuan perisiannya. Melalui percubaan saya beberapa minit, E75 memang pantas! Membuka aplikasi dalam sekelip mata, bergerak kesana-sini dalam menu dalam sekelip mata, dan juga ada beberapa penambahan yang dilakukan dalam S60 3rd Edition FP2 untuk Eseries yang tiada dalam telefon pintar Nokia yang lain.
  8. Keenam – Aplikasi Email ataupun Nokia Messaging dalam E75 memang patut diberi pujian kerana sangat mudah untuk digunakan. Anda cuma perlu 3 langkah untuk mengakses email. (1. Masukkan alamat email, 2. Masukkan password, 3. Terima syarat) Ini adalah satu fungsi hebat yang saya rasa perlu ada pada setiap telefon pintar Nokia yang lain.

Yang kurang menarik mengenai E75…

  1. Walaubagaimanapun, E75 bukanlah sebuah telefon pintar yang sempurna kerana disamping perkara-perkara menarik yang saya sebutkan tadi, E75 juga agak mengecewakan (bagi saya) kerana beberapa perkara.
  2. Pertamanya – Keypad hadapan terlalu rendah. Membuatkan jari agak krem untuk bergerak dan perlu berhati-hati kerana bahagian atasnya agak berat.
  3. Kedua – Butang Satu Sentuh (One Touch Button) yang terletak disekeliling D-Pad iaitu Menu Utama, Kalendar, Email serta “Backspace” agak terlalu rapat kedudukannya. Ada kebarangkalian anda akan tersalah tekan butang. Apabila saya kira, ada 8 butang disekelining D-Pad. Cuba tengok betul-betul…
  4. Ketiga – Saya sangkakan E75 ada Tv-Out kerana semasa dilancarkan di 3GSM, perkara ini ada disebut. Tetapi nampaknya, ciri tersebut tidak dimasukkan…
  5. Keempat – Kamera 3.2 mp menggunakan LED flash. Kenapalah tak pakai Xenon flash Nokia oi… dahlah tu, butang camera pulak kat tengah bahagian sisi…
  6. Kelima – Harganya. RM1950 pada pendapat saya adalah agak tinggi. Sepatutnya E75 dijual dengan lingkungan harga RM1600 ke RM1800.
  7. Kesimpulannya – Pada masa sekarang, sekiranya anda memang tersangat ingin menukar telefon dan perlukan email, multimedia, internet serta bentuk yang menawan dalam pakej yang padat, E75 adalah jawapannya. Itupun kalau dompet anda mengizinkan lah… Betul tak? Berbelanjalah dengan bijak!

asri-e71-02

*** Iklan – Siapa nak beli E75 dengan harga spesel, sila hubungi saya di 6019.232.1177. Original. Avaxx warranty :-)

iklan-symbianku

April 6, 2009

Symbian 101: Bahagian 2 – Smartphone dan Syarikat Symbian.

Difailkan di bawah: Tutorial Symbian — adliayob @ 8:47 pm
Tags: , ,

iklan-symbianku

BAHAGIAN 2 DARIPADA 7 BAHAGIAN (Nota: Anda boleh baca BAHAGIAN 1 di SINI)

Mengapa disebut ‘SmartPhone’ atau ‘Telefon Pintar’ ? Apakah yang membezakannya dengan telefon yang lain?
Suatu masa dahulu ada 2 jenis peranti (device) yang mengungguli ‘mobile segment’ iaitu HANDSET (Mobile Phone) dan PDA (Personal Digital Assistant). Kemudian, kedua-dua ‘device’ ini digabungkan ‘kecanggihan’nya maka terbentuklah SMARTPHONE.

evolusi-smartphone

Smartphone pada sifatnya adalah:

  1. Menyatukan / menggabungkan ciri-ciri PDA dan ‘mobile phone’.
  2. Ciri-ciri (features) yang disebutkan termasuklah mampu mengendalikan ‘Office Programs’, membaca fail PDF, dipasang dengan teknologi WLAN, UMTS, HSDPA, kamera beresolusi tiggi, GPS dan sebagainya.
  3. Mempunyai skrin yang lebih besar dari telefon biasa.
  4. Kemampuan untuk memasang perisian luar! (Option to install own application).
  5. ‘Multitasking’ – keupayaan menjanakan (membuka) banyak perisian dalam satu masa tanpa gangguan.

Jika kita lihat ciri-ciri yang dinyatakan tadi, jelas menunjukkan ’smartphone’ boleh dikategorikan sebagai sebuah ‘komputer’ kecil. Untuk memahaminya dengan lebih lanjut, cuba teliti dan fahamkan jadual di bawah ini:

what-symbian02

Operating System (OS)

Sebagai ‘nadi’ atau ‘enjin’ yang mengawal ’sistem’ komputer, maka ‘Operating System’ adalah sangat diperlukan dan kritikal untuk membentuk dan mencorakkan penggunaan sesebuah komputer. Dalam alam ’smartphone’ terdapat banyak OS yang dipasang dari kilangnya. Ini memberikan pengguna ruang untuk memilih model telefon dan memberikan kuasa kepada mereka untuk mengawalnya.

Operating System yang terkenal dalam ’smartphone’ adalah (susunan mengikut ‘world market-share Q4 2008);

  1. Symbian (yang dikeluarkan dalam 3 platorm iaitu S60, UIQ dan MOAP-S (FOMA)).
  2. BlackBerry (RIM)
  3. Windows Mobile (Microsoft)
  4. Mac OSX (IPhone)
  5. Linux (juga LiMo)
  6. Palm (juga WebOS)
  7. BREW (Binary Runtime Environtment for Wireless)
  8. Android (Google)

smartphone-1

smartphone-2

Sejarah ‘Smartphone’ Symbian.

Berikut merupakan sejarah Smartphone Symbian dalam tamadun moden manusia. Ketahuilah Encik Alexander Graham Bell pun tidak pernah terfikir yang suatu hari nanti ‘telefon’ akan menjadi seperti ini.

smartphone-3

Jangkauan Kemungkinan: Symbian Boleh Melakukannya!

Apabila anda menggunakan peranti Symbian, anda telahpun mengetahui yang ianya berfungsi LEBIH dari sekadar telefon. Melalui blog ini, anda juga tahu yang sebuah telefon Symbian boleh berfungsi sebagai MODEM lantas menjimatkan perbelanjaan anda untuk membeli ‘Modem Broadband’ yang ada di pasaran. Selain itu anda juga telah mengetahui tentang ‘push-mail’, ‘backup’ nombor telefon di GMAIL, ciri ‘File Manager’, kawalan slaid Power Point dengan Bluetooth dan lain-lain lagi. Apa lagi kemungkinan-kemungkinan yang terdapat pada sebuah ’smartphone’ Symbian?

Sebagai seorang yang bakal menulis perisian Symbian, anda mestilah berfikir secara kreatif, kritis dan ‘Out Of The Box’. Cuba lihat ’slaid’ di bawah ini yang disediakan oleh ANDREAS JAKL – seorang pengaturcara (programmer) Symbian yang terkenal. Salah satu ciptaan terkenal beliau adalah ‘game’ JOURNEY dan JOURNEY II.

smartphone-4smartphone-5smartphone-6smartphone-7smartphone-8smartphone-9smartphone-10

Dua aplikasi masa hadapan yang sangat menarik minat saya adalah ‘Augmented Reality’ dan ‘Gesture Control/Sensor’. Agak payah untuk saya menerangkan maksud teknologi ini, cuba anda lihat sendiri video yang disediakan. Kedua-dua teknologi ini banyak digunakan dalam penciptaan ‘game’. Bagi saya ianya lebih hebat dari ‘Accelerometer Controlled Games’!

a) AUGMENTED REALITY GAME

b) GESTURE CONTROL GAME

c) ACCELEROMETER CONTROLLED GAME


Latarbelakang Symbian dan Symbian OS

Perkara yang ditulis berulang-ulang kali pasti membosankan anda. Apatah lagi saya selaku penulis dalam blog ini. Untuk itu anda boleh mengetahui serba-sedikit latar belakang Symbian di SINI, SINI(2) dan SINI(3).

Ada ENAM perkara yang perlu kita ketahui sebelum anda benar-benar berminat untuk menulis perisian Symbian. Enam perkara yang disebutkan ialah;

1) Symbian memegang ‘Market-Share’ yang paling tinggi dalam industri OS telefon. Ini menyebabkan peluang terbuka dengan lebih cerah untuk anda bekerja, belajar dan menghasilkan sesuatu yang mengkagumkan pada suatu hari kelak. Dan trend ini dijangka akan berterusan sehingga 5 ke 6 tahun yang akan datang.

smartphone-16

2) Smartphone (terutama sekali Symbian) bakal mengambilalih tempat komputer pada suatu hari nanti. Ini terbukti apabila kuasa smartphone sekarang sudah menghampiri kuasa dan kebolehan sebuah laptop.

smartphone-121

3) Banyak aplikasi, ciri (fitur), teknologi dan pelbagai kemungkinan masa hadapan yang mampu dilaksanakan oleh Symbian. Lebih-lebih lagi kini Symbian telah pun menjadi ‘open source’ dan terdapat lebih 80 syarikat peneraju teknologi telah bergabung demi menjayakan ‘Yayasan Symbian’.

smartphone-13

4) Multiplatform (S60, UIQ dan MOAP) dan ketiga-tiga platform ini telah bersatu untuk masa hadapan yang lebih baik. Alangkah baiknya jika pada suatu hari nanti kita akan melihat ‘Netbook’ Symbian atau ‘Game Console’ Symbian kerana kepakaran JEPUN dan EROPAH telah bergandingan?

smartphone-14

5) Symbian kini telah diterima sebagai satu ’subjek’ di Universiti terkemuka dunia (56 Universiti setakat Q1 2008). Mungkin dalam masa terdekat ini (dalam 3-4 tahun akan datang) IPT tempatan Malaysia juga akan turut menyertainya.

smartphone-15

6) Betapa KURANGNYA (atau lebih tepat: HAMPIR TIADA!) perisian tempatan Malaysia baik dalam Bahasa Melayu atau Inggeris dibangunkan untuk Symbian pada masa kini. Ini membuka peluang kepada anda seluas-luasnya untuk memasarkan idea dan produk anda. Bayangkan jika dalam masa terdekat ini, anda dapat bangunkan perisian seperti Kamus Dewan, Panduan Haji dan Umrah, Ensiklopedia Pelancongan Malaysia, Peta Rangkaian Jalanraya, Tren dan Kapalterbang di Malaysia, Buku Interaktif Hikayat dan Cerita Kanak-kanak dan lain-lain perisian termasuk ‘game’ rakyat seperti Congkak (dengan Bluetooth Multiplayer) dan Main-Main Hantu (cari hantu dengan ‘Augmented Reality’). Bukankah jika anda menjadi seorang pemula (pioneer) maka anda akan terus kekal dalam industri ini?

Selamat mendalami Symbian! Selamat datang ke masa depan!

April 4, 2009

Aku, Asri, Mereka & Symbian Foundation

Difailkan di bawah: Cakap-Cakap Symbian — adliayob @ 3:46 pm

iklan-symbianku

Symbian Foundation telah mengumumkan secara rasmi yang ‘platform’ serta ‘OS’ terbaru mereka yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi akan mengadaptasi konsep ‘Open Source’ supaya lebih mantap, berdaya-saing dan inovatif.

Sehubungan itu, berbekalkan idea ‘dahsyat’ dan ‘otak yang sentiasa tidak mahu melepaskan peluang’ yang dikurniakan oleh tuhan kepada Encik Adliayob, pada malam tadi, sewaktu tengah bosan dan tiada mood untuk tidur awal, maka saya telah membuat satu temubual ringkas dengan Encik Asri Al-Baker yang disifatkan oleh sesetengah peminat Symbian di Malaysia selaku ‘Mahadewa’ alam Symbian.

Jadi apakah yang sebenarnya berlaku di dalam temubual itu? adakah mereka berdua bercakaran sesama sendiri? adakah satu-dua nombor pada keypad telefon mereka tercabut? Atau adakah berlaku perbalahan yang lebih kejam hingga memaksa salah satu pihak dikejarkan ke hospital berdekatan atau dikejar oleh pihak polis? Runtuhkah sistem demokrasi Malaysia atas natijah temuramah itu sedangkan negara baru sahaja menyaksikan peralihan kuasa yang sangat licin dengan melantik Perdana Menteri yang ke-Enam pada tengahari sebelumnya?

Ikutilah temuramah SMS yang mampu membangkitkan nafsu anda untuk lebih mengenali Symbian dengan lebih dekat dan mungkin juga anda bakal turut sama terseret dalam mewarnai senario Symbian di Malaysia ini.

Kepada para penyokong dan yang tidak menyokong PPSMI di Malaysia, harap simpan dalam hati dan tidak menggigit selipar anda sendiri lantaran bahasa mereka berdua yang ’sekejap bertamadun – sekejap tidak’ ini. Banyakkan bersabar dan mintalah pertolongan dari yang maha Esa.

symbian-heart

Adliayob: Assalamualaikum Asri. Tengah buat apa? Aku tengah taip ‘Smartphone & UI Platform Overview’. Susah juga nak menulis dalam Bahasa Melayu ni. Nak kasi faham orang – itu yang susah. Kau ada bahan untuk MOAP tak? Macamana aku nak cerita pasal UI dia ni?

Asri: Tau takpe. Mula-mula dulu masa Symbian baru start, ada 3 konsep. Pearl (keypad-based, potrait screen), Crystal (full keyboard with landscape screen) & Quartz (touch screen). MOAP berasal dari konsep PEARL. S60 pun berasal dari Pearl dan bukannya NOKIA yang mula-mula develop S60. Company yang mula-mula develop S60 UI ialah Digia. MOAP diasaskan oleh Fujitsu dan NTT DoCoMo. Penat kalau nak bercerita pasal sejarah Symbian. Pakai SMS pulak tu. Kat forum i-symbian.com aku ada tulis ringkasan pasal UI Symbian ni dulu. Kat All About Symbian pun ada info pasal MOAP.

Adliayob: Thanks. Dulu ada gambar-gambar model MOAP yang pernah aku simpan. Itu masa web Symbian lama. Sekarang dah tak tahu mana nak carik dah. Lagi pun MOAP ni misteri sikit. Screenshot dia pun aku tak pernah ada.

Asri: Kau dah try website NTTDoCoMo.com? Try search kat google image. Keyword MOAP phones + screenshot.

Adliayob: Belum, esok pagi aku try. Symbian Foundation dah officially announce Symbian jadi open source. Takut dengan Android ker? dan aku tengok SonyEricsson IDOU pun belum support multitouch. Komen sikit.

Asri: Pada pendapat aku, bukan takut dengan Android, tapi nak tarik lebih banyak quality ideas dari developer yang high-profile. Open source community ada banyak yang bagus-bagus. Announcement dah dibuat tahun lepas. Hari ini ‘Official Beta’. Symbian kena go open source. It’s the future. Microsoft dengan Apple dan siapa-siapa yang tak pegi open source akan bermasalah. Itu pendapat aku lah. Android is not a threat to Symbian at all.

Adliayob: Optimis betul kau bagi statement bro. Sedangkan Android tu alliance dia besar. Dan aku kurang setuju kalau Symbian masa hadapan semuanya ‘touchscreen’. ‘Keypad-phone’ masih sangat releven.

Asri: Siapa cakap semua Symbian akan datang pakai touchscreen aje? Sony Ericsson IDOU hanyalah sebuah konsep. Ada banyak lagi info yang belum dikeluarkan. Akan ada pelbagai bentuk dan jenis dan device. Jangan terkejut kalau lepas ni ada netbook atau gaming device yang pakai Symbian. Kejayaan sesebuah platform bukan dilihat dari partnership dia. Banyak factor. Android tak boleh pergi jauh. OS dia sendiri (linux) bukan dibuat dari ZERO dengan mobiliti. Symbian lain. Dalam dunia OS, Symbian dah terbukti paling efisien dari segi power management, multitasking and real world usage. Betul, alliance Android besar-besar tapi diaorang bukan pakar ‘mobile technology’ macam Nokia, Sony Ericsson dan yang lain. YES. Aku sangat optimis sebab aku tengok pada reality dan sejarah. Bukan sesuatu yang belum berlaku.

Adliayob: Entahlah. Pernah dulu aku kecewa dengan pakatan Symbian. Panasonic sebagai contoh pernah meninggalkan S60. Motorola pula buat hal selepas membeli saham UIQ. Sendo, Benq, Arima pun lembik. LG pun macam tiada motivasi. Pada pandangan aku GUI pada S60-5th masih ancient. Kau tengok, Apple keluarkan satu model sahaja, terus boom. Dan paling tak best – tiada pihak yang mahu mengetengahkan Symbian pada fakulti di Universiti tempatan. Tetapi aku still akan menunggu kejutan dari Symbian. Setakat hari ni aku cukup teruja dengan Blackberry, Android dan IPhone. Agressive. Paling tak best kalau Sony dan Ericsson berpecah.

Asri: Sebabnya ialah Symbian satu-satunya Mobile OS yang power dari Eropah. Yang lain seperti Apple, Android, Blackberry, Palm, Windows Mobile dan lain-lain semuanya dari Benua Amerika. Aku pun kecewa juga dengan Symbian tetapi aku tetap sokong Symbian. Apple IPhone memang besar impak dia. Itu adalah contoh sesuatu yang dibuat dengan betul. Aku lagi kecewa dengan Symbian sebab aku dulu pakai Psion… mampus. Then aku minat UIQ… mampus jugak. Kalau ada OS lain yang better dari Symbian untuk kegunaan aku, aku takder hal, boleh tukar. Tapi masalahnya takde. Sampai sekarang masih belum ada yang boleh lawan Symbian dalam real world usage. Life goes on…

Adliayob: Dalam pengalaman kau, wujud atau tidak Malaysian Symbian Software House yang telah berjaya menerobos jualan international market? Yang productnya dapat endorsement Symbian Ltd atau handango? Setanding IDreams, Astraware atau DrJukka?

Asri: Dulu pernah. Ada satu company nama dia Alchemy. Software department dia namanya – Ximplify. Dia develop native apps untuk Series 80, early Series 60 dan early UIQ. Antara software dia yang famous ialah filemanager yang power bernama SeleQ dan juga software bernama myList untuk manage notes dan list. Cuba kau Google Ximplify. Tapi malangnya diaorang senyap sekarang. Dan takde company Malaysia lain setahu aku yang keluarkan software Symbian yang power-power lagi.

Adliayob:
Bagaimana dengan program MDP (Maxis)? Takkan takder developer yang menonjol yang boleh dikomersilkan? Selaku ‘mentor’ dalam MDP programme, adakah anda melihat dan mengesan apa-apa yang boleh diketengahkan?

Asri: MDP banyak membantu mencungkil idea dan memberi pendedahan. Pihak-pihak lain patut mencontohi program seperti MDP Maxis ini. Dan sebagai sebuah entiti komersial, diaorang tidak terikat dengan satu-satu platform. Dan hampir semua aplikasi yang dibangunkan oleh peserta MDP adalah JAVA, bukannya native Symbian. Sebab Java (J2ME) lebih senang untuk dilaksanakan. Kita kena ada usaha untuk mendedahkan bakal pembangun aplikasi masa hadapan dengan teknologi yang lebih baik dan komprehensif seperti Symbian. Minda-minda muda ini takkan nampak peluang besar kalau takde pendedahan. “Sampai bila kita nak makan tapi taknak belajar memasak sendiri?” Betul tak? Maksudnya, sampai bila negara kita nak pakai software orang tetapi tak nak bangunkan industri software kita sendiri?

Adliayob:
Selaku seorang penulis dan berpengalaman dalam Symbian, apakah saranan atau ‘move’ yang sepatutnya perlu dibuat oleh pihak berwajib atau individu yang ingin mendalami Symbian demi mendepani halatuju Symbian di dunia sejurus diumumkan selaku ‘open source’ beberapa jam tadi?

Asri: Pada pendapat akulah, kalau nak bangunkan industri ini, kena buat;

  • 1) Kumpulkan pakar-pakar bidang ini
  • 2) Perkenalkan silibus pelajaran yang berkenaan dengan Symbian di kolej dan IPT.
  • 3) Buat rancangan TV realiti. Suruh diaorang belajar dan develop aplikasi dan servis Symbian yang power.
  • 4) Bukak satu kementerian yang jaga perihal Symbian sahaja.
  • 6) Jadikan Malaysia satu hub atau heaven untuk peminat dan ‘industry player’ Symbian.
  • 7) Bawak ‘Symbian Smartphone Show’ dan ‘Developer Conference’ ke sini setiap tahun.

Boleh tak kau jangan ber’encik-encik’ dengan aku? Formal sangatlah! ko encik-encik sekali lagi dengan aku.. aku taknak balas lagi SMS kau!

Adliayob: Err.. Encik Asri.. kita sedang ‘on-air’ ni. SMS ni saya siarkan di Blog Symbian Malaysia sekarang ni.. kalau ikut skrip, saya jadi begini sebab saya penemuramah dan encik sepatutnya menjawab macam seorang YB. Itu pasal kita kena guna bahasa sopan seperti ini..

(Harap maaf, sms selanjutnya tidak dapat kami siarkan kerana terdapat nahu dan kesalahan tatabahasa yang sungguh tidak senonoh beserta gurauan caci-maki tahap ‘mahadewa’. Demi untuk menjaga hati dan kesihatan minda anda, kami tidak dapat menyiarkan perbualan SMS selanjutnya dari mereka berdua ini.)

_______________________________________________________________________

Itulah yang berlaku sewaktu kedua-dua mereka berSMS. Itulah masalahnya kerana setiap kali sessi SMS – mereka akan ber’keting-tong’ selama satu-dua jam dan kadangkala memaksa pengadil memberikan masa tambahan.

Jika anda ingin mengheretkan diri dan memberikan pandangan kritis terhadap perbualan SMS mereka ini, sila utarakan KOMEN anda di blog ini. Mungkin komentar yang anda berikan merupakan rujukan SEBENAR terhadap pembangunan Symbian di Malaysia pada masa hadapan.

Mac 27, 2009

Push email

Difailkan di bawah: Review: Software, Tips Pengguna Symbian — adliayob @ 2:38 pm
Tags:

asri Oleh: Asri Al-Baker – Pemilik UIQBLOG.COM dan I-SYMBIAN.COM
Pakarujuk Symbian Malaysia dan Pakarunding Program MDP Maxis

_____________________________________________________

1. Bila sebut pasal push email, ramai yang kata ia tak penting kerana hanya orang orang korporat je yang layak pakai push email. Betul ke?

2. Ada pulak yang cakap, cuma Blackberry je yang boleh digunakan untuk push email.

3. Ada jugak yang cakap push email ni cuma email je. Tak payah susah-susah nak pakai push email sebab kat laptop pun boleh baca email kan?

4. Inilah antara paradigma masyarakat terutamanya di Malaysia apabila push email dibicarakan.

5. Para pembaca blog Symbian Malaysia yang dihormati, push email atau “email tolak” ni bukanlah satu bende baru kerana saya sudah menggunakannya semenjak beberapa tahun yang lepas.

6. Saya bukan orang korporat, saya tak pakai BlackBerry, dan saya tidak membayar beribu-ribu ringgit untuk menggunakan kemudahan ini.

7. Selama ini, saya menggunakan telefon pintar Symbian (S60 dan UIQ) untuk sentiasa berkomunikasi dan menguruskan hidup saya melalui push email.

8. Pelbagai aplikasi push email telah saya cuba. Antaranya Mail for Exchange, Emoze, System Seven, RoadSync dan Nokia Messaging.

9. Dan setelah saya perhalusi kelebihan dan kelemahan setiap satu aplikasi push email yang saya sebutkan tadi, saya nobatkan System Seven sebagai sistem push email yang terbaik untuk Symbian bagi kegunaan saya.

10. System Seven adalah percuma (buat masa sekarang) dan anda tidak perlu mendaftar alamat email baru untuk menggunakannya.

11. Sekiranya anda sudah memiliki alamat email Gmail atau Yahoo atau Hotmail dan juga alamat email POP?IMAP anda sendiri, anda boleh menggunakan System Seven.

12. System Seven akan menolak data dari akaun email ke telefon pintar Symbian anda. Bukan email sahaja. Bahkan calendar dan contact anda juga akan di synchronisekan.

13. Inilah yang dikatakan “penyatuan data” dimana telefon pintar dan email anda menjadi satu. Apa yang anda lakukan didalam akaun email anda seperti memadam email, menghantar email dan sebagainya, akan ditunjukkan pada telefon pintar dan juga webmail anda.

14. Bagi saya, adalah sangat penting untuk menggunakan push email kerana saya mempunyai kemudahan untuk memberi respon segera terhadap semua email yang masuk ke dalam Inbox saya. Sebagaimana saya menghargai teknologi SMS.

15. Push email bukanlah untuk mereka yang berkemampuan sahaja kerana jika anda tahu caranya, anda boleh menggunakan sistem ini di dalam telefon pintar Symbian anda tanpa kos yang besar.

Sekiranya pembaca pembaca blog Symbian Malaysia berminat untuk mengetahui push email dengan lebih lanjut, saya boleh menuliskan siri tutorial. Itu pun dengan izin Saudara Adli kerana beliau adalah tuan punya blog yang hebat ini.

Jutaan terima kasih kepada saudara Adli kerana memberi keizinan kepada saya untuk menulis dalam Bahasa Melayu.

seven

iklan-symbianku

Laman Berikutnya »

Blog di WordPress.com.